CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10927|Reply: 43

Set bersalin Ibu Halimah - Jamu Mak dara

[Copy link]
Post time 3-10-2008 10:32 AM | Show all posts |Read mode
selamat hari Raya semua<

Ada tak sesiapa di kalangan forumers yg pernah menggunakan atau sedang menggunakan produk bersalin jamu mak dara...tadi milo surf website jmd, and notice ada link pasal set bersalin, but tak leh open..edd milo is 11/11/08 so tengah mencari set bersalin yg sesuai....

sorry sbb start new thread,page sebelah about set bersalin yang lelain...dah berpage page tapi nothing on this produk....

advance thank you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2008 08:21 PM | Show all posts
bru kuar je produk ni rasanya...ada cite dlm paper metro klu x silap, bru jer..hrga bleh tahan gak ler...dlm set dia ada jamu serbuk, jamu kapsul, pilis, bengkung ngan losyen barut kot klu x silap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 12:17 AM | Show all posts
oh the standard stuff je lar....thanks suree
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by suree_aa at 3-10-2008 08:21 PM
bru kuar je produk ni rasanya...ada cite dlm paper metro klu x silap, bru jer..hrga bleh tahan gak ler...dlm set dia ada jamu serbuk, jamu kapsul, pilis, bengkung ngan losyen barut kot klu x silap.




tak penah gune apa2 yg ada dipasaran

MB gak jadi pilihan...opsss....terlepas cakap
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 03:48 PM | Show all posts
Jamu tradisi lima generasi

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

IBU HALIMAH mengamalkan makan jamu sejak zaman anak dara.

DENGAN tagline 'Kesihatanmu Adalah Kecantikanmu', produk keluaran Jamu Mak Dara sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati kalangan penggemar setianya.

Walaupun baru dikomersiolkan sejak empat tahun lalu, tetapi ia pantas menggamit perhatian pengguna terutamanya di kalangan kaum Hawa yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman berbanding fizikal semata-mata.

Apatah lagi jika seseorang wanita baru sahaja melahirkan cahaya mata, maka sudah tentu penjagaan sepanjang tempoh berpantang perlu dititikberatkan bagi mengembalikan tenaga dan kesegaran diri.


Antara produk yang disarankan termasuklah Set Bersalin Jamu Mak Dara yang dirumus istimewa daripada herba-herba terpilih untuk ibu-ibu lepas bersalin bagi melancarkan perjalanan darah, menaikkan seri muka dan mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.

Pewaris Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata, keberkesanan jamu yang telah diamalkan sejak zaman anak dara memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau yang lebih mesra dipanggil Ibu Halimah mewarisi resipi dan petua jamu yang diperturunkan daripada ibunya, Kamariah Latiff atau lebih dikenali sebagai Mak Dara, yang pernah mencipta nama di Rengit, Johor.

Jika tidak mana mungkin jamu tradisi turun-temurun sehingga lima generasi ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

"Alhamdulillah, atas keyakinan terhadap jamu resipi keluarga ini, maka lahirlah Jamu Mak Dara untuk membantu mereka yang memerlukannya," jelas Ibu Halimah yang masih kelihatan sihat, anggun dan bergaya meskipun usianya telah mencecah 65 tahun.

BERBENGKUNG dapat merapatkan pintu rahim.

Semua produk jenama Mak Dara dipasarkan oleh Yaabib Dot Com yang dimiliki anaknya, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali dan bertindak sebagai Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Untuk produk Set Bersalin Jamu Mak Dara, terdapat lapan barang iaitu rempah mandi, tungku kukus, losen param, bedak sejuk, pilis, jamu serbuk (sebungkus), jamu kapsul (2 botol) dan juga bengkung untuk penggunaan dalam tempoh 60 hari.

Menurut Syed Muhammad Gadaffi atau lebih mesra dengan panggilan Abib, semua produk Jamu Mak Dara diformulasikan menerusi 32 jenis herba terpilih gabungan dua buah negara seperti India dan Indonesia. Justeru, pengguna tidak perlu bimbang kerana produk keluaran mereka terjamin kualitinya.

"Antara ramuan asli yang kami gunakan ialah gadong, tahi angin, cabai pintal, akar siak, sambar antu, kunyit kering, kulit kayu serapat, kedaung, buah keras, halia putih, cekor dan jintan hitam.


"Semua bahan ini diadun menggunakan teknologi terkini hasil kerjasama kami dengan TPM Biotech Sdn. Bhd. Pihak kami bercadang untuk memasarkan produk Jamu Mak Dara di pasaran Dubai dan Eropah. Buat masa ini, kami sudah pun menembusi pasaran di Singapura dan Brunei selain di seluruh Malaysia.

"Insya-Allah, tahun hadapan kami akan merancang untuk mengeluarkan produk penjagaan bayi atas jenama Jamu Mak Dara sebelum meluaskan cabang perniagaan untuk barangan kosmetik pula," jelas Abib penuh yakin.

Antara produk lain keluaran Jamu Mak Dara termasuklah Jamu Sunti untuk wanita yang belum berkahwin dan menghadapi masalah perjalanan haid tidak teratur; Jamu Pria yang dicipta khas untuk lelaki bertujuan membuatkan tubuh terasa ringan dan segar di samping membuang toksin, lemak dan angin dari badan.

Tambah Abib, kaum Adam digalakkan mengamalkan pemakanan jamu kerana ia mampu membina kekuatan pinggang terutamanya bagi mereka yang telah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.

"Jangan ingat wanita sahaja yang perlu menjaga badan, tetapi lelaki juga sebenarnya wajib melakukan perkara yang sama. Apabila setiap pasangan menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri, barulah ia nampak adil dan menjadikan rumah tangga aman bahagia," pantas ingatan yang keluar dari mulut Abib.

Selain itu, pihaknya turut memasarkan teh dan kopi Al-Habsyee, tepung kek segera, buku Masakan Tradisi Johor yang ditulis Ibu Halimah dan terbaru buku Cara Mudah Membuat Kek Berkrim yang dilancarkan hari ini.

Sebelum menutup bicara, Ibu Halimah sempat menitipkan seuntai nasihat kepada kaum wanita agar jangan takut untuk mengamalkan pemakanan jamu untuk menjaga kesihatan dalaman diri.

"Di samping itu, selepas bersalin, ikut segala pantang larang walaupun sedikit dan rajin makan ubat. Ini kerana penyakit mudah datang sekiranya tubuh tidak dijaga, tetapi begitu susah untuk pergi," kata beliau yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya sebanyak 12 kali sejak anak dara.

more info, jeling2 kt bawah ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:56 PM | Show all posts
Set Besalin Ibu Halimah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2008 03:36 PM | Show all posts
selalunya set bersalin ada basic2 jer la...nk yg pulihkan luka akibat bersalin czer kena cari kaedah lain la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #6 cornflake's post

la dah ada ke sat bersalin ibu halimah... rasanya baru lagi ke????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 12:46 PM | Show all posts
dah tgk dah kat blogdrive tu...

nak try yg losyen & bedak sejuk tu, takde mentioned price pun...
atau mmg kene beli dgn set...?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 01:43 PM | Show all posts

Reply #9 peahjamboo's post

reger tu dah pm takut kang melanggar undang2 pulak...nti cek ya

nak beli set lagi bagus sbb utk stok 60 hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 02:35 PM | Show all posts
cornflakes
jamu mak dara ni bule tambah susu badan tak ke atau xsesuai utk menyusu badan...

pehtu set bersalin tu kalu beli asing2 bule tak...cth kalu nk beli param ngan rempah mandi jer?? bule ker?

[ Last edited by  manjalara at 12-11-2008 02:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 03:03 PM | Show all posts

Reply #10 kak_khem's post

dah lepas 60 hari kak khem....dah 100 hari pun....
tu yg nak try beberapa item yg difikirkan sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 03:42 PM | Show all posts

Reply #12 peahjamboo's post

oo dah lepas hari baik ambik jamu mak dara amalkan berterusan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by cornflake at 4-11-2008 02:56 PM
Set Besalin Ibu Halimah

http://img520.imageshack.us/img520/1092/setbesalinml0.jpg


corn ...
brapa harga rempah utk mandian tuh ?
PM saya plsss..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 12:22 AM | Show all posts
klu bf bole mkn ke set ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 03:27 AM | Show all posts
brape harge untuk satu set tu?pm saya pls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #15 bawanghitam's post

insya ALLAH takde masalah sbb mmg diambik dlm pantang..disertakan kapsul dan jamu serbuk...

kalau nak mkn yg serbuk ikut tips yg ibu halimah sertakan..ampu breast ketika nak mkn jamu serbuk ni dpt atasi karung dimasukki jamu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #16 kikikaisara's post

udah dipmkan..nti cek ya..tak dpt habaq mai
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 10:27 AM | Show all posts
lama dah x jenguk sini...heheheh....
jamu ni mmg sesuai utk ibu2 menyusukan baby....ia bantu lancarkan susu badan & yg paling best, badan pon rasa ringan, segar & x letih masa dlm pntg.....ia juga bantu mengembalikan potongan badan pd yg asal......baby pon so far x de prob cirit2 bila kita mkn jamu ni......
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 10:37 AM | Show all posts

Reply #8 adry9561's post

set besalin penuh ni mmg baru...tp jamu mak dara telah lama berada dipasaran & keberkesannya mmg diakui oleh ramai org termasuk artis2 kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.114736 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list