CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1833|Reply: 11

Fatwa2 akan datang

[Copy link]
Post time 1-12-2008 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Salam,
Saya menerima email ini berkaitan fatwa akan dtg dari bos saya penganut agama kristian yang kuat. Saya x tahu samada fatwa ini benar atau tidak. Mungkin tujuan utk menakut-nakutkan atau membuktikan orang Islam ni sempit pikirannya.
Ini emailnya :
Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on.

Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :

Disember 2008

Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam renang awam, akan terdapat orang-orang yang bukan Islam yang memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi). Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.

Januari 2009

Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila seorang Islam berada di Pulau Pinang , beliau mungkin terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau Pinang. Orang Islam yang kini tinggal di Pulau Pinang akan diberi elaun pindah sebanyak RM 3000 untuk membantu mereka berpindah ke negeri-negeri yang lain. Perpindahan ke negeri Kelantan dan Terengganu amat amat digalakkan.

Februari 2009

Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer tidak mengandungi alkohol, namun perkataan "beer" ini boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa was-was. Ginger beer juga diharamkan.

March 2009

Orang Islam dilarang memakan di kedai Mamak. Walaupun mamak kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah India dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur India di dalam perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai seluar dalam buatan India . Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka, mulai 1 Mac 2009, orang Islam dilarang dari memakan di kedai mamak (kecuali Tun Mahatir kerana dia sendiri mamak kelas I)

April 2009

Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis. Ping pong berasal dari negeri China dan oleh yang demikian, mungkin terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism di dalam permainan ping pong. Ornag Islam yang terlalu banyak bermain ping pong akan terjejas akidah mereka. Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain sepak raga (tetapi bola raga mesti buatan Malaysia , bukan dari Thailand ).

Mei 2009

Orang Islam yang berkerja dengan kerajaan dilarang mengambil gaji masing-masing. Ini kerana sebahagian besar pendapatan kerajaan adalah cukai pendapatan yang dibayar oleh syarikat-syarikat orang bukan Islam. Orang Islam digalakkan meminta sedekah dari orang Islam yang lain. Untuk memudahkan permintaan sedekah, bakal peminta sedekah digalakkan mencangkung di hadapan bangunan UMNO.


Jun 2009

Orang Islam dilarang keluar negara. Terdapat terlalu banyak godaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah orang Islam. Perkara ini telahpun dikaji dengan teliti hasil lawatan sambil belajar ke Bangkok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Oleh yang demikian, orang orang Islam diminta menyerahkan balik paspot masing-masing ke jabatan immigresen secepat mungkin. Perjalanan keluar negara hanya dibenarkan untuk menteri-menteri dan orang kuat UMNO sahaja, itupun hanya jika diiringi oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Julai 2009

Orang Islam dilarang berfikir di waktu siang. Kebanyakkan masalah jenayah dan maksiat wujud kerana orang-orang yang tak ada kerja berfikir yang bukan-bukan. Untuk membenteras maslah jeneyah dan maksiat, orang-orang Islam mulai 1 Julai 2009, dilarang dari menggunakan otak mereka diwaktu siang. Pemikiran mereka akan dipantau oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menggunakan sekumpulan specially trained monkeys. Orang Islam boleh menggunakan otak mereka di waktu malam tetapi pemikiran dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan dengan makan dan minum sahaja.
Please do not laugh. Many of the above will become a reality if we do not do anything. The rational-thinking muslims in this country are simply not doing anything. We let a very small minority of narrow-minded idiots to control our lives. We, especially the Malay muslims, are fast becoming a laughing stock worldwide. We are obsessed with the little little things.

When there are so many important things remain to be done, why must the Fatwa folks spend their time on little things.. tomboys, yoga, etc, etc. Why don't we ever hear anything from the Fatwa folks for social justice, eradicating corruption and poverty, protecting single mothers, helping the poors, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society.

If you are a rationale, forward thinking muslim, please speak up. If you choose to remain silent, it only means that you agree with whatever is happening. And do not blame the non-muslims for all our troubles. We are asking for it.


Bukhari Hood
Shah Alam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 09:21 AM | Show all posts
mana cop rasmi nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 09:24 AM | Show all posts
mende ni sarcarstik je..,, perli memperli.. provokasi

tak yah lah terase... atau nak wat demo lak pasal ni.. buang mase je

neeway.. klakar gak. mendelaha ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 09:31 AM | Show all posts

Balas #3 True-X\ catat

Aku setuju ngan ko...ni nak provoke je. Tak yah nak layan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 12:07 AM | Show all posts
Hehe... I got this email also last week.. ini semua sarcasm saja... menunjukkan kebodohan si penulis email sebab nak being sarcastic pada tempat yg salah, walau untuk tujuan melawak sekalipun.

Tak perlu layan, tak perlu forward pada sesiapa walau untuk tujuan melawak or tujuan nak being sarcastic or whatsoever.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 05:44 AM | Show all posts
penulis nieh mcm org melayu jerk
perli-memperli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2008 10:15 AM | Show all posts
Inilah pemikiran yang dikatakan pemikiran yg tidak waras.. pengharaman yoga bukannya perkara kecil, ianya boleh memesongkan diri kita dari ugama kita, itu adalah perkara penting. Tidak apalah kalau umat islam dijadikan bahan ketawa oleh orang-orang yg berfikiran kolot, kita hanya memperbetulkan apa yg salah disisi agama kita, kita hanya melakukan perkara-perkara yang betul, apa yg hendak dimalukan. Fatwa-fawa yg dibuat-buat ini lagi memalukan besar, mengada-adakan perkara yg tak ada adalah perkara yg berdosa besar. Adakah pandangan agama lain lebih penting?? Dunia ni tak penting sangat.. "Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH, jasad lahir tumpuan manusia, utamakanlah pandangan ALLAH, daripda pandangan manusia"
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 12:05 PM | Show all posts
Sedangkan yg Halal & Haram itu amat jelas...
Dan yg ada antaranya ialah syubahah..dan lagi baik tinggalkna syubahah...

Fikri fikir dan renungkanlah...

Adakah atas sebab nak mempertahankan ego kita..kononnya kita ni bijak pandai, sanggup merisikokan diri dgn balasan kemurkaan Allah nanti di sana???

Aku tak sanggup ambil risiko ini...
Biar rugi serugi ruginya di dunia...bukan di sana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 12:46 PM | Show all posts

Balas #1 Sagun36\ catat

aku rase tu email sindir je lah dr boss ko. aku x baca habis tp mmg nampak menyindir je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 10:40 PM | Show all posts
Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on.


Orang islam tidak sempit pemikirannya.Jangan layan lah orang macam nie.Nak tarik perhatian sebenarnya.Tetapi apa yang boleh aku jelaskan di sini.Setiap apa yang di haramkan di dalam ISLAM itu adalah dari ALLAH bukanlah orang islam sendiri memandai-mandai menjatuhkan hukuman seperti dakwaan awak.Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad banyak menyokong.Ada kebanyakkan pengharamannya dapat dibuktikan oleh Sains.Seperti contoh penemuan sains dalam pengharaman BABI.Allah itu yang mencipta manusia.Jadi, hanya Allah sahajalah tahu apa yang baik dan apa yang tidak untuk manusia.FULLSTOP.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 10:50 AM | Show all posts
jangan lah email tu datang dari orang Islam sendiri.
teringat pulak mantan mufti Australia, yang tak dipersetujui oleh banyak orang termasuk Muslim sendiri.(termasuk kawan juga!) last2 satu program tv aussie ni, pergi nak tampal pita selofan kat mulut Mufti ni... nak ikut suggestion sindiran Muslim yg tak setuju..walaupun itu hanya sindiran je... macam Joker pulak bagi diorang mufti ni. kurong hajar betul, jadi bahan gelak pulak. terhina  rasanya.
apa kena mengena dgn Mufti di Malaysia? somehow, sesetengah kita start melayan Muftis macam bunch of joker.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 11:31 AM | Show all posts

Reply #9 fezy's post

Buat Laporan Polis je:@ :@

atau pun kau buat aduan kat mana2 Parti Politik

mesti dema melompat je bila dengor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.389300 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list