CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe_Shaper

Tips Penjagaan Kereta Dan Mebeli Kereta (Terpakai)

[Copy link]
 Author| Post time 24-12-2008 12:41 PM | Show all posts
Minyak Enjin : Apa Yang Harus Diketahui
Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

Pelinciran yang kerap:

Minyak pelincir mengalir turun ke takungan dibahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karpekpekor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap. Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk.
Penzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.

Perlindungan daripada asid yang menghakis:

Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahanapi membakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis disekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan omboh. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.

Menjaga kebersihan enjin selalu:

Pembakaran petrol atau bahanapi juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul ditepi-tepi ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa.
Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar.
Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal didalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.
Apabila ini berlaku, mintalah mekanik anda supaya memasukkan pennzoil kedalam enjin. Kemudian anda saksikan warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak yang bermutu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2008 12:42 PM | Show all posts
Tatacara Memandu Ketika Hujan

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

    Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
    Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
    Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
    Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
  • Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
    Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
    Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
    Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
    Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
      Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
      Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
      Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
      Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
    • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj
    • Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:43 PM | Show all posts
6 cara jaga tayar

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.


  • PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
  • KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
  • KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
  • KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
  • KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
  • KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:44 PM | Show all posts
Tips Membeli Spare Part


Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.



Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan '4'.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:46 PM | Show all posts
Panduan memandu ketika kecemasan


A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:


- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.

- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan
penumpang jauh dari aliran lalu lintas.


- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


B. Cermin Hadapan Pecah:

- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain
berkenaan.


- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:

- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri
dan pandu keluar dari jalan raya.



- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana
pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 02:04 PM | Show all posts
bagus arr tips2 nie..... aku nie kadang2 kalau lalu highway je baru guna gear 5
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2008 03:01 PM | Show all posts

Reply #21 Joe_Shaper's post

pasal minyak enjin ni, asil nak tanya skit kat otai yang pakar

ada kesan ke kalu minyak enjin tu kita tukar2 kejap pakai semi,mineral, fully

satu lagi musykil, baru perasan hari tu gen2 bini aku kena servis setiap 10k km
tapi masa servis sebelum ni orang servis tu tuang minyak mineral je

takpe ke tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 24-12-2008 03:01 PM
pasal minyak enjin ni, asil nak tanya skit kat otai yang pakar

ada kesan ke kalu minyak enjin tu kita tukar2 kejap pakai semi,mineral, fully

satu lagi musykil, baru perasan hari tu gen2 bin ...


pasal minyak hitam ni. . . untuk long term kita tengok pada engin. . . . minyak hitam:

1. 0W-5W - sesuai untuk climate sejuk seperti salji. . . engine yang perlu di start dalam keadaan sangat sejuk

2. 10W - sesuai untuk kebanyakkan climate

3. 15W > - sesuai untuk climate yang panas seperti di negara kita ni.

4. Kepekatan minyak hitam pula ( bacaan pada bahagian belakang xxW-30 atau 40 atau 50) lebih pekat lebih protection untuk engine dari segi wear and tear. Di samping mengurangkan bunyi 'tapped' engine. yang mana tidak merbahaya untuk enjin tapi. . . sapa suka buunyi engin kuat sangat. .  mesti nak slow macam engin tak hidup.


5. tengok ( American Petroleum Institute) API minyak hitam yang paling tinggi yang aku tahu sekarang API SM. sebelum ni API SL . Paling minimum API SG . Jadi kalau tengok belakang tu cari yang standard API SM. minyak hitam tu lagi bagus.


6. tengok dia based apa. . .  ada based mineral oil. . .  ada yang semi. . . dan ada yang fully. . . ni pon macam biasalah yang fully lagi better.


7. Nak paling bagus minyak hitam pakailah yang direkomenkan untuk kereta anda. . . itu yang terbaik.


Persoalan kenapa sesetengah orang tak bagi kita campur minyak hitam lain lain jenama lain lain viscosity atau lain lain standard dan lain lain oil based. Kerana lain jenama menggunakan kompaun kimia dan additive yang berlainan. takut takut kalau dia tak compitable. Biasalah masing masing ada rahsia rumah tangga masing masing nak jaga periuk nasik masing masing. hehehe
.

Contoh minyak dan engine kereta yang di rekomen:


1. engine Proton yang letak turbo -  direkomen a) 0W40 b) 5W40 c) 15W50  

2. engine Proton yang supercharge -  sama lah choices macam turbo

3. engine proton yang berkuasa tinggi >1900cc - pon apply seperti di atas dah ok dah

4. engine proton yang berkuasa sederhana 1300cc - 1900cc - a)5W40  b)15W-50

5. engin proton yang berkuasa rendah < 1300cc - a) 5W40  b)10W30

6. engine proton yang lebih dari 5 tahun -  a)15w50 b)20W50

7.engin proton diesel - a)15w40  b)15w50 c) 20W50

Dari senarai vescosity kat atas tu. .  kalau dapat yang fully lagi bagus. . . tak dapat fully ambik semi murah sikit. . . lari budget pakai mineral base berdasarkan vescosity tu. API dia pon kalau leh nak semua API SM. barulah lebih protection. . .  memang tak di nafikan pakai minyak vescosity rendah. . . ramai kata lebih power dan ringan. . . kerana memang ringan pon. . .  cuma bimbang takut wear and tear parts dalam engine tak tahan lama. . .  dari boleh cecah 10 tahun dia sampai 6 tahun je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2008 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 24-12-2008 03:01 PM
pasal minyak enjin ni, asil nak tanya skit kat otai yang pakar

ada kesan ke kalu minyak enjin tu kita tukar2 kejap pakai semi,mineral, fully

satu lagi musykil, baru perasan hari tu gen2 bin ...


ini myk yg di syorkan oleh petronas utk keta proton bwh 5 tahun
klu tersalah info tu maap jer la yerrrr

Syntium 3000 5W40

Find out more about our recommendation? Click here!

SIZEPRICE
Pen. M’siaEast M’sia
4.0 LRM209.00RM210.00
1.0 LRM58.00RM58.50
Syntium 1000 15W50

Find out more about our recommendation? Click here!

SIZEPRICE
Pen. M’siaEast M’sia
4.0 LRM180.00RM181.00
1.0 LRM50.00RM50.50
Syntium 800 15W50

Find out more about our recommendation? Click here!

SIZEPRICE
Pen. M’siaEast M’sia
4.0 LRM97.00RM98.00
1.0 LRM27.00RM27.50
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2008 10:27 AM | Show all posts
PETUA PENGJAGAAN KERETA AUTO TRANSMISIONS
[size=130%]Berikut  beberapa petua menjaga kotak gear kereta AT:-
[size=130%]
[size=130%]

[size=130%]1)
Kebiasaannya kereta AT ada enam “step” gear.Bermula dengan P , R , N , D , 2 , L (
[size=130%]bergantung kepada model kenderaan)[size=130%] kebiasaanya tiga step di bawah N nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,on suis dahulu (jgn hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala.Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas
[size=130%]hingga ke paling bawah .Setiap step perlu berhenti 2 saat.Kemudian daripada paling bawah naik kan ke N, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin.Biarkan gear di N sahaja sehingga anda menggerakan kenderaan .Biarkan selama 5 minit,jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam keatas.Bergantung kepada suhu meter ,pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan perjalanan.Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step D sahaja,manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS !!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit,pastikan di tempat yang rata sahaja.
[size=130%]
[size=130%]

[size=130%]2)
Minyak AT dan AT Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan
[size=130%](yang [size=130%]mana dulu).[size=130%]Ini amat penting dilakukan mengikut jadual.Sebenarnya kalau nak diikutkan AT filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AT.Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar
[size=130%]minyak AT,kerana mekanik akan buka semua takung minyak AT [size=130%](bergantung kpd model kenderaan)[size=130%]dan bersihkan sebersih-bersihnya.Elakan tukar minyak AT
[size=130%]tanpa membuka takung minyak AT.Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AT.Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear.Pastikan minyak AT dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.Elakan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangkamasa panjang (harga murah,tetapi selepas3-4 tahun lagi anda merana)
[size=130%]
[size=130%]

[size=130%]3)
Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan D semasa berhenti di lampu isyarat ,dimana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk.Pastikan diletak di N

[size=130%]sahaja.Jangan di P ,ini kerana
[size=130%]boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah.Sebab itu step N
[size=130%]dan D diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock” antara gear untuk bergerak [size=130%](butang tepi batang gear bersama butang [size=130%]OD)[size=130%].Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar.Jangan sangka kan kereta AT tiada “clutch plate”.Ianya ada berbelas belas keping [size=130%](bergantung kpd model [size=130%]kenderaan)[size=130%].Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”.Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alatganti.Harganya amat mahal sekali [size=130%](bergantung kepada [size=130%]model kenderaan)[size=130%].
[size=130%][size=130%]
[size=130%]4)
Sewaktu hendak memulakan perjalanan ,selepas anda berhenti dimana-mana sekalipun , mulakan dgn step 2 atau step ke dua
<!--[endif]-->
[size=130%]selepas N.Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada D atau satu step dibawah N.Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas.Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak.Step 2 umpama anda bermula dengan gear 1 untuk kereta manual.Step D pula ibarat gear 2 atau 3 bagi kereta manual.Maknanya jika anda
[size=130%]memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step D.Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
[size=130%]

[size=130%]5)
Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir.Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin.Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AT anda bercampur dengan air.Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar.Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di lembah klang ni faham-faham sendiri lah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AT tidak bercampur dengan air.
[size=130%]

[size=130%]6)
Elakan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh:Genting Highland).
[size=130%]

[size=130%]7)
Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit,sesuai dengan bacaan RPM kereta anda.Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step D.Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada dibawah step D,sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
[size=130%]

[size=130%]8)
Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju,jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat.Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh.Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul

[size=130%]boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
[size=130%]
[size=130%]

[size=130%]9)
Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa.Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.
[size=130%]

[size=130%]10)
Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda.Mula kan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”.Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

[size=130%]
[size=130%]

[size=130%]





[size=130%]
[size=130%]


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2008 10:28 AM | Show all posts
[size=180%] TAMBAHAN (AT / MT)



[size=130%]1)
Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak.Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit,kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air minitis keluar dari lubang ekzos. Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut. . Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”.Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran”.
[size=130%]

[size=130%]2)
Pastikan minyak enjin dan oil filter

[size=130%]yang anda gunakan adalah minyak yang sama
[size=130%]sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin.Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah.Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin.Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”.Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ).Elakan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda
[size=130%]mungkin
[size=130%]tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering.Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.
[size=130%]
[size=130%]

[size=130%]3)
Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”.Ianya boleh merosakan enjin anda,tetapi boleh daripada “semi synthetic”.kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan pulak kembali kepada “ semi synthetic”.
<[size=130%]

[size=130%]4)
Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis,penghawa dingin,radio,lampu atau system audio lain.Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat,kemudian baru matikan enjin.
[size=130%]

[size=130%]5)
Air hendaklah sentiasa diperiksa ,kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna.Elakan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.Gunakan air masak atau air yang telah disuling.Jika selama ini anda menggunakan air paip,saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip,kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes.(bukan semua mekanik begitu,siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendiri lah)
[size=130%]

[size=130%]6)
Semasa parking kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus.Jangan sesekali parking dalam keadaan tayar

[size=130%]ke kanan atau kiri.Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.
[size=130%]
[size=130%]

[size=130%]7)
Penjagaan penghawa dingin.Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80 % sahaja.Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.
[size=130%]

[size=130%]8)
Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya.Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri.Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.
[size=130%]

[size=130%]9)
Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut.Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja ”.Gunakan minyak petrol yang sama sahaja,jangan terlalu kerap menukar jenama Petrol
[size=130%]

[size=130%]10)
Yang paling afdal adalah catit di satu kertas kecil dan tampal di cermin depan atas bahagian dlm kereta anda” Bismilahirahmanirahim ,selawat 3 kali ,ya ALLAH ya tuhanku selamatkan dan lindungilah diriku,penumpang dan kenderaan ku ini daripada segala kecelakaan ,bala bencana,mala petaka,kerosakan dan

[size=130%]perkara-perkara yang tidak diingini.Amin rabil alamin”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 10:48 AM | Show all posts
org len tak der tips keeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:36 AM | Show all posts
errkk..aku tak sangka topik ni abe joe yg bukak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by cleopatra at 31-12-2008 11:36 AM
errkk..aku tak sangka topik ni abe joe yg bukak...

syg yg kasi idea kannnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:01 PM | Show all posts
tips yg plg mudah....apa kata korang buat inspection menyeluruh sebelum buat keputusan utk beli kenderaan tersebut...sbg contoh buat 50 points inspection....Alhamdulillah...aku dulu buat inspection ni...sampai skang kete aku sihat walafiat.....

tp bukan disebabkan aku ni staff AAM....dapat nasihat dr member2 staff AAM sebelum beli kete....tak perlu kita nak check kesemua yg telah diberitahu sbb kita takder kepakaran tuk check mende2 tersebut.....

Kalau bawak member yg tahu selok belok enjin kereta sekalipun...mereka takkan tahu kerosakan "dalaman".....disebabkan kekurangan alat menjadik penyebab yg pemeriksaan tak dapat dilakukan secara menyeluruh....

iKepada sedara mara aku yg nak beli kete...sumernye dihantar wat inspection dulu ( 2nd hand car ) alhamdulillah ...tiada masalah besar pd enjin derang..........

tu hanyalah pendapat 25.8 sen aku je lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 12:18 PM | Show all posts
Engine oil, boleh mengurangkan penggunaan petrol.
1. tukar engine oil ikut jadual 5000km untuk mineral dan 10,000km untuk fully syntetic, ataupun 3 bulan, mana-mana yang sampai dulu.
pastikan engine oil yang sesuai dan berkualiti, jangan beli cap ayam. Untuk kereta modern seperti vios, city dan sebagainya, harus menggunakan minyak semi syntetic atau fully syntetic. pastikan ianya cair. Jika pekat, ia akan mempengaruhi Sistem electronic, kurang kuasa dan menyebabkan makan minyak.

-Untuk K-car, Kancil, Kelisa dibawah 1300cc. Kepekatan engine oil yang sesuai.
0w-30
10w-30
5w -40
Pengunaan minyak syntetic amat digalakan

-Untuk kereta seperti vios, wira dan sebagainya.
5w - 40
10w - 40
10w - 60 (untuk kereta yang selalu jalan long distance)
15w - 40 (tidak digalakan sepenuhnya)
Jika penggunaan minyak yang terlalu cair memnyebabkan pengurangan engine oil, pastikan anda sering servis oil seal, oil ring dan sebagainya. kalau boleh overhaul ikut jadual.



Kenapa minyak engine yang pekat seperti 20w-50, Sae40 tidak digalakan? minyak engine yang pekat boleh menyebabkan kurangnya kuasa kereta, pemandu terpaksa tekan lebih banyak pedal dan menyebabkan makan minyak. minyak syntetic juga membantu memelihara alam sekitar dengan ash contain yang kurang dan tidak merosakan cathalytic converter. (spell betul ka? macam salah ja...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2009 12:22 PM | Show all posts
TIPS PEMANDUAN: Air mineral elak tangki radiator karat
SALAH satu komponen yang mudah dilihat di bahagian enjin kereta ialah sistem penyejuk enjin atau dikenali sebagai radiator.

Tugas utama sistem berkenaan untuk meminimumkan suhu panas enjin ketika berfungsi kerana tanpa sistem itu, kemungkinan enjin mudah terbakar.

Kegagalan radiator berfungsi dengan sempurna menyebabkan enjin menjadi terlalu panas sehingga menyebabkan beberapa komponen gagal melakukan tugas dengan baik.

Sebagai pemilik kenderaan, mereka perlu memastikan paras air dalam tangki radiator mencukupi sebelum memulakan perjalanan, sama seperti memeriksa tahap minyak pelincir.

Kebanyakan radiator dipasang di bahagian depan enjin atau lebih tepat di belakang gril kerana kedudukan itu terbukti sesuai untuk menyejukkan enjin dengan tolakan angin ketika kenderaan bergerak.

Bagaimanapun, ada sesetengah model kereta menempatkan radiatornya di sebelah enjin sama ada kiri atau kanan.

Sistem itu dianggap kurang berkesan tetapi angin masih mampu mengalir di sebelah jaring radiator berbanding jenis yang dipasang di bahagian depan enjin.

Radiator mengandungi tiga bahagian penting iaitu atas, jejaring radiator dan tangki bawah.

Jejaring radiator pula mempunyai ratusan lubang kecil yang berfungsi sebagai penyerap air yang mengalir dari atas ke bawah tangki, mengikut pusingan bahagian penyejuk pada bahagian enjin.

Setiap kali air mengalir ke ratusan lubang kecil itu akan menghasilkan air sejuk dengan bantuan angin ketika kereta bergerak.

Sesetengah kereta pula menggunakan radiator jenis pengaliran melintang (crossflow), sistem yang dianggap memberi manfaat kepada enjin kenderaan berat.

Cara radiator berfungsi ialah menerusi pusingan air dari tangki ke dua saluran tiub yang dipasang ke bahagian atas dan bawah tangki ke enjin.

Kegagalan pusingan itu berfungsi dengan normal akan menyebabkan enjin menjadi panas.

Lazimnya, ada beberapa sebab masalah itu berlaku, antaranya tangki tersumbat oleh kepingan logam atau tangki berkarat kerana jarang dicuci.

Oleh itu, pemilik kereta dinasihatkan mencuci tangki dari semasa ke semasa bagi mengelakkan saluran air radiator menjadi karat.

Karat bukan saja menyebabkan pengaliran air dari bahagian tangki ke bahagian enjin tersumbat, malah boleh berlaku kebocoran sama ada pada tangki itu sendiri atau pada dua tiub getah yang disambungkan ke tangki berkenaan.

Untuk mengelak perkara itu berlaku, salah satu cara mengelak tangki dimamah karat ialah dengan mencampurkan air dengan kimia yang disyorkan di kedai aksesori.

Sesetengah pemilik kereta mencampurkan bahan penyejuk (coolant) ke tangki untuk mengurangkan suhu panas ketika enjin bergerak.

Kebanyakan kenderaan model terbaru kini menyediakan tangki air simpanan yang diletakkan bersebelahan dan pemilik tidak perlu lagi membuka penutup radiator.

Ia berfungsi sebagai air simpanan untuk menampung bekalan air ketika tangki utama kekurangan air.

Kebanyakan radiator diperbuat daripada logam, tetapi ada sesetengahnya diperbuat daripada plastik.

Untuk mengelakkan karat, pemilik dinasihatkan supaya menggunakan air mineral untuk menambah kandungan air dalam tangki air simpanan radiator.

Ini kerana air paip dipercayai boleh menyebabkan karat dalam tempoh beberapa tahun manakala air mineral yang dijual di kebanyakan kedai adalah air semula jadi yang lebih bersih dan bebas daripada pencemaran.

air radiator adalah recommend servis 5 bulan sekali. flush and coolant. coolant kena pakai branded seperti castrol dan sebagainya. kalau bali brand ayam, nanti kena tipu, kerana ada kes coolant pakai pewarna sahaja.

coolant 50% air mineral 50%. tangki spare isi coolant sahaja, jangan isi penuh, isi ikut kapasiti yang telah digariskan di tangki spare.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 12:25 PM | Show all posts
Jual kete yang masih loan bank
bank akan berikan options: -

[size=180%]1. refinancing

- kalu balance acct. kete you tu tinggal skit..carry on..bank akan buat process loan atas nama buyer baru and once loan approved..bank akan buat tukaran hakmilik and batalkan nama you..kalu ada surplus dari penjualan kete nie..bank akan bayar balik pada you..

[size=180%]2. assignment

- this is the legal way kalu you nak buat sambung bayar..thru bank..bank akan process buyer you..cam biasa for loan application and once approved bank akan buat tukar nama dan hakmilik kepada buyer you..nama you akan dibatalkan but..loan agreement you still valid..using this approac..you will become a guarantor to your buyer as you introduce him to the bank..tak bule tidak..you kena jadi guarantor..if not process loan takan berjalan..and only applicable kat bank yg bagi loan kepada you. The beauty of this..nama you dibatalkan dari hakmilik but you kena jadi guarantor and balance loan you tu ditransfer ker new buyer tu jer..

[size=180%]3. surrender the car

- kalu you dah tak bule nak bayar and tak dak buyer nak beli kete nie, the best way is to surrender the car to the bank..you will be given 21 days to introduce new buyer at any price yg you raser sesuai..and you have to submit the name of your new buyer to the bank together with the agreed price yg you nak jual kete you tu..either bank bule proceed with loan or the buyer required to settle the so call "agreed price" tadi..depends to bank..and kalu ada surplus..bank akan refund balik kat you..or kalu ada shortfall..you have to pay back to the bank..at this point kalu shortfall..you can negotiate with them on how much yang you mampu untuk recover loss/shortfall tadi per month until your acct. settle..

Hope this will help you to make your decision..dan jangan buat agreement pepandai buat sambung bayar..kang kete tu masuk Siam..you yg susah kene turun naik court..nak carik kete you balik..then bermacam2 masalah lagi yang you sendiri tak sanggup nak buat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 12:28 PM | Show all posts
penjagaan Kenderaan


...bley jadi...nngok naseb le..!!...nnGok mCm mane dea orG cover area yG sepatot.nye..kalO trkena kat wire 2x..yg trlUka..mUngkIn bley..short!!!..mngikot info mekanik keta yG djaga dGn baek bley tahan hiNgga 20thn..kalo korang ikUt nie info kat bwh nie..kekekeke!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 12:32 PM | Show all posts
Kenderaan..... Pemilihan spare part
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.

1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.


3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.


4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.


5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.


Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.


Contoh,

[size=180%]Timing belt.

Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah saya jumpa barangan '4'.


Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.


Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.


Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.


Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan
1, 2, 3 atau 4. Saya cadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.193488 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list