CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2236|Reply: 0

Anak Nakal vs Anak Hyper

[Copy link]
Post time 6-1-2009 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Nakal dikalangankanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifatpendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu janganterlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun.Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tandacerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam.Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..
Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakahkenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnyasekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya,banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, sukamenconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepadakanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat danjatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepadadiri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakalbernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburankepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehinggabertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkankepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninyabercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo,taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkanlagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akanrasa terisi akalnya yang cerdik itu.
Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya samaseperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepadaorang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari,merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalaudibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepakanak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling bendakepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayanakan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokokbunga.
Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingatbahawa benih telah sedia ada.
Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, keranaianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mestidibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hinggaakhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah dagingyang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mestidihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hinggaakhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.
Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orangdewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadiikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakaldengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yangmereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka merekapendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlahdan menonjol perangai kasar dan bengisnya.
Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktifkalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuhtahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat danganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkanianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidikkhususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraiandiatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tigatahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuhtahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama sepertikanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkanmelalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapaperlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list