CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

UMRAH IV, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-2-2009 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 28-2-2009 07:50 AM


kalau nak je hydramawt tu jgn lupa bilang sama sama saya tau...
memang dah dekat sangat2 dengan ofis saya...

ustaz no problem..

nanti kita inform semula...yer

hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2009 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 28-2-2009 07:55 AM


Saya edit sikit... alhamdulillah adik saya yang sorang ni baru dapat pelepasan cuti menjadikan kumpulan saya semakin besar.


7 orang ustaz....semua pergi on 23 ke?

baguslah..skrang susah nak dpt cuti...peak season bulan jan-march...

[ Last edited by  HUSSAINTAHIR at 28-2-2009 08:35 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 28-2-2009 08:27 AM


Assalamualikum ustaz dan semua,

Ustaz apa khabar sekarang?
Kakak harap hari-hari yang mendatang akan terus memberi sinar kebahagiaan kepada ustaz sekeluarga, Insya Allah.

Seronok  kal ...

waalaikumsalam

hehe 9 orang..ramai tue..tapi sure seronok sebab family...

jalan ramai2...

makan sama2

merapatkan ukuwah..

(kalau ada family yg tak mesra so dianjurkan pergi umrah so nanti akan mesra..hehehe)
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 28-2-2009 08:27 AM


Assalamualikum ustaz dan semua,

Ustaz apa khabar sekarang?
Kakak harap hari-hari yang mendatang akan terus memberi sinar kebahagiaan kepada ustaz sekeluarga, Insya Allah.

Seronok  kal ...


salam kak ros...

insyaAllah... saya pun berdoa agar semuanya berjalan lancar nanti. Saya menjadi mahram utk keluarga saya nanti. Takpe.. nanti kat Mekah saya pasang 2 orang bodyguard lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 28-2-2009 08:45 AM


salam kak ros...

insyaAllah... saya pun berdoa agar semuanya berjalan lancar nanti. Saya menjadi mahram utk keluarga saya nanti. Takpe.. nanti kat Mekah saya pasang 2 orang bodyguard lagi...


adus kena jadi bodyguard....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 28-2-2009 08:55 AM


adus kena jadi bodyguard....


Sain,
baru ibu terperasan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2009 10:57 AM | Show all posts
sain... adik2 saya semua single2 lagi tau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 11:27 AM | Show all posts
wah sain,

boleh le sambil menyelam sambil minum air. abang dah bagi restu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 28-2-2009 10:57 AM
sain... adik2 saya semua single2 lagi tau...


Alaaa.... ustaz
hussain dah malu-mlu kucing pulak tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 28-2-2009 01:35 PM


Alaaa.... ustaz
hussain dah malu-mlu kucing pulak tu....

hahahahahaha

no comment
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:45 PM | Show all posts

Balas #210 HUSSAINTAHIR\ catat



Cerah masa depan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:52 PM | Show all posts
Sabtu, 28 Februari 2009 2:29:30 PM
Brunei Buka Pendaftaran Haji Hari Ini

Jakarta (MCH).
Kementerian Agama Kerajaan Brunei Darussalam sejak hari Sabtu, 28 Februari ini telah membuka resmi pendaftaran haji,
terhitung sejak pukul 08.30 hingga 11.30.
Sementara untuk hari kerja lainnya pendaftaran haji dibuka sejak pukul 08.30 dan ditutup
pada pukul 15.30 Waktu Brunei Darussalam.

Pendaftaran dibuka di setiap kota atau daerah yang ada.
Kementerian Agama Brunei sudah menyebarkan formuir haji sejak 18 Februari lalu ke seluruh plosok kota Brunei.
Tercatat, ada 1.300 jemaah yang telah mendaftar. Pendaftaran cukup dengan menyetor 2.000 USD.

Menurut siaran yang diberitakan Brunei Direct edisi Sabtu, 28 Februari hari ini,
perempuan tanpa mahram tidak diperbolehkan mendaftar.
Demikian juga anak di bawah dua tahun juga tidak boleh pergi karena mereka tidak dapat untuk divaksinasi.
Pendaftaran akan ditutup 28 Mei pada pukul 11.30 Waktu Brunei.

Setiap jemaah juga diharuskan memiliki paspor international yang masih memiliki masa berlaku minimal 12 bulan sejak saat ini.
Pemerintah melarang pengubahan paspor atau pemalsuan lainnya dengan ancaman hukuman denda 10.000 USD. (MH)

Setiap Negara ada mempunyai syarat tersendiri..
Di Malaysia di boleh mendaftar tanpa mahram..bila sampai masa nak pergi nanti
pandai pandailah cari mahram..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:54 PM | Show all posts

Balas #210 HUSSAINTAHIR\ catat



Dah bold warna Hijau..
Kan bagus..dari jauh dah nampak.
Senang cari...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:30 PM | Show all posts


Arkitek tempatan cipta sejarah di MekahOleh ZUARIDA MOHYIN




Prof. Dr. Ismawi Zen berlatar belakangkan Galeri Utama di Jabatan Seni Bina dan Arkitek Alam Sekitar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak yang diilhamkan olehnya
dengan menerapkan elemen seni bina tradisional Melayu.



SUBHANALLAH... Allahhu Akbar...
Tanpa sedar mata sudah berkaca. Hati menjadi hiba. Rasa insaf menyelubungi jiwa. Tatkala berada di Mekah al-Mukarramah.

Kota Mekah. Destinasi yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi pada musim Haji dan bulan Ramadan.

Mana tidaknya, di tengah-tengah kota Mekah terletaknya Masjidil Haram atau disebut Masjid al-Haram.
Ia merupakan masjid tertua di dunia dan paling suci bagi umat Islam.
Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan.

Tambahan pula, bangunan terpenting di dalam Masjidil Haram itu adalah Kaabah atau disebut Baitullah (Rumah Allah),
Baitulatiq (Rumah Kuno) dan Baitulharam (Rumah Suci).
Di dalamnya juga terdapat makam Nabi Ibrahim, Hajar Aswad, Hijir Ismail dan Telaga Zamzam.

Keadaan Masjidil Haram pada zaman Rasulullah SAW dan khalifah seterusnya, tidaklah seluas sekarang.
Peralihan pucuk pimpinan turut membawa transformasi fizikal ke atas Masjidil Haram.

Lantaran itu, tidak hairanlah, Mekah menjadi tumpuan umat Islam dari semasa ke semasa.
Kehadiran mereka pelbagai tujuan, sama ada untuk perlaksanaan ibadah haji, umrah, solat mahupun menuntut ilmu.

Kini, dianggarkan sejumlah 3.5 juta umat Islam membanjiri Tanah Suci, khususnya pada musim haji.
Di bahagian dalam masjid sahaja, menampung kira-kira 350,000 jemaah pada satu-satu masa.
Malah jumlah ini dijangkakan bertambah kepada lapan hingga 10 juta, manakala bahagian dalam mencecah 1.5 juta
menjelang lima ke 10 tahun akan datang.

Kerana tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam,
Masjidil Haram hingga kini diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi.

Tidak mustahil dengan kemajuan teknologi, kemodenan pengangkutan serta orang Muslim semakin berkemampuan,
ia turut mempengaruhi bilangan angka di atas.

Melihat sepintas lalu, kita rasa masjid ini sudah cukup luas, tidak ada kekurangan, jauh sekali ada cacat celanya.
Tetapi tidak begitu bagi pemerintah Arab Saudi.

Sebab itulah, sehingga kini pun, kerja-kerja merobohkan bangunan kediaman dan hotel-hotel penginapan berhampiran Masjidil Haram
masih giat dijalankan.

Bercerita tentang pembesaran Masjidil Haram, ramai di antara kita yang sekadar menerimanya sebagai satu yang lumrah.
Anggapan umum, ia demi menjamin keselesaan, sekali gus keselamatan para tetamu Allah.

Pun begitu, di sebalik tabir usaha pembesaran tersebut, seperkara yang perlu dibanggakan khasnya rakyat Malaysia
ialah pemilihan rakyat negara ini sebagai salah seorang panel yang bertanggungjawab dalam usaha
untuk meluaskan kawasan Masjidil Haram.

Apatah lagi, beliau adalah antara 1.5 bilion manusia Islam di dunia yang terpilih memikul amanah besar Allah SWT ini.
Beliau jugalah satu-satunya panel dari Asia. Pastinya, ini sesuatu yang perlu dibanggakan oleh negara dan umat Islam di Malaysia.

Beliau yang dimaksudkan ialah pensyarah dari Jabatan Seni Bina dan Arkitek Alam Sekitar (KAED),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ismawi Zen atau lebih mesra dengan panggilan Prof. Mawi.

Temuramah pada hari itu adalah rentetan daripada sebuah program bual bicara beliau
yang berlangsung pada penghujung Januari lalu di Pusat Pengurusan Kajian, UIAM, Gombak, Selangor.

Menurut Mawi yang berasal dari Kampong Gedong, Samarahan, Sarawak,
tawaran yang diterima itu adalah sesuatu yang tidak disangka atau terlintas dalam fikirannya.

Apatah lagi ia adalah satu kerja yang bukan kecil tanggungjawab dan amanahnya.
Di tambah pula, ia mengaitkan soal seluruh umat Islam dan amat rapat dengan ritual ummah.

Bersambung...

[ Last edited by  aziefa at 28-2-2009 08:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:32 PM | Show all posts
Cita-cita tinggi

Beliau yang berusia 56 tahun mengakui, bergelar seorang profesional Muslim,
sesungguhnya tidak dapat tidak ada juga menyimpan cita-cita tinggi dan impian menggunung sebegitu.

Namun panggilan telefon dari kerajaan Arab Saudi pada 23 September lalu,
memang di luar jangkauan fikiran serta mengundang pelbagai mainan perasaan.

"Saya diamanahkan untuk menjemput Prof. untuk menjadi salah salah seorang
daripada panel antarabangsa untuk pembesaran Masjidil Haram."

Kata-kata yang tidak sampai dua minit inilah yang membuatkan Mawi tidak keruan, terkejut,
terkedu seketika malah sehingga tidak lena tidur semalaman itu.

Semuanya bermula semasa beliau di luar negara untuk menghadiri satu majlis penganugerahan ke atas UIAM.
Malah Pasar Namdaemon di Seoul, Korea Selatan menjadi saksi penerimaan berita gembira itu.

"Saya tambah terkejut apabila nama tiga lagi panel diberitahu itu adalah mereka yang sememangnya popular dan terkenal di dunia.
Spontan saya merasakan diri ini tidak berkelayakan.

Soalan seperti: "Mengapa saya dipilih?" cuba saya ajukan kepada si pemanggil.
Namun diberitahu, pemilihan ini telah melalui penapisan yang muktamad daripada Raja Abdullah,
ketua kerajaan Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Tanah Suci.

"Sekembalinya ke Malaysia, saya dapati semua urusan tiket malah surat tawaran telah dilampirkan serta dihantar menerusi e-mel.

"Malah saya hanya perlu mengambil visa di kedutaan Arab Saudi untuk pertemuan pertama yang diadakan pada 4 dan 5 Oktober 2008.

"Malah apabila terima pelantikan itu, saya tidak memberitahu sesiapa.
Saya hanya beritahu isteri pada malam sehari sebelum tarikh penerbangan.

"Bagi saya benda ini bukan yang perlu dibanggakan sangat kerana tanggungjawab yang terpikul itu adalah berat.
Apatah lagi ia adalah amanah daripada Pencipta kita. Allah SWT," jelas beliau merendah diri.

Walaupun beliau adalah arkitek berpengalaman dan menjadi pelopor dan pakar dalam unit perancangan bandar dan seni bina Islam.

Sambung Mawi lagi, mesyuarat pertama yang berlangsung awal Oktober itu dihadiri empat orang panel iaitu
dari Arab Saudi, Switzerland dan Turki selain beliau menghadiri bengkel khas tersebut.

  Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:34 PM | Show all posts
Tiga arkitek

Sayangnya, arkitek dari Switzerland terpaksa menarik diri kerana dia bukan Muslim.
Kumpulan panel itu kemudiannya disertai tiga arkitek, seorang dari Algeria dan dua dari Lebanon, menjadikan enam orang kesemuanya.

"ada peringkat awal, jawatankuasa ini ditugaskan untuk menggubal satu wawasan yang merangka garis panduan
untuk merencanakan bagaimana seharusnya pembangunan semula Mekah.

"Khususnya pembesaran Masjidil Haram di dalam sebuah dokumen yang dinamakan Vision Brief.
Ini adalah pembesaran kali ketiga Masjidil Haram," jelas beliau.

"Sungguhpun apa yang hendak divisikan ini tiada garis panduan atau ia adalah free ticket
dan wang bukanlah masalah kerana diumpamakan kami diberi blank cheque, hakikatnya itu adalah jauh lebih mencabar.
Ini kerana banyak perkara yang perlu difikirkan.

"Kita tidak mahu usaha ini sehingga melampaui dan dibimbangi ia tersasar daripada konsep pembangunan di dalam Islam itu sendiri.
Di mana Islam amat menekankan perihal tauhid, rububiah, khilafah dan tazkiah (niat).

"Di samping itu, aspek kesederhanaan juga menjadi pokok keutamaan agar selaras dengan falsafah Islam,
kesederhanaan itu tanda kebenaran (simple is sign of truth)," terang Mawi.

Apa yang boleh digambarkan ialah Masjidil Haram itu akan berubah menjadi lebih luas,
sebuah masjid yang mesra alam, selamat dan ia seolah-olah mengembang dan menguncup mengikut musim kemuncak dan sebaliknya.

Mengulas lanjut aspek-aspek dan pokok permasalahan yang perlu difikirkan, kata Mawi,
panel yang dilantik ini perlu mengambil kira soal pembesaran. Namun ia tidak meminggirkan konsep masjid yang mesra alam.

Reka bentuk baru itu harus tidak menyumbang kepada pemanasan global, pembaziran,
keselamatan di waktu kecemasan dan mempunyai sentuhan kerohanian apabila berada di dalam masjid.

Aspek pengurusan pembuangan sisa pepejal, pengangkutan, pengurusan berkaitan air zamzam dan juga tidak boleh melindungi pandangan jemaah terhadap Kaabah, terutama ketika sedang melakukan ibadat tawaf serta paling penting nilai sejarah kota tersebut harus dipelihara.

"anel ini ditugaskan untuk memikirkan semua perkara di atas dan kemudiannya menghasilkan dengan beberapa cadangan
dan garis panduan bagi membantu perancangan dan reka bentuk pembesaran kelak.

"Kami akan beri penerangan, memantau, menilai dan membuat laporan sebelum menghantar cadangan
kepada jawatankuasa untuk dipersembahkan kepada Raja Abdullah," katanya.

Menurut Mawi, di bawah panel ini, terdapat 16 syarikat arkitek antarabangsa dari 13 negara seperti Arab Saudi, Mesir,
Jordan, Jepun, Jerman, Perancis, Switzerland, England, India, Afrika Selatan serta Malaysia.

Mereka dibahagi kepada dua kumpulan; enam adalah Vision Architect yang menghasilkan idea.
Sepuluh lagi adalah Application Architect, yang akan memikirkan tentang perkara-perkara praktikal.

  Bersambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 08:38 PM | Show all posts
Kekuatan tersendiri

"Mereka ini bukannya bertanding untuk idea tetapi pemilihan arkitek-arkitek ini adalah atas cadangan panel
kerana mereka mempunyai kekuatan tersendiri, kepakaran dan kecenderungan dalam mereka bentuk.

"Setiap arkitek ini akan membentangkan kertas kerja masing-masing di mana ia menyentuh aspek-aspek
seperti ritual ibadah/ketuhanan, mesra alam, kerohanian, kemasyarakatan, bahan-bahan atau material yang
bakal digunakan dan teknologi yang digunapakai,"
kata Mawi yang turut berkongsi idea-idea radikal yang diterima panel daripada para arkitek sepanjang penglibatan tersebut.

Beliau juga adalah antara orang yang terawal dan diberi tanggungjawab mereka pelan
bangunan kampus utama UIAM di Gombak dan di Kuantan serta Dekan pertama KAED.

Malah menerusi pemerhatiannya, pembangunan seluas 650 meter ini bakal siap dalam masa kurang daripada dua tahun
kerana kewangan tidak menjadi masalah yang besar kepada kerajaan Arab Saudi.

Ditambah pula, Raja Abdullah menganggap dirinya sebagai 'khadam' atau hamba serta bertanggungjawab
untuk memberikan keselesaan kepada semua jemaah yang datang ke Masjidil Haram.

Menurut Mawi, Raja Abdullah mempunyai kata putus untuk mengambil satu pelan dan melaksanakannya,
mengambil idea-idea yang bagus daripada kumpulan itu dan kemudian mencantumkannya
ataupun mengambil satu-satu perkara daripada keseluruhan pelan tersebut.

Kongsinya lagi, beliau tidak pernah menjangkakan pengiktirafan serta kepercayaan sebegini.

Beliau sebelum ini terlibat dalam kerja-kerja mereka pelan bangunan dan menubuhkan kuliah KAED di UIAM,
dilantik sebagai Pengarah Reka Bentuk, Pelan Induk Landskap untuk Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur
pada 2007 lalu dan pelbagai lagi.

Apapun, kata Mawi, pemilihan beliau sebagai panel pembesaran Masjidil Haram
mungkin berkait rapat dengan doanya di hadapan Kaabah
sewaktu menjadi pensyarah jemputan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti King Abdul Aziz, lebih 20 tahun lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:50 PM | Show all posts
kak azie..tadi saya pergi dengar kursus kat tbg haji..speakernya ustaz Syukri..kak aziefa mungkin kenal kot..best sangat..banyak ilmu yg saya n suami dapat...bila disentuh part Raudah, telaga Kauthar, syafaat nabi, dan dipasangkan speaker masa Talbiah tuh..aduhh nak menitik airmata nie... ..insyaallah nak repeat lagi dan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:51 PM | Show all posts
lagi satu..nak tanya kalau pregnant woman cemana, bolehker amik meningitis punya vaccine nie?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083716 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list