CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

UMRAH IV, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2009 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by cenggitu at 26-2-2009 03:45 PM
kak azie..tadi travel agency dah call saya, cakap 30hb mac direct madinah so saya punya confirm
30th Mar - 12th Apr 09..insyaalah....doa2 kan ye

waktu2 macam ni la...memang berdebar2 menunggu tarikh yg confirm....
lemon dulu date nya bertukar hampir 4 kali ...baru betul2 confirm....
tak sabar2 nak pegi satu hal...berdebar2 satu hal...nak aply cuti pun 1 hal jugak...

tapi bila dah confirm tu...asyik membilang hari la pulak.....
eeemmm ...indahnya kenangan itu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by pikacun at 26-2-2009 04:43 PM
Salam.....

jadual umrah saya dah di tunda pulak..... dari 21 mac ke 24 mac hingga 5 april....

InsyaAllah bole lar kita bergathering bersama2. Pikacun dok hotel mana? Doa tuh camner..still nak ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by pikacun at 26-2-2009 04:43 PM
Salam.....

jadual umrah saya dah di tunda pulak..... dari 21 mac ke 24 mac hingga 5 april....


ala akak tak sempatlah kita jumpa kt fayroz shatta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by sheebby at 26-2-2009 04:24 PM



ala kak azie,,,saya pergi 15 april ler sampai 27 april...

best nyer kalau dapat pergi cepat mcm date akak tulis tuh,,,,hehehehhe


kenapa sheebby dah tak sabor ke?

susahkan nak membilang hari..

rasa macam kalau boleh nak gi esok jgk..dah tak sabar2 kan

ditambah dengan rasa excited mcm baru 1st time nak pergi...

setiap orang yg nk pergi umrah dan haji..terasa macam pengalaman pertama hehe

cuma kurang sket lah kekekokannya..betul ke ayat nie
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 26-2-2009 03:47 PM
kalau sesiapa pi bt umrah

yg pakai spec mata @ cermin mata power tinggi

bawaklah 1 extra spec lama

bukan apa kalau hilang masa tawaf ka..masa nak cium hajarul aswad ka..masa duk jammed k ...


Betul tu,
bagus hussain mengingatkannya..

kena bawa extra spek.  Kalau terjadi macam yang hussain sebutkan tu,  tersangatlah ruginya kalau kita bergantung 100% kepada cermin mata kalau nak membaca terutama untuk membaca Al Quran di Masjidil Haram nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 26-2-2009 05:05 PM


kenapa sheebby dah tak sabor ke?

susahkan nak membilang hari..

rasa macam kalau boleh nak gi esok jgk..dah tak sabar2 kan

ditambah dengan rasa excited mcm baru 1st tim ...



hussain,

jgn kata shebby ..el ni lg la x sabar tggu bulan June..klu bleh nak je esok terus lompat ke June..x yah de bln March,April or May . biar cepat sikit el ke dua kota suci tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2009 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by pikacun at 26-2-2009 04:43 PM
Salam.....

jadual umrah saya dah di tunda pulak..... dari 21 mac ke 24 mac hingga 5 april....



Waalaikum salam,

Bolehlah pikacun join gathering hussain, ayahjoe dan ustaz di Makkah nanti. Seronoknya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by el at 26-2-2009 05:31 PM



hussain,

jgn kata shebby ..el ni lg la x sabar tggu bulan June..klu bleh nak je esok terus lompat ke June..x yah de bln March,April or May . biar cepat sikit el ke dua kota su ...

Oit cik adik....kalu dah lompat sian lar kat kami2 yg insyaAllah nak berangkat bulan mac dgn april nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 05:34 PM | Show all posts

Balas #74 el\ catat

tak juga. tp mmg booking tarikh 1/6, terus ke madinah. hopefully dapat la.
el pegi dgn andalusia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by el at 26-2-2009 05:31 PM



hussain,

jgn kata shebby ..el ni lg la x sabar tggu bulan June..klu bleh nak je esok terus lompat ke June..x yah de bln March,April or May . biar cepat sikit el ke dua kota su ...



Begitulah kira-kiranya  kita semua di sini,  rasa tak sabar untuk menjejakkan kaki ke dua-dua Tanah Suci tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by ayahjoe at 26-2-2009 05:33 PM

Oit cik adik....kalu dah lompat sian lar kat kami2 yg insyaAllah nak berangkat bulan mac dgn april nih



hehehe..
sorry ayahjoe, x sabar dh nak pi sana..skang ni pon asyik termimpi2 dok depan kaabah jer..aduhai..klu bleh ku ingin mempercepatkan masa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by eleisha at 26-2-2009 05:34 PM
tak juga. tp mmg booking tarikh 1/6, terus ke madinah. hopefully dapat la.
el pegi dgn andalusia kan?



el pergi ngan hijjaz travel..1st time ikut hijjaz x tau lg service cm ner??
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:47 PM | Show all posts

Balas #78 HUSSAINTAHIR\ catat

thanks for the reminder. kena bgtau mak nih. mak sha ni bila bab spec,
selalunya yg satu dia pakai tu je la yg dia ingat. yg lain tu ntah mana2
simpan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:50 PM | Show all posts

Balas #91 el\ catat

hehe.. kan? sha ni sebab takleh mintak cuti sebarang2, so kena la jugak
tunggu cuti sekolah. tu pun nasib bulan 5/6 tu cuti 2 minggu. kalau boleh
ambik cuti, rasanya nak je cepatkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by el at 26-2-2009 05:40 PM



el pergi ngan hijjaz travel..1st time ikut hijjaz x tau lg service cm ner??


ic.. ingat dgn andalusia. tawakal je el.. sha masa nak daftar hari tu risau gak.
takut servis tak ok, hotel jauh / tak memuaskan.. mcm2 la yg terlintas. tambah
pulak pegi dgn mak yg mmg ada asma / sakit lutut sikit. tp mak pulak ok je.dia
kata, kalau ada apa2 yg kurang anggap je la tu bahagian kita utk diuji
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 06:00 PM | Show all posts
alhamdulillah dah ada rumah baru dah...
tahniah uncle hussain yg gabungkan forum umrah & haji sekali...
tak payah kita lompat2 rumah macam dulu lagi dah...

terima kasih kak azie kerana listkan senarai jemputan umrah...
barulah nampak siapa pergi dan bila...
wahhh... ramai jugak yg pergi bulan depan ya?
lebih meriahlah travelog umrah kita nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 06:56 PM | Show all posts

Reply #78 HUSSAINTAHIR's post

memang setuju sgt dgn cadangan ni. masa saya pergi pun saya bawak spare. just in case pecah/hilang. selalunya saya letak dlm beg kecil yg travel agent bagi. senang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:35 PM | Show all posts
1st posting rumah baru


Sain
Samada pergi Umrah first time atau 3rd time atau apa time, rasanya debaran menunggu tetap sama..

Originally posted by HUSSAINTAHIR at 26-2-2009 05:05 PM


kenapa sheebby dah tak sabor ke?

susahkan nak membilang hari..

rasa macam kalau boleh nak gi esok jgk..dah tak sabar2 kan

ditambah dengan rasa excited mcm baru 1st tim ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 11:26 PM | Show all posts


Lebih baik berfikir sesaat
Sekali Air Bah...
SEWAKTU sedang mengerjakan tawaf keliling Kaabah pada musim haji yang lalu,
seorang kawan terpaksa menghentikan tujuh pusingan tawafnya itu beberapa kali.

``Saya tersentuh tangan suami dan terpegang lengannya.
Jadi saya terpaksa berhenti tawaf untuk mengambil air sembahyang semula,'' ceritanya mengeluh tentang wuduknya
yang kerap batal kerana kerap pula bersentuhan dengan suami ketika sedang tawaf.

Dalam kursus-kursus haji yang diikutinya sebelum berangkat meninggalkan tanah air,
jemaah haji wanita tadi sudah mendengar keterangan ustaz tentang amalan-amalan mazhab.

Di Malaysia kita mengamalkan mazhab Syafie yang membatalkan air sembahyang apabila suami dan isteri bersentuhan.
Maka untuk kemudahan beribadah di Tanah Suci, kita dibenarkan beramal dengan selain mazhab Syafie,
iaitu tidak batal wuduk sekiranya bersentuhan lelaki dan perempuan.

Amalan tersebut sudah diketahui umum, apatah lagi bagi mereka yang biasa ke Tanah Suci.
Oleh kerana itu penjelasan ustaz dalam kursus haji tadi kurang dipedulikan.

Pada hal ada di kalangan kita yang kurang faham, mengapa dan atas alasan apa mazhab-mazhab tersebut berbeza pendapat.
Namun tidak ramai yang bertanya lebih lanjut, kerana lebih banyak yang suka mendiamkan diri.

Barangkali ramai yang berandaian, mudah mengelakkan diri daripada tersentuh lelaki dan perempuan,
atau mudah sahaja berwuduk lagi.

Malangnya sesampai di Tanah Suci, suasana tidak seperti diduga.
Terlintas juga di fikiran untuk beramal sebagaimana keterangan ustaz dalam kursus dulu.
Tapi hati tidak begitu yakin dan syaitan pun mula membisikkan rasa waswas.

Akibatnya, ibadah tawaf yang mudah dikerjakan, akhirnya menjadi beban yang sangat berat dirasakan kerana
terpaksa berhenti setiap kali bersentuhan kulit lelaki dan perempuan.

Ini semua kerana sikap tidak ambil peduli dan menganggap remeh sesuatu ilmu.
Masih ramai di antara kita yang mengerjakan amal ibadah tanpa didasari dengan pengetahuan mengenainya.

Kita hanya menunaikan sesuatu amalan kerana orang lain juga mengamalkannya.
Kita sendiri tidak tahu pasti alasan dan nas yang mengiringi ibadah yang diperintahkan.
Kita lebih suka mengambil jalan ringkas, bertaklid, mengikut membuta tuli.

Sebab itu kita mudah terkecoh apabila sesuatu alasan lain dikemukakan.
Kita tidak mahu menerima sesuatu yang nampaknya baru kerana kita tidak biasa mengamalkannya dan di luar kebiasaan.

Pada hal Rasulullah s.a.w. selalu mengingatkan: ``Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadah setahun.''
(Riwayat Ibnu Hibban).

Imam Syafie juga berkata: ``Mencari ilmu pengetahuan itu lebih utama daripada mengerjakan sunah.''

Dewasa ini banyak sumber dan rujukan.
Selain tokoh-tokoh cerdik pandai, bahan-bahan bacaan yang percuma dan berbayar banyak di pasaran dan boleh dijadikan panduan.

Semuanya sebaiknya kita jadikan bahan perbandingan supaya kita tidak menjadi jumud dan terkongkong akibat perbuatan sendiri. -
LELA MANJA
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 11:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070478 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list