CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ustaz

UMRAH V, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 8-4-2009 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 7-4-2009 16:53
Almost give up already...


eastrun.. nape mcm tuh? eastrun ada masalah ke???
sabar byk2, setiap dugaan yg Allah beri tu, tandanya Dia kasih dan ingt pada kita.
Sabar menghadapi dugaan yeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-4-2009 15:52
Imam Saleh Al Talib
http://thecommongrounds.org/images/imam_of_kaba_al-sheikh_saleh_ale_talib_at_palace_of_late_king_khaled._photo_taken_by_dr.kazmi.jpg

VM9at6on-5Q


sejukkkkkkkkkkkk hati bila tatap wajah alim ulamak ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 09:52 AM | Show all posts

Reply #28 kakct's post

wah ramai yg nk join gathering ke umah ayahjoe ye???
aiseh.. x dpt la hanni jumpa kawan2 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:25 AM | Show all posts

Reply #41 Hanni's post

Dia seorang yang tolah kecewa pada Tuhannya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 7-4-2009 16:07
Setiap kali baca thread ni aku nangis la baca pengalaman korang... .Aku tak cukup duit...

Duit bukan segala2nya..tapi keberkatan yg ALLAH kurniakan itu yg kita harapkan.. kalau ko ada duit bnyk pong hati x tenang x guna juga.. so jgn nangis ye.. 1  ari nanti pasti ko akan jejak kaki kat Tanah suci ..berdoalah.. INSYAALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:33 AM | Show all posts

Reply #45 haziq_97's post

Jangan ko layan sama orang tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2009 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by hashimsamsul at 8-4-2009 10:25
Dia seorang yang tolah kecewa pada Tuhannya...

kecewa pada tuhan..layak ke kita kecewa dgn tuhan

keburukan kita tahap maksimum..kejahatan kita tahap maksimum

tapi ingat ALLAH ini MAHA PENYAYANG..

DIA masih mengetuk pintu hati kita dengan keimanan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:55 AM | Show all posts

Reply #46 hashimsamsul's post

x ape..kita layan somu orang...janji jgn kuar tajuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 11:02 AM | Show all posts
ada sesiapa yang akan ke umrah 9/5 ni dgn andalusia
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:04 AM | Show all posts

Reply #49 Nisda_'s post

setakat ni, rasanye x ade lagi yang pergi masa 2. nape? nisda g masa 2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 8-4-2009 10:55
x ape..kita layan somu orang...janji jgn kuar tajuk...

:victory: :victory: :victory: :handshake: :handshake: :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:58 AM | Show all posts

Reply #51 lemons's post

dah kuar tajuk dah syaa....hehehehehehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 12:03 PM | Show all posts
TRAVELOG UMRAH SAYA - BHG 1
ISNIN, 23 MAC 2009

KLIA - JEDDAH

Saya naik flight Saudi Air SV833 Boeing 747 uzur yang umurnya lebih 20 tahun. Penerbangan jam 3.00petang. Tapi pukul 12.00tghari dah tercegat di KLIA. Suasana meriah sangat2, dah macam nak pergi haji pulak. Yang perginya 2 orang, tapi yang menghantarnya sampai 2 kereta atau lebih. Memang betul2 macam suasana haji.

Kita check-in di kaunter L. Berderet2 beg macam keretapi senandung malam. Jemaah Andalusia aje dah 122 orang. Kaunter sebelah pulak jemaah dari Rakyat Travel(anak syarikat Bank Rakyat), yang bilangan jemaah dia hampir 100 jugak.

Saya pergi 6 orang bersama ibu, isteri dan adik2 perempuan saya. Abah saya sudah tiada, jadinya setiap kali saya buat umrah, saya akan ajak mereka sekali. Lagipun, sesiapa yang buat umrah sunat, orang perempuan wajib pergi dengan mahram lelaki, kalau tidak, umrahnya sah tetapi berdosa.

Saya tengok sekeliling ramai jemaah berpakaian macam orang balik dari umrah. Cuma saya aje tak ada gaya orang nak pergi umrah. Bukan apa, dari pengalaman2 lalu, pada saya lebih praktikal kita pakai pakaian yang selesa untuk kita dalam penerbangan. Lagipun saya tak nak menonjolkan diri menampakkan saya untuk pergi umrah. Lagipun lazimnya dalam perjalanan jauh, dalam penerbangan memang sejuk dan bila dah sampai, kena naik bas malam2 ke Madinah, sejuk juga. Jadinya saya pakai jaket yang ada tutup kepala untuk mengelakkan terlinga saya sejuk. Jaket lama yang saya guna semasa zaman belajar dulu. Kekadang tu saya dapat pandangan2 sinis dari pakcik2 dan makcik2. Agaknya apalah mereka fikir dalam hati masing2...   

Agaknya mereka berfikir: "Rock betullah budak ni, tak ada gaya nak pergi umrah langsung. Agaknya budak ni pergi umrah untuk bertaubat kot?"

Inilah saya dalam penerbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:05 PM | Show all posts

Reply #53 ustaz's post

bese2 je muka ustaz..tak macam Nabi Yusuf pun..hhehehehe..tak lah..saya ni memang gemar bergurau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 12:06 PM | Show all posts
TRAVEL UMRAH SAYA - BHG 2
ISNIN, 23 MAC 2003

JEDDAH - MADINAH

Penerbangan 8 jam yang sejuk. Mujur saya pakai baju sejuk yang tutup kepala. Selesa sikit nak tidur. Kena tidur banyak-banyak semasa dalam penerbangan kerana apa bila kita sampai madinah, kita dah kena sesuaikan diri dengan waktu sana. Waktu sana 5 jam kebelakang. Jadinya kita jadi muda 5 jam.

Sepanjang perjalanan tak jumpa malam langsung. Jadinya kita tak payah nak bersolat. Solat asar telah pun dijamakkan semasa di KLIA tadi.

Pesawat SV833 selamat mendarat di Jeddah betul2 waktu maghrib. Turun pesawat terus naik bas untuk ke terminal. Mula2 kena jumpa pihak imigresen untuk chop passpot. Pegawai yang mengacara kita muda jugak, friendly pulak tu. Mula2 dia mengesahkan passport dan visa kita, lepas tu dia imbas kelima2 cap jari kita kedua2 belah tangan kita. Lepas tu dia ambil gambar kita. Kami berenam mengambil masa agak lama sehinggakan orang yang dibelakang kami bosan menunggu dan berpindah ke counter lain. Kemudian apabila giliran adik saya pulak, masa pak arab tu ambil gambar... alih2 dia kata "MasyaAllah!". Pasal adik saya tu comel macam Amy Mastura. Gatal punya pak arab. :@

Lepas tu kita ambil beg dan terus naik bas. Perjalanan dimulakan dgn Mutawwif memperkenalkan diri dan mengetuai pembacaan doa musafir beserta isthigfar dan diikuti oleh selawat. Keluar je dari airport ada kebakaran di tepi jalan. Sebuah kereta Mercedes sebesar S class tapi yang 2 pintu punya. Kereta mahal tu. Lepas tu kita singgah di masjid dulu  untuk  selesaikan      solat Maghrib dan Isyak dulu. Lepas tu kita teruskan perjalanan. Sambung tidur lagi dan sedar2 bas dah nak berhenti. Kami singgah di Retoran Yamaan utk mkn malam nasi mandi tajaan Andalusia. Saya terpaksa duduk berasingan dengan keluarga saya kerana jemaah2 lain nak duduk berasingan lelaki perempuan.

Jadi saya pun join dengan 4 orang pakcik2 ni. Kita makan nasi mandi dalam dulang. Masa mula duduk tu pakcik2 ni pun masing2 cerita pasal pengalaman haji masing2. Saya duduk dengar sambil senyum je. Ada yang pergi 2001, 2003... latest sekali 2004. Lepas tu bila dah hujung2 tu barulah ada pakcik ni tanya saya ni dah haji ke? Saya jawab sikit je: "Sudah, 2007. Alhamdulillah." Lepas tu tak semena2 rupa pakcik2 tu masing2 berubah. Mentang2lah saya takde gaya orang nak pergi umrah. Agaknya mereka sangka saya ni pertama kali nak ke tanah suci, kot? Lagipun saya nampak muda lagi. Lepas tu giliran saya pulak menceritakan keadaan terkini di Madinah dan Mekah. Sekarang pakcik2 tu pulak yang dengar tazkirah saya.

Kalau kata orang kampung saya: "Don't judge a book by its cover."

Mula2 penuh


Selepas tu licin
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:06 PM | Show all posts
aikk...cam nape ikan tu mule ade 4 kple las2 tinggai sekepale jek...saper yang makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2009 12:08 PM | Show all posts
TRAVELOG UMRAH SAYA - BHG 3
24 MAC 2009

KOTA MADINAH AL MUNAWARRAH

MENJEJAK KAKI KE MASJID NABAWI

Kami tiba di Madinah sekitar jam 3.30 pagi. Turun bas aje terasa angin dingin Madinah tiup sepoi2 bahasa. Saya tarik nafas menghidu bau udara Madinah, baunya sama seperti saya datang buat pertama kalinya beberapa tahun lalu. Memang betul, Madinah memang ada bau yang uniknya tersendiri dan bau itu akan melakat diingatan sampai bila2. Kalau tak percaya, kalau pergi Madinah dan hidu udaranya.

Kami menginap di hotel Feyroz yang terletak di belakang Hilton, sekitar 200m dari pagar masjid. Selama 3 hari ini kami akan berkampung di sini. Sibuk menguruskan beg, tak sempat untuk berehat kerana hendak mengejarkan waktu subuh. 3.55pagi azan pertama berkumandang menandakan sejam lagi akan masuk waktu subuh. Kami siap dan terus turun untuk menziarahi Rasulullah.

Mulut kami tidak berhenti berselawat ke atas Baginda SAW. Istimewanya di sana, jika kita berselawat, selawat itu akan pergi ke Rasulullah terus tanpa perantara. Jika kita di Malaysia atau di tempat lain, para malaikatlah akan membawa segala selawat itu kepada Baginda SAW. Jangan lepaskan peluang ini, selawatlah selagi mungkin.

Setibanya di pagar masjid... maka tak semena2 terkenang memori indah kali terakhir di sana hampir setahun 2 bulan lalu. Terkenang pergi ke masjid harian dengan pakcik2 Jawa Tepi, teman sebilik semasa haji dulu. 9 hari kami berkampung di Madinah waktu itu. Terus berdoa agar pakcik2 Jawa Tepi agar dikurniakan rezeki untuk kembali ke tanah suci ini. Perubahan ketara yang saya nampak adalah payung-payungan di dataran masjid. Dulu setakat tiang je, sekarang sudah ada payung. Cantik!



Masuk pintu masjid sambil berdoa dan sambung selawat. Tiba2 terukir senyuman terkenang kenangan lalu. Saya terus mengorak langkah laju dengan harapan agar Raudhah masih ada tempat lagi. Harapan meleset apabila kelihatan bahagian masjid asal hampir penuh. Saya pun mencari tempat yang hampir dengan makam Rasulullah, di tempat ahli Sufi. Assalamualaika Ya Rasulullah, Assalamualaika Ya Habibullah, Assalamualaika Ya NabiAllah. Salam juga kepada Saidina Abu Bakar AsSiddiq dan Saidina Omar AlKhattab. Hati tiba2 menjadi sayu mengenangkan Rasulullah SAW hanya beberapa meter saja dari kita. Segala pujian bagi Allah, bersyukur saya dapat menziarahi Rasulullah sekali lagi. Sebak

Tanpa berlengah, saya terus solat Tahyatulmasjid. Rasulullah SAW pernah berpesan agar solat sunat 2 rakaat sebelum duduk di dalam masjid, di mana2 masjid pun. Memandangkan ada 30minit lagi sebelum azan subuh berkumandang, maka solat sunat itu diteruskan. Dimulakan dgn sunat taubat utk menyucikan diri dari dosa2 kecil & beristighfar selepas itu. Diikuti dengan sunat hajat agar urusan utk hari itu dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang keburukan. Diteruskan lagi dengan solat tahajud, solat sunat yang paling disukai oleh Allah. Akhirnya dilengkapi dgn solat witir sebagai penutup amalan solat sunat sebelum azan subuh berkumandang.

Setelah selesai solat subuh saya masuk ke dalam Raudah, hanya untuk berdoa sahaja. Saya memang tidak solat sunat kerana selepas subuh adalah waktu HARAM untuk solat sunat kecuali - solat tahyatulmasjid, solat gerhana, solat jenazah dan solat qada'. Namun ramai yg bersolat di Raudhah masa itu. Solat qada' agaknya.

Keadaan sesak di Raudhah. Saya berada di Raudhah sekitar 15 minit, bukan untuk duduk, tapi untuk lalu sahaja untuk pergi ke hadapan makam Rasulullah. Sambil tu tangan menadah mendoa apa yang terhajat. Jangan lepaskan peluang ini. Kalau tak dapat solat di Raudhah, sekadar dapat berdoa pun sudah memadai. Berdoa di Raudhah tu!

Akhirnya tibalah saya dihadapan Makam Rasulullah. Sekadar beri salam saja dan sampaikan kiriman salam dari keluarga, sahabat2 dan jiran2 di Malaysia. Assalamualaikum Rasulullah, Assalamualaikum Kekasih Allah, Assalamualaikum Nabi Allah. Salam juga kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar. Lepas tu terus keluar melalui Pintu Bake'. Saya berdiri di tiang luar mengadap kiblat dan berdoa utk Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar. Selesai doa saya menyusul ke Perkuburan Bake'. Terlampau sesak saya sekadar beri salam ya ahlil kubur dari jauh je. Alfatihah buat mereka.

Saya kemudian mengorak langkah ikut tepi masjid untuk pulang ke hotel. Langkah saya perlahan sahaja. Melihat keadaan sekeliling sambil mengimbau memori silam. Terkenang sorang2 muka pakcik2 Jawa Tepi. Mulut masih tak berhenti berselawat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by emiliahani at 8-4-2009 12:06
aikk...cam nape ikan tu mule ade 4 kple las2 tinggai sekepale jek...saper yang makan


Ada kat bawah tulang tu. Kita tak boleh makan kepala ikan... nanti hati gelap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:10 PM | Show all posts

Reply #57 ustaz's post

bestnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:12 PM | Show all posts
agaknya sama la itinerary saya dgn ustaz.. lagi bersemangat baca travelog org2 yg dah pergi ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.163475 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list