CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-10-2009 10:17 AM | Show all posts
2488# aziefa

Betul kata zie,
Kakak pun nak tumpang tabik springgg kat ayahjoe kerana walaupun berpuasa sudi datang menjengah ke rumah ibu.
Walaupun pada awalnya ayahjoe kata nak singgah sekejap ...
Rosputih Post at 11-10-2009 19:10

Terima kasih pada ibu sbb susah2 tapaukan utk saya.  Mmg sedap dan best mee bandung ibu.  Rendang emergency ibu pon power.  Puas makan kata wife saya...hehehehe.  Adikzarif...bini ana tabik spring dkt anta.  Ana dapat merasa semulut jer..yg dia dia habiskan......Terima kasih pada semua yg hadir......ukhwah yg paling bernilai.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 12:11 PM | Show all posts
2487# aziefa

assalamualaikum..

insyallah kak zie, ada jodoh kita akan bertemu lagi di acara gathering yg akan datang. Hanni pun berharap2, next time xde aral melintang yg mendatang. Sedih tau bila x dapat join hari tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 12:16 PM | Show all posts
seeloknya selipar utk lelaki semasa ihram,beli yg jenis mana...? jenis ASADI tu ke....

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 03:31 PM | Show all posts
2503# salam03

Assalamualaikum..
Kalau tak sempat beli kat Malaysia pun tak apa...
Kalau di Mekah Madinah berlambak selipar Umrah Warna putih..
Macam macam fesyen n murah...
Insyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 03:33 PM | Show all posts
2502# Hanni

Insyallah hanni..
Kot kot dapat jumpa kat Rumah ayahjoe nanti...
Seronok dapat tengok kawan nak pi Haji..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 03:33 PM | Show all posts
Bro ayahjoe,

Kek tu kecik punye hal. Yang penting, dapat jumpa kawan2. Mendekatkan lagi silaturrahim. Macam anta cakap le, ukhwah.

Hanni, jgn sedih sangat. Insyaallah ada peluang lagi, kita jumpa. Nanti kat rumah ayahjoe, hanni datang le.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2009 04:07 PM | Show all posts
salam semua

to bro adik zarif takut nak mkn cheese cake nnt ada wine plak

bro ayahjoe...survey selipar ke...nasihat saya beli yg kulit tahan sejuk...they are expecting cold season during hajj this year...

Kt sini pakej haji 1999 pound only cheap jgk...naik saudia

to kak hanni jgn risau bro ayahjoe will be hosting another gathering b4 he is going for hajj
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 04:12 PM | Show all posts
to bro adik zarif, ibu, makcik aziefa, hanni or anybody

hehe dijemput untuk host rumah baru

this house already 101 so they will lock at any time

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 04:30 PM | Show all posts
2508# HUSSAINTAHIR

Assalamualaikum...
Apa pasal rasa sejuk aje masuk Thread ni..
oooo...rupanya angin sejuk dari tempat Husain menghembus masuk ke Rumah ni..
Apa khabar???
Sejuk tak...berapa suhu sekarang...
Rindu jugak nak pi kesana...
Last pi Tahun lepas Januari..
Husain jangan takut..
cheese cake adikzarif dijamin HALAL..
Insyallah jumpa kat rumah ayahjoe nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 05:13 PM | Show all posts
2506# adikzarif
insyallah.. insyallah.. tapi nnti dh xde la sesapa nk jamu cheesee cake n mee bandung dah. hehehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 05:43 PM | Show all posts
2498# HUSSAINTAHIR

Waalaikumsalam hussain,

Walau badan di rantau orang, hati tetap teringatkan kampung halamandan juga rakan di forum ni...hehehehhe
kami juga menyebut-yebut nama hussain petang tu....

InsyaAllah bila hussain dah kembali ke tanah air, boleh singgah ke rumah ibu, ibu buat mee bandung special untuk hussain
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 12-10-2009 20:29

Menterjemahkan Kerinduan pada Kedua Kota Suci..

Lambaian Kaabah - Syahdunya cinta Ilahi


DI suatu lembah yang dikelilingi gunung-gunung batu hitam, terhampar di Semenanjung Tanah Arab,
tidak jauh dari Laut Merah, seorang kekasih Allah telah berdoa kepada-Nya:

Tuhanku, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di lembah
yang tidak mempunyai tanam-tanaman, dekat rumah suci-Mu. Tuhanku, supaya mereka tetap mendirikan solat;
oleh itu, jadikanlah hati manusia-manusia tertarik kepada mereka,
dan berilah rezeki daripada buah-buahan kepada mereka, mudah-mudahan mereka berterima kasih.
(Ibrahim 14: 37)

Tahun 1940-an. Seorang anak kecil, berjubah dan berkopiah, sambil jari halusnya dalam genggaman tangan kedua-dua ibu bapanya menuju Masjidil Haram. Comel dan keletah. Sesekali menyusuri lorong-lorong kecil di celah-celah rumah dan kedai di Syiab `Amir, Sugullail, `Azizah dan Syubeikah apabila ada keperluan. Bau sayur-sayuran, buah-buahan, rempah-ratusnya, aroma atar dan `ambar Mekah menjadi penyegar suasana. Acap kali telinganya mendengar:

``Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu, ya Tuhan, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.''
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 12-10-2009 20:33

Syahdunya

Betapa syahdunya alunan talbiah. Berkumandang umpama rintihan kerinduan yang tidak terbendung lagi. Mengusik-usik jiwa yang halus dan bersih menjadikannya sentiasa rindu pada Tanah Suci itu dan berusaha untuk ke sana dengan niat hanya kerana Allah s.w.t. Kemanisan ibadah haji sukar dijelaskan dengan kata-kata. Ia merupakan ujian supaya bersabar dalam mematuhi segala titah perintah Allah s.w.t. walaupun dirasakan berat. Juga sabar dalam menjauhi larangan-Nya di samping bersabar ketika mengalami kesulitan dan kesusahan yang mungkin berlaku. Ibadah haji juga membentuk sifat syukur, redha, warak dan tawaduk dalam melakukan pengabdian sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Ia menuntut supaya insan Muslim menjalin persaudaraan Islam, hormat-menghormati antara satu sama lain.

``Alhamdulillah. Hampir setiap tahun saya pergi ke Mekah. Suatu ketika, saya tidak dapat pergi menunaikan ibadah haji kerana pada tahun itu saya ingin melakukan ibadah korban bersama-sama ahli keluarga di tanah air. Betapa sayunya hati menyaksikan melalui kaca televisyen umat Islam dari seluruh pelosok dunia menunaikan ibadah haji. Tanpa disedari, air mata saya menitis,'' ujar Yahaya Ismail, pengusaha pakej Umrah, Haji dan Ziarah, Alfarhan Travel & Tours Sdn. Bhd. yang bertempat di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Semasa zaman kecilnya, beliau pernah tinggal di Mekah selama empat tahun. Beliau bersyukur kerana pengalaman yang dibina oleh kedua-dua ibu bapanya itu menjadi inspirasi dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Si kecil itu menyaksikan puluhan ikan terbang melompat masuk ke dalam kapal Jerman yang dinaikinya ketika meredah ombak lautan dalam perjalanan menuju Mekah. Dalam pelayaran lebih kurang selama 30 hari itu, ada yang bernikah, ada yang berbalah dan tidak kurang juga yang kembali ke Rahmatullah. Masih terasa-rasa kemanisan tembikai yang sempat dinikmatinya ketika kapal berhenti seketika di persisiran negara Yaman. Setibanya di pelabuhan Jeddah, jemaah haji dijemput dengan sebuah tongkang besar. Lega rasanya apabila sampai di daratan setelah sekian lama terumbang-ambing di tengah lautan.

Selang beberapa hari di Jeddah, beliau bersama keluarganya bertolak ke Mekah menaiki sebuah lori yang turut membawa barang-barang keperluan mereka menyusur jalan berpasir selama beberapa jam. Di suatu destinasi tertentu, apabila malam sudah berlabuh mereka akan berhenti seketika untuk melepaskan lelah. Unggun api akan dinyalakan menongkah suasana dingin malam yang menggigit. Pernah terjadi ketika dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah, rusa menghampiri mereka yang sedang berdiang. Rupanya kehangatan unggun api telah mengumpan haiwan itu untuk turut serta. Malam itu, daging rusa menjadi juadah yang dapat dinikmati bersama-sama. Alangkah murahnya rezeki Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 12-10-2009 20:37

Unta

Ada kalanya barang-barang jemaah haji dibawa oleh sekawan unta. Merentas padang pasir yang luas berlatar belakangkan mentari senja yang mulai jatuh dengan cahayanya yang merah. Apabila malam mula menyerkup, seperti manusia juga sekawan unta itu akan berhenti merehatkan diri. Sebaik sahaja mentari muncul semula di ufuk timur keesokan harinya, ia menyambung semula perjalanan yang terhenti semalam. Beliau masih merindukan perjalanan seperti ini. Hari ini segala-galanya mudah. Jeddah ke Mekah hanya sekelip mata. Mekah ke Madinah pula hanya mengambil masa empat jam.

``Setidak-tidaknya, kita dapat menghayati bagaimana kesukaran Nabi Muhammad s.a.w. yang bermusafir menyampaikan dakwahnya,'' ujar beliau yang merupakan anak didik Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang.

Ketika itu panorama di Tanah Suci amat berlainan sekali. Segala-galanya begitu sederhana namun tetap indah di pandangan matanya. Pada waktu malam, lorong-lorong yang menghubungkan antara satu tempat ke tempat yang lain diterangi simbahan cahaya lampu gasolin. Masih basah di ingatan Madrasah al-Falah, sekolah tempatnya belajar semasa kecil dahulu. Kini sebuah hospital tersergam di atas tapak sekolah tersebut. Walaupun bandar Mekah sedang membangun dengan pesatnya pada hari ini, namun ingatan beliau tetap terpahat pada `Mekah yang dahulu'.

Beliau terkenang kegigihan ibunya membesarkan anak-anak di sana. Pernah suatu ketika, semasa ibunya sedang menyusuri deretan kedai, telah menemui beberapa biji kentang yang masih baik tetapi dibuang oleh pemilik kedai kerana sudah ada yang kurang elok. Ibunya memotong bahagian kentang yang tidak elok lalu pergi menemui pemilik kedai untuk bertanyakan harganya. Begitulah murninya akhlak seorang ibu yang amat berhati-hati memilih makanan yang bakal mengisi perut anak-anaknya. Peristiwa ini mengajar beliau agar menjaga keberkatan rezeki kerana ia akan menjadi darah daging kepada insan-insan di bawah tanggungannya. Beliau teringat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: ``Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, neraka adalah lebih layak untuk daging itu.'' Justeru, beliau amat berhati-hati dalam menguruskan kewangan jemaah haji dan umrah yang berada di bawah kelolaanya.

Menurut anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini, kesedaran untuk membantu dan membimbing para jemaah haji dan umrah timbul selepas beliau melalui beberapa peristiwa. Pada suatu hari semasa beliau mengerjakan ibadah haji pada 1984, beliau dengan tidak sengaja terlanggar kaki seorang jemaah haji yang sudah tua ketika mengerjakan ibadah sa`i. Insiden itu menimbulkan perasaan terlalu bersalah lalu beliau meminta maaf dan membantu jemaah itu untuk meneruskan ibadah sa`i sehingga selesai. Beliau juga pernah menyaksikan seorang jemaah haji yang meninggal dunia setelah sesat selama tiga hari di dalam masjid. Beliau juga sering bertemu jemaah haji yang tidak memahami selok-belok melakukan ibadah haji. Hatinya hiba dan cukup tersentuh melihat semua keadaan ini. ``Mengapa tidak bantu, sedangkan aku ada keupayaan,'' bisik hati kecilnya penuh keinsafan. Lalu keinsafan ini menjadi pendorong kepada usaha beliau membawa jemaah haji dan umrah ke Tanah Suci, Mekah. Walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai rintangan, hingga kini beliau tidak jemu-jemu meneruskan khidmatnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 12-10-2009 20:43

Sibuk

``Bukan mudah nak jaga orang yang berjuta ragam. Saya pernah dimaki hamun, ditumbuk dan pernah tidak menjamah makanan selama tiga hari kerana terlalu sibuk menguruskan jemaah. Apatah lagi apabila timbul masalah jemaah yang hilang atau terpisah daripada kumpulan. Memang perit tetapi Alhamdulillah, dengan taufik-Nya saya dapat melaluinya. Apakah rahsia di sebalik kecekalan ini? Saya sebenarnya ingin menumpang beribadah. Apabila menguruskan jemaah umrah atau haji, saya dapat menumpang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah,'' ujar beliau yang mesra dengan panggilan Pak Long.

``Kedua, saya ingin membantu para jemaah haji dan umrah melaksanakan ibadah mereka tanpa banyak halangan. Saya berasa amat bersyukur dan puas apabila dapat membantu sesama Muslim. Tetapi, mungkin yang paling utama ialah untuk mengubat kerinduan di hati ini. Bagi saya, pergi ke Mekah umpama balik kampung. Ada nostalgia yang tersendiri. Saya ada ramai kawan di sana. Saya juga sudah biasa dengan makanan di sana,'' jelas beliau panjang lebar sambil merenung jauh dan bibirnya menguntum senyuman penuh makna.

Segala kesusahan dan kepayahan menuju ke Tanah Suci tidak menjadi penghalang umat Islam berduyun-duyun saban musim ke sana. Apatah lagi dengan kemudahan pengangkutan pada hari ini, lambaian Kaabah itu menjadi semakin hampir. Segenap usaha ditumpukan agar dapat melaksanakan ibadah tersebut walaupun hanya sekali seumur hidup. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Diampunkan dosa daripada satu umrah ke satu umrah yang lain dan tidak ada ganjaran yang setimpal untuk haji mabrur kecuali syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

``Orang-orang yang nak buat kerja seumpama ini bukan sekadar tiru-tiru. Ia perlu lahir daripada kesedaran sendiri dengan objektif untuk beribadah dan mengharapkan keredhaan Ilahi. Insya-Allah, kita akan dapat kemudahan dan ia akan bertahan lama,'' jelas beliau apabila ditanya tentang operasi menguruskan jemaah haji dan umrah. Kebolehannya bertutur dalam bahasa Arab banyak membantunya dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Walaupun syarikat yang diuruskan bersama-sama salah seorang anak lelakinya itu baru ditubuhkan pada awal 2003, namun beliau mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang tersebut. Bukan keuntungan yang menjadi perhitungan tetapi ia dibina atas rasa kecintaan dan kesedaran tentang keperluan jemaah haji dan umrah. Beliau akan turut serta bersama-sama mereka bagi memastikan mereka dapat dibantu secara maksimum. Jemaah yang mengikuti beliau bukan hanya dari kalangan rakyat Malaysia, malah turut disertai oleh orang Arab Mekah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 12-10-2009 20:49

Semasa masih berkhidmat sebagai guru, beliau terlibat dengan kerja-kerja menguruskan jemaah haji dan umrah secara sambilan. Ia dilakukan semasa cuti sekolah. Pelawaan seorang rakan untuk terlibat secara serius ditolaknya secara baik, memandangkan komitmennya terhadap tugas sebagai seorang guru. Setelah mencecah umur 49 tahun, beliau memohon untuk bersara awal daripada jawatan guru dan setahun selepas itu akhirnya beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian pada tugas-tugas tersebut.

Dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, beliau akan pergi ke Mekah terlebih dahulu untuk menyediakan segala keperluan jemaah terutamanya tempat tinggal. Beliau cuba sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah di bawah kelolaannya. Prinsipnya, apabila hendak mengurus mestilah tinggal sebumbung, makan sepinggan dan sentiasa mengutamakan pelanggan. Berhadapan dengan kerenah manusia yang berbagai-bagai mengajarnya erti kesabaran. Di situlah beliau mempraktikkan nilai kesabaran yang sering diserapkannya kepada bakal jemaah haji dan umrah yang mengikuti kelas yang dianjurkannya. Apalah ertinya melaung-laungkan kebaikan sifat sabar andai beliau sendiri tidak menghayatinya.

Isterinya, Zuidah yang berkongsi hidup selama 35 tahun banyak memberinya dorongan serta sokongan. Kecekalan usahanya juga turut mencuit hati dua orang lagi anaknya untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut. Namun sepertinya juga, hasrat tersebut terpaksa ditunda buat sementara waktu kerana mereka masih terikat dengan tugas yang sudah sedia ada.

Sesungguhnya usaha seumpama ini menuntut keimanan, kecekalan dan kesabaran yang tinggi. Namun demi cinta yang hakiki, segala-galanya dapat dihadapi dengan tabah. Samalah seperti para jemaah haji dan umrah yang menyahut seruan Ilahi mengunjungi Tanah Suci itu. Apa jua rintangan yang mendatang, tidak akan menghalang niat suci yang menggunung tinggi. Begitulah secebis kisah seorang insan, nostalgia hidup di Mekah menjadi kerinduan. Kerinduan itulah yang menjadi titik yang merubah warna hidupnya.


Mana tau esok esok...
Husain ke..ayahjoe ke..Ustaz ke..
Menterjemahkan kerinduan mereka dgn membuka Travel Agent utk Umrah..
Insyallah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 08:53 PM | Show all posts
Cerita diatas di paste dari...



ARKIB : 18/08/2005
Lambaian Kaabah - Syahdunya cinta Ilahi


KENANGAN ketika mengunjungi Tanah Suci Mekah. Yahaya Ismail (tiga dari kanan).
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:03 PM | Show all posts
2516# aziefa [/b

Assalamualaikum azie,

Syahdunya membaca posting-posting azie di atas.

Tiba-tiba hati menjadi sebak dan menjelma rasa kerinduan yang teramat kepada tanah suci Makkah dan Madinah...
Bilakah  agaknya dapat menjejakan kaki ke sana lagi ....
Subhanallah.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:04 PM | Show all posts
2519# Rosputih


Walaikumsalam..
Bila baca cerita tu...sekurang kurangnya kita tahulah bagaimana susahnya orang dulu nak pi Mekah...
Makan masa berbulan...
Dari naik kapal ..naik unta..
Jauhnya perjalanan...
Betul betul jihad...
Subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:07 PM | Show all posts
jom k ros kita pegi lagi tahun depan punya ramadhan...he he he..berangan je ni..tapi ada cuti sekolah pertengahan ramadhan tahun depan...blh dpt 10 akhir ramadhan tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066220 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list