CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4387|Reply: 21

Panduan - Khusyuk Dalam Solat

[Copy link]
Post time 29-6-2009 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Nak minta panduan kengkawan, bagaimana cara kita nak khusyuk dalam solat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2009 01:56 PM | Show all posts
1. Kemahuan yang kuat (strong will), bak kata pepatah: “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Jadi, kita kena tanya diri sendiri dahulu sama ada kita mahu mencapai khusyuk dalam solat atau sebaliknya.
2. Sebelum solat, sebaiknya dengarlah azan, jawab azan dan baca doa lepas azan.
3. Dianjurkan bersugi sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum setiap solat fardu.
4. Berwuduklah secara sempurna.
5. Pakailah pakaian yang bersih.
6. Anggaplah ini solat yang terakhir.
7. Fahamilah maksud bacaan dalam solat.
8. Gunalah sutrah untuk menghadirkan khusyuk. Sutrah membantu mengehadkan pandangan mata, mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang sedang bersolat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandangan orang yang sedang solat.
9. Memandang tempat sujud.
10. Pelbagaikan surah yang dibaca dalam solat. Mengulangi surah yang sama akan menyebabkan solat menjadi rutin yang membosankan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 02:45 PM | Show all posts
2# Kopi-Topi

Alhamdulillah, tenkiu for sharing...

tp mmg agak susah sgt nak khusyuk espc. kalau ada anak kecik kan!!! I'm trying my very best to do it, Insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 02:47 PM | Show all posts
sblm solat.... buang dunia jauh jauh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2009 03:41 PM | Show all posts
2# Kopi-Topi


terima kasih banyak2. tapi sutrah tu apa? macam mana pulak bila kita bersolat dalam keadaan sekeliling yang bising. contohnya kalau pergi rumah orang, orang pulak pasang tv kuat-kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 04:49 PM | Show all posts
2# Kopi-Topi


terima kasih banyak2. tapi sutrah tu apa? macam mana pulak bila kita bersolat dalam keadaan sekeliling yang bising. contohnya kalau pergi rumah orang, orang pulak pasang tv kuat-ku ...
shidaaziz Post at 29-6-2009 15:41

SUTRAH DALAM SOLAT
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat), nescaya untuk berhenti selama 40 tahun adalah lebih baik baginya daripada meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi: “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Riwayat al-Bukhari)

Hikmah dan Falsafah
- Sutrah bermaksud sesuatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, ataupun sebagai penghadang. Sutrah boleh menggunakan apa-apa objek di depan arah kiblat seperti batu, tongkat, atau tiang dan boleh juga dengan membuat satu garisan.
- Hikmahnya bertujuan utk memusatkan fikiran orang yang sedang solat, tanpa diganggu dengan lalu-lalang orang lain. Selain itu ia bertujuan memberi tanda bahawa orang itu sedang solat.
- Jarak antara kaki dan sutrah adalah kira-kira tiga hasta (siku sampai ujung jari tengah) termasuk ruang untuk sujud.
- Sutrah disyariatkan baik bagi solat berjemaah dan juga solat secara sendiri, termasuk juga solat sendirian di rumah. Juga bagi solat sunat seperti Rawatib, solat Dhuha, solat Tahiyatul Masjid dan lain-lain.
- Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di hadapan imam. Sutrah makmum mengikuti sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wuduk).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2009 04:53 PM | Show all posts
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu telah meletakkan sesuatu di hadapannya seperti pelana perjalanan, maka bersolatlah, serta tiada perlu lagi mempedulikan sesiapa yang berjalan di belakang halangan tadi.” (Riwayat Muslim dan al-Tirmidzi)

Secara purata, para ulama bersepakat bahawa meletakkan penghadang di hadapan ketika solat adalah sunat, tidak sampai ke tahap wajib. namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah ini, ternyata ia merupakan satu bentuk perkara sunat yang dituntut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:27 AM | Show all posts
Tips khusyuk solat :

1.Faham bacaaan.Apabila kita solat,kita perlu faham bacaan dalam solat sepenuhnya.Apabaila lidah mmebaca Fatihah,hati kita mengikuti makna Fatihah.begitulah bacaan lain-lain.

2.Solat ketika tenang ....

3.Sejadah perlu kosong,bukan rekaan dan corak pelbagai.

4.Baca surah Annas 3 kali sebelum solat.

5.Baca astaghfirullah 10 kali atau lebih sebelum solat.

6.Solat pada tempat yang sunyi dari ganggguan seperti tv,radio,kesesakan dll.

7.Mata perlu fokus pada tempat sujud.

8.Banyakkan doa :

Ya Allah,jadikanku khusyuk dalam solat,terimalah solatku dan masukkkanku dalam golongan beriman.

9.Ambil wuduk dengan sempurna.

10.Banyakkan bertaubat dan ingat mati.Anggaplah solat sebagaimana ia adalah solat yang terakhir...


Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 04:37 PM | Show all posts
kdg2 tak khusyuk sebab gangguan syaitan....

kata Dr. Fatma...

seblom solat baca a'uzubilllah.......3x lepas tu syarat ludah ke kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 11:19 AM | Show all posts
dah ade topic ni nak tumpang tanya kat sini ... aper hukum nyer solat bagi penzina ... dlm dia bersolat, tp perangai buruk nyer suka berzina .... di terima tak solat nyer itu ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 02:20 PM | Show all posts
dah ade topic ni nak tumpang tanya kat sini ... aper hukum nyer solat bagi penzina ... dlm dia berso ...
kabintang Post at 25-5-2010 11:19


Ini contoh orang fasiq.  Dia tau benda tu dosa tapi dok buat jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 03:32 PM | Show all posts
Ini contoh orang fasiq.  Dia tau benda tu dosa tapi dok buat jugak.
ibnur Post at 25-5-2010 14:20



    kesimpula nnyer ... tak payah solat kalo wat maksiat ... cam tu  ek ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 04:12 PM | Show all posts
Reply 12# kabintang


   

solat dia sah selagi cukup rukun.
kalo dia solat tp masih buat dosa (fasiq), musti ada yg tak kena
dgn solat dia...solat tu adalah pencegah kemungkaran kalau dia laksanakan dgn khusyuk & ikhlas...
ada juga jenis manusia, yg solat, tp takleh blah dgn perlakuan maksiat yg dah jd habit...
org cam ni taubat dia tak diterima Allah, sbb dia tak bersungguh. Biasanya, org yg bertaubat nasuha,
takkan melakukan maksiat lagi kerana ini akan menjauhkan Rahmat Allah & keberkatan dlm hidup dia.

balik pd tajuk tuan rumah,
ada mcm2 pendpt utk khusyuk dlm solat ni.

Mcm aku, aku cuba sedaya upaya utjk memahami apa yg aku baca dlm solat.
Bukan faham terjemahan, tapi faham apa yg aku baca. Mcm kita bercakap dgn somebody,
kita tentu faham & mengerti apa yg kita ckp kan pada org di hadapan kita.. Mustahil kita tak faham
apa yg kita bualkan...org hilang ingatan aje yg tak memahami apa yg dia ckp kan..

Itupun kdg2 pun boleh terbabas gak, ingat muke pak imam lah, dgr henpon org sebelah ringing lah,
bau rokoklah eiii macam2 karenah...

Bila aku terbabas (merayau dlm solat), aku akan ingat perkataan ALLAH.
Kita tak boleh nak bygkan wajah Allah camner. Kalo bygkan wajah Allah dah boleh syirik namanya.
Allah tak berupa dan tak sama ngan makhluk. Walam Yakulla Hu Kufuan Ahad! (al-Ikhlas: 4)
Aku cuma tahu Dia Yang Maha Melihat sdg memerhatikan aku tgh solat.
Kalau terbabas jugek lagi, aku segera ingat, "AKU SEDANG SOLAT!"...dan ia kembali.. teknik ini menjadi...
mustahil kita boleh fokus 100% dlm solat, namun jihad serta kesungguhan kita utk mengkhusyukkan diri,
mudah2an diambil kira oleh Allah Taala dan diterima.

Selesai solat fardhu, beristighfarlah lebih 3 kali meminta ampun
atas kelemahan kita dlm menunaikan solat tersebut tadi disamping menunaikan solat sunat rawatib utk
cover balik mana2 lompang dlm solat fardhu.  Kita disaran utk merasa takut serta amat berharap pada Allah agar
solat tadi DIA terima.

Ada juga yg ckp nak solat khusyuk, kena hadirkan Allah kat depan kita, bygn syurga kat belah kanan, neraka belah kiri,
dan Malaikat Maut kat tengkuk belakang (bila2 masa boleh cabut nyawa), disamping bayangkan ini lah solat terakhir kite..

Terserah yg empunya badan menanggungnya..sbb neraka wail lah org bersolat, tapi ia LALAI...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 06:59 PM | Show all posts
penting!! faham maksud bacaan dalam solat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 12:43 AM | Show all posts
9.Ambil wuduk dengan sempurna.

perlu pencerahan ....

ustaz ustaz ...


moga amalan kita bertambah baik
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 10:46 AM | Show all posts
kdg2 tak khusyuk sebab gangguan syaitan....

kata Dr. Fatma...

seblom solat baca a'uzubilllah.. ...
Mas916 Post at 24-5-2010 16:37


sy ada dgr gak ludah kekiri tp betul ker nih? ada hadis tak pasal ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 06:52 PM | Show all posts
syukuri nikmat solat itu....

tatkala rukuk, syukurilah ia kerana Allah beri kesempatan kepada untuk rukuk bersama org2 yg rukuk... berapa ramai kawan2 kita diluar sana yang tak rukuk... begitu juga dengan sujud dan perbuatan lain...

'jika kamu bersyukur, kami akan tambah'

syukuri dulu nikmat solat yg ada, kemudian Allah akan tambahkan khusyu'....

dalam surah baqarah ayat ke 45-46 Allah dah bagitau sifat org khusyu'

'iaitu mereka yang menyangka bertemu Tuhan mereka dan mereka akan kembali kepada tuhan mereka'

maka, mulakan lah dengan syukuri nikmat yg ada... no pain no gain... 'kamu syukur, Kami tambah'
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 12:32 AM | Show all posts
Erti kata solat itu adalah mengingati Allah swt.

Penyertaan hati dan rasa takut.

Penyertaan hati sepenuhnya adalah salah satu langkah yang terpenting untuk mencapai khusyu' dalam solat.
Begitu juga keperluan menanam rasa takut kepada Allah yang berkuasa penuh memberi ganjaran baik atau buruk kepada hambaNya.

Kesukaran terjadi disebabkan kelalaian sendiri.
Salah satu jalannya untuk khusyu' adalah :
Hendaklah sentiasa mengingati segala makna dan maksud setiap kalimah yang diucapkan.
Hendaklah hati dan fikiran bekerja keraqs menghayati setiap bacaan terus menerus hingga selesai solat.
Segala lintasan fikiran dan gurisan hati yang menghalang memahamkan ayat ayat yang dibaca adalah pengaruh was was dari rasukan syaitan.
Mengingati makna atau lafaz yang dibaca dalam solat adalah penting kerana makna sesuatu perkataan itu berbeza dengan lafaznya.
Lafaz sesuatu perkataan letaknya di mulut tetapi maksudnya tersemat di dalam hati.
Bila tidak mengetahui atau mengingati maksud sesuatu lafaz yang di baca di mulut, samalah hati tidak turut serta dengan lafaz yang diucapkan oleh mulut.
Dan bila hati tidak ikut serta dengan lafaz di mulut, syaitan dengan mudah menarik hati dan fikiran untuk menerawang jauh dari lafaz yang diucapkan oleh mulut,
Apa jua perkara yang menjadi isi lintasan hati dan fikiran dalam solat menjauhkan dari khusyu'.
Kekuatan hati dapat menolong menekan rasa was was atau rasa bimbang.
Dengan latihan hati dapat melawan desakan was was yang menjelma hingga dapat mengenal pastinya dan dapat menolak habis habisan sehingga ia tidak berjaya menusuk ke dalam hati.

Petunjuk bagi mencapai khusyu' :
Ketika solat hendaklah kita anggap diri ini sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hati kota.

Hendaklah kita faham maksud segala ayat yang kita baca ( terutama al Fatiha ) dan berusaha meresapkan maksud ayat ayat itu di dalam hati.

Hendaklah kita memahami maksud segala zikir yang di baca , sambil memerhatikan kandungannya dan tujuannya.

Hendaklah kita memanjangkan ruku' dan sujud.

Tidak terlalu banyak menggerakkan anggota.

Hendaklah dipusatkan seluruh tumpuan ingatan dan fikiran semata mata kepada solat.

Hendaklah dikosongkan hati daripada apa apa sahaja yang boleh mendatangkan was was , curiga dan bimbang.

Hendaklah kita penuhkan dada dengan rasa takut dan rendah diri terhadap Allah swt.

Hendaklah kita ingat bahawa solat itu merupakan amalan  terpenting dan jalan terbaik untuk menjamin kejayaan akhirat.


Adab adab bathin dalam solat.......

Oh oh sorry belum sampai kat situ lagi....( tiada permintaan lagi )
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 12:36 AM | Show all posts
kdg2 tak khusyuk sebab gangguan syaitan....

kata Dr. Fatma...

seblom solat baca a'uzubilllah.......3x lepas tu syarat ludah ke kiri.
Mas916 Post at 24-5-2010 16:37


Hish.... jangan dibuat buat.
Nak meludah 3 X dalam masjid pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 09:55 AM | Show all posts
meludah ke kiri tu sbb dpt mimpi buruk...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.673641 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list