CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5219|Reply: 48

Dalil tidak boleh berbahasa arab

[Copy link]
Post time 13-7-2009 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Nak tahu la, ada tak dalil yang menunjukkan memang kita tidak boleh gunakan bahasa selain bahasa Arab waktu dalam solat. Kasi tempek kat sini sikit dalil2 itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 12:46 PM | Show all posts
SALAM EASTRUN,

1st time baca geliati pun ada..
tak penah mom terfikir menda cam nih..
but since it's quite an interesting question.. search kat tenet,
memang ada soklan cam nih..

memang macam-macam gaya soklannya dan justifications yg diberi..
nway, first thing came into my mind baca tajuk thread..

sabda SAW "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat". (H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad)

huraian peribadi takde, mungkin forumer lain ada penjelasannya.
tq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 01:01 PM | Show all posts
Waktu tu Nabi mana tahu cakap bahasa melayu.

The hadith maybe applies pada pergerakan sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 01:24 PM | Show all posts
صَلُّواْ كَمَا رَأَيْتُمُونِى أُصَلِّى

Bersolatlah kamu sepertimana kamu melihat aku bersolat ( رواه البيهقى وإبن حبان )

     Narrated Abu Huraira: A man entered the mosque while Allah's Apostle was sitting in one side of the mosque. The man prayed, came, and greeted the Prophet. Allah's Apostle said to him, "Wa 'Alaikas Salam (returned his greeting). Go back and pray as you have not prayed (properly)." The man returned, repeated his prayer, came back and greeted the Prophet. The Prophet said, "Wa alaika-s-Salam (returned his greeting). Go back and pray again as you have not prayed (properly)." The man said at the second or third time, "O Allah's Apostle! Kindly teach me how to pray". The Prophet said, "When you stand for prayer, perform ablution properly and then face the Qibla and say Takbir (Allahu-Akbar), and then recite what you know from the Qur'an, and then bow with calmness till you feel at ease then rise from bowing, till you stand straight, and then prostrate calmly (and remain in prostration) till you feel at ease, and then raise (your head) and sit with calmness till you feel at ease and then prostrate with calmness (and remain in prostration) till you feel at ease, and then raise (your head) and sit with calmness till you feel at ease in the sitting position, and do likewise in whole of your prayer." And Abu Usama added, "Till you stand straight."  (Bukhari)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 01:44 PM | Show all posts
4# mnm77

Tapi ada dia kata tak boleh baca dalam bahasa selain Arab?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 13-7-2009 16:43

5# eastrun

Dari hadith tu dah jelas, dan kita tahu Nabi berbangsa Arab dan bercakap dalam bahasa Arab. Al Quran juga dalam bahasa Arab. Nabi perintah kita bersolat sebagaimana Nabi bersolat. Dalam solat diperintah baca Surah dari Al Quran. Dalam banyak hadith berkenaan masaail solat tidak dijumpai dalil yang boleh digunakan untuk menggunakan bahasa lain.

Dalil logik pun kita boleh kaji. Para sahabat seperti Suhaib RA (dari Rom), Salman RA (Parsi), Abdullah bin Salam RA (seorang Jewish Rabbi sebelum peluk Islam) mempunyai kebolehan dalam bahasa selain dari Arab.

Jika anda boleh membawakan dalil yang kuat mengatakan mereka bersolat dalam bahasa ibunda mereka, yakni bukan bahasa Arab, maka kita boleh buat penilaian semula.

Silakan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2009 05:05 PM | Show all posts
hmm..

ini hal bersangkut paut dengan akidah..
berwaspada dalam merungkai perkara begini..
kejap sat lagi masuk pula soklan, berpakaian baju melayu lebih utama daripada sunnah berjubah, sebab kita orang melayu.. dicampur-campur pula dengan semangat jati diri dan cuba nak rasionalkan situasi dengan akal fikiran peribadi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 05:51 PM | Show all posts
i'm with mnm here...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 10:28 PM | Show all posts
8# gunblade712

me too...

not suspicious.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 09:12 AM | Show all posts
Setakat ni, takde lagi dengar ada pendapat mazhab/ulamak yang membenarkan penggunaan dalam bahasa lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2009 03:18 PM | Show all posts
6# mnm77

Itu benar dan saya membenarkannya. Namun, Nabi tidak cakap pun yang kita tak boleh baca dalam Bahasa Arab. Nabi kata baca surah dalam Quran tapi Nabi tak kata baca dalam bahasa apa. Ketika itu Nabi tidak tahu berbahasa selain bahasa Arab, maka bahasa itu sahaja yang kita dengar dari baginda. Namun, ada tak dalil yang mana baginda berkata tidak boleh berbahasa selain bahasa Arab?. Ya, saya tahu, tidak jumpa dalil mengatakan bahawa bahasa lain boleh digunakan dalam solat, namun pada masa yang sama ia juga boleh jadi samar2 memandangkan Nabi pun tidak memberikan kata putus. Bagaimana agaknya para ulamak menetapkan hal ini dengan mengatakan bahawa kalau sebut bahasa selain Arab, maka akan jatuh batallah solat tersebut?

Boleh kongsikan saya ilmu saudara?. Roh saudara tentunya sudah diperbaharui untuk sesuatu yang jauh lebih baik daripada sebelum ini, hasil dari perhimpunan baru2 ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:28 PM | Show all posts
nak bercakap bahasa arab dalam solat pun nabi tak bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 04:05 PM | Show all posts
QS Fushshilat

44. Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh."


QS Az Zukhruf

3. Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).

Maksud mudah memahami di sini ialah bahasa isi satu (1Language) dan sepanjang zaman,
serta nahasa kesatuan. Bahasa Arab dipilih oleh Allah sebagai bahasa di negeri akhirat. Bahasa syurga. Di dalam bahasa ini, Allah turunkan keberkatan. Bahasa yg Allah muliakan di dunia dan di akhirat. Dari sudut balaghah, nahu wa Sorof pun bahasa-bahasa lain di dunia tak boleyy nak celen. Camner nak bawak dlm semayang? Susah beb!

Lagi satu bahasa Arab (selepas kelahiran nabi SAW) tidak mengalami kepupusan seperti yg terjadi kpd bahasa lain di dunia. Dan ini akan berterusan sehingga kiamat. Sebab selagi org solat, selagi iutulah ia akan terus kekal! Bahasa Inggeris hanya gah pd abad ke-20 shj. Tak lama lagi pupus ler tuh! Bahasa melayu usah cakap ler...nak bawak dlm solat?...Tulisan Jawi pun kena rogol dgn bangsa sundrik....sighhh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2009 04:14 PM | Show all posts
12# ibnur

Tak faham. Apa maksudnya?. Kalau kau nak buat lawak, aku harap kau faham la yang aku serius ni nak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 05:40 PM | Show all posts
rukun solat ada 13..
buat jer solat ikut rukun yang 13 ni..
perkara rukun memang wajib buat
cuba tengok 13 rukun ni kata apa..
ikut jer, dan jangan pertikai isu lain yang boleh membuatkan orang konfius..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 06:57 PM | Show all posts
Waktu tu Nabi mana tahu cakap bahasa melayu.

The hadith maybe applies pada pergerakan sahaja?
eastrun Post at 13-7-2009 13:01


Fiqh adalah berdasarkan kepada taklid seorg muqallid. Sekiranya saudara msih lagi tak faham, begini...
Islam berdasarkan kepada prinsip
1)Tauhid
2)Fiqh
3)Akhlaq

Soalan saudara berdasarkan kepada masalah Fiqh. Didalam Fiqh, ada 3 jenis manusia
1)Mujtahid - Seorang yang berijtihad daripada sumber hukum (Quran, hadis, ijmak ulamak dan kias) dan hasil drp istimbat maka dpt dia jadikan hukum dan boleh diikuti oleh org awam seperti kita.
2)Mukaliid- Org awam yang tugasnya hanyalah mengikut apa yg difatwakan seorang mujtahid.
3)Mukhtad
Berdasarkan kepada jwpn ni, terbukti tugas kita hanyalh mengikut apa yg difatwakan seorang mujtahid melibatkan soal FIQH sahaja.
Sekiranya jawapan saya masih lagi dipertikaikan, maka saudara harus berbalik kepada tauhid... do u agree with Islamic principal didalam bab akidah. If yes is the answer, the is no more question since hadis yg diterangkan oleh forumers disini adalah mutawatir.
Anyway, saya memuji keberanian saudara didalam permasalahan begini. Jarang sekali org awam seperti kita mempertikaikan benda2 yang ingin dia fahami hanya kerana hormat kepada ustaz2 seperti org2 terdahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 06:59 PM | Show all posts
rukun solat ada 13..
buat jer solat ikut rukun yang 13 ni..
perkara rukun memang wajib buat
cuba tengok 13 rukun ni kata apa..
ikut jer, dan jangan pertikai isu lain yang boleh membuatkan orang ko ...
eragon Post at 14-7-2009 17:40


Saya rasa pertikaian untuk membawa kepada kebenaran pemahaman tidak salah malah patut dibenarkan.
Apakah salah soalan2 yg sebegini hanya untuk faham??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 08:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 14-7-2009 20:53

14# eastrun

Ini bukan kes buat lawak. Ada tiga hadith yang aku nak paste sini.  

Pertama hadith larangan bercakap dan kena ingat, para sahabat semua hanya bercakap Arab.

Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya:
Kami pernah bercakap-cakap di dalam sembahyang. Seseorang itu boleh bercakap-cakap dengan temannya yang berada di sisi semasa sembahyang. Akhirnya diturunkan ayat (....) Yang bermaksud: "Dirikanlah sembahyang kerana Allah dengan khusyuk".  Jadi kami diperintahkan supaya diam dan tidak lagi bercakap-cakap semasa sembahyang.

Kedua: Hadith nabi tak jawab salam kepada sahabat ditengah solat.  walaupun salam itu adalah rukun solat yang terakhir.
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengutusku kerana sesuatu hajat. Kemudian aku kembali mendapatkan baginda, ketika itu baginda sedang berjalan (Mengikut riwayat Qutaibah: Baginda sedang sembahyang), lalu aku mengucapkan salam kepada baginda, namun baginda hanya memberikan isyarat kepadaku. Apabila baginda selesai dari mendirikan sembahyang, baginda memanggilku lalu bersabda: Ketika kamu mengucapkan salam tadi, aku sedang sembahyang. Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sembahyang dengan menghadap ke arah timur.

Ketiga: hadith yang sebut hanya tasbih, takbir dan bacaan al-quran sahaja.  
Daripada Muawiyah bin al-Hakim Assalmi r.a. katanya, “Pada suatu masa, aku sembahyang bersama Rasulullah SAW. Tiba tiba seorang dari jamaah bersin, aku pun mengucapkan “Yarhamukallah!” Semua ahli jamaah menjeling kepadaku, lalu aku berkata, ”Aduhai kesalnya aku! (didalam hati), Satu bencana akan menimpaku, kenapa kamu memandangku?” Semua ahli jamaah memukul peha dengan tangan mereka. Setelah itu barulah aku mengerti bahawa mereka menghendaki aku diam, aku pun diam”.  Apabila Rasulullah SAW selesai mengerjakan sembahyang, baginda tidak berkata apa-apa kepadaku. Demi bapa dan ibuku, tidak pernah aku berjumpa orang yang paling baik cara mengajarnya selain daripada Rasulullah. Demi Allah, baginda tidak memarahi, memukul dan mencelaku. Baginda hanya bersabda, “ Sesungguhnya semasa mengerjakan sembahyang tidak dibenarkan sedikitpun bercakap kerana sembahyang itu merupakan tasbih, takbir serta bacaan ayat-ayat al-Quran.”

Ayat al-quran tu dalam bahasa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 11:31 PM | Show all posts
Cuba kita bayangkan, kalo kita baca dalam bahasa melayu, omputih, tamil ka cina ka, mengikut tajwid, ada harkat semua la.. Agak2, ada kesan tak kat diri kita? Kita rasa tenang tak? sedap tak? Ada penghayatan tak? Tak rasa pelik ke? Setiap yang ditetapkan itu ada hikmahnya.. Hukum tajwid tu pun bukan saja2 Allah nak buat... Pembacaan dgn tajwid perlukan pernafasan yang dalam.. Tarik dalam2... Tahan.. Baca ayat suci sambil lepas.. Kita akan rasa tenang.. (sbb tu prokok rasa selesa bila isap rokok) Kajian dah menunjukkan bahawa kaedah pernafasan dapat membuat kita tenang.. Bertenaga.. dan mcm2 lagilah.. Pikir2kan disebalik sesuatu perkara yg ditetapkan.. Kita je yang tanak pk... Islam agama yang mementingkan unity.. Tak boleh kaum ni buat camni, kaum tu buat camtu.. Porak peranda la jawbnya.. Tgk saja kat malaysia, bangsa lain2 pun bergaduh. Melayu gadoh cina, gadoh india. Sma2 kaum pun bergadoh. Sama2 islam pun bergadoh..

Macamana kalo lain2 kaum yang baca ayat suci dalam bahasa masing?:
1. Imam kaum lain, makmum kaum lain: tak boleh berjemaah..
2. Kalo dah sembahyang pun tak boleh sekali, cara lain2, penganut akn berbelah bahagi pendapat..
3. Bermula dr kaum yg berbahagi pendapat, islam akan berbelah bahagi..

Banyak lg kesan buruk yang kita boleh gunakan akal pikirkan kesan buruk. Jadi aku rasa perkara ni tak perlu dalil..

Sama2 kita pikirkan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 10:01 PM | Show all posts
Hukum mengenai bacaan al-quran dalam bahasa seperti mana ia diturunkan sepatutnya di dalilkan guna dalil al-quran dan hadith.  Harap bukan dihukumkan berdasarkan hujah akal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.071382 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list