CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-10-2009 08:33 AM | Show all posts
179# aziefa

alhamdulillah.....

agak2nya.. pada masa ni, dah makin ramai jemaah haji  dr seluruh negara yg dh tiba di bumi Mekah n Madinah.
Ermm hanni nak tanya, antara haji tamattu n ifrad, mana yg lebih seronok?
ermm mungkin dari segi beribadah, kepuasan, etc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 08:34 AM | Show all posts
164# jellybee

thanks for the advice jellybee..
my parents mmg dari dulu pengamal vitamins, so insyaAllah, I pray that they can sustain
good health during their visit there...
Cuma, biasa la, hukum alam, bila kita dah semakin tua, tubuh badan pun semakin alah dgn cuaca..
Mak I mmg jenis tak tahan sejuk..
Nways, thanks a zillion for the advice.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 09:38 AM | Show all posts


Agong nasihat jemaah haji jaga kebersihan
20/10/2009 1:59pm

KUALA LUMPUR 20 Okt. — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menasihatkan 26,000 jemaah haji Malaysia agar sentiasa menjaga kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekeliling sepanjang berada di Mekah berikutan kebimbangan penularan penyakit Influenza A (H1N1) yang kini melanda dunia.

"Beta berharap para jemaah sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga dan kawasan sekeliling yang boleh mempengaruhi jangkitan dan merebaknya penyakit itu,” titah baginda semasa mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan kedua jemaah haji yang terdiri daripada 350 orang di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mohamed Reda Abu Al-Hamayel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Baginda turut menasihatkan jemaah haji agar sentiasa bersabar ketika menunaikan rukun Islam kelima itu terutama semasa menghadapi dugaan Allah di samping menjaga imej dan nama baik negara.

"Beta dan Raja Permaisuri mendoakan agar semua jemaah haji dapat mengerjakan haji dengan sempurna, sihat walafiat dan kembali ke tanah air dengan haji mabrur,” titah baginda. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 21-10-2009 09:40



Keluar duit di kota suci

MADINAH 20 Okt. - Jemaah haji dinasihatkan supaya menyimpan wang yang hendak dibelanjakan di Mekah dan Madinah ke dalam akaun Tabung Haji bagi mengelak sebarang masalah termasuk kehilangan dan kecurian.

Pengarah Operasi Kewangan Tabung Haji, Muhamad Rani Saidali berkata, jemaah haji boleh menggunakan perkhidmatan pengeluaran wang yang disediakan di beberapa kaunter sama ada di Madinah atau Mekah.

Menurut beliau, kesemua operasi di zon-zon yang ditetapkan telah sedia membuat transaksi pengeluaran wang daripada mata wang ringgit kepada mata wang Arab Saudi iaitu rial.

''Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak dalam tangan dan sebaiknya dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji untuk dikeluarkan berdasarkan keperluan semasa ketika berada di tanah suci," katanya kepada pasukan media Tabung Haji di sini, hari ini.

Selain kaunter di ibu pejabatnya di sini, Tabung Haji turut membuka kaunter penyimpanan dan pengeluaran di Hotel Al-Haram dan Hotel Movenpick.

Muhamad Rani memberitahu, tiada had minimum untuk pengeluaran wang melalui kaunter-kaunter dan maksimum sebanyak 10,000 rial bagi satu transaksi.

Bagi mengelakkan kesukaran, jemaah juga tidak perlu membawa akaun Tabung Haji untuk urusan penyimpanan dan pengeluaran di kaunter-kaunter terbabit.

Keluarga jemaah haji Malaysia boleh memasukkan wang ke dalam akaun di mana-mana kaunter cawangan Tabung Haji di tanah air manakala pengeluaran boleh dilakukan di Tanah Suci.

''Apa yang mereka perlu bawa hanyalah pas haji," ujarnya.

Beliau berkata, kemudahan yang disediakan itu adalah bagi mengelak jemaah daripada terdedah kepada kecurian atau kehilangan wang sehingga menghilangkan tumpuan mereka untuk beribadat.

Mengenai jumlah petugas, katanya, pihaknya mempunyai 45 kakitangan yang menguruskan kaunter-kaunter berkenaan dan sebahagian besarnya ditempatkan di Mekah.

Apabila tiba waktu wukuf, jelas beliau, kesemua kakitangan kaunter di Madinah akan dibawa ke Mekah. - Utusan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 09:53 AM | Show all posts

Assalamualaikum...

Majalah Anis Keluaran November 2009 banyak menceritakan perihal Haji..
Tips tips semasa berada disana Mekah Madinah..apa yg perlu dibawa..
dan banyak lagi...
Amat berguna utk Bakal Para Tetamu Allah...
Kita yang tak pergi ni pun apa salahnya beli utk menambahkan ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 10:15 AM | Show all posts
waalikumsalam..
lama x nampak el berposting kat sini.
Hanni Post at 20/10/2009 21:26


erm..mmg lama jugak la kak hanni...memenuhi tuntutan kejrja...lg pon bos x de gi padang, Indonesia...shipment pun tgh byk..tak sempat nak menjengah rumah ni..
byk juga cerita yg tertinggal..meriah nmpak rumah ni. lagi2 tiba musim haji makin meriah kan..
semlm tgk kat tv penerbangan pertama haji..ada jemaah muda berusia 9 tahun..beruntung kanak2 tu dpt pergi haji dlm usia muda..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2009 10:22 AM | Show all posts
alhamdulillah.. hanni doakan moga niat el dan keluarga utk buat umrah lagi dimakbulkan.. Dah ada plan utk pegi dgn travel agent yg mana?
Hanni Post at 20/10/2009 21:28


Aminnn..mudah2an dimakbulkan..tak tahu lg nak guna agent mn...tengah survey2 gak..umrah sebelum ni dgn agent TH dan Hijjaz.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 10:39 AM | Show all posts
Aminnn..mudah2an dimakbulkan..tak tahu lg nak guna agent mn...tengah survey2 gak..umrah sebelum ni dgn agent TH dan Hijjaz.
el Post at 21-10-2009 10:22

Assalamualaikum,
Apa kata el tgk Andalusia, Irna Yakin & Muhammadiyah as well.  Package depa quite reasonable.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 10:54 AM | Show all posts
Assalamualaikum,
Apa kata el tgk Andalusia, Irna Yakin & Muhammadiyah as well.  Package depa quite reasonable.
ayahjoe Post at 21/10/2009 10:39



Waalaikum salam,
Tu la ayahjoe..ramai forumer kat sini ikut pakej andalusia..ingat nk try gak la..nak kumpulkan semua maklumat pakej dan bincang dgn keluarga...Klu diizinkan Allah dan rezeki lebih..umrah akan dtg ni bertambah la ahli keluarga yg nak ikut serta..
mula2 pergi seorag diri..kali kedua dpt pergi berempat dan insyaallah akan dtg berenam plak..2 org adik pompuan tu jeles thn ni x dpt ikut..tu yg awal2 lg dh pajak nak ikut serta umrah akn dtg..mudah2an apa yg dirancang akan termakbul..aminn..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 11:07 AM | Show all posts
175# sunsuria3

Kak,mmg selalu kebiasaan dengan tangan kiri...kadang2 lupa lah...sy usahakan nak guna tangan kanan,makan tangan kanan ler...sy bercadang nak masokkan sekolah tinggi agama swasta utk anak sy 2011 kalu tak dapat sekolah kerajaan.....tak tahu sekolah mana yang bagus...sbb takut kak banyak kes buli n kes2 mmc d dengar yg tak dapat d bayangkan...subhana allah...anak sy tak ramai sepasang kak...permata hati saya...(dah lah tue susah nak bersalin komplikasi n caesarean).
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 11:35 AM | Show all posts
Waalaikum salam,
Tu la ayahjoe..ramai forumer kat sini ikut pakej andalusia..ingat nk try gak la..nak kumpulkan semua maklumat pakej dan bincang dgn keluarga...Klu diizinkan Allah dan rezeki le ...
el Post at 21-10-2009 10:54

Alhamdulillah..berkat el pergi umrah..makin bertambah ahli keluarga yg nak ikut jejak langkah el jadi Duyyufur Rahman...subhanAllah.  InsyaAllah...saya doakan agar hajat el sekeluarga diizinkan dan diberkati Allah hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:12 PM | Show all posts
Alhamdulillah..berkat el pergi umrah..makin bertambah ahli keluarga yg nak ikut jejak langkah el jadi Duyyufur Rahman...subhanAllah.  InsyaAllah...saya doakan agar hajat el sekeluarga diizinkan dan  ...
ayahjoe Post at 21/10/2009 11:35


Tks ayahjoe..mudah2an termakbul hajat...
seronok dgr ayahjoe dh nk berangkat menunaikan rukun islam ke 5..rezeki dr Allah..baru je blik umrah mac lalu dpt plak gi haji thn yg sama..Allahuakbar...subhanallah..mudah2an ayahjoe peroleh haji mabrur..
menumpang seronok ayahjoe..x dpt pergi tp dpt tgk sahabat nak peregi pun dh seronok..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:27 PM | Show all posts
Salam bro,

Tahlil anta 7hb kan? pukul berapa? ana ada kelas le pulak hari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 21-10-2009 12:50

186# el
semlm tgk kat tv penerbangan pertama haji..ada jemaah muda berusia 9 tahun..beruntung kanak2 tu dpt pergi haji dlm usia muda..




Syukur hasrat  tunai haji pada usia muda tercapai

PETALING JAYA 20 Okt. - Usia muda bukan penghalang bagi Nur AimanAlias, 9, untuk menyambut lambaian Kaabah bersama ibu bapanya SajidahAbdul Rashid, 60, dan Alias Ahmad, 70.
Sebaliknya, ia merupakan hasrat Nur Aiman sendiri yang sudah lamamenunggu kesempatan untuk mengikut kedua ibu bapanya ke tanah suci.
Sajidah berkata, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk menunaikan ibadah haji bersama anak bongsunya itu.
Katanya, hasrat Aiman untuk mengikuti dia dan suami ke tanah suci telah disuarakan oleh anaknya itu sejak tiga tahun lalu.
''Sejak itu, saya dan suami berusaha keras dan sering berjimat untukmembolehkan kami bertiga dapat menunaikan ibadah bersama-sama.
''Saya bertugas sebagai pekerja am manakala suami pula pengawalkeselamatan di Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Rembau, NegeriSembilan," katanya ketika ditemui pada majlis mengucapkan selamat jalankepada jemaah haji di Kompleks Tabung Haji, Kelaya Jaya hari ini.
Keluarga Sajidah merupakan antara 26,000 jemaah haji dari Malaysiaakan berlepas ke Mekah tahun ini dengan kumpulan pertama 382 jemaahberlepas pukul 3.30 pagi ini, diikuti kumpulan kedua (350 orang) tengahhari ini dan kumpulan ketiga (350 orang) malam ini.
Menurut Sajidah, beliau tidak menjangka dapat menunaikan ibadah hajikali kedua itu dengan anak bongsunya kerana pada tahun 1996 keluargaitu dapat menunaikan haji buat pertama kalinya dengan anak sulungmereka.
Sementara itu, suaminya memberitahu ibadah haji kali ini begitubermakna kerana dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu bersama isteridan anak bongsu.
''Saya bersyukur dengan peluang kedua yang diberikan kali ini oleh pihak Lembaga Tabung Haji," ujarnya.
Salmah Long, 67, pula begitu bersyukur kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah haji buat kali pertamanya pada tahun ini.
Suri rumah yang berasal dari Melaka itu turut mengucapkan ribuanterima kasih kepada Tabung Haji kerana banyak membantu dan memberikanpanduan kursus sebagai persedian awal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by el at 21-10-2009 13:09

194# aziefa

bertuahkan kanak2 tu acikjie....dlm usia muda dpt panggilan haji..
baru je baca kat metro berita ni..seronok baca kisah org nak gi haji ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2009 05:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hanni at 21-10-2009 17:19

186# el


bila el kata jemaah kecik.. tetiba terus teringat drama qalesya tu.. yg budak laki naik haji 3 kali.. so kena panggil dia haji, haji. haji.. hehehehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 09:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum Husian..
he... he.. saja nak tanya komen Husain..



Kalau Husain yang mana ye ??
aziefa Post at 20-10-2009 09:36


waalaikumsalam

alamak susahnya soalan ini...

there are two scenario here

1. kalau saya pada kaedaan skrang single..tanpa komitmen...dan takde calon..saya akan pergi haji

2. kalau yg dh ada calon.dah bertunang...cukup syarat...eloklah disegerakan nikah...

so for time being saya pada kaedaan pertama....kalau dpt jer offer memang saya pergi...but schedule to go in 2012..with my parents so can take care of them eventhough they not too old..hehe seronok skit....

tapi ini bg lelaki

bg perempuan amatlah tidak digalakkan ...elok segerakan nikah....itu lebih utama...dan afdhal..

sorry i don’t mean to discriminate between gender....this is my personal view...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 09:18 PM | Show all posts
lintas lansung...

kelana jaya takah jammed sgt...so kalau yg nak menghantar jemaah..sila

maaf tak smpt ambik gmbar..camera penuh...

jemaah ramai....tak terhad usia

muda ada..tua..ada..itulah haji..no limitation on ages...

tapi memang tak boleh nak tahan...membuak2 rasa rindu..kalau ada kosong...rasa macam nak terjah pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 03:50 AM | Show all posts
when were asked..what medicine do we need to bring....this are my list...we are not going to be a doctor..just this a basic medicine...

•Demam (paracetamo[30 tab) ).
•Sakit urat atau sendi (krim [tiub 30gm] , mefenemic acid* [30 tab]).
•Tekak kering, sakit dan batuk (lozenges [30 tab]
•Sakit dan kembung perut (antacid/gastrik [30 tab], ubat loya dan muntah* [10 tab] ).
•Luka yang kecil (plaster luka [10 keping] ).
•Bibir kering (pelembab bibir ...lip balm..[ 1 ] ).
•Kulit tangan dan kaki yang kering dan merekah (pelembab kulit) ..plz find those without alcohol[30 gm].
•Dehidrasi atau kurang air (garam rehidrasi (oral rehidration salt)[5 paket] ).
•Cirit birit (ubat cirit birit* [10 tab] ). activated charcoal
. ubat selesema...clarinase...
. antibiotic....bacampicilin hcl.....pengglobe..or other local manufactured brand
.ubat batuk....kalau dah sesuai dengan cap ibu dan anak...bawaklah cap ibu dan anak...for my suggestion i'll go for himalaya brand...



ayahoe.....i think you can provide more information...so we can have a comprehensive list...hope you dont mind to share

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 09:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by ayahjoe at 22-10-2009 09:21

Assalamualaikum
Saya tolong tambah apa yg Hussain dah letak

•Demam (paracetamo[30 tab) )/Neurofen Tablet pon bagus jugak sbb selain ubat demam, ubat nih sesuai utk sakit muscle dan sendi.  Beli yg 400
•Sakit urat atau sendi (krim [tiub 30gm] - jenama mcm Deep Heat, Sloan, Voltaren - ini utk lenguh2 sendi dan muscle
mefenemic acid* [30 tab]). - nih pain killer. normally Ponstan atau any generic NSAIDs
•Tekak kering, sakit dan batuk (lozenges [30 tab] strepsils, tapi saya selalu guna MAC ataupon Difflam
•Sakit dan kembung perut (antacid/gastrik [30 tab], saya insyaAllah bwk Alka-Seltzer. Gelusil, dysflatyl pon bole guna. ubat loya dan muntah* [10 tab] ).
•Luka yang kecil (plaster luka [10 keping] ) beli yg plastic strip sbb nnt takder kesan bergetah..takut menyukarkan kita nak bersuci kalu kena dekat anggota wuduk..bole bwk byk sikit...kalu kita tak guna bole sedekah kat org lain.
•Bibir kering (pelembab bibir ...lip balm..[ 1 ] ).
•Kulit tangan dan kaki yang kering dan merekah (pelembab kulit) ..plz find those without alcohol[30 gm]. Brand el-Hajj byk dipromosikan skrg...
•Dehidrasi atau kurang air (garam rehidrasi (oral rehidration salt)[5 paket] ). Yg ini boss saya selalu rekemen agar kita ambik one a day.  Bole tolong badan stay on top dari segi energy..insyaAllah.
•Cirit birit (ubat cirit birit* [10 tab] ). activated charcoal. Biotic pon perlu rasernya.  Sbb kalu kena food poisoning due to bacteria, biotic tolong clearkan kuman and charcoal reduce kesan cirit birit.  Saya guna Smecta...
. ubat selesema...clarinase...
. antibiotic....bacampicilin hcl.....pengglobe..or other local manufactured brand
.ubat batuk

Saya raser senarai Hussain nih pon dah cukup extensive nih.  Sebagai langkah berjaga2 bole start mkn Vit. C dari sekarang just utk increase immune...insyaAllah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.224519 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list