CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 18-10-2009 04:03 PM | Show all posts
120# aziefa

Assalamualaikum azie,

Tak tau macam mana nak lahirkan dengan kata-kata azie....

Kakak pun suka membaca tulisan Dr. MAZA ni dan suka lawati blognya Minda Tajdid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 04:33 PM | Show all posts
120# aziefa

Assalamualaikum azie,

Tak tau macam mana nak lahirkan dengan kata-kata azie....

Kakak pun suka membaca tulisan Dr. MAZA ni dan suka lawati blognya Minda Tajdid.
Rosputih Post at 18-10-2009 16:03

Rasanya hampir dua tahun saya tidak ke Madinah dan Mekah.
Seperti orang lain, setiap kali masuk semula ke Madinah jiwa menjadi sayu, syahdu dan rindu.
Tidaklah dapat digambarkan dengan bahasa dan bicara, perkataan dan tulisan.
Ia satu perasaan yang menerjah ke setiap penjuru jantung dan urat nadi.
Apa tidak, di sinilah tempat insan yang amat kita cintai yang namanya kita sebut saban, Muhammad SAW.
Bagindalah pemimpin, baginda teladan kita. Rela menderita, rela dihina, rela dianiaya,
rela dipersenda
demi memenuhi cinta kepadanya dan agama yang dibawany


Walaikumsalam Kak Ros..
Tak tau nak cakaplah Kak Ros..
Berdebar debar dan seronok rasanya..
Bila baca cetusan rasa dihati diatas...
Tak taulah nak cakap..
Hati ni turut sama merasakan getarannya..
Subhanallah...
Masyallah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 04:35 PM | Show all posts

Kak Ros...

20 Oktober ni Penerbangan Pertama Haji KT 01 ...
Dah bermulalah musim Haji...
Setiap hari selepas tu akan ada Penerbangan Haji yg akan berlepas..
Sibuklah kat Rumah Husain...Kelana Jaya..
Rasanya satu teringin nak pergi menjenguk Kelana Jaya..
Saja je tengok tengok wajah Para Tetamu Allah..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 05:34 PM | Show all posts
107# ungu_violet191

Salam UV, semoga doa dimakbulkan..
Boleh beli serbuk kurma sekali yek..hehe

Mamanett..
Salam nett, amboiiii dah raya sakan tak ingat nak balik sini yek..
register mungkin 2/3 minggu sblm Haji..
nett dtg sini bln ni ke bln depan eh..
nak kirim buku travelog lah, bole?..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 07:07 PM | Show all posts
121# Rosputih [/b


saya pun suka bc ust asri ni..tapi lately ni entah lah..dia ni orang kata wahabi or lebih tepat orang salafi..semua mesti bersandarkan nas..dalil hadith or al quran...sbb tu boleh kata tahlil bidaah, talqin bidaah..sekarang ni one of my pensyarah prof madya dari UM , ayahnya dan datoknya tok guru hebat di kedah...dah 2 minggu kuliah dgn dia..dia byk hentam orang wahabi..dan dia utarakan di mana kepincangan mereka...baru ni ada tahlil di masjid negara sultan2 semua negeri hadir kecuali sultan perlis dia dtg selepas isyak..selepas habis tahlil..
pensyarah kata kalau tak ada dalil sampai ada yg makan kura2..sbb dlm quran tak tulis katanya tak boleh mkn kura2..ada org islam dari beirut naik unta ke mekah sbb nabi naik unta dulu tak ada kereta..ni wahabi fanatik...mcm2lah...naik confuse dah..kalau baca tulisannya di akhbar hari ni pun dia masudkan bab bidaah ni jugak...wallahulam
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 09:05 PM | Show all posts
123# aziefa


Azie,
kita tunggu hussain balik buat laporan atau lintas langsung...
cepatnya masa berlalu, masih ingat lagi beli jubah dekat kompleks TH tu masa hantar adik tahun lepas

menghantar dan menyaksikan mereka  yang nak berangkat mengerjakan haji itupun sudah memberikan keseronokan ....
Subhanallah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2009 09:14 PM | Show all posts
Salam,
lajunyer treat ni ye. Akak sekali2 msuk dah gumah baru. Pd kengkawan yg dah nak berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah haji akak ucapkan selamat pegi dan selamat pulang semoga mendapat hj mabrur. Pd yg bercadang nk pegi 2 akak doakan semuga Allah makbulkan niat korang. Amin.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 09:20 PM | Show all posts
125# sunsuria3

Betul kata suria tu,
Ustaz Asri ni memang banyak kontroversi terutama ketika menjadi Mufti dulu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 10:47 PM | Show all posts
126# Rosputih

menghantar dan menyaksikan mereka  yang nak berangkat mengerjakan haji itupun sudah memberikan keseronokan ....
Subhanallah.....


Kak Ros..
Bukan tu saja..
Pergi Tabung Haji pun dah rasa seronok..
Tambahan bila tengok ada Mak cik Mak cik n Pak cik Pak cik..
Mereka datang suami isteri mendaftar Haji..
Kadang kadang tu leka tengok telatah mereka..
Tumpang seronok...
Subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 10:58 PM | Show all posts
123# aziefa


Azie,
kita tunggu hussain balik buat laporan atau lintas langsung...
cepatnya masa berlalu, masih ingat lagi beli jubah dekat kompleks TH tu masa hantar adik tahun lepas

meng ...
Rosputih Post at 18-10-2009 21:05


Husain balik 22 Oktober..
Kita tunggu Ulasan Secara Langsung dari Kelana Jaya nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 08:37 AM | Show all posts
Salam...
Kebetulan saya berada di Masjid Negeri S Alam pada hari sabtu yg lalu.
Saya berjumpa dengan jamah2 dari Zahafiz travel tengah buat kursus haji perdana di sana.
Seronok tengok bakal2 haji yg berseri2 muka tak sabar menunggu keberangkatan ke tanah suci.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 08:55 AM | Show all posts
119# aziefa


assalamualaikum..

wah..kak zie, x sampai seminggu dah merasa 2 kali nasi mandi.. alhamdulillah, rezeki tuh.
ooo kat Uniten pun ada gak nasi mandi ye.. erm.. tu dekat sket. Next time kalo hanni nk balik kampung MIL, nk ajak suami singgah kat UNITEn lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 08:56 AM | Show all posts
skrg ni kat radio IKIM tgh bincangkan pasal tips2 smsa menunaikan haji.. Ramai jugak caller2 yg berkongsi tips2 yg bermanfaat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 09:01 AM | Show all posts
126# Rosputih

Last hanni ke kelana Jaya tu 3 tahun lepas, waktu tu menghantar abah dan arwah mak utk menunaikan haji.
Masa tu, muka arwah mak (terutamanya) berseri2 sgt! Jelas tergambar kegembiraan diwajah dia!. Sblum berangkat, hanni, adik2, mak n abah berpelukan2 bersama2.. sedih dan syahdu sgt masa tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 19-10-2009 09:56



Petugas Tabung Haji bersedia sambut ketibaan 26,000 jemaah
18/10/2009 5:47pm

MADINAH 18 Okt. — Segala persiapan yang diatur oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bagi menyambut ketibaan kira-kira 26,000 jemaah haji dari Malaysia yang akan mengerjakan rukun Islam kelima itu bagi tahun 1403 Hijrah ini, berjalan dengan lancar.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamaruddin Ali berkata, keperluan-keperluan seperti tempat penginapan para petugas perubatan dan kebajikan serta pegawai agama, sudah siap sedia menunggu ketibaan pertama jemaah haji Malaysia seramai 450 orang yang di jangka tiba di terminal Haji di sini Selasa ini.

"Segala persiapan terakhir sedang giat dilaksanakan oleh 132 petugas perubatan dan kebajikan yang tiba di Madinah sejak empat hari lepas bagi memenuhi keperluan para jemaah haji termasuk dari segi rawatan perubatan, pengeluaran wang dan sebagainya,” kata beliau kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sepanjang musim haji tahun ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Rombongan Haji berkata, buat masa sekarang persiapan ditumpukan di Madinah kerana jemaah haji Malaysia akan berada di Madinah selama lapan hari sebelum mereka bertolak ke kota suci Makkah untuk menunaikan umrah dan seterusnya ibadah haji.

Ditanya mengenai jumlah sebenar petugas haji yang akan ditempatkan di Madinah dan Makkah tahun ini, beliau berkata, jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan kerana ini bergantung kepada keperluan. - Bernama



Masyallah...
Seronoknya..
Teringat Husband pernah bertugas semasa Musim Haji 1991..
Bertugas sebagai Doktor Perubatan..
Pak cik sebagai Tukang Masak..
Mak Saudara sebagai Jururawat..
Seronok memberi khidmat pada Para Tetamu Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 19-10-2009 10:02



Tabung Haji bersiap sedia

Oleh Marzuki Yusof

MADINAH 18 Okt. – Tabung Haji bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan 26,000 bakal jemaah Malaysia tidak berdepan dengan masalah semasa mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Kamaruddin Mat Ali berkata, masalah yang lazim dihadapi oleh jemaah haji berbeza-beza setiap tahun dan adakalanya di luar jangkaan.

Bagaimanapun berdasarkan pengalaman berpuluh-puluh tahun menguruskan jemaah, Tabung Haji dijangka tidak berdepan dengan masalah bagi menghadapi situasi semasa kecuali tragedi luar jangka.

‘‘Masalah memang tidak boleh dielak berlaku setiap tahun tetapi biasanya ia dapat ditangani dengan baik.

‘‘Kami berharap perkhidmatan yang diberikan akan bertambah baik di bawah slogan jemaah didahulukan, perkhidmatan diutamakan seperti wawasan Perdana Menteri di bawah konsep 1Malaysia,” kata Kamaruddin yang juga Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia pada sidang akhbar selepas majlis taklimat kepada petugas-petugas haji di sini, hari ini.

Setakat ini terdapat kira-kira 132 petugas haji bagi peringkat awal ditempatkan di dua buah zon di Madinah dan mereka dibahagikan kepada pasukan perubatan dan kebajikan.

Kamaruddin juga memberitahu kira-kira 450 jemaah haji pertama dari Malaysia akan tiba di Terminal Haji Madinah, pukul 11.20 pagi Selasa ini.

Sementara itu, Masjid Nabawi di sini mulai menerima kunjungan ribuan jemaah baru dari seluruh dunia.

Antara kawasan di masjid itu yang menjadi tumpuan jemaah adalah Makam Nabi Muhammad selain makam dua khalifah Islam, Saidina Abu Bakar As-Sidek dan Saidina Umar Al-Khatab yang terletak bersebelahan dengan makam nabi. – Utusan


Labaikallah humma labaik
Kami datang Ya Allah.
Rindu.sedih..sayup dan seronok.
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2009 10:08 AM | Show all posts
131# irbudan

Seronok tengok bakal2 haji yg berseri2 muka tak sabar menunggu keberangkatan ke tanah suci.


Sungguh bagai dikata..
Kadang kadang tu suka tengok telatah mereka..
Pernah pergi ke Kompleks TH kat Kelana Jaya..
Leka tengok Para Tetatmu Allah...
Ada yang sibuk baru nak beli Riben ...bermacam macam colour..
Nak tanda beg Hadiah yang baru dlterima ( handcarry beg ).
Semuanya sama takut tertukar pulak ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:22 AM | Show all posts
129# aziefa

Mmg seronok bila kita hantar saudara mara yg gi hj kt kelana jaya ni. Macam2 gelagat yg ada. Tp org yg nk pegi 2 lagi lah seronok, yg dh pegi 2 jer yang tau camner kan!  Time akak dulu dlm bas pun boleh nangis coz bershukor2 sgt2 kerana tepilih menjadi tetamu Allah. Subhanallah..jemaah malaysia mmg bertuah.. semuanye diuruskan oleh para petugas yg terpilih.. semoga Allah yg dpt membalas jasa2 mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 19-10-2009 09:56



Petugas Tabung Haji bersedia sambut ketibaan 26,000 jemaah
18/10/2009 5:47pm

MADINAH 18  ...
aziefa Post at 19-10-2009 09:54


Kalau le ada rezeki boleh jadi petugas Tabung Haji. Alangkah bahagianya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 02:39 PM | Show all posts
Dpt email dari Air Asia ada promosi until 25 October ni, fly to Abu Dhabi RM199 one way, travel from 11 Jan - 30th April 2010..boleh la ni, utk plan umrah next year..jom jom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.343528 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list