CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19516|Reply: 64

Perodua bakal lancar MyVi 1.5 liter

[Copy link]
Post time 1-3-2010 09:14 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan 'DNA' modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas 'jelmaan baru' tersebut.

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysiamengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
"Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

"Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar," katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.


ketuanan proton akan tergugat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2010 09:35 AM | Show all posts
xde modal lain..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 09:37 AM | Show all posts
mungkin sama dengan  injin alza
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 09:42 AM | Show all posts
Memang meletup la perodua.. walaupun bukan betul zuriat malaysia..aku tetap respek cara quality umw control pekerja diorang...Proton..pintu belakang perdana payah nak rapat pun tak leh setel....aiya..potong la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 09:46 AM | Show all posts
...bagus...syabas P2...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 09:48 AM | Show all posts
waduh ....ni yg wat aku dah mula terfikir nak trade-in myvi 1.3 aku nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2010 10:03 AM | Show all posts
harap rupanya jauh lebih hbt berbanding myvi skg
klu nilai estatik tu tinggi, enjin pun ok, org xkan komplen
cuma kena maintain kualiti la
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:10 AM | Show all posts
agak2 brapa ler harga nya nanti? vivah togel pun 30k,inikan plak maibi 1.5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2010 10:22 AM | Show all posts
watever org ckp psl myvi...2nd hand value keta ni tetap menten



1.5 with manual gearbox gonna be marbeles!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:29 AM | Show all posts
agak2 brapa ler harga nya nanti? vivah togel pun 30k,inikan plak maibi 1.5
t@t Post at 1-3-2010 10:10


Myvi SE pun dah RM53K...nak dekat sama dgn Exora Basic....
Lu pikir la sendiri...kalau aku memang tak beli la kereta biskot nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:37 AM | Show all posts
Mesti muka baru dia cam kodok tu kan..??Mmg mengejutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:41 AM | Show all posts
kalo beli produa serupa beli naza jgk la.
nama je made in malaysia tp brg semua dr oversea.

kalo btl2 patriotik, sokong lah proton.
btw aku rs kualiti proton ke produa ke sama jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:46 AM | Show all posts
Wahhhhh bagus....
Kalau ikut altikel tue model baru nie tak serupa Myvi sekarang kot....Agaknya design yg baru laa agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 11:02 AM | Show all posts
tak der model lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 11:06 AM | Show all posts
Wahhhhh bagus....
Kalau ikut altikel tue model baru nie tak serupa Myvi sekarang kot....Agaknya design yg baru laa agaknya...
masterixs Post at 1-3-2010 10:46

a'ah.. tukar enjin ngan bumper
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 01:07 PM | Show all posts
ni rege mesti dkt2 60k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2010 01:24 PM | Show all posts
Atau model lama akan obsolete...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 01:55 PM | Show all posts
nama ja keta malaysia..
harga melambung2 gil
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 02:41 PM | Show all posts
enjin 1.5 tapi kalau handling macam tu jugak memang masak la, handling myvi ni memang hancusss
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 03:51 PM | Show all posts
sy suka mybi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.241358 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list