CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aily

UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 19-6-2010 12:30 PM | Show all posts
Reply 2340# nzaujah


    sy dok cheras, tp nk blk sehari bef raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2010 12:43 PM | Show all posts
salam semue
miss this forum sgt3....da jarang update...
alhamdullilah selamat sampai n selesai sume nyerr...
happy sgt3...kali ne pergi wlaupon tanpe family,tapi jemaah sume da anggap mcm family...
insyaallah next trip n kalo dberi peluang lagi,ramadhan dtg lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 01:02 PM | Show all posts
Reply 2342# whoelse_i


   
insyaallah next trip n kalo dberi peluang lagi,ramadhan dtg lagi....


Walaikumusalam..
Alhamdulillah..
Ada keja kosong tak..
Bestnya nak pi lagi Ramadan nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 02:32 PM | Show all posts
Takde sapa nak jawab soalan pop quiz #2338 ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 06:34 AM | Show all posts
Bestnya pi...bila la giliran putri lak...pernah pi skali jer tahun 1998...pengalaman yg
tak dapat d ...
putri Post at 17-6-2010 19:23



Insyallah...
Amin..Aminnn.   
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 06:36 AM | Show all posts
Takde sapa nak jawab soalan pop quiz #2338 ke?
ustaz Post at 19-6-2010 14:32


Salam...
Bukan tak nak jawab...
Takut tersalah jawab nanti..
Wallahualam...tunggu jawapan dari Ustaz..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2010 04:05 PM | Show all posts
sy pun suka nk pi Ramadhan ni. husb bg green light bw ank pompuan nk cari pakage ni  semua 8k sy tgk akhir Ramadhan, sbb cuti sek tahun ni akhir Ramadhan

Ada yg dpt pakage menarik lg? blh share sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 07:33 AM | Show all posts
Reply 2338# ustaz


    Senario 1:
Seorang jemaah memakai ihram sedang sujud. Apabila dia sujud, seorang jemaah di belakangnya ternampak peha jemaah depan yang sedang sujud tadi kerana dia terkangkang sedikit ketika sujud. Adakah sah solat jemaah itu?

saya try jawap.....

seblom tu nak tnya, selepas jemaah di depan (jemaah A) tu selesai solat, jemaah yg nampak tu bgtau tak jemaah A, aurat dia dh terbuka?
kalau bgtau..jemaah A tu kena ulang semula solat dia....

kalau tak dibgtau....
jika jemaah A yakin seblom solat dia dh tutup solat dia dgn sempurna....sehingga selesai solat....tak mengapa....solat dia dikira sah.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 07:49 AM | Show all posts
Hujung minggu ni tamatlah kursus Haji saya......
Semlm taklimat dari TH....
minggu depan dh amik suntikan....kemudian terus kursus intensif 2 hari...
Sept. plak kursus perdana.

Pertengahan atau akhir Oct dh nak berangkat....

Ya Allah..., Kau terimalah aku sebagai tetamuMu yg Allah....permudahkanlah perjalanan aku nanti. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 10:58 AM | Show all posts
salam semue
miss this forum sgt3....da jarang update...
alhamdullilah selamat sampai n selesai s ...
whoelse_i Post at 19-6-2010 12:43


Salam semua,

Alhamdulillah whoelse dah selamat sampai.

Alhamdulillah juga sebab saya aya dah selamat khatam baca semua thread Umrah(I  - VIII).  

Saya boleh!!!!!!! itu adalah kata semangat untuk diri sendiri.

Pagi ni baca Utusan Malaysiaada berita mengatakan jemaah Umrah kita terkandas di Mekah kerana paspot yangdipegang oleh Travel Agent yg mengendalikan jemaah tsb telahhilang.  Mengikut berita tu pihak Travel Agent menyalahkanjemaah.  Yang Jemaah kata pihak Travel Agent yg salah.

Alhamdulillah whoelse dan nenektua tak terlibat dalam kes ini.

Sama-sama lah kita berdoa mereka yang terkandas selamat kembali ke tanah air seberapasegera kerana kebanyakan jemaah tsb terlibat dalam sesipersekolahan (samada sebagai guru dan murid sekolah).

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:00 AM | Show all posts
Hujung minggu ni tamatlah kursus Haji saya......
Semlm taklimat dari TH....
minggu depan dh amik s ...
Mas916 Post at 21-6-2010 07:49



Mas dah nak pergi haji ya, Alhamdulillah semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:14 AM | Show all posts
Salam....allhamdulillah kak..terima kasih...story board album yg saya maksudkan bukan di web tapi sy ...
rzman_07 Post at 27-5-2010 10:11


Salam rzman,

Dah siap ke story board tu, boleh ke share ngan kami kat sini atau PM le facebook rzman kat auntie nanti auntie add.  terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:31 AM | Show all posts
Salam semua,
seronok tengok gambar2 shida post, dengan gambar boleh mencetus kenangan2 dan pengalaman2 menarik semasa di sana.....terima kasih shida...jgn lupa post lagi ye!

Pada whoelse...akak pun nak apply keja kosong lah....heehehheee...happy tengok muda2 dah diberi kesempatan ke Tanah Haram. So far akak rasa belum ada lagi travel agency yg hantar pekerja wanita mengiringi jemaah umrah....Kalau musim haji mmg ada la....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:36 AM | Show all posts
Salam rzman,

Dah siap ke story board tu, boleh ke share ngan kami kat sini atau PM le faceboo ...
hajar53 Post at 21-6-2010 11:14


Salam hajar53, tahniah dah habis khatam forum umrah....tabik spring kat akak.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 12:18 PM | Show all posts
Baru siap beberapa page...stop sekejap tengah ada kerja lain..lepas nie baru sambung hehe..ok nanti razzs PM my facebook....
Salam rzman,

Dah siap ke story board tu, boleh ke share ngan kami kat sini atau PM le faceboo ...
hajar53 Post at 21-6-2010 11:14
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 01:29 PM | Show all posts
salam untuk kawan-kawan semua.

Alhamdulillah nenek dah selama sampai hari sabtu malam. Sekarang ni tengah demam. Cuaca kat sana panas sangat. berbahang sampai rasa di dalam mesjid. Tapi syukurlah semuanya ok. Balik sini baru demam. Tekak ni pon masih sakit dan terasa bahang sana.

nanti2 nenek sambung citer dan tepek gambar sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 01:33 PM | Show all posts
Reply 2356# nenektua

Walaikumsalam...
Alhamdulillah nenek dah balik..
Rehatlah..
Biasalah kalau balik Umrah tu demam ..batuk..
Penat dan perubahan cuaca..
Ok..rehat dulu..nanti dah ok bolehlah bercerita..
Siap dgn gambar sekali ye...
Kami tungguuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 01:36 PM | Show all posts
Reply 2350# hajar53

Alhamdulillah juga sebab saya aya dah selamat khatam baca semua thread Umrah(I  - VIII).  


  
Tahniah...cayalaa kak Hajar..
Tabik spring tuinnggg...tuinggg utk Kak Hajar..
Kuat semangat baca n khatamkan..   
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 21-6-2010 13:38


Rakyat kita terkandas di Mekah

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 20 Jun – Seramai 43 rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah pada musim cuti sekolah ini gagal pulang ke tanah air apabila terkandas di Mekah sejak Rabu lalu.

Jemaah tersebut yang terdiri daripada 17 lelaki dan 26 wanita sepatutnya tiba ke tanah air pada hari berkenaan tetapi gagal berbuat demikian berikutan pasport yang dipegang oleh agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka dilaporkan hilang.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang guru, Meor Ahmad Shamsuddin Meor Mohd. Afendi, 52, apabila empat ahli keluarganya termasuk isteri, Roshana Mohamad, 52, yang mengikuti rombongan tersebut gagal pulang ke tanah air berikutan masalah tersebut.

Katanya, turut mengikuti rombongan tersebut ialah ibu mertuanya, Hawa Salleh, 72, dan dua adik iparnya, Maafor Mohamad, 23, dan Noraini, 27.

Meor Ahmad berkata, kejadian itu diketahui selepas isterinya memaklumkan insiden tersebut menerusi telefon.

Dia kesal dengan kelemahan agensi pelancongan terbabit yang menyebabkan pasport antarabangsa ahli rombongan berkenaan hilang.

Menurutnya, kelemahan itu tidak dapat dimaafkan kerana ia menyusahkan ahli rombongan dan waris mereka yang majoritinya merupakan guru yang akan memulakan sesi persekolahan esok.

“Empat ahli keluarga saya bersama rombongan lain berada di Mekah selama dua minggu sejak cuti persekolahan bermula.

“Pihak agensi pelancongan dikatakan menyalahkan ahli rombongan sedangkan semua pasport dipegang oleh mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Meor Ahmad Shamsuddin memberitahu, isterinya memaklumkan bahawa semua jemaah ditempatkan sementara di sebuah hotel di Mekah sebelum menunggu kelulusan mendapat pasport baru yang diusahakan Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.

Sehubungan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan yang mengusahakan pasport baru serta perbelanjaan lain yang sepatutnya ditanggung pihak agensi pelancongan terbabit.

“Dengan pertolongan pihak kedutaan, mereka boleh balik ke Malaysia menggunakan mana-mana syarikat penerbangan yang beroperasi di situ.

“Jika menggunakan Malaysia Airlines (MAS), mereka dijangka tiba ke tanah air esok,” katanya.

Bagaimanapun, Meor Ahmad Shamsuddin kesal apabila isterinya memaklumkan bahawa agensi terbabit mahu menggunakan syarikat penerbangan Pakistan yang dikatakan lebih murah berbanding syarikat penerbangan lain.

“Jika menggunakan syarikat penerbangan Pakistan, mereka dijangka tiba di Malaysia pada Jumaat ini iaitu seminggu selepas sesi persekolahan dibuka,” katanya.

Tambahnya, dia juga sangat risau kerana isteri dan ahli keluarganya yang lain kini kehabisan wang.

Meor Ahmad Shamsuddin turut menggesa kerajaan memantau agensi-agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 01:41 PM | Show all posts
Jemaah tinggal dekat Masjidil Haram

Oleh AZMAN MD. NOOR
utusankedah@utusan.com.my

SIK 20 Jun – Tabung Haji telah membuat persiapan rapi dalam memastikan semua jemaah haji Malaysia tinggal dalam keadaan selesa dan dekat dengan Masjidil Haram ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata , jemaah haji negara ini akan diberikan penginapan pada jarak antara 1.2 kilometer dengan Masjidil Haram berbanding jemaah dari negara lain.

“Kita telah membuat persiapan rapi supaya lebih memberi keselesaan keada jemaah dari negara ini,” katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat di Pondok Ahmadiah Kuala Beris dekat sini hari ini.

Dalam pada itu Jamil Khir berkata, Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi dalam menetapkan kuota jemaah haji negara ini.

Katanya, kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berusaha untuk memastikan kuota jemaah haji Malaysia dapat ditambah pada tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan telah memohon kepada kerajaan negara berkenaan supaya kuota haji bagi jemaah dari negara ini ditambah.

Katanya, setakat ini kuota jemaah haji bagi Malaysia masih kekal iaitu sebanyak 26,000 orang.

Sementara itu beliau memberitahu, Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada bakal haji yang berusia lebih 75 tahun untuk mengerjakan haji tahun ini.

Selain itu katanya, mereka yang sakit dan Orang Kurang Upaya(OKU) yang mempunyai muhrim masing-masing akan turut diberikan keutamaan.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan sentiasa bersedia memberi bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah agama berasaskan sistem pengajian pondok di negara ini dalam usaha meningkatkan tahap pengajian Islam di sekolah berkenaan.

Jamil Khir berkata, sekolah-sekolah pondok tidak terkecuali daripada mendapat bantuan pendidikan sekiranya mereka berdaftar dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK).

“Sekolah pondok tidak terasing untuk turut diberi bantuan tetapi mereka perlu mendaftar di bawah program SABK ini,” katanya.

Pada majlis itu itu Jamil Khir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada pengurusan Pondok Ahmadiah bagi kemudahan pondok yang mempunyai pelajar kira-kira 132 orang.

Pada program itu juga, kira-kira 100 penduduk termasuk penghuni pondok dan beberapa penduduk keturunan Siam menerima sumbangan daripada beliau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.081025 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list