CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3580|Reply: 41

Kalau berniaga judi, Melayu pun boleh maju... Biar betui...

[Copy link]
Post time 6-3-2010 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Biar betui kunta kinte ni... kononnya kalau Melayu pun berniaga judi, Melayu pun boleh maju...maka dakwanya kononnya Melayu mundur pasal Melayu tak boleh niaga judi... tak boleh  jual arak dan melacur.....tak boleh buat benda haram .. pasal itu Melayu tak maju macam Cina..... bukan pasal Melayu bodoh, malas, parasit dan macam-macam perangai negatif.... betui ka...... tapi yang hairannya benda-benda haram jadah macam-macam yang lain seperti maksiat, samun, rogol, dadah. rasuah pulak ramai juga Melayu yang sanggup buat walaupun tak maju-majukan Melayu.... Biar betui kunta kinte ni...

Kalau berniaga judi, Melayu pun boleh maju — Kunta Kinte
5 MAC — Kunta Kinte dah cerita macam mana tauke-tauke Cina dan India yang terkenal jadi kaya raya. Antara yang kaya raya itu adalah tauke-tauke perniagaan judi.
Beberapa hari lalu, Kunta Kinte nasib baik boleh cakap sikit dengan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Dia adalah sejarahwan ulung negara dan dia pun pakar dalam sukan bola sepak.
Dia kata salah satu punca mutu bola sepak Malaysia jatuh merudum adalah rasuah oleh ‘bookie’. Bila kita kata ‘bookie,’ mereka tentulah haram walaupun di Barat, ‘bookie’ dibagi lesen untuk ambil pertaruhan.
Kita tentu maklum bangsa apa ‘bookie’ ini. Kegiatan ‘bookie’ Malaysia ini sangat luas sampai mereka boleh merasuah pemain Liga Inggeris.
Kunta Kinte dah cerita minggu lepas macam mana seorang pemandu teksi Singapura yang ketagih judi sanggup curi kad pengenalan saudara kandungnya dan kemudian cuba tipu kasino pertama di Singapura yang tuannya adalah konglomerat judi Malaysia, Genting Berhad.
Minggu ini Kunta Kinte nak cerita pula pasal seorang cucu di Hong Kong yang ketagih judi sampai sanggup pertaruh duit pengebumian neneknya.
Nenek itulah yang belanya sejak kecil. Si nenek memasukkan HK$10,750 (RM4,710) ke dalam buku bank cucunya dengan wasiat duit itu diguna untuk pengebumiannya.
Tapi si cucu yang berusia 19 tahun itu pergi berjudi dan habis rugi duit simpanan neneknya. Akibatnya, walaupun si nenek mati pada 2008, mayatnya hanya dapat dikebumi tahun lepas pasal tak cukup duit.
Sebab itulah Kunta Kinte selalu kata memang susah orang Melayu nak lawan orang Cina dan India berniaga. Orang Cina dan India yang bukan Islam semua boleh berniaga. Haram atau halal tak jadi masalah. Judi, arak dan pelacuran semua boleh tak kira dibenar atau dihalang oleh undang-undang negara.
Tapi orang Melayu pasal kita Islam, banyak jenis perniagaan kita tak boleh campur. Kunta Kinte sedih dan susah hati bila tak ramai orang Melayu yang berani atau pandai jawab hujah mereka yang masih kata Dasar Ekonomi Baru jadikan mereka anak tiri.
Bila Melayu gagal semua orang kutuk. Malahan ada orang Melayu yang seronok. Kerajaan pun kutuk kata orang Melayu malas, bergantung kepada kontrak awam dan subsidi serta suka berfoya-foya.
Tapi bila orang bukan Islam berjaya, kita puji. Kita kata mereka tekun, pandai berniaga dan berdikari. Kita tak pun tanya macam mana mereka boleh berjaya.
Kunta Kinte yakin orang Melayu pun boleh berjaya kalau sanggup jadi tauke judi, tauke arak dan bapa serta ibu ayam. Tapi kita tak mahu sebab kita tahu ia salah di segi agama dan moral. Kerajaan pun tentu tak mahu bagi lesen judi dan arak kepada orang Islam.
Kunta Kinte tak tahulah apa nak cakap. Tapi kalau kerajaan tak ambil kisah perkara macam ini dan bagi segala macam lesen kepada orang bukan Islam, memang mustahil orang Islam boleh berlumba dengan mereka.
Apatah lagi kalau kerajaan tidak mahu khaskan kontrak dan pembelian awam kepada Bumiputera takut tak boleh tanda tangan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat atau sebab globalisasi. — Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 03:04 PM | Show all posts
1. Siapa Kunta Kinte ni?

2. Kunta Kinte ni bodoh.Period. Rezeki Allah yg bagi, bukan manusia. So kalau kau meniaga judi sekalipun, kalau Allah kata NO, so kayap jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:05 PM | Show all posts
dari berita harian?

kahkahkah

sokaba yg 90% melayu isele baca tu, tapi ada keputusan nombor ekor judi?


dia nipun sama makan duit gaji hasil iklan judi..... no wonder lah kan????
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:06 PM | Show all posts
Kunta Kinte ni mesti spesis yg kata "kalau tak amik rasuah/bagi rasuah, memang susah bisnes nak jalan".

Again, agaknya Kunta Kinte lupa bahawa Rezeki Itu Allah Yg Beri, bukan manusia.
Berharap dgn Allah, bukan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:11 PM | Show all posts
beb...  pasal liga bolasepak tempatan tu,,,try buat survey kat pemain2 liga,,,,aku boleh jamin 80% akan setuju utk buat judi dlm liga...   korg pikir aa brp sgt gaji diorg tu.... tu pun kadang2 tersangkut...

dari duit judi org melayu gi sport toto,magnum,damachai....baik duit tu guna utk pemain bola sepak yg segan mati hidup tak mau tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:15 PM | Show all posts
Kunta Kinte bekas mod CARI forum ke nih ?....mod KMU gak kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2010 03:18 PM | Show all posts
Aku pon tak setuju kate melayu pemalas.. yang pemalas tu individu tu sendiri bukan keturunan dia yang malas. tapi untuk berniaga, mungkin juga sebab melayu tak menghalalkan cara.. cara ada macam2 bukan judi ntah kepende yang tertulis di atas, but 'berani mati' punya cara la..not all out bak kata omputeh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:25 PM | Show all posts
masalah dia skang nih di m'sia ada judi yg halal...judi haram kena tangkap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 04:16 PM | Show all posts
masih belum ada jawab lagi siapa kunta kuntie nie?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 04:29 PM | Show all posts
bodonye la kunta kinte nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 05:21 PM | Show all posts
bodonye la kunta kinte nih...
antagenaiz Post at 6-3-2010 16:29

lucunya ialah dia menganggap semua orang Melayu bodoh macam dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 05:24 PM | Show all posts
sapanya kunta kinte nih?...freelance columnist ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 05:30 PM | Show all posts
teruk la kinte kunta nih...
buat apa la nak dibandingkan dengan peniaga bukan Islam nih...kalau nak banding dari segi attitude, moral cara bukan Islam nih meniaga takpe la..
tapi x yah la nak banding kalau Islam meniaga judi, arak tuh sure bleh jadik kaye...
dia sendiri pun cakap benda tuh tak baik dari segi moral dan agama...
tapi aku rasa, ada sebab kenapa kunta kinte ni tulih gitu..
sama ada nak sindir2 ke ape..dia sendiri je yg boleh bagi penjelasan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 05:31 PM | Show all posts
bukankah org paling kaya di malaysia adalah tokey gula, bukannya tokey judi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 06:43 PM | Show all posts
kunta kinte nie berasa kesal kaa sbb islam tak benarkan judi? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 06:46 PM | Show all posts
aku rasa korang ni baca ngan emosi... cuba bc betul2, maksud dia tuh jgn la nak compare ngan org cina.. puji rajin  & pandai bisnes. melayu memang perlu di bantu.. yg dah berjaya bleh la slow2 bg berdikari.. masalahnya yg nak beransur naik ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 06:46 PM | Show all posts
sape kata melayu tak boleh jadi tauke menda haram nie? anak chedet tu kompeni arak mana?

Genting Berhad
Board of Directors

Tan Sri Lim Kok Thay
Chairman & Chief Executive

Tun Mohammed Hanif bin Omar
Deputy Chairman

Tan Sri Mohd Amin bin Osman
Executive Director

Dato’ Dr. R. Thillainathan
Non-Independent Non-Executive Director

Mr Quah Chek Tin
Independent Non-Executive Director

Dato' Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
Independent Non-Executive Director

Tan Sri Dr. Lin See Yan
Independent Non-Executive Director

Mr Chin Kwai Yoong
Independent Non-Executive Director


http://www.genting.com/directors/gb.htm
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 07:17 PM | Show all posts
kunta kinte nie berasa kesal kaa sbb islam tak benarkan judi? :re:
Acong Post at 6-3-2010 18:43


The HOUSE always Wins........
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 07:27 PM | Show all posts
saya menyampa kat org yg cakap/ beranggapan cam tajuk thread nih...
saya leh jamin at least 80% cina kaya buat bisnes halal (termasuk jual babi & bahan sembayang/ beribadat org cina lah)...
yg niaga judi/ placur/ untung melalui penindasan tuh sgt sedikit
yg lain buat engineering ke manufacturing ker accountant ker etc etc yg kaya tuh niaga haram ker??
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 07:32 PM | Show all posts
What a nonsense... cari lah satu kampung yg semua Melayu, dgn satu kampung yg Melayu Cina dia nisbah lebih kurang 90-10 gitu. Yg mana lebih maju? Walaupun yg Cina tu takleh jual arak kat kampung Melayu, tetap gak maju kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 1.576701 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list