CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5052|Reply: 69

Harussani mufti atau mufta? — Nik Abdul Aziz Nik Mat

[Copy link]
Post time 7-3-2010 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Tulah mufti haramsanasini ni, jadi lobai biol pakai sarban pakai jubah dah ler, ni memandai-mandai nak campur tangan politik, baik dia pergi pungut dan kira berapa kondom terpakai kat karnival sure heboh atau pergi gereja kristian kira berapa ramai orang melayu murtad masuk kristian lagi baik..... ulamak banggang...

Harussani mufti atau mufta? — Nik Abdul Aziz Nik Mat  
7 MAC — Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya. Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata, “Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah. “Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu. “Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju.” Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau dating ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh Umno, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah Umno? Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS! Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular. Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau. * Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah Menteri Besar Kelantan. Siaran berita ini dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 09:46 PM | Show all posts
tak reti buat perenggan ker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 09:50 PM | Show all posts
copy paste beb..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 09:57 PM | Show all posts
woo siam woo
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 10:00 PM | Show all posts
tgk nanti...senjata bakal makan tuan..tok guru...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 10:22 PM | Show all posts
....tok mupti dah jadi tok mupta.....
...nak buat fatwa, kena tunggu arahan dari parti bangsat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2010 10:40 PM | Show all posts
kenapa alim ulamak patut bertelingkah sebegini???
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 11:27 PM | Show all posts
Teguran Harussani ini berniat baik.. utk perpaduan orng Islam.. Kenapa TGNA tak boleh ditegur sedikitpun ? Su
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 11:37 PM | Show all posts
Teguran Harussani ini berniat baik.. utk perpaduan orng Islam.. Kenapa TGNA tak boleh ditegur sedikitpun ? Su
tora bora Post at 7-3-2010 11:27 PM

depa kan ma'sommmm ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:03 AM | Show all posts
Hilang la ego tok guru kalo ikut cakap harussani...biar bersahabat dgn syaiton asalkan jangan dgn umno...bila kuasa dijadikan iman...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:10 AM | Show all posts
Mufti suh orang PAS ngan UMNO ni berbaik. Tu pun nak label as agen UMNO gak ker?
Aku nengok Nik Aziz ni cam George Bush or banyak diktator yang lain dalam sejarah dunia. Dia punya konsep is "It is either you with me, or you are against me". Sama gak dia nyer falsafah "The enemy of my enemy is my friend". Diktatorial sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:13 AM | Show all posts
Mufti...mufta.......auta?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:20 AM | Show all posts
kalo mufti x blh terlibat politik maknanya TGNA pun bukan mufti lah sbb sah2 la dia terlibat dgn politik.

tp kalo dia bkn mufti knp mcm2 fatwa plk dia keluarkan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:32 AM | Show all posts
Nik Ajis oh oh Nik Ajis....hawat cek jd mcm tu pulaq
Klu cadangan tu baik utk semuat imat Islem buat je la....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:33 AM | Show all posts
Teguran Harussani ini berniat baik.. utk perpaduan orng Islam.. Kenapa TGNA tak boleh ditegur sedikitpun ? Su
tora bora Post at 7-3-2010 23:27


harussani nih tegur untuk islam ker untuk melayu.... cuba baca balik.... baca laa dulu, jgn baca tajuk trus reply jerk... aduhai....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:34 AM | Show all posts
Mufti suh orang PAS ngan UMNO ni berbaik. Tu pun nak label as agen UMNO gak ker?
Aku nengok Nik Aziz ni cam George Bush or banyak diktator yang lain dalam sejarah dunia. Dia punya konsep is "It is ei ...
kekekek Post at 8-3-2010 00:10


kenapa seakrang umngok di tampuk kekuasaan, umngok tanak masuk PAS atas nama perpaduan islam, naper nak suruh PAS masuk umngok atas perpaduan melayu... islam dan melayu mana lebih penting...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 12:36 AM | Show all posts
kalo mufti x blh terlibat politik maknanya TGNA pun bukan mufti lah sbb sah2 la dia terlibat dgn politik.

tp kalo dia bkn mufti knp mcm2 fatwa plk dia keluarkan?
otai_g Post at 8-3-2010 00:20


bila lak nik aziz jadik mufti nih... aduhai...... bila lak nik aziz kuarkan fatwa.. owhhh nik aziz kuarkan fatwa seperti utusan meloya tulis tuh yer....byk sgt baca utusan nih....hahahahahaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:37 AM | Show all posts
bodo laa, nak bersatu lkena masuk umno
-demi melayu
-pdhal ni semua politik jaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:39 AM | Show all posts
Posted by Topeng Perak® Unmasked at 2:01:00 PM 10 comments ShareThis
Mufti Perak Pembohong!!!!!!

(Komen kawan saya) Masya Allah...

Baru2 nie dia datang ke ********** menceritatakan, dan memburukkan PAS juga...
Dia sangat marahkan PAS tak mahu kerjasama dengan UMNO di Perak selepas PRU12, atas nama Islam dan Melayu katanya.

Yg anjurkan adalah ISMA dan UMNO... Stand dia sama, kerjasama dgn UMNO jadi wajib, dengan DAP adalah HARAM. Macam biasa dengar jer perbincangan sedemikian lepas PRU12 lepas.

Skrg ISMA menjadikan segala hujjah perjuangan mereka menolak PAS dan DAP antaranya bersandarkan apa yg mufti ini sebut.

Utk sahabat nak tahu details byk lagi ceritanya, blh rujuk Malah I bulan Mei 2009, dan reply dalam bulan Ogos 2009.

Wallahu'alam...

p/s - banjar di bg serai tu dah lompat sokong umno, banjar kampung saya ini masih tak kata masuk umno walau dah terang2 sokong umno.

Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'
Abdul Rahim Sabri Mac 5, 10 8:09pm.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"erbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

http://perisik-rakyat.com/2010/03/mufti-perak-pembohong.html




macam laa PR tak pernah bohong?!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:50 AM | Show all posts
Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau dating ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak.

Tang sini ada keraguan skit pasai apa taliban ni tak admit atau deny..betui ka haramsanasini datang jumpa dia???takut abang besar sumpah ka???
Other thing n.ajis ni dah berjangkit sindrom tak sokong ambo mu jadi barua umngok...syabassss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.338908 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list