CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4816|Reply: 71

Rasiskah Utusan Malaysia...??

 Close [Copy link]
Post time 25-3-2010 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nasuha30 at 25-3-2010 09:22

Oleh Zamri Zainol Abidin
Hari ini, (Rabu, 24 Mac 2010) akhbar Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang menyebut di dalam Dewan Rakyat semalam bahawa Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar yang rasis.
Ini adalah satu dakwaan yang amat berat kerana kenyataan beliaumelibatkan sebuah akhbar yang dilihat mewakili suara orang Melayu danmempunyai pengikut dan penyokongnya yang tersendiri.

Namun, penulis bersyukur kerana ada di kalangan Ahli Parlimen yang bangun mempertahankan Utusan Malaysia di dalam dewan yang mulia tersebut.


Ini menunjukkan bahawa walaupun Utusan Malaysia disifatkan sebagai rasis, masih ada di kalangan kita yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Tetapi apakah tujuannya beliau menyebut dan mendakwa bahawa akhbar Utusan Malaysia sebuah akhbar rasis di dalam dewan yang mulia tersebut?


Adakah mungkin kerana beliau tahu bahawa apa sahaja kenyataan beliaudi dalam dewan tidak boleh dikenakan tindakan kerana ia kebal daripadaperundangan negara?

Jika beliau benar-benar yakin bahawa Utusan Malaysia sebuah akhbar yang rasis, sukalah penulis ingin mendengar beliau mengulangi kenyataan tersebut di luar dewan.


Jika beliau tidak mahu bertindak demikian, kita harus bertanyaapakah kenyataannya hanya sekadar strategi politik untuk menimbulkanrasa benci kepada Utusan Malaysia atau adakah beliau bertindak kerana benar-benar yakin dengan kepercayaannya bahawa Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar yang rasis?

Penulis menjangka bahawa kenyataan tersebut sebenarnya lebih bersifat untuk menimbulkan kebencian masyarakat terhadap Utusan Malaysia.


Pembangkang tahu bahawa Utusan Malaysia merupakan sebuahakhbar yang tidak pernah jemu memperjuangkan hak-hak orang Melayu dansentiasa mengingatkan orang Melayu agar bersiap-siaga dengan taktikhalus mana-mana pihak yang mahu menghapuskan hak mereka.

Pada perkiraan pembangkang, jika suara utama orang Melayu inidipadamkan daripada kotak memori orang Melayu, maka lebih mudahlahmereka terleka dan usaha untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayuini lebih mudah tercapai.
Tetapi Utusan Malaysia bukanlah sebuah akhbar yang mudah dipadamkan sebegitu rupa kerana ia mempunyai sejarah perjuangan yang panjang.


Jadi, langkah yang paling efektif ialah dengan menanamkanbibit-bibit kebencian orang Melayu dan rakyat Malaysia khususnyaterhadap akhbar yang bersejarah ini.

Maka slogan-slogan seperti rasis, jumud, penipu dan lain-lain lagidilemparkan kepada Utusan Malaysia supaya sedikit sebanyak rasa mualdan jengkel dapat ditimbulkan sehinggakan orang Melayu terpaksabersikap apologetik apabila bercakap tentang haknya sendiri yangsememangnya termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Jadi di manakah rasisnya Utusan Malaysia jika apa yangdiutarakan adalah mengikut konteks Perlembagaan negara? Atau adakahsebenarnya kenyataan Guan Eng melindungi perasaan sebenar beliau bahawaPerlembagaan Malaysia juga sebenarnya rasis?

Guan Eng harus menjelaskan kenyataan beliau supaya orang Melayu danrakyat Malaysia faham apakah sebenarnya yang berlegar di kotakfikirannya.


Ini kerana jika Setiausaha DAP itu percaya bahawa PerlembagaanMalaysia merupakan perlembagaan yang rasis, maka terbuktilah kepadakita yang dakwaan pembangkang bahawa mereka akan tetap mempertahankanhak orang Melayu sekiranya berkuasa adalah sandiwara untuk mendapatkankuasa semata-mata.

Sekiranya, Lim Guan Eng menyatakan pula sebaliknya, iaitu beliauyakin bahawa Perlembagaan Malaysia tidak rasis, jadi kenapa pula UtusanMalaysia yang mempertahankan hak orang Melayu menurut lunas-lunasPerlembagaan dicop sebagai rasis?

Jika kedua-dua situasi ini berlaku, maka wajarlah Guan Eng meminta maaf kepada Utusan Malaysia kerana mengelirukan rakyat dengan menggunakan kekebalan Dewan Rakyat sebagai senjata.


Jika beliau masih bertegas dan tidak mahu memohon maaf, penulismencadangkan supaya beliau dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak DanKeistimewaan Parlimen, supaya di masa akan datang semua pihak sedardewan yang mulia itu bukanlah tempat untuk menabur fitnah danmenimbulkan kebencian masyarakat.
Single Polls, Total 62 Users voted
85.48% (53)
14.52% (9)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 09:18 AM | Show all posts
dah vote.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:19 AM | Show all posts
to Otosang : Hari ni tak suruh budak2 sekolah jual Otosan ke bang??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:28 AM | Show all posts
ada member kerja dlm paper dahusang lagi meloya... katanya sales paper dahusang lagi meloya ni dah turun...... ada dua kemungkinan, pembaca dah jelak, atau baca secara on9... tp hakikatnya, rata2 pembaca merasakan bahwa paper dahusang lagi meloya ni racist, kecuali mereka2 yg racist sahaja tak akan mengatakan bahwa paper dahusang lagi meloya ni racist..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:35 AM | Show all posts
wa listkan nape utusan rasis...

1. pitnah teresa kok halang azan kt masjid puchong

2. pitnah k'jaan negeri penang x bg perarakan maulud nabi..last2 johor sendiri x wat perarakan..wakakaka

3. pitnah k'jaan negeri penang kononnya pinggirkan org melayu


tu 3 yg besar yg igt..sumenya berkaitan melayu..kalo betul xpe,ni sume x betul..kalo pitnah tuh dianggap pertahankan hak melayu,wa x tau laa mau ckp pe lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:37 AM | Show all posts
to Otosang : Hari ni tak suruh budak2 sekolah jual Otosan ke bang??
a_gen2 Post at 25-3-2010 09:19


anak i pun disuruh oleh cikgu pergi dari kelas ke kelas jual utusan ni...tak pastilah hari2 ke camana...tapi kenapa buat begitu ye?...sedangkan akhbar2 n sekapatutnya pusat sumber sekolah sediakan...so para pelajar boleh baca akhbar di pusat sumber...ni budak2 pun dah macam orang dewasa...kena beli akhbar sendiri......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 09:38 AM | Show all posts
harakah dan siasah plak mempertahankan apa nyah??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:38 AM | Show all posts
ada member kerja dlm paper dahusang lagi meloya... katanya sales paper dahusang lagi meloya ni dah turun...... ada dua kemungkinan, pembaca dah jelak, atau baca secara on9... tp hakikatnya, rata2 pemb ...
bubpallo Post at 25-3-2010 09:28


Mungkin ada kebenarannya...kalau tidak kenpa pelajar sekolah anak i digalakkan beli akhbar utusan ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 09:39 AM | Show all posts
of cos rasis beb.. paper utusan mmg rasis.. berita harian tu kire ok la lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:42 AM | Show all posts
sejak zaman aku sekolah dulu, hari2 de paper free. otosang. koserr aku nak baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 09:43 AM | Show all posts
keputusan nombor ekor pun turut disiarkan....!!

kerana bagi Utusan..... hak utk berjudi buka hanya untuk Cina....Melayu pun boleh berjudi...

ish ish ish....racist tahap gila babi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 09:47 AM | Show all posts
seingat aku.. kali terakhir aku beli Utusan ialah pd 28 Nov 1999....sehari sebelum PRU ke 10...

ini antara isi muka depannya....

Parti Keadilan berada di ambang perpecahan

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) berada di ambang perpecahan apabila lebih banyak pemimpin dan ahli-ahlinya di beberapa tempat keluar parti hari ini sehingga ada antara calonnya terpaksa berjuang bersendirian.

Tamparan paling hebat ialah di Bagan Datoh, Perak, apabila Keadilan lumpuh sama sekali setelah kesemua 42 cawangan dalam bahagian itu dibubarkan.

Serentak dengan itu, seluruh jentera pilihan raya Keadilan di situ turut dimansuhkan, sekaligus menamatkan hubungan dengan jentera pakatan pembangkang lain.

Perkembangan yang berlaku dalam Keadilan di saat-saat menjelang pilihan raya Isnin ini bermula dengan tindakan keluar parti Ketua Wanitanya, Nell Onn, ternyata memberi pukulan hebat kepada parti itu dan pakatan pembangkang yang lain.

Sepanjang tempoh kempen ini pemimpin-pemimpinnya terus menerus bertindak meninggalkan parti itu. Ia termasuklah Keadilan Johor dan di kubu kuatnya di Permatang Pauh semalam.

Calon Keadilan bagi Parlimen Bagan Datoh yang akan menentang Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Dahalan Arshad, kini terpaksa menagih simpati Pas dan DAP bagi membantunya berkempen.

Ketua Keadilan bahagian itu, Rushdi Maseri dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini berkata, pihaknya memberi tiga alasan pembubaran Keadilan Bahagian Bagan Datoh dan semua cawangannya.

''Pertama, kami memikirkan perpaduan di kalangan semua pengundi dan rakyat di seluruh Bagan Datoh dan tidak rela perpecahan yang boleh menghancurkan bangsa dan negara.

''Kedua, kami yakin hanya BN yang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan di Bagan Datoh.

''Ketiga, kami tidak lagi mahu menjadi kuda tunggangan Pas dan kami menyeru pengundi di Bagan Datoh supaya menyokong semua calon BN,'' katanya.

Berikutan pembubaran itu, keseluruhan bekas pimpinan dan ahli parti itu berikrar memberi sokongan jitu dan padu kepada ketiga-tiga calon Barisan Nasional (BN) termasuk Zahid.

Dua lagi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Abdullah Ahmad dan Datuk G. Rajoo, masing-masing bertanding bagi kerusi kawasan Rungkup dan Hutan Melintang.

Ini membuktikan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap parti yang didukung Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya mengikut jejak Zahid yang juga bekas 'orang kuat' Anwar untuk terus menyokong BN demi keutuhan bangsa Melayu dan jaminan kemajuan negara.

Sementara itu, Zahid yang ditemui berkata, pihaknya akan menyerapkan semua jentera Keadilan ke dalam jentera BN.

Di KLANG, Sebanyak 200 ahli Keadilan cawangan Sungai Udang di sini hari ini bertindak keluar daripada parti tersebut dan menyertai UMNO.

Mereka berbuat demikian setelah menyedari hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu membela nasib bangsa.

Ketua Keadilan cawangan itu, Jahaya Aziz berkata, tindakan mereka itu bukan atas dasar paksaan oleh mana-mana pihak tetapi atas keinsafan sendiri.

''Tindakan ini adalah ikhlas dan tidak ada hasutan atau paksaan daripada mana-mana pihak,'' jelasnya ketika ditemui setelah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada calon BN Selat Klang, Datuk Zakaria Md. Derus, dekat sini petang ini.

Jahaya berkata, beliau dan ahli-ahli lain menyertai Keadilan sejak April tahun ini tetapi ia jelas menunjukkan parti pembangkang itu tidak membawa apa-apa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

Di MELAKA, Sebanyak 280 orang ahli Keadilan dari tujuh cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Paya Rumput turut bertindak keluar parti.

Sebanyak 46 orang lagi dari parti yang sama dalam Parlimen Alor Gajah termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) bahagian itu bertindak keluar parti malam tadi.

Bekas Ketua Keadilan cawangan Kerubong, Melaka, Zainuddin Rahmat, membuat pengisytiharan untuk meninggalkan parti tersebut di hadapan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang akan bertanding di kawasan Parlimen Batu Berendam.

Menurut Zainuddin, mereka bertindak keluar daripada Keadilan kerana dasar perjuangan parti itu yang tidak jelas dan hanya untuk kepentingan individu tertentu.

Sementara itu di HULU TERENGGANU, sebanyak 46 ahli Pas di sini yang semakin hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti itu malam tadi dan menyertai UMNO.

Kesemua mereka berasal dari beberapa kampung seperti Kampung Langgar, Kampung Tanggol, Kampung Kuala Kudat serta Kampung Kuala Akob dan kebanyakannya telah menyertai Pas sejak lebih empat tahun lalu.

Penerimaan bekas ahli dan penyokong kuat Pas itu dilakukan dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Mohd. Khalil Yaakob di markas Barisan Nasional (BN) di Kampung Langgar di situ.

Seorang daripada mereka, Gayah Ngah, 36, dari Kampung Langgar berkata, dia suami dan ibunya memutuskan menyertai UMNO setelah empat tahun bersama-sama Pas kerana tidak percaya dengan dakyah yang sering disebarkan parti itu.

''Saya dan keluarga sering mengikuti ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pas tetapi kebanyakan ceramah yang disampaikan sering menghentam individu tertentu,'' katanya.

Malah, kata beliau, amanat yang sering diperjuangkan oleh Pas iaitu tidak masuk syurga bagi orang yang tidak menyokong Pas membuatkan dia dan ahlinya semakin tidak mempercayai kewibawaan parti itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:49 AM | Show all posts
Mungkin ada kebenarannya...kalau tidak kenpa pelajar sekolah anak i digalakkan beli akhbar utusan ni......
shiina Post at 25-3-2010 09:38



Sure ada yg bertanya pada guru..

"Cikgu, Liwat tu aper???"

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:55 AM | Show all posts
racist bukan100% hanya beberapa berita, baca dan tapis
surat khabar lain bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:57 AM | Show all posts
Sure ada yg bertanya pada guru..

"Cikgu, Liwat tu aper???"


ikanbilis Post at 25-3-2010 09:49
my son did tapi cikgu suh dia tanya pada ibu bapa.  So, in the end akak kena explain dari A ke Z.     I was totally unprepared for such question
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:58 AM | Show all posts
aku last beli 25.07.08.. sbb tggu notis kes cerai aku kuar lam utusan.. dah kuar, pastu aku tak beli dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 10:00 AM | Show all posts
anak i pun disuruh oleh cikgu pergi dari kelas ke kelas jual utusan ni...tak pastilah hari2 ke camana...tapi kenapa buat begitu ye?...sedangkan akhbar2 n sekapatutnya pusat sumber sekolah sediakan ...
shiina Post at 25-3-2010 09:37


Otosang di jual kpd cikgu dan budak2 sekolah pada rega RM1 aje.. tgk betapa desparado Utosang nih..

Anak aku pernah beli sekali dan aku sound kat anak aku.. 'no more RM2 duit poket kalau beli lagi Otosang'.  

Begitu hina nya Otosang nih sampai terpaksa dijaja dan dilelong kpd budak2 sekolah rendah. Yg menjaja nya pulak budak2 pengawas perpustakaan. Persoalannya, hanya Otosang aje yg dijaja bukannya akhbar lain. The Star, NST, Metro semuanya tak de (Harakah jangan haraplah ).  

Begitu hinanya Otosang.. kesian kan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:06 AM | Show all posts
anak i pun disuruh oleh cikgu pergi dari kelas ke kelas jual utusan ni...tak pastilah hari2 ke camana...tapi kenapa buat begitu ye?...sedangkan akhbar2 n sekapatutnya pusat sumber sekolah sediakan ...
shiina Post at 25-3-2010 09:37



harus bersyukur, sbb chegu tak bg anak shiina beli paper metr****..... paper sex tu.............   
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:09 AM | Show all posts
kolumnis spt awang selamat jika hidup di burma yg takdak kebebasan akhbar sekalipun mungkin skrg ni makan nasi kawah dlm jel...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:24 AM | Show all posts
Tak....Utusan hanya perjuangkan hak Melayu
suara keadilan lg la racist..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 1.225227 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list