CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

PATRICK

[Copy link]
Post time 8-4-2010 10:11 AM | Show all posts
Mr. Dingin.....bila free tempek le n3 lagi...jenuh duk speku jenuh dok cari calun pakwe...
Tapi mr. dingin punyer real hero x kuar2 lagi...:@
masing2 dah siap cop mohor nak cop kat kening hero2 terhangat di forum cari.;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 10:24 AM | Show all posts
kia, aku nk yg kontemporari. xmo yg ortodoks mcm zmn2 kesultanan melayu melaka tuh
aku x gatal mcm yem, tp aku gatal sbb terkena yem
bunick Post at 8-4-2010 07:27

aiseh... mau kontemporari.. patut la nak usin ruffedge tuh
dah2.. tok sah berangan laki org.. kot laki dalam novel tak per
ish.. yem aku ni mmg gatal.. kan dah tempias kat bunick.. balik kene rotan nih
bunick.. nk tak patrick "spongebob" dempsey nih
bayangkan bantal peluk spongebob tapi muka patrick dempsey.. saiz pon sama besar ngan patrick dempsey
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 12:19 PM | Show all posts
aiseh... mau kontemporari.. patut la nak usin ruffedge tuh
dah2.. tok sah berangan laki org.. kot laki dalam novel tak per
ish.. yem aku ni mmg gatal.. kan dah tempias kat bunick.. balik ken ...
Kia_picanto Post at 8-4-2010 10:24


patrick spongebob tu pn ok dah, dia kn kelakar
aku suka kt org yg kelakar2 bodoh ni
bleh dok dlm pineapple under de sea
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 05:01 PM | Show all posts
bunick.. ni berapa cap mohor hang tepek nih??
aku rasa cam byk jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:47 AM | Show all posts
takde N3 lagi ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:50 AM | Show all posts
Howdy Bintang,

I wish ya made an inspirational and motivating short story...About someone born in poverty
and faces lots of life's thickest barriers in life to achieve he/she dreams..

Regards,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2010 08:58 PM | Show all posts
Rinai hujan berderai di luar. Angin mendesah dari jendela yang terkuak. Langsir berayun ditiup angin. Dingin menggigit tulang. Aku memeluk Patrick di sofa. Kepalaku di ribaan Bapa, menemaninya menonton rancangan mengaji di kaca tv.  Pada sore yang basah ini aku tiba tiba teringat Zorro, ah.. Kasturi... teringat nama itu aku tergelak dibawah perut Patrick.  Dia selalu lucu dan entah kenapa aku sering senang bila berchatting dengan dia. Bila aku berserabut dengan kerja, aku cari dia di ruang YM. Dia sering ada menemaniku saat aku tertekan atau bosan di tempat kerja.

”Apa yang lucu?”    Bapa mencelah, terdengar tawaku barangkali.

”Teringat nama seorang kawan.’’

’’Lelaki?”

Aku mendongak Bapa. Kenapa dia cepat sangat menelah sebelum cerita aku di perjalanan? Aku bangkit, masih Patrick dipelukanku dan duduk bersila mengadap Bapa.

’’Kenapa kalau lelaki?”   soal ku dan aku berharap Bapa tidak menuduh aku bukan bukan.

”Apa namanya?”  Bapa tidak mengendahkan pandanganku. Bapa terus memandang tv rancangan mengaji untuk kanak kanak itu.

”Kasturi bin Tuah.”

”Apa yang lucu dengan nama tu. Bapa tak rasa nak gelak pun.”

Ahh.. Bapa.   Jiwa tak dalam.  Aku diam.  Rasa lucuku terhadap nama Kasturi turut lenyap.  Aku fikir Bapa akan turut tertawa dengan nama Kasturi. Aku silap jangkaan.

”Tak baik gelakkan nama orang. Bapanya tentu sudah berfikir memberikan nama itu untuk anaknya. Nama yang bagus pada pengamatannya. Tau? Ada sejarah pada nama Kasturi dan sejarah itu kian dilupakan orang.”  Bapa berkhutbah. Aku tidak ingin berkata apa apa meski ada benarnya dengan bicara Bapa itu.

”Mana Bi jumpa dia?”

”Siapa?”

”Budak Kasturi bin Tuah itu.”

”Dia bukan budak lah.”

”Bapa orang?”

”Isk. Belum kawin.”

Bapa memandang aku. Aku pula memandang budak budak mengaji di tv  tanpa pedulikan pandangan mata Bapa yang menuntut cerita aku selanjutnya.

”Kawan di tempat kerja?”

”Bukan.”

”Kawan istimewa?”

”Bukan.”

”Kawan bergaduh?”

”Bukan.”

”Kalau semua bukan, apa yang iya?”

”Kawan chatting.”   Aku menyeringai.  Selaku bekas guru pencen, aku tahu Bapa mengerti. Bapa memandang aku tanpa apa apa reaksi. Bapa bangun menutup tingkap dan desah angin tidak lagi kedengaran.

Ketukan pintu dari luar seperti kami sudah mengetahui siapa gerangannya. Tiga ketukan pertama, diam satu minit dan menyambung lagi dengan tiga ketukan. Tanpa salam.

Ajun muncul di ambang pintu. Basah kuyup. Dihulurkannya bungkusan plastik kepada Bapa. Bapa menghulur tuala, sarung dan baju pagoda kepada Ajun. Ajun memandang aku. Aku buat tolol, masih memeluk patrick. Masih memandang kaca tv. Rancangan kanak kanak mengaji sudah pun habis.

”Salin di bilik air,’’  ujar Bapa kepada Ajun yang masih kaku memandang aku. Lelaki tinggi lampai ini kadang kadang buat aku rimas. Pandangannya sering mengundang resah. Tapi aku selalunya buat tak nampak, buat tak tahu.

Di kaca tv azan maghrib berkumandang. Bapa sudah pun bersiap di tikar sejadahnya melaungkan iqamah dan memulakan solat dengan solat sunat rawatib. Ajun sudah pun siap bersalin dan duduk di kerusi mengadap aku. Di tangannya plastik berisi baju basahnya.

”Kenapa kau tak sembahyang?”  Tanya Ajun. Buat aku geram dengan sikap menyibuknya. Aku harap Bapa cepat sudahi solatnya. Memberi payung pda Ajun dan cepat cepatlah lelaki galah panjang ini balik ke rumahnya.

”Aku keuzuran.’’

”Keuzuran?”

”Ya.”

”Kenapa aku melihat kau sihat saja, tanpa keuzuran?”


Tanpa menjawab persoalan Ajun, aku bangun sedang Patrick di gendongan. Aku berjalan di hadapan Ajun menuju ke dapur. Patrick aku letakkan di kerusi. Aku masak air, hidangkan capati yang di bawa Ajun. Mencuci sisa pinggan yang masih berserakan di sinki.

Aku sudah pun selesai membancuh teh saat Bapa dan Ajun duduk di kerusi mengadap hidangan.  Bapalah yang mempelawa Ajun makan bersamanya saat ku dengar Ajun minta diri untuk pulang kerana hujan sudah beransur reda. Rumah Ajun cumalah bersebelahan dengan rumahku. Cuma di pisahkan pagar bertembok rumahnya yang besar itu. Kerana Mummy dan Babanya masih di restoran, Ajun selalunya akan singgah ke rumahku berbual dengan Bapa bila dia pulang awal dari restoran. Selalu sangat Ajun menemani Bapa menonton bola pada malam minggu. Sementara aku menggoreng keropok dan bancuhkan kopi untuk mereka atau Ajun akan bawakan kepada bapa capati. Kadangkala roti canai telur. Aku bukanlah peminat bola, jadi selalunya aku biarkan saja Bapa dan Ajun di ruang tamu sementara aku di bilik bersama Patrick melayan Zorro di tetingkap YM.

”Kau seperti kanak kanak saja, Bi,’’   cetus Ajun, mengangkat Patrick dari kerusi dan meletak ke ribaannya. Patrick terlalu besar sehingga hampir menenggelamkan badan Ajun yang kurus itu. Dia menepuk nepuk perut buncit Patrick. menonggeng patrick berkali kali. Entah apa yang dicarinya.

Bapa menyeringai.   ’’Aku sudah malas nak berkata apa apa kepada Bi. Kau tengoklah sendiri.. tak boleh berenggang dengan menatang tu.’’

”Aku tak pernah kemari tanpa melihat Bi memeluk Patrick, sampai aku rasa cemburu.”

”Heh..?! Kau cemburu dengan patrick...?” Geram aku pada Ajun.

”Bapa pun cemburu,”  celah Bapa. Sepertinya menyokong Ajun.

”Cemburu dengan Patrick?”

”Bila saja kau mula membelek Patrick, kau sudah hambar untuk melayan apa apa pertanyaan dari Bapa.”

”Betul kata Bapa. Menjawab pertanyaan aku pun tidak ingin. Seperti tadi, ”  sahut Ajun.

"Tadinya kenapa?" Tanya Bapa kepada Ajun. Aku buat tak tahu. Meneruskan mengelap pinggan tanpa memandang keduanya.

"Aku tanya kenapa dia tidak turut sembahyang seperti selalu dengan Bapa.  Dia bagitahu aku, dia keuzuran. Aku tengok dia sihat walafiat saja."

Bapa ketawa. Bapa menepuk bahu Ajun yang tak mengerti apa apa itu. "Jun.. orang perempuan sebulan sekali dia datang kotor. Itulah keuzuran yang dimaksudkan Bi. Keuzuran begini tak boleh sembahyang sehingga dia suci."

Ajun mengangguk tanda mengerti barangkali. Dia memandang aku dan berkata;  "Tadi asyik dia memeluk Patrick dan tidak menjawab sepatah pun bila aku bertanya. Sepatutnya aku sudah memahaminya dari tadi kalau Bi menjawab ketidakmengertian aku tu."

"Bapa pun selalu sangat terkena seperti kamu, Jun,''  lirih bapa dan ada tawa selepas kata katanya itu.

Aku memandang keduanya. Sungguh sepakat.     ”Apa salahnya dengan Patrick?”

”Tidak salah Bi. Kamu yang terlalu melampau.. ”

”Macam budak tadika, gendong doll, bear semua itu,” sambung Ajun pula.

”Jadi, salah?” Aku sudah berasa geram.

”Tidak salah........” serentak lelaki berlainan bangsa di hadapan aku ini menyahut. Dan di kesempatan itu aku membalas sinis;

”Kalau tak salah bererti ia jauh dari berdosa, jadi jangan nak menyibuk!”    Aku menarik Patrick kuat dari ribaan Ajun. Hampir saja Ajun terjatuh dari kerusi. Bapa sempat memegang bahu Ajun. Aku menghentak kaki berjalan laju ke bilik.  Sebelum itu sempat aku dengari Bapa berkata;

”Memang tak boleh berkata apa apa tentang Patrick, Jun... badan dia cepat hangat.”  Dan aku mendengar keduanya tertawa. Sungguh tidak kelakar!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 08:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 6-4-2010 23:13

Yes ....bintang  aka mr dingin dah ada cite baru......
kunang2 = kelip2  (betul ke)
qimi08 Post at 6-4-2010 22:57


Betul ler tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2010 09:02 PM | Show all posts
bintang, aku x mo bca lg cte ko nih. tp tajuk dia tuh wat aku spoil sbb kt opis aku dlu ada sorang mamat nama patrick, typical indian. then skrg ni aku nk nyahtoksinkan dia dr memori aku sbb aku xmo b ...
bunick Post at 6-4-2010 23:38


Pulaakk...

Ini Patrick starfish la...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 09:03 PM | Show all posts
bintang Post at 6-4-2010 21:16

bintang, otak mmg sarat je dgn idea2 tuk digarapkan...

ingat tadi patrick kwn spongebob square pants....

Fat ...
Jaza2008 Post at 7-4-2010 13:57


Jaza mula bersenandung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 09:05 PM | Show all posts
6# bunick

syed hussin mana plak ni?

sambung lagi bintang
bintang bt bulan tu diri awak kew?
sang_arjuna Post at 7-4-2010 13:55


Adalah pulak diri sendiri...

Bintang nak cuba wat citer humour lak... susah sangat nak pilih nama watak, ambik nama bintang ar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 09:10 PM | Show all posts
aiseh... mau kontemporari.. patut la nak usin ruffedge tuh
dah2.. tok sah berangan laki org.. kot laki dalam novel tak per
ish.. yem aku ni mmg gatal.. kan dah tempias kat bunick.. balik ken ...
Kia_picanto Post at 8-4-2010 10:24


Gelak guling guling la..



Nah, untuk korang...



Peluk Patrick Starfish bayangkan patrick Dempsey... adeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 09:13 PM | Show all posts
Mr. Dingin.....bila free tempek le n3 lagi...jenuh duk speku jenuh dok cari calun pakwe...
Tapi mr. dingin punyer real hero x kuar2 lagi...:@
masing2 dah siap cop mohor nak cop kat kening hero2 te ...
qimi08 Post at 8-4-2010 10:11


Isk isk.. korang neh...

Nak cari hero rupanya... sat nak pikir...

Tapi korang nak mamat veris industan man ka, korea man ka, bangla man ka, indon man ka.. etc... pilih dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 09:18 PM | Show all posts
Howdy Bintang,

I wish ya made an inspirational and motivating short story...About someone born in poverty
and faces lots of life's thickest barriers in life to achieve he/she dreams..

Regards ...
zavlen_zawq Post at 9-4-2010 11:50


Heyyaaaaa zaylen... kaifa hal? aina cruz...

Apa kata kalo adik saja yang membina cerpen tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 12:30 PM | Show all posts
baru nk feeling...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:10 AM | Show all posts
ingatkan kisah spongebob je ada...patrik pong ader jugak...

HAHAhaHaha...kisah mr. Crab takde ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 12:53 PM | Show all posts
bila kasturi bin tuah nak muncul?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 05:48 PM | Show all posts
ingatkan kisah spongebob je ada...patrik pong ader jugak...

HAHAhaHaha...kisah mr. Crab takde ker?
CEO-Return Post at 15-4-2010 11:10


mr crab nk kna jaga restoran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 11:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 16-4-2010 00:18

Seperti yang dijanjikan, dan setelah berbincang dengan Bapa, Kasturi akhirnya datang bertandang dengan Ayahanda. Pada awalnya Bapa sama sekali tidak menyetujui hasrat Kasturi tapi aku beriya-iya meyakinkan Bapa.  Betapa Bapa harus memberi peluang kepada Kasturi memperkenalkan dirinya. Bapa meyakinkan aku, mengenali orang yang tak dikenali sangat menyukarkan. Namun aku meyakinkan Bapa, memberi peluang orang yang tak dikenali mengenali dirinya ada satu hal yang menarik dan perlu dipertimbangkan.  Adakalanya berbaik sangka itu sangat dituntut, kataku.  Adakalanya berburuk sangka itu juga dituntut, kata Bapa.  Mempersilakan tetamu yang jauh dan melayani tetamu dengan baik besar pahalanya, kataku kepada Bapa seperti lazimnya ustazah memperingati pelajarnya. Dan Bapa tiada pilihan selain dari mengangguk sepertinya pelajar yang mematuhi ajaran ustazah.



Dua minggu yang lalu, Kasturi memberitahu menerusi tetingkap YM dia cuma berada di Sepanyol seminggu saja lagi dan akan pulang terus ke Malaysia. Tanyanya apa yang ingin dibawanya pulang nanti ketika menemuiku. Kataku, bawakan untuk aku pedang Zorro...hohooo... Kasturi berkata aku tak ubah seperti anak anak bawah umur. Aku pula membalasnya dia akan menyesal kerana ingin menikahi kanak kanak di bawah umur. Kasturi berkata dia tidak akan membawa pulang pedang Zorro meski yang plastik cuma, kelak apa pula kata Bapa kepadanya. Dia tidak ingin menimbulkan apa apa masalah dengan Bapa biar sekelumit pun.  Aku kena ada pilihan yang lain, cetus Kasturi. Bawakan kepada aku hero The Mask Of Zorro...  aku tahu di sana Kasturi amatlah jengkel namun ditahannya dari menulis apa apa komen.  Sedang aku di sini tergelak sambil menumbuk numbuk perut Patrick.  Tanpa membalas jenakaku dia berkata akan membawa pulang kepadaku circle skirt yang popular di Sepanyol. Setelah salam diberi, tetingkap YM pun ditutup. Lelaki cemburu! Dengan Antonio Banderas pun nak cemburu! Bukan mamat tu kenal aku pun.  Getus aku sambil menepuk nepuk pipiPatrick.



Dia dihadapanku kini.  Menunduk.  Ayahanda mengadap Bapa. Setelah berjabat tangan mereka berbual pasal cuaca yang tidak menentu sekarang. Ramai kanak kanak dan orang dewasa diserang demam, batuk, selsema, H1N1, kawan kawan dan sedara mara yang pernah dijangkitinya.  Sesekali Ayahanda memandang aku. Aku tersenyum sedikit mengangguk menyetujui setiap patah perkataan Ayahanda biar pun pokok perbualan itu teramat menjemukan aku.



Bapa mula bercerita sejak bila dia menduda dan selama ini dialah yang membesarkan aku anak tunggalnya. Dan sehingga kisah kisah Bapa sebagai seorang guru sedikit masa dulu. Itu pun setelah isu gejala sosial masuk ke dalam topik perbualan.  Ayahanda pula bercerita dia mempunyai anak seramai dua belas orang. Dua kembar! wah.. duabelas orang? Kasturi tidak pernah bercerita.  Aku cuma tahu Kasturi anak sulung. Silap aku yang kurang bertanya.



Aku memandang Kasturi. Geram. Seorang lelaki yang lebih rendah dari Ajun. Tentunya dia lebih tinggi dari aku.  Aku alah dengan lelaki pendek.  Alah dengan lelaki yang terlalu tinggi.  Dan sudah tentu aku menyampah dengan dengan ketinggian Ajun. Menyakitkan leher aku bila terpaksa mendongak untuk memandang mukanya. Berambut lurus, hitam dan lebat. Berkulit sawo matang. Aku suka semua yang ku pandangi ini.  Ada satu hal yang kurasakan pelik. Saat aku memandangnya, dan ada ketikanya pula mata kami bertembung dan dia secepatnya menunduk sepertinya menggelabah. Percikan peluh hampir memenuhi ruang parasnya.  Adakalanya dia memandang ke arah jendela yang pemandangannya cumalah sepohon mangga tua.  Aku ini lebih indah untuk dipandang dari pohon mangga tua yang tidak berbuah itu. Kenapa tidak dipandangnya aku ini?


Tiada perbualan antara kami.  Sesekali dia tersenyum dan menunduk. Menawan senyumnya. Sesekali dia tergelak bersama Bapa dan Ayahanda ketika ada senda di antara perbualan Bapa dan Ayahanda.  Cantik susunan giginya. Aku suka semua pandangan zahir mataku kepada pemuda di hadapanku ini.  Sederhana segalanya. Hidungnya tidak terlalu mancung seperti Ajun. Keningnya lebat seperti kening Ayahanda. Seperti juga kening Bapa. Dahinya lebar. Parasnya bersih, tiada tompokan bekas jerawat.  Sesekali dia menjawab pertanyaan Bapa, tentang studinya di Sepanyol.  Sesekali Ayahanda membantu menjawab bagi pihaknya bila dia seakan tergagap menjawab pertanyaan Bapa. Waktu ini aku mengambil peluang merenung Kasturi dan Ayahanda. Tidak banyak bezanya kedua beranak ini. Cuma Ayahanda lebih cerah dari Kasturi.  Mungkin kulit Kasturi menyerupai Bonda.  Aku cuma menelah.


”Kalau semuanya sudah suka, kita langsungkan secepat mungkin,”  cetus Ayahanda diiringi tawa kecil.


”Ya, yaa.. perkara yang baik ni tak elok ditangguh tangguhkan,”   Bapa turut mengiyakan, turut tertawa.


Kasturi tersenyum lirih, memandang aku.  Aku membalas tatapannya itu, namun secepatnya dia berpaling ke arah jendela memandang pohon mangga tua itu lagi. Aduh, aku ini tidak menarikkah untuk dipandangnya? Aku ini sedang memakai kurung yang ku tempah khas semata mata untuk hari ini.  Warna biru.  Warna kesukaan Kasturi seperti sering diberitahunya kepada aku menerusi tetingkap YM. Tudung senada. Solekan yang nipis. Haruman yang lembut.  Duduk ku sopan. Tuturku santun.  Dari awal menunggu kedatangan Kasturi dan Ayahanda tadi, Bapa memuji aku.  Aku sangat jelita hari ini.  Dan aku tersipu,malu dan bangga.  Dan Kasturi tidak terlalu ingin menatap aku?  Ku bilang, tatapan Ayahanda lebih lama dan kerap berbanding tatapan Kasturi kepada aku. Dia berpaling arah? Tidak menyukai aku?  Tetapi kenapa dia turut mengangguk dan tersenyum girang bila saja mukadimah rancangan Ayahanda dan Bapa untuk menjodohkan kami secepatnya mula dibincangkan.


Bapa dan Ayahanda sudah seperti kenalan lama. Sudah kelihatan serasi. Dari awal tadi tidak ada ruang sunyi.  Aku terpaksa mencelah menjemput keduanya menjamah hidangan.  Nasi berlauk yang aku dan Bapa berhempas pulas di dapur menyediakan sajian terbaik untuk tetamu asing ini.


”Masak sendiri?”


Hampir dua jam aku menunggu, akhirnya ada bicara untuk aku dari mulut Kasturi. Letih aku menunggu. Tidak seperti di tetingkap YM, Zorro terlalu peramah dan lucu. Buat aku tertawa dan menjadi teramat mengada.



”Dengan Bapa sekali.’’


Dia tersenyum.


Aku makin menyukai senyuman itu.


Kembali sunyi. Hanya  terdengar kitaran kipas angin dari siling.


Saat Bapa dan Ayahanda tiba di meja hidangan ruang kembali bingit dengan tawa serta celoteh Bapa dan Ayahanda.  Celoteh itu masuk ke telingaku dan kemudian hilang begitu saja.  Jika semua ini dijadikan soalan peperiksaan,  aku memang kandas untuk mengingatinya kembali.  Di telingaku tidak ada bicara yang menarik untuk ku mencelah biar pun aku melihat Kasturi mengangguk angguk dan adakalanya tersenyum dan turut tertawa bersama Bapa dan Ayahanda.  Aku memang tidak berminat untuk mencampuri celoteh orang dewasa.  Membosankan!


Saat kedua tetamu ini sudah sudah memohon permisi dan memasuki ke perut kereta, Ajun tiba dengan motosikalnya. Seperti biasa membawa sesuatu, buah tangan dari kedai Babanya.



Dengan keningnya terangkat seperti kebiasaannya, dia bertanya kepada Bapa,   ”Siapa mereka? Tidak pernah nampak sebelum ini?”


”Datang meminang Bi,’’   lurus jawapan Bapa.


”Haahh..??’’   Mulut Ajun ternganga. Memandang aku bersilih antara Bapa.




Aku meninggalkan halaman tanpa pedulikan Ajun yang menuntut cerita selanjutnya. Biarkan saja Bapa menjadi panglipularanya. Aku cuma terfikir, mana buah tangan untuk aku dari Sepanyol seperti yang dijanjikan Kasturi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2010 12:20 AM | Show all posts
Tenet teruk giler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.123660 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list