CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13849|Reply: 51

Lagi Estima Terbakar

[Copy link]
Post time 6-5-2010 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by t@t at 6-5-2010 09:28

Wanita terkejut kenderaan dipandu terbakar, meletup

Sebuah  kereta Toyota Estima meletup dan terbakar dipercayai akibat litar pintas di Simpang Pulai, Ipoh, semalam.


IPOH 5 Mei - Seorang wanita terkejut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abangnya yang rosak dan sedang dibaiki tiba-tiba terbakar dan meletup di Jalan Simpang Pulai-Ipoh, di sini hari ini.


Dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu, enjin Toyota Estima yang dipandu Norlaila Zakaria, 34, mati tiba-tiba dan mengeluarkan api di bahagian depan.

Menurutnya, seorang mekanik cuba membantunya untuk menghidupkan semula enjin kenderaan itu namun ia tiba-tiba menyala sebelum meletup.

Menceritakan kejadian cemas itu, Norlaila berkata, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mendapati lantai kenderaan tersebut panas.


"Ketika sedang memandu saya dapat rasakan bahagian lantai kenderaan itu panas dan enjin berhenti tiba-tiba.

"Selepas lebih 10 minit, ada mekanik cuba bantu untuk hidupkan semula enjin tetapi percikan api keluar di bahagian depan. Tidak sampai beberapa saat api mula marak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ujar Norlaila, dia yang panik dengan insiden tersebut terus menyelamatkan diri sementara mekanik terbabit berusaha memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam.

Namun katanya, dia bersyukur kerana kejadian tersebut tidak berlaku semasa dia sedang memandu dan berjaya menyelamatkan diri.


Kebakaran dan letupan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan lebih 20 minit.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Azizi Abdul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

Ujarnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 10 minit dengan kekuatan enam anggota dan sebuah jentera bomba.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_05.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 09:44 AM | Show all posts
Kalau kes2 mcm ni, insuran tanggung tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:08 AM | Show all posts
ini defect ke?
ada pemilik kereta mula ragu dengan toyota?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:14 AM | Show all posts
seram worr...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:29 AM | Show all posts
Reply 2# Belimbingtm

aku rasa tanggung kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:43 AM | Show all posts
estima lg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2010 11:51 AM | Show all posts
ini bukan kemalangan...tapi rosak dan terbakar.
insuran tanggung ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 12:18 PM | Show all posts
apa punca terbakar ye?..dh guna estima hampir 4 tahun, takut gak dgr bnda2 mcm ni..seriau lak nak drive pasni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 12:55 PM | Show all posts
biasala kete 2nd dr jepun
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 12:57 PM | Show all posts
terbako tu kemalangan la tuh
tak semestinye kene langgar dulu baru malang


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 01:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah dia selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:20 PM | Show all posts
Hmm... dgr2 criter sume nie berpunca dari Ron 95.. minyak nie lebih mudah terbakar berbanding ron 97 sebelum nie.. hmy3:
yela sejak negara pakai ron 95 ni jek keta eksiden sket terbakar, makin kerap plak berlaku keta terbakar..
tp xtau la kebenaran sebenarnye sbb dgr mulot ke mulot jek.. xde bukti kukuh pun...
katanye perkara ni dah dibincangkan kat kementerian tp wallahualam akan kebenarannye..
dgr2 gitu jek xde bukti pon... klu salah maaf la yer..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:43 PM | Show all posts
member opis aku ckp, bukan di sebabkan RON95,
tapi kalau kereta kita pernah eksiden, terus pegi kat mekanic mintak die tolong check satu part kat dlm enjin  tu, something like palam pencucuh/spark plug... benda tu yg boleh buat api menyala jika kereta terhentak utk kali kedua. Kira die advise la, lepas accident first time, mintak mekanic tukar benda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:44 PM | Show all posts
Nasib baik brand toyota...kalau brand proton..mau berbakul2 "penghinaan" nya...kuikuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:52 PM | Show all posts
uikkk bahaya nie..tak kira ler kete brand ape pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 03:11 PM | Show all posts
makin kerap keter terbakar lately..
ish.ish..seriau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 03:28 PM | Show all posts
Reply 13# meow_tompok


Hmm.. mungkin kot, aku pon xtau pasal keta sgt.. tp criter yg aku dgr nie dari member yg keje sykt minyak.. wallahualam la klu dia tipu aku.. katanye boss dia dok meeting ngan kementerian pasal isu nie.. mebi dia auta aku kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 03:53 PM | Show all posts
Reply  meow_tompok


Hmm.. mungkin kot, aku pon xtau pasal keta sgt.. tp criter yg aku dgr nie d ...
SakuraMiyagi Post at 6-5-2010 15:28


aku pun memula ckp dgn die, pasal kete terbakar org kaitkan dgn penggunaan RON95.
mmg betul, semakin menjadi kejadian kete terbakar
tapi bila aku ckp mcm tu, tu yg die keluarkan fakta pasal part dlm enjin kete

entah aku pun tak tahu, tak pakar pun pasal kete.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 03:55 PM | Show all posts
Nasib baik brand toyota...kalau brand proton..mau berbakul2 "penghinaan" nya...kuikuikuikui
AnisSuraya Post at 6-5-2010 14:44


kan??! simpati dgn naseb proton
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 03:59 PM | Show all posts
aku pakai Ron 95 nak tukar Ron 97...siap dah tggu tangki blinking nak tukar minyak..
skali pi petronas kat umah tader Ron 97...
kena isi gak Rn 95...............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081743 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list