CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3500|Reply: 37

Flip~Flop : Philip Morris kecewa tindakan kerajaan

[Copy link]
Post time 29-5-2010 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by t@t at 29-5-2010 10:17

Philip Morris kecewa tindakan kerajaan

KUALA LUMPUR 28 Mei - Syarikat rokok, Philip Morris Malaysia (PMM) Sdn. Bhd. melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan menangguhkan larangan pengilangan dan penjualan rokok kurang dari 20 batang sekotak.

Pengarah Urusan PMM, Richard Morgan berkata, penangguhan saat-saat akhir larangan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Jun itu amat mengejutkan memandangkan PMM telah bersedia untuk melaksanakannya sejak enam tahun lalu.

Sehubungan itu, PMM mendesak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk mengemukakan alasan berhubung tindakan tersebut.


"Tindakan tersebut dilakukan pada saat-saat akhir iaitu beberapa hari sebelum pelaksanaan larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang berkuatkuasa 1 Jun ini.

"Ia memberi kesan kepada perniagaan PMM. Justeru, PMM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang atas tindakan yang merugikan PMM ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kementerian Kesihatan pada Disember lalu mengumumkan untuk menguatkuasakan larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang bermula 1 Jun 2010.

Larangan pengilangan dan penjualan rokok yang mengandungi kurang 20 batang sekotak itu sebenarnya telah diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.


Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan itu telah ditangguhkan selama enam tahun selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok.

Langkah larangan penjualan paket rokok itu selaras dengan peruntukan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), di mana Malaysia merupakan ahlinya sejak 2005.


Namun, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang memetik sumber melaporkan, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan larangan berkenaan sewaktu mesyuarat Kabinet.

Menurut Morgan, sebaik dimaklumkan mengenai larangan berkenaan sebelum ini, PMM telah melakukan pelbagai usaha termasuk menghentikan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang.


"Kerajaan memaklumkan kepada industri bahawa larangan berkenaan adalah sebagai satu strategi untuk mengurangkan kadar perokok terutamanya golongan muda.

"Kami menyokong usaha ini dan telah pun membuat perubahan sebagaimana yang dituntut,'' katanya.





http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_06.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2010 10:18 AM | Show all posts
susah btol kalau jenis flip~flop neh.....hangennn syarikat rokok mat salleh neh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 10:22 AM | Show all posts
Aku ingat bila Pak Lah dah resign, dah takda lagi budaya flip flop

Maka bergumbiralah perokok tegar dgn keputusan flip flop ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 10:30 AM | Show all posts
ada sesiapa ke yang boleh explain kenapa tiba cancel decision ni?

aku teka: ada company yang akan rugi kalau tak boleh jual kurang 20 batang...sebab selama ni market mereka memang golongan pendapatan rendah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 10:31 AM | Show all posts
Aku ingat bila Pak Lah dah resign, dah takda lagi budaya flip flop

Maka bergumbiralah perok ...
RedDevils Post at 29-5-2010 10:22


dalam sudut tu aku no komen red ...tp dari sudut pengeluar ko bayangkan jika derang dah stop production utk rokok 14 batang, so derang just proceed utk kotak 20btg...last2 tak jadi peraturan nak haramkan 14 btg...mak aiii...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 10:34 AM | Show all posts
Reply 4# jerung10

blh jadi gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2010 10:36 AM | Show all posts
Buatla satu kotak 100 batang ke... harga boleh letak RM50/kotak.. segan la sikit nak bawak kotak yg besar gedabak tuh. Budak2 pun susah nak beli...

Tapi kalau nak pikir balik, buat la kotak sebesar bas pun kalau dah nak hisap rokok tetap beli jugak. Tak mampu boleh share dan bahagi2kan. Toke2 kedai runcit pun suka sebab boleh jual rokok batang. Siapa cakap takde jual lagi dah. Berlambak jual rokok batang. Mak bapak pun bukannya kisah sangat anak2 dia org hisap rokok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 10:38 AM | Show all posts
ARKIB : 27/05/2010
Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan 1 Jun
27/05/2010 7:05pm

PUTRAJAYA 27 Mei – Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini kerana Kementerian Kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

"Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

"Memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal. – Bernama



http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ni&pg=bt_25.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 10:48 AM | Show all posts
dalam sudut tu aku no komen red ...tp dari sudut pengeluar ko bayangkan jika derang dah sto ...
t@t Post at 29-5-2010 10:31



Itulah pasal...mau tak ngamuk Philip Morris...katakan dah ready stok rokok 20 btg....tup tup company lain relax aja masih keluarkan rokok 14 btg...mestilah geng geng perokok berpendapatan tinggi a.k.a tak kisah bakar duit     ni akan pilih membeli rokok 14 btg...so in the end, tak lakulah rokok keluaran Philip Morris = RUGI.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 10:48 AM | Show all posts
dalam sebuah akhbar Inggeris, Philip Morris (M) desak kerajaan jangan tunduk pada tekanan syarikat2 tertentu.

kalau dulu lah...antara company yang kuat 'bergesel bahu' (rub shoulders) dengan para pembesar adalah Dunhill yang taja bolasepak liga M.

mungkinkah ada company yang 'suara nya didengari oleh pembesar-pembesar negara? sehingga boleh membuat 'last minute decision?'
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 10:52 AM | Show all posts
pasal rokokpun kerajaan BODOH tak boleh nak setelkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 11:01 AM | Show all posts
So SALAH ke kalau Rakyat persoalkan/bersangka buruk bahawa ada niat tersembunyi/kronisme dlm masalah macam ni?

Tak apalah..KKM nak kaji, kaji lahhhh dulu..
Agaknya lagi kurang bilangan new cases pesakit Lung Cancer bila larangan ni ditangguhkan, berbanding jika larangan ni dikuatkuasakan seperti dlm cadangan asal. Mungkin KKM dah siap ada statistik utk menyokong..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 12:36 PM | Show all posts
kajian apakah benda.....nak tahu kalau jual 14 btg sekotak..kadar penyakitnya berkurangan dan berkadar terus jika jual yg 20 btg sekotak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 12:41 PM | Show all posts
kajian apakah benda.....nak tahu kalau jual 14 btg sekotak..kadar penyakitnya berkurangan dan berkad ...
cmf_acura Post at 29-5-2010 12:36



Katanya Gomen risau kalau diharamkan rokok 14 btg, nanti ada lambakan rokok haram.Takut kesan yg masih tak dikaji, apa jadik kat perokok ni kalau hisap rokok haram..
Pada aku, rokok halal tu pun penuh dgn racun dah..

So, does it make any different?

Kalau racun dalam rokok haram lagi power, so be it. Biar mereka ni mati cepat, senang sikit, tak menyesakkan atmosfera bumi ni dgn udara tercemar. Org lain yg tak hisap rokok nak hidup lama.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 12:45 PM | Show all posts
sesapa yang berkerja dalam industry perkilangan surely akan sakit hati ngan tindakan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan yang tidak konsisten...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 12:50 PM | Show all posts
philip morris ni keluarkan rokok ape haa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2010 02:32 PM | Show all posts
Reply 16# MetalFire

marlboro
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 02:38 PM | Show all posts
kalau kerajaan betul-betul ikhlas nak kurangkan penghisap rokok especially di kalangan remaja, bukan ini caranya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 02:45 PM | Show all posts
Kat US memang x Ada yg 14 btg nie memang 20 btg rega plak memang mahal sekotak usd 5 keatas....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 03:55 PM | Show all posts
usd 5  lebih kurang rm5 je kat mesia,,tp kat mesia ni,,dah tahap mahal dha,,tp org still mmpu beli,,,kaya org2 mesia ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.097009 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list