CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: norha

Myanmar, Yangon

[Copy link]
Post time 8-8-2011 12:18 PM | Show all posts
Owh...kaedahnya gitu.
x plak kita tau namanya scott market dolu2.
bli fridge magnet je byk he he he

mmg tgh monsun, 6 hari di Myanmar
5 hari ujan, gambo pun x byk
redah pakai baju ujan, mmg x kuar kamera.
last day sblm fly balik baru sunny.
tapi paneh kering...nak pitam iols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 09:49 PM | Show all posts
Reply 121# yellowtulip


    Tulip, kat sana senang guna dollar ke or matawang deme ?
  Agak2 hujung bln 9 nanti masih musim hujan lagi ke ?
Mana storynya tulip , tak sabo nak dengo dan dijadikan panduan kat sana nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 122# adaraish

both matawang bleh guna.
bayo hotel guna usd.
lain2 pakai kyatt.
nilai kyatt da naik.
mula2 sampai kami tukar duit kat guesthouse
dapat USD1 = K750 (kalu duit x cantik dia xmo, kalu duit kecik<USD100 dpt K730 jer)
pas2 kami p tukau kat Scott market, jumpa sorang pak aji ni
dapat la USD1 = K765
pakcik ni pun sama, kalu not USD x lawo rate makin turun.
so, kome tuko USD nanti belek la satu2 not tu
kalu berkedut tang muka mamat tu, mintak le tuko lain kat money changer siap2.
last day tetiba wang yg beratus ribu x cukup so kami nak tuko lagi.
alhamdulillah jumpa lg pak aji yg sama, kali ke 2 dia bagi tuko USD1 = K780
tu la rate paling tinggi yg kami dapat, x dpt dah K1000...

oct da masuk summer, dikatakan musim pelancong ramai datang.
baik book hotel siap2.

mmg nak stori, rasa berkobar2...
tapi ada kije, x leh nak commit menaip
bukan bleh siap 2-3 menit.
insyaAllah esk kita setat stori.
hari ni abiskan kije...
alhamdulillah...hampir selesai!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 12:44 PM | Show all posts
Trip ke myanmar telah lama diidamkan sebenarnya, 19-24 july 2011 baru la tertunai impian ittew...
4 org menyertai trip kali ini.
asalnya ada 5 org, tapi sorang menarik diri atas sebab yang dpt dielakkan.
maybe next time kita bleh travel 2gether again yer bro!!

only 1 flight AA tru n fro yangon dlm 1 hari.
original flight depart LCCT telah direschedule months b4.
dari 3.50pm direschedule ke 6.10pm.
skali da cek in dok tunggu delay le plak lagik.
lastnya dlm kul 7 lebih kami fly...
perjalanan hanya mengambil masa 2jam30min shj.

kami touch down ntah kul bape da x hingat
epot sangat moderen...epot baru!
kecik je epotnya pun, immi sgt ek uols.
xde eye contact langsung, dok sembang among depa jer...
dari sini da bleh nampak org2 tempatan yg menunggu di balai ketibaan.
mcm balik kampung je rasa...
tgk pakcik2 pakai kain pelikat berbaju kemeja
makcik2 pakai blouse ngan kain batek
mcm malaysia dolu2, kalu tgk cite p ramlee ramai dressing cam2 muaaa..aaa..aaa

lepas da setel immi, kami pun kuar nak carik mamat pick-up
kami da buat book unt tinggal di Motherland Inn 2 (MI2)
dan mereka menyediakan free epot transfer.
kuar je pintu balai ketibaan, d first person on my left pegang kertas a4 yg ada my name...
nama dia tomy katanya. hari yg sama ada 1 grup lagi yg MI2 amik.
iaitu sekumpulan pakcik dari penang - 4 org.
keluar dari epot kami trus berjalan dan rupanya pago epot tu dekat jer...
x penah lg pegi epot yg bleh jalan kaki lenggang kangkung je keluar pago.
masa ni ujan renyai2 manjer...

sampai kat luar pago, sorang dr mat yg amik kami tu ckp '2 follow me'
ada 4 org yg datang amik kami, semua anak muda.
rombongan kami yg 4 org terdiri dari 3 gurls n 1 guy.
diputuskan 1 guy n 1 gurls follow mat sorang ni.
kenderaan yang akan membawa kami ke MI2 di paking tepi pago epot ni.
ianya merupakan sebuah van...yg agak daif...
selepas menempatkan 2 org pakcik penang kat seat paling blkg
dan 2 org lg pakcik penang kat seat tengah...tomy suruh kita naik dok blkg skali
sebelah pakcik penang tu...kita tgk sempit jer...pakcik2 tu bukannya comey2 pun
kita pun cakap nak dok depan skali, bleh x??
dia pun kata boleh2...ckp omputih la kan...sambil membukakan pintu sblh driver.
tomy sendiri naik duduk kat tmpt yg dia suruh kita dok tadi. 1 lg gurls dok kat seat tgh sebelah pakcik penang. rupanya sorang lg mat pun naik van ni dok bertentang ngan 1 gurls tadi + 1 driver.
pas2 x jalan lagi ni....pakcik penang dok sembang ngan tomy.
tidak lama kemudian kami nampak 1 lori pikup dtg dari arah kiri...tetiba mat yg dok kat depan 1 gurls ni tadi melompat kuar van dan berlari mendapatkan pikup tu.
van pun bergerak menghampiri pikup tu, rupanya dlm pikup tu, 1 org mat td + 2 of my fren bersusun jer dok kat seat depan.
sangat comey...sbb tgh2 adalah 1 guy ahli rombongan kami yg terpaksa mengecilkan dirinya yg x berapa nak kecik...ha ha ha mat yg sorang tadi naik kat blkg pikup tu.

perjalanan dimulakan.
pelik sket sbb diaorg drive kat sebelah kanan jalan, right hand driver mcm kita gak tapi berada di seblh kanan jln...pening gak la tgk sbb kita da biasa dok kat kiri jln.
memandangkan malam so xde apa sgt yg nampak melainkan shwedagon pagoda yg sungguh gah dan berkilau dipanah lampu di malam hari.
dlam 1/2 jam sampaila kat MI2. sampai jer agak blur2 la jugak sbb ia terletak di residential area yg mana da mlm kan semua org da tido. gelap dan sunyi jer kawasan nie...
sementara menunggu kawan kami yg naik pikup dan bagi laluan kat pakcik penang cek in dulu, kami tunggu kat luar jer. ada welcoming drink, ayo limo sejuk...sambil memerhatikan kawasan sekitar. xde apa pun yg nampak sgt memandangkan gelap.
MI2 ni merupakan sebuah umah lama, mcm banglo la...sebelah reception area adalah restoran yg mana bekpast disediakan. dpn tangga nak masuk reception ada anjing sekor tgh tido baekkk punyer....

lepas lori pikup kuning sampai, kwn2 pun da minum...kami gerak ke reception unt cek in.
kami book 1 triple room@USD25 & 1 single room@USD15 per nite.
da book sesiap for 2 nite, so kami bayo full = USD80
kami trus dihantar ke bilik yg mana our triple room dekat sangat jer ngan reception.
depan pintu bilik kami ada deretan pc yg bleh dilayari intenet. x ingat kadar bayarannya.
rupa2nya banglo MI2 ni sgt besar dan meluas ke dalam. single room itu terletak di tingkat 3 dan sangat kebelakang dr bilik kami.
kalu naik ke tgkt atas bleh sesat ooo...
memandangkan hari pun da malam, plan unt jln2 cari mkn pada mlm itu dibatalkan.
ekceli da pesan pun siap2 kat ahli rombongan supaya oder food dlm kapal sbb takut x jumpa halal food, kang melapo plak...

review on MI2:
i find it a bit overpriced.
bilik kami bangunan lama (bilik lain x taw la ek!)
semua benda lam bilik sejuk dan mcm x kering...lembab2
tuala sangat kusam uols...
patutnya diaorg x gunakan tuala warna putih
kerana ia dah pun jadik kaler kelabu
kalu gunakan tuala berwarna gelap xde la nampak sangat...
adakah air depa kotor kat sini?
tuala tu pun lembab jer..uhuk uhuk...
bilik air ada cermin saiz 1' x 3' & dipasang 2' dr lantai (lebih kurang la)
yg menyebabkan kami musekil....org bleh nampak ke dr luar?

setelah freshen up, tido je la ditemani rintik ujan di luar.
~ end of day 1 ~
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:57 PM | Show all posts
Trip ke myanmar telah lama diidamkan sebenarnya, 19-24 july 2011 baru la tertunai impian ittew...
4 ...
yellowtulip Post at 10-8-2011 12:44


i loikeeeeee ....
p/s :
Cermin bilik air boleh nampak skit2 dari luar..sebab film blackout yg depa tampal tu dh terkopek di tepi2.
Harga surfing internet nye Kyats1000 per hour ( lebih kurang usd 1 ) yang depa tulih kat dinding.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 03:29 PM | Show all posts
Reply 125# terangbulan

ahaks! thenks 4 d input.
salah sorang ahli rombongan...
2 org lagi forumer adalah lady_95 dan hulubalang
kgboyz pula yg telah menarik diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2011 04:21 PM | Show all posts
nak sambung travel log.

Hari 2 @ Motherland Inn 2

Pagi lagi hujan dah turun.
Masa kami brekpast pun hujan xde tanda2 nak benti.
Layan kan aje brekpastnya :
roti (bako sendiri, toaster atas meja)
ada slice cake
strawberi jam + butter
banana
kopi, tea, orange cordial drinks

plan unt hari ni adalah menjelajah yangon town.
kami mendapatkan map dr kaunter dan bertanya arah
tmpt tujuan utama adalah bogyoke market.
kami difahamkan dlm 45-60 min berjalan kaki ke sana.

memandangkan hari masih hujan, kami membuat urusniaga pertukaran wang.
harus diingat supaya tidak menukar wang di epot.
rate yg kami dapat pada pagi itu adalah USD1 = K750.
kami juga membuat tempahan tiket bus menuju Pathein yg terletak di daerah Ayerwardy.
Tiket berharga K7000 sorang dan akan bertolak jam 7am.
Memandangkan stesen bas ekspress terletak agak jauh dr Yangon citycentre, kami juga arrange teksi unt kesana. Perjalanan yg dijangka mengambil masa 30 -50 min akan bermula jam 5.30am.

Setelah hujan kelihatan agak renyai, kwn2 meminjam payung dr pihak Motherland.
Sementara kita menten pakai topi sudah...lalu kami memulakan perjalanan.
Tidaklah terlalu sukar membaca peta Yangoon cuma agak keliru bila x semua lorong dan jalan ada papan tanda nama jalan.
Mula2 tu kami agak sukar juga mengenalpasti lokasi, dok la kat tepi simpang jalan pegang map. Tetiba ada sorang pakcik approach, cakap melayu uols!!
rupanya dia dulu penah kije kat Msia, so skil ckp melayu dia ada lg cuma berkarat sket la.
dia menunjukkan arah kemana patut kami pegi dan mcm x percaya kami mau berjalan kaki kesana, katanya jauh....
xpe la kami gagah kan jua...

dalam renyai hujan kami meneruskan perjalanan.
salah 1 highlight kat town adalah sule paya.
ia merupakan pagoda yg terletak di tengah roundabout.
ingatkan monumen jer, rupanya kuil yang diguna pakai.
sule paya ni adalah centre of yangon. kat tepi sule paya ada sebuah masjid.
kita xde gambo masa ni sbb hari ujan, jln je sambil tunduk...ha ha ha

dalam lonely planet ada mention pasal d best view in town, naiklah on top of sakura tower.
dalam berjalan2 tu, kami jumpa la sakura tower n decide to go in.
ada mak gad tunggu kat jln masuk n kena lalu scanner.
blum bukak mulut lg, mak gad tanya dulu 'restaurant?'
kami pun iyer kan ajer...
trus naik lif dan tekan butang paling up
tkt 20. kuar je lif, ada 2 pintu sblh kiri sky bistro sblh kanan vip room, bistro tu punya gak.
kita telah gigih carik jln unt ke roof top, da jumpa tapi berkunci la plak.
agaknya dolu2 masa mat lonely planet bleh access tp skrg tidak lagi uols.
kami gagahkan diri bertanya awek kat kaunter bistro.
katanya mmg x leh naik tp 'ur welcome to look around'
owh...sukernyer!!! resto ni xde org pun, agaknya baru bukak.
pagi lagi pun...keliling dinding glass so dapat la kami tgk yangon town dari atas walau dari dlm cermin.

salah 1 view yg bleh diharap dr tkt 20 sakura tower.
pagoda emas dihujung sana adalah shwedagon pagoda.


yg menyusur panjang diantara bangunan tinggi tu dan menara church di blkg sana adalah bogyoke market.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 04:55 PM | Show all posts
mcm x jauh je lg kan market idaman tu...ha ha ha
lepas da round n round sampai puas....
kami pun turun dr sakura tower.
baru je kuar nak teruskan perjalanan...
jeng jeng jeng
hujan lebat da....
sangat lebat
ramai yg berteduh di bwh sakura tower
termasuklah kami be 4
masa ni kita da bukak baju ujan
pakai...he he he green people!
agak2 lam 10-15 menit ujan lebat siap berangin
kami bersedia unt gerak
jalan punya jalan sampai la ke market tu.
kat sini misi kami adalah tgk2 brg
riki2 harga
dan menukar duit
kat sini kita bli poskad 5 keping = K7500
ada org tepi jalan jual poskad ni, 20 keping = USD1 hua hua hua
kami jumpa 1 haji ni
dia bagi rate USD1 = K770
tp disebabkan USD100 kami agak berkerut di muka mamat tu
maka kami cuma dapat USD1 = K765


makcik kayo..makcik kayo...punya tebal duit x muat masuk dompet...

kat haji ni jugak kami tanya mana kedai mkn halal
dan kami dibawa ke bazaar sebelah yg merupakan food court

budak ni kami jumpa mintak ihsan masa kami sibuk dok tuko duit ngan haji.
dia dokong adik pompuan dia tu yg tgh tido masa tu.
kami bagi dia K100, tp dia kata x cukup nak bli makanan.
kami tanya nak duit ke nak makan.
dia kata nak makan, so kami bawak dia skali memandangkan kami pun mmg nak p makan.
dia sgt pandai jaga adk dia.
masa tunggu makanan siap main acah2
dia ode mee goreng. siap tlg kirai unt sejukkan mee adk dia
scweet jer...kesian budak2 nie...

ni apa yg kami makan.
nasi goreng thai (thai la sgt...) + ayo limo = K2000
ayo tin 100+ = K1000

lps mkn kami masih berlegar disekitar bazaar
memandangkan hari ujan...
otw balik ke Motherland, misi seterusnya adalah mencari bilik penginapan unt mlm terakhir sblm berangkat pulang. mula2 kami try tanya kat bluocean (agaknya la nama camni) x jauh pun dr motherland. tapi happen 2 b penuh... x jauh dr situ kami jumpa 1 restoran halal dan trus decide 2 drop in.

deko dlm restoran. ianya merupakan restoran unt orchid hotel.
kami ode minum jer, sambil tunggu ayo sampe pegi la tanya rate orchid hotel ni.
da namanya pun hotel, so mahal unt kami. x hengat pun ratenya.
kami mmg lepak2 jer dlm kedai tu, sambil tu stadi LP unt carik guesthouse berhampiran.

ayo ini berharga K1500 + tax K300

owh..nak balik dah...sambung esk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 05:06 PM | Show all posts
Reply 127# yellowtulip


    Tulip,

   My trip ke sana cuma 4H3M. I gi sana berdua je . kami ni pompuan. So ada apa2 idea tak mana tempat patut kami pi ?

Restoran halal tu dlm hotel orchid tu jugak ke ? Jauh ke dr market tu ?

Kalu nak sewa kenderaan senang tak kat sana ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:38 AM | Show all posts
Reply 129# adaraish

what is your interest?
naik AA kan?
maknanya ada 3 hari unt bejalan.
u leh spend kat yangon.
ai leh sagest a few tmpt yg aiols x sempat pegi.
nanti kita compilekan.
restoran tu mmg hotel punya tp ada entrance sendiri.
i'll write more after this...
myanmar is safe, insyaAllah.
cuma biasa la semua org pun try to make a living.
rasanya pelancong x leh sewa keta, kena sewa ngan drivernya sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:49 AM | Show all posts
sambung...
restoran tu namanya phai lin - thailand&chinese food
tp gerai kat luar tu lg menarik uols....
siap pegi menyiasat dia jual apa.
ada som tam, mee sup n sate...
dok usha org meniaga kat luar tu...

kami memilih unt lepak kat dalam sbb mmg kami mmg nak lepak.
makanan mahal la gak, maklum ler restoran...
meja 8org kami konker be 4.
kalo tgk gambo kat atas tu, yg kaler ijo tu kita sidai baju ujan.
yg penk tu topi kita...
Phai Lin ni terletak di penjuru botataung pagoda road & anawratha road
jauh dari market, dekat ngan Guest house kami.

da stadi LP, rupanya blkg dari restoran ni iaitu 52 street ada 1 guest house yg mcm best (ikut review LP) memandangkan x jauh pun, kami p la bertanya.
three season hotel namanya. 52nd street agak scary juga sbb mcm lorong blkg n so many2 hanjing. depa siap main kejar2, kami yg cuak!
kami book 2 room dan bayar deposit USD10.
always amik name card kat hotel sbb akan berguna unt panduan jalan memandangkan x semua bleh baca english. slalunya namecard hotel akan ada map dlm bahasa myanmar so tunjuk je kat taxi driver korang nak balik hotel.
selesai disini, kami berjalan pulang dan singgah bli air minuman dlm botol kat kedai runcit berhampiran Motherland Inn. jumpa lg sorang mamat yg penah kije kat Mesia...
xde air mineral dijual, yg ada cuma sterilised drinking water.
byk juga kedai kami cari sepanjang perjalanan balik tu tp mmg xde, even kat Phai Lin pun air botol yg sama. akhirnya kami bli la jugak 5 botol, sorang 1 kita mesti lebih nak 2 ngeh3
1 botol 1liter = K300
mlm hanyalah aktibiti melayari intenet, tulis poskad + tido :-))
teksi kami kul 5.30, ada wake-up call@4.30 dan dapat early brekpast!
~ end of day 2 ~
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 11:30 AM | Show all posts
Reply 131# yellowtulip


    Tulip ,

  Mana sambungannya lagi ? tak sabo nunggu ni .
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 10:24 PM | Show all posts
Reply 132# adaraish

sory la sayang...
mood x mari. nanti pas raya ai sambung ek!

Salam Aidilfitri ;-))
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 05:47 PM | Show all posts
Hari 3

kul 5 da siap mangadap bekpas
MI2 punya layanan mmg bagus!
walaupun tomy matanya pejam masa kami jumpa dia di kaunter
tapi dia menjawab setiap soklan kami dgn baik
brekpas benda yg sama
bread, cake, oren n teh.
ujan renyai2 di luar masa ni.
kul 5.30 masuk teksi yg seatnya ala2 lembab
dan pakcik driver trus meluncur pergi menuju stesen bas
takut ngan kesesakan lalulintas tu yg play safe amik taksi awal.
dijangka 40-60 min unt smpai ke stesen bas xpress ni
tapi x sampai 1/2 jam pun da sampai.

emm....x mcm stesen bas pun.
mcm hentian bas pekan kecik kat mesia
sory, xde amik gambo.
maka menopang dagu la kami tunggu bas yg patut gerak kul 7
tp da kul 7 xde sapa pun yg panggil kami
masa smpai tu da jumpa da sorang mamat yg tau cakap melayu
da pesan kat dia siap2 ada bas bgtau
di bawah bus setop tu mmg ada 10 org kot yg menunggu bersama kami
diatas kerusi mcm kat pudu sentral tp kerusi kayu....
makin lama makin kurang org yg tunggu bersama kami
pas2 baru la mamat tu datang...
tunjukkan bas kami
hu hu hu
mcm bus ipoh-kampar yg xde ekon tu
sempit uolsss...
seat blkg skali dipenuhi kampit2 beras yg x taw la apa isinya.
ada daun2 lagi ikat mcm rumput nak bagi lembu mkn
dan...
disitu la bermastautinnya bekpek kami yg mahal ittew kui kui kui

rak penyimpanan beg mmg x muat nak isi beg gemuk2, kalu nak boh skali kat tmpt duduk pun x muat sbb sempit .
tu pun masa mula2 naik ada bakul sebijik kat tmpt letak kaki kita
kalu bleh semua ruang kosong yg ada - bwh seat semua nak isi brg.
kita soh mamat konduktor tu alih bakul sbb samaada kita kena bersila atau pijak bakul tu.
x sampe hati ler nak mijak bakul yg isinya nampak mcm ulam2.
da pesan siap2 gak kat mamat yg tunjuk bas tu, bgtau kat konduktor kami nak turun kat Pathein. bus tu ada 1 lg destinasi akhir, pathein bukan last.

konduktor tu x berapa pandai english jauh skali malay.
setelah menyusun brg2 & org2, dalam renyai ujan gerak la jugak bas ni....
perjalanan dijangka mengambil masa 4 jam
x banyak yg bleh cite
sbb ujan, tingkap tutup
bus ni mcm x penah basuh sejak dari bli
pandangan adalah selut di tepi cermin
sepanjang perjalanan view mcm cun jer ngan hijau2 x taw la sawah ke lalang
Pathein terletak di daerah Ayerwaddy, kira langkau daerah la kami ni
2x pasepot kami diminta
ada 2 post military
konduktor yg mintak
memula cam cuak apehal nak mintak2 pasepot plak
tp prosedur biasa jer
just nak register kot kat pos2 tu
pas lebey kurang 2 jam
benti kat RnR
konduktor kata 'morning brekpast'
kami pun turun la
kita bli mempelam, tetiba dapat 3 bijik plak
sgt sedap mempelam itu...
lemak manis, kalu ada cicah gula kicap lagi masyuk....
pas2 hulubalang bgtau ada kedai muslim kat seberang jalan
kami pun fedik2 pegi sana

esk sambung lak
gtg
budak2 ni tinggal kita sorang lg.
nak kunci opis, balik!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 06:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by yellowtulip at 9-9-2011 18:38

sambung...

typo error *kami pun gedik2 seberang jln menuju kedai yg dimaksudkan.
ada sorang awek sudah tunggu sana.
kami pun cakap, dia trus buat muka blurr
rupanya x paham omputih
bapak dia kuar, suatu waktu dahulu penah kije kat msia
tp da lama so byk term2 yg dia da lupa
bleh la gak bicara
ada nasi +
teh o adalah pree atas meja
tapi awas kekadang air x bersih
atau gelas yg disediakan x bersih
selalunya bekas minum teh ni cawan kecik
yg mcm acu kuih lompang tu
direndam dlm air
bekas or air rendaman ni la terdedah lama berabuk
jadik x bersih...
ode kopi sahaja
tetiba pakcik ni dtg balik bgtau
'sudah lupa...roti canai ada....'
ode la sekeping
cuak benonya sbb kami dok jauh dr bas
roti canainya kecik sajo lipat jd segi4
mmg x terbanding la roti canai mamak mesia
tp kuah nya leh tahan sedap juger
x abis lg roti, bas udah jalan
la la la la la
dgn pantas mencekik selaju yg boleh
sy la org itu yg terakhir menaiki bas
muka kondekter mcm bengang jer
ha ha ha ha
nasib la, ada foreigner lmbat kena la tunggu jap.
perjalanan diteruskan.

smpai satu tempat ni bas benti tepi jalan
kondukter dtg bgtau kami pathein...
kitaorg mcm blur2 jer
ni tepi jalan mana bus stesen nya
bas ni benti kat blkg sebijik trak pikup
yg kat blkg nya da ejas jd tempat penumpang
ada seating kiri kanan
mcm jip nak naik fraser hill tu
tp ni lori pikup
rupanya pakai shuttle
kondukter yg bayo unt shuttle ni
bila pikup bergerak kami pun mcm bagus jer dok lam tu
tp hati berdebo gak ntah kearah mana nak dibawa
otw tu ada 2-3 org yg turun
smpai la penumpang last turun tinggal kami be 4
kmi diskas, kita ni nak turun kat sini ker, tmpt tu mcm tepi market
agaknya pekan dia la kot.
kita pun tanya kat kondukter pikup pegi bus stesen ker?
note that pikup ni pun ada kondukter nya
takut penumpang lari terjun ikut blkg kot x bayo tambang
kui kui kui
dia tanya nak p mana
kami pun bgtau nak p guest house
dia kabo da lepas simpangnya tadi
memula kami nak turun je kat situ
tapi kondukter diskas ngan driver
dia anto dgn bayaran, dia mintak K4000
rasa mcm mahal tp memandangkan kami x taw kami kat mana
n da penat nek bus yg terkepung + sempit
ok kan ajer


ini la pekan Pathein

smpai kat guesthouse yg paling popular di pekan ni
kiut namanya taan taan ta guesthouse, smpai dlm kul 11.30am
alhamdulillah ada biliknya cuma kena tunggu dia kemas je unt bilik single
bilik triple berharga USD20, agak pricey unt bilik yg sempit n kudukut letrik
kami register, tanya2 kat awek kaunter
cemana nak g kilang payung, cemana nak g chaung tha
apa rate skrg, nak update n diskas....
kawasan ni hanya mendapat bekalan elektrik bermula kul 6pm smpai pagi ntah kul baper
memandangkan xde letrik kami berhajat nak meneruskan aktibiti luar tp sebaik saja kami bersiap nak kuar, hujan turun dengan x kesiannya...
hu hu hu
lapo wehhh....
kita pun mintak la ayo panas kat awek kaunter
dia masak satu flask yg bleh tekan2 kuar ayo tu
kami kuarkan bekal2 yg ada
semekut cereal 3in1 drinks
berkelah kat tepi flusk, ada meja krusi buat mcm umah sendiri.
bila ujan da reda sket
kami pun amik trishaw unt melawat kilang parasol


pakcik yg berhempas pulas mengayuh beban lebey 100kilo, pakcik hebat!!
trishaw dia spesel
penumpang dok membelakangkan each other
so sorang jln mengundur la..

Parasol ni payung tradisional yg fofular di Myanmar
dibuat dari kain jadi ia telap air...jadi jgn cuba2 nak guna masa ujan
mostly ia digunakan unt hiasan
ada 1 workshop yg paling fofular dan buatan payungnya paling baik
x ingat lak nama wsaop nya.
akan dihapdate nanti...


dlm perjalanan menuju ke kilang payung, baru lepas ujan
jln pun x elok
jauh lak tu
kasihan pakcik mengayuh beca ittew
kekadang dia tolak bila menaik bukit
kami pun mcm nak turun skali, kesian la...


inilah payung indah beraneka warna
santekkkkk uols....
guna kain satin n fully handmade
ianya perniagaan keluarga
ada 1 lg jenis payung yg boleh diguna dikala hujan
guna kain koton
dan disapu dgn cecair yg merupakan air rebusan delima
yg ni lama sket nak siap sbb sapu banyak lapisan


payung ni saaangaaaatttttt cantek bila kena sinaran mentari
mesti lawa kalu buat lampu
kami rugi sbb catang time monsoon
difahamkan kalu time summer
diaorg buat kije kat taman kat blkg umah tu
wshop ni juga merupakan rumah diaorg
kalu time tu mmg cantek la mcm2 kaler payung dgn sinaran mentari sangat cantek amik gambo
hu hu hu kita siap leh bayang cemana meriahnya kalu depa wat kije kat luar
kami stay sgt lama disini, 2 jam
encik2 beca mcm da jenuh jer tunggu bila la budak2 ni nak balik....
mana taknya memasing beli payung nak yg personalize
nak tulis nama la, nak ladybug la...
bleh mintak nak kaler apa gambo design yg mana
kita paling diva siap suruh lukis tulip kuning hua hua hua

tp puas hati la dapat payung cantek2
nak dibuat apa x taw lagi....

lebey kurang kul 3.30 kami tinggalkan tmpt ni
kali ni kita plak mengundur

antara yg sempat disnap...

kami singgah makan kat kedai beriani yg disages oleh pemilik wshop payung
sian pakcik beca, da kul 3.30 x mkn2 lg
kita mkn berani ikan, bole la...nasinya sgt berminyak
udah lapo tu boleh saja...


1 hidangan = K1500

smpai kat guesthouse kami decide unt jln2 lg
tanya la kat awek kaunter, central market katne?
dia trus tunjuk, tu...depan guest house ni jer
tp kul 5 da tutup
kami pun tanya lak night market
katanya during monsun season, night market x beroperasi


adakah ini stor buah nyor?

so...kami jln2 ajer keliling pekan
pekan ni x slalu menerima kunjungan foreigner
so masa jln2 kat sini mmg semua org tengok je kat kami

to be continued....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 07:57 PM | Show all posts
"kami stay sgt lama disini, 2 jam
encik2 beca mcm da jenuh jer tunggu bila la budak2 ni nak balik....
mana taknya memasing beli payung nak yg personalize
nak tulis nama la, nak ladybug la...
bleh mintak nak kaler apa gambo design yg mana
kita paling diva siap suruh lukis tulip kuning hua hua hua"

perli i...hahaha..ladybug i jadi mengerikan..
sifu x pandai lukis. sifu memang akan kenang ari tu seumur hidup die kita ala2 cekap dari dia..hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 04:02 PM | Show all posts
"ada 1 workshop yg paling fofular dan buatan payungnya paling baik
x ingat lak nama wsaop nya.
akan dihapdate nanti..."

nama workshop payung tu ' ShweSar -Traditional Umbrella Workshop Pathein'
add: No(653), Tawyakyaung Rd., Pathein, Ayeyarwady Division.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:12 PM | Show all posts
Reply 127# yellowtulip

rendahnya rate..paling rendah aku rasa
dulu boleh cecah sampai K1400
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 12:14 PM | Show all posts
Reply 138# nidzhar

tu la range rate masa kita kat sana
theyols demand da skrg
semua rate naik
tgk room rates pun burst bajet iols.
tu musim ujan kalu peak season x taw la cemana...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply 139# yellowtulip

so uols enjoy tak myanmar
iols rindu myanmar..rindu diriku dipampered
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073688 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list