CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6767|Reply: 6

FT Artis Undangan Konsert Nawal Al-Zoghbi Ogos 2010 [mstar online]

[Copy link]
Post time 17-7-2010 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 17-7-2010 20:23

Nawal Al-Zoghbi Akur Tidak Seksi Beraksi Di Malaysia


Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir bertanggungjawab membawa penyanyi popular Nawal Al-Zoghbi ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Lubnan, Nawal Al-Zoghbi yang dikenali dengan imej seksi di negaranya akur dengan garis panduan dan peraturan berpakaian di Malaysia bagi mengadakan konsert sulongnya di negara ini pada 16 Ogos 2010.


Nawal al Zoghbi

Pengerusi Jojo Events Sdn Bhd, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir memberitahu perkara tersebut telah pun dibincangkan dan Nawal telah bersetuju dengan etika pemakaian yang terpaksa diikutinya.

"Saya tahu negara kita ada peraturan dalam cara berpakaian, jadi perkara ini kami telah bincangkan awal-awal lagi dengan Nawal dan dia juga faham serta tidak keberatan.

"Apa yang lebih penting ialah suara dia yang seksi bukan pemakaiannya," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Konsert Nawal Al-Zoghbi Live In Malaysia 2010 di Hard Rock Cafe semalam.

Dalam pada itu, Tan Sri Syed Yusof mengakui memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar untuk membawa penyanyi bertaraf antarabangsa ini ke Malaysia.

"Bagi membawa nama besar ke Malaysia memang kita perlukan satu perbelanjaan yang agak besar tetapi bagi saya berbaloi sebab ia akan menarik ramai pelancong Timur Tengah untuk menyaksikannya.

"Secara tidak langsung ia membantu dari segi perlancongan negara. Setakat ini ramai juga media dari Timur Tengah yang beri maklum balas untuk datang membuat liputan ke Malaysia," jelasnya.


Acara penyerahan replika cek kepada wakil rumah anak yatim Rumah Nursalam

Pada konsert tersebut, Nawal akan membawa lagu-lagu hit dari 13 buah albumnya dihadapan lebih 4,000 penonton di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

"Kami berbesar hati membawa artis kelas A dari bumi Arab yang mempunyai rangkaian peminat di seluruh Asia. Kami juga menjanjikan persembahan yang terbaik bagi malam tersebut," katanya.

Pihak penganjur juga turut menyelitkan sentuhan amal degan memilih Rumah Nursalam sebagai penerima amal pada malam persembahan eksklusif ini. Sebanyak RM30,000 dari penjualan tiket akan disumbangkan kepasa Rumah kebajikan tersebut.

Selain itu juga, penyanyi tanah air, Faizal Tahir akan memeriahkan konsert tersebut sebagai penyanyi undangan. Tiket-tiket noleh didapati melalui laman web www.ticketpro.com.my

Harga tiket bermula daripada RM188, RM288, RM388 dan RM888.

link: http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/7/17/mstar_hiburan/20100716183700&sec=mstar_hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2010 02:49 PM | Show all posts
Nawal bakal gegar KL
Oleh Elrafaei Sapi

2010/07/19


KETERBUKAAN industri muzik tempatan membuka ruang pada artis luar negara mengadakan persembahan di sini membuka peluang kepada masyarakat menikmati muzik bertaraf antarabangsa. Seperti genre pop atau rock, pengaruh muzik Arab juga sebenarnya mempunyai ramai peminat di sini.
Bagi mereka yang mengenali penyanyi Nawal Al-Zoghbi, pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar suara lunak merdu penyanyi kelahiran Byblos, Lubnan ini.


Bagaikan impian menjadi kenyataan, penganjur Jojo Events Sdn Bhd merealisasikan kemunculan Nawal menerusi persembahan Nawal Al-Zoghbi Live In Malaysia 2010 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 2 Ogos nanti.


Pengerusi Jojo Events Sdn Bhd, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir berkata, Nawal berpengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang nyanyian dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia termasuk negara Asia dan Malaysia.


"Bersama pencapaian 13 album yang pernah dihasilkan, persembahan julung kali Nawal ke sini pastinya berbeza dan dia juga berbangga untuk menghiburkan peminat di sini.


"Sambil berhibur, persembahan ini turut mempromosikan Malaysia di kalangan pelancong antarabangsa untuk hadir ke sini. Ia juga menjadi peluang terbaik pada pelancong khususnya dari Timur Tengah mengambil kesempatan berhibur bersama.


"Dalam pada itu, persembahan ini ada bonus apabila menampilkan penyanyi Faizal Tahir yang akan membuka tirai persembahan," katanya.


Syed Yusof berkata, Nawal datang ke sini selepas selesai konsert jelajah di sekitar Amerika Syarikat dan Kanada baru-baru ini. Persembahan ini diadakan atas tujuan amal dan RM30,000 dari jualan tiket disumbangkan kepada Rumah Nursalam.


"Idea saya sendiri untuk membawa Nawal ke sini kerana saya lihat ramai pelancong dari Timur Tengah berkunjung ke negara ini dan ia secara tidak langsung membantu Pelancongan Malaysia menggalakkan lebih ramai pelancong ke sini.


"Saya percaya persembahannya selama 90 minit adalah suatu yang luar biasa. Malah, persembahan ini memberi tarikan pada media luar negara termasuk negara Timur Tengah untuk membuat liputan di sini.


"Nawal dijangka membawa bersama 13 pemuzik dari Lubnan mengiringi persembahannya. Ia bukan mudah untuk membawa penyanyi bertaraf superstar selain Michael Jackson mengadakan persembahan di negara ini.

"Saya yakin persembahan Nawal akan mendapat sambutan kerana Nawal juga mempunyai ramai peminat di sini. Saya berharap persembahan ini berjaya dan mendapat sokongan positif daripada pihak media tempatan dan antarabangsa," katanya.


Mengenai peraturan berpakaian untuk persembahan, dia menyatakan penyanyi berusia 38 tahun ini akan mematuhi peraturan itu dengan memakai pakaian yang tidak terlalu menjolok mata.


"Jika persembahan ini berjaya, kami mempunyai perancangan membawa artis antarabangsa lain seperti Ahmad Diab dan Nancy Ajram ke sini," katanya.


Mereka yang ingin menyaksikan persembahan ini, tiket berharga RM188 untuk tempat duduk gangsa, RM288 (perak), RM388 (emas) dan RM888 (VIP) dijual menerusi laman web, www.ticketpro.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 05:17 PM | Show all posts
nak tgk ft nyanyi lagu arab...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:52 PM | Show all posts
Sebelum Nawal membuat persembahan, Faizal Tahir membuat kemunculan khas dengan mempersembahkan lagu hitnya, Bencinta dan Selamat Malam.


Nawal bersama Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir dan Faizal Tahir ketika ditemui pada sidang media di Hotel Concord Kuala Lumpur. Foto ALIF FARHAN BADRUL HIDZAM

sumber : Mstar Online
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2010 12:59 AM | Show all posts
tak suka tgk FT sekarang
serabai ......................... tak jaga imej la mamat ni!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 09:46 AM | Show all posts
Aura pesona Nawal

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my



OKEY. Thank You. I Love You. Tiga ayat ini sahaja yang kerap dilontarkan oleh penyanyi popular Lebanon, Nawal Al-Zoghbi ketika mengadakan konsert Nawal Al-Zoghbi Live In Malaysia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin lalu.

Namun, batasannya yang kurang fasih berbahasa Inggeris langsung tidak menyukarkan dirinya untuk berkomunikasi serta menghiburkan lebih 3,000 para penonton yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Arab.

Di bawah penganjuran Jojo Events Sdn. Bhd., persembahan penyanyi berusia 38 tahun itu begitu menghiburkan walaupun bahasanya agak sukar difahami bagi penonton berbangsa lain.

Diiringi sebanyak 13 pemuzik profesional yang dibawa khas daripada Lebanon, Nawal membawakan lagu-lagu popularnya seperti El Layali serta 20 buah lagu lain sepanjang 90 minit persembahan berlangsung.

Apa yang menarik tentang penyanyi jelita ini, dia menyanyikan lagu-lagu popularnya berdasarkan permintaan para penonton dan cara itu membuatkan para penonton yang hadir begitu teruja dengan persembahannya.

Malah, jika melihatkan gelagat-gelagat penonton mereka sungguh terhibur sehinggakan tidak kira sama ada wanita berpurdah, lelaki berjubah serta berserban mahupun golongan wanita tua, mereka menari sakan mengikut rentak lagu nyanyi penyanyi tersebut.

Pada sidang akhbar sebelum persembahan konsertnya, Nawal berkata, konsert yang diadakan itu merupakan salah satu cara untuk bertemu dengan para peminatnya di Malaysia.

Apa yang memberi tarikan kepada Nawal untuk ke negara ini, dia kagum dengan masyarakat Malaysia yang menerima muzik Arab dengan baik walaupun tidak semua yang memahami bahasa berkenaan.

“Sebelum ini, saya difahamkan, Malaysia merupakan negara yang indah serta memiliki masyarakat yang majmuk.

“Walaupun tidak faham bahasa Arab, mereka tetap melayan lagu-lagu Arab memandangkan irama World Music semakin mendapat perhatian ramai,” katanya selepas sidang media di Hotel Concorde sebelum acara konsert bermula.

Tambahnya, apa yang membuatkan dia teruja untuk mengadakan konsert adalah kerana dia turut berpeluang memberi sumbangan kepada rumah kebajikan Nur Salam sebanyak RM30,000, hasil beberapa peratus yang diambil daripada perolehan terkumpul kutipan tiket.

Biasa dengan kerja-kerja amal di tanah airnya, Nawal lebih selesa merendah diri dalam hal-hal mengenai sumbangan yang sering diberikannya terhadap golongan susah di negaranya itu.

“Saya memang suka membuat kerja amal. Selagi saya mampu, saya akan bantu golongan yang susah.

“Bagaimanapun, saya lebih selesa jika sumbangan saya itu tidak digembar-gemburkan kepada umum. Kebetulan pula, sebahagian jualan tiket konsert saya ini turut disumbangkan ke rumah Nur Salam dan ia adalah satu perkara yang mulia,” tuturnya.

Pada malam konsert tersebut, Faizal Tahir dipilih menjadi penyanyi undangan dan seperti biasa, Faizal memukau penonton dengan dua buah lagunya iaitu Selamat Malam Sayang dan Bencinta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2010 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.149365 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list