CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2721|Reply: 0

Capsule Room, penginapan untuk pengembara solo, kini dibuka di PPT Muar Hotel

[Copy link]
Post time 23-10-2021 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Capsule Room, penginapan untuk pengembara solo, kini dibuka di PPT Muar Hotel

Sejak kebelakangan ini jumlah tempat yang menawarkan penginapan jenis Capsule Room semakin banyak. Permintaan untuk bilik jenis ini juga makin meningkat terutamanya di bandar-bandar besar di mana terdapat ramai para pengembara solo. Konsep Capsule Room ini adalah satu ruang besar yang dikongsikan bersama banyak bilik bersaiz satu katil. Ia menawarkan tempat tidur yang murah, hanya mempunyai kemudahan asas serta sesuai untuk pengembara solo ataupun backpackers. Kini, di bandar Muar juga terdapat Capsule Room menarik untuk dicuba yang terletak di PPT Muar Hotel.



Idea Capsule Room ataupun dikenali sebagai Pod Room di sesetengah tempat sebenarnya bermula di Jepun. Pada tahun 1979, Capsule Inn Osaka menjadi tempat penginapan pertama yang dibuka menggunakan konsep ini. Semenjak dari itu. Ia telah berkembang ke negara-negara lain di serata dunia.

Tarikan terbaru di Muar
Baru-baru ini ketika kami melawat bandar Muar, kami sempat singgah ke PPT Muar Hotel yang turut menawarkan penginapan jenis ini. Kami difahamkan bahawa ia masih baru dan hanya mula dibuka kepada orang ramai sejak Januari tahun 2020.




Suasana dan konsep Capsule Room di sini sangat menarik kerana ia menampilkan rekabentuk futuristik. Ia akan membuatkan anda akan rasa seakan-akan berada di angkasa lepas. Di dalam setiap bilik ada disediakan TV, peti besi, cermin serta soket elektrik untuk kegunaan pengunjung. Selain itu, fasiliti lain yang ditawarkan di sini adalah loker penyimpanan barang serta ruang makan/ruang bekerja. Bagi tandas pula ia adalah jenis perkongsian dan dibahagi kepada tandas lelaki dan wanita.



Kawasan Locker



Tandas


Ruang Makan/ Ruang Bekerja

Cuba tidur dalam kontena !

Selain itu, PPT Muar Hotel ini turut menawarkan satu lagi jenis penginapan unik iaitu penginapan di dalam kontena. Kontena-kontena terpakai telah diubahsuai menjadi tempat tidur yang cantik & selesa. Terdapat 6 jenis bilik yang disediakan iaitu:

  • Single room
  • Standard room
  • Deluxe room
  • Classic room
  • Family room
  • Executive room




Banyak spot berfoto!


Penggunaan warna yang ceria dan dekorasi di sekitar hotel yang kelihatan ceriamembuatkan ia kelihatan cantik dan menarik. Pastinya ruangan Instagram anda akan dipenuhi gambar-gambar cantik sekiranya anda menginap di sini !









Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!

Sumber:https://kakitravel.net/travel/ca ... -di-ppt-muar-hotel/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064097 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list