CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 19

[Jenayah] Anak Bang Mat dibebaskan kes dadah. UPDATE : cara kumpul sampel urin jadi punca

[Copy link]
Post time 27-10-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by axl_bach at 27-10-2021 02:15 PM

Anak Mat Sabu lepas, bebas tuduhan salah guna dadah
Farah Marshita Abdul Patah
farahmarshita@bh.com.my
October 27, 2021 @ 10:39am
Anak Mat Sabu lepas, bebas tuduhan salah guna dadah

KUALA LUMPUR: Anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful, 33, selepas membenarkan rayuan dikemukakan perayu.

Pada 2 Julai 2020, Ahmad Saiful Islam memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkannya atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara lapan bulan.

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 13 Jun tahun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di sebuah hotel di sini, pada jam 2.05 pagi 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dadah: anak Mat Sabu lepas, bebas
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
27 Oktober 2021, 10:35 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR – Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel dua tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan Ahmad Saiful Islam ,33, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini, pukul 2.05 pagi pada 5 Januari 2019.

Pada 2 Julai 2020, Ahmad Saiful Islam memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah pada masa itu mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita terdahulu

Anak Mat Sabu kena penjara 8 bulan
Farah Marshita Abdul Patah
farahmarshita@bh.com.my
June 24, 2020 @ 1:02pm
Anak Mat Sabu kena penjara 8 bulan
Ahmad Saiful Islam Mohamad
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap anak Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, tahun lalu.

Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin RM9,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Terdahulu, Mohamad Aizat dalam penghakimannya, berkata sepanjang masa material, mahkamah berpuas hati keterangan tertuduh tidak disokong oleh mana-mana bukti lain dan menjadikan versi pembelaan tidak kredibel serta tidak boleh dipercayai sama sekali.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di sebuah hotel di sini, pada jam 2.05 pagi 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.

Menurut laporan media, pada 6 Januari 2019, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ahmad Saiful dalam rayuannya menerusi peguam Datuk Nicholas Kow memohon dikenakan bon kelakukan baik mengikut Seksyen 173 Kanun Acara Jenayah.

"Tertuduh mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan isteri tidak bekerja dan penanggung tunggal keluarga. Tertuduh sudah memberikan kerjasama penuh dan patuh dengan semua arahan mahkamah," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid, membantah rayuan itu dengan mengambil kira faktor kekerapan pengambilan dadah di kalangan masyarakat

"Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat," katanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan bermula 15 Oktober 2019, pendakwaan memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan, manakala pembelaan mengemukakan dua saksi termasuk tertuduh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:25 AM | Show all posts
Orang biasa, dalam tempoh beberapa minggu saja sudah disabit. Anak orang kenamaan, mengambil masa sehingga dua tahun. Panjang juga eh kalau melibatkan orang-orang kenamaan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik la kes ni,  atas alasan apa Hakim Datul Collin tu terima rayuan anak Bangmat ni?  Xder penghujahan ke?

Sbb masa level majistret dah kata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Menarik gak nk tau hujah Datuk Collin dlm mengenepikan hukuman awal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 27-10-2021 11:47 AM

Ikut kronologi kes dadah anak Bangmat

5/1/2019 : ditangkap
15/10/2020 : proses pertuduhan bermula
3/1/2021 : proses pembelaan
24/6/2021 : dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah majistret
27/10/2021 : dibebaskan oleh hakim Mahkamah Tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2021 12:42 PM | Show all posts
ujian air kencing pun ambil masa lama betul
air kencing unik kot
rupanya tak sempat pun masuk penjara 6 bulan tu ka?

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:45 PM | Show all posts
hmm hmm hmm je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 12:49 PM | Show all posts
Biasalah. Dah boleh hagak pun.
Semua lepas. Kalau kita??? Laju je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tintin22 replied at 27-10-2021 12:45 PM
hmm hmm hmm je la

Adakah hakim Datuk Collin ni ahli DAPig
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 27-10-2021 12:49 PM
Biasalah. Dah boleh hagak pun.
Semua lepas. Kalau kita??? Laju je

Katanya terlepas atas faktor teknikal.... Hmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Update :

Gagal ambil dua sampel urin punca anak Mat Sabu bebas
27 Oct 2021

Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, dua tahun lalu.
NOOR AZLIDA ALIMIN
KUALA LUMPUR - Anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, dua tahun lalu.

Ia selepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuan dikemukakan oleh anak ahli politik itu selaku perayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret pada tahun lalu.


Dalam penghakimannya, Collin berkata, mahkamah mendapati kegagalan pihak polis untuk mematuhi garis panduan dengan tidak mengambil dua botol sampel air kencing telah menyebabkan sabitan itu cacat.

Menurutnya, pengambilan hanya sebotol air kencing membuka kemungkinan berlakunya pencemaran kerana sampel yang sama digunakan oleh pihak polis untuk ujian saringan dan ahli kimia untuk ujian pengesahan.

“Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) F103 memerlukan dua botol plastik kosong dan bersih untuk mengumpul air kencing daripada suspek yang disyaki menyalahgunakan dadah.

“Perayu dalam kes ini, ada hak untuk sampel ujian air kencingnya diambil sebanyak dua kali,” katanya.

Collin berkata, suspek perlu diberi pilihan untuk memilih dua botol berkenaan yang mana sampel pertama untuk tujuan saringan pihak polis, manakala sampel kedua perlu dihantar ke hospital untuk pengesahan.

Katanya, botol kedua perlu ditutup dengan kemas dan selamat, sebagaimana garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bil 6/2002, yang memerlukan sekurang-kurangnya 30 mililiter (ml) sampel air kencing dalam satu botol.

Ekoran itu, mahkamah memerintahkan wang jaminan sebanyak RM9,000 dipulangkan kepada perayu.

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah, manakala perayu diwakili peguam-peguam Datuk Nicholas Kow, Nasar Khan dan Emile Ezra Hussain.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.

Berdasarkan notis rayuan difailkan pada 2 Julai tahun lepas, Ahmad Saiful Islam merayu terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun 2020 yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah juga mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

Ahmad Saiful Islam diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh keputusan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dia diperintahkan membayar wang jaminan RM9,000 serta menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 02:17 PM | Show all posts
semestinya SR portal, news daily tak sanggup nak troll
maklum la anak kpd presiden komponen parti PH
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 02:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 02:22 PM | Show all posts
yg kena tahan mlm tu rasanya ramai
adakah semuanya cuma satu sampel?
kalau ya
bermakna semua yg ditahan mlm tu kena bebas jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah kerana mou antara ph-umno? Gitoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 02:50 PM | Show all posts
hakim tu orang UMNO ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 03:20 PM | Show all posts
huntung sis

patut pdrm collect 2 botol, nasib ko sebotol je

kenduri 3  hari 3 malam bang mat

syukran..syukran..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 05:30 PM | Show all posts
cara paling senang mat pet nak lepas.
aku tak tahu kenapa polis2 masih tak berubah part ni..
dr dulu aku rasa petty sgt lepas sbb isu air kencing ni..
ni la cara polis buat duit kata rakan polisku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070976 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list