CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1568|Reply: 12

[Dunia] Junta Myanmar Mula Ganas Ditentang, Rohingya Long Tiger Boleh Balik Berjuang

  [Copy link]
Post time 3-1-2022 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Lagubestbest at 3-1-2022 06:34 PM

1. Ahli demokrasi
2. Junta Tentera
3. 20 kumpulan militia etnik

Strategi tidak menjadi. Selepas 10 bulan tentera Junta Myanmar mengambil alih kerajaan dengan keluar dari pakatan seterusnya menjatuhkan kerajaan demokrasi dipimpin Aung San Su- Kyi, mereka kini kerap ditentang oleh pemprotes bandar dan militan pendalaman. Sejak Februari, Tentera Junta Myanmar dituduh bertindak ganas dengan membunuh lebih 1300 rakyat dan menahan lebih 11000 penduduk. UN menggelar tindakan Junta sebagai tidak bertamadun.

Tindakan tentera Myanmar yang menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat telah menimbulkan penghijrahan beramai-ramai rakyat sendiri. Pada Krismas lalu ribuan penduduk Selatan Timur telah bermigrasi ke Thailand.



Di bandar, protes bertukar menjadi medan perang. Di pedalaman, tentera Myanmar kini ditentang oleh sekitar 20 kumpulan militia etnik.

Di Negeri Kayah, militia etnik Karenni telah menentang Junta sejak 20 tahun lalu, namun sejak tentera ambil alih kerajaan, ramai belia bandar turut serta bersatu menentang penguasaan tentera. Jika dulu protes di bandar hanyalah protes, kini semuanya bertukar menjadi ganas. Pasukan Pertahanan Rakyat (Myanmar) mula berkembang. Untuk rekod, tentara Junta tidak pernah menang melawan mana-mana militia etnik. Hasil dari setiap pertempuran, militia etnik makin teratur dan lebih berorganisasi.



Di persempadanan Bangladesh, Junta yang membantai Rohingya di sana secara tidak rasmi telah hilang kawalan terhadap Negeri Rakhine (Arakan) selepas ditentang kuat militia etnik Arakan. Junta sentiasa kalah dan tidak berani masuk ke sana lagi.

Moral tentera Junta kini teruk. Ramai yang lari dari tentera, kemudiannya menyertai pasukan militia etnik melawan tentera Junta.

Untuk keluar dari krisis covid-19, USA mula menunjukkan bibit-bibit campurtangan geopolitik. Mula menekan PBB untuk mengisytihar apa yang dilakukan tentera Junta terhadap Rohingya sebagai penghapusan etnik. Mahu menghalang wang minyak dan gas dari sampai ke tentera Junta. Mula berstrategi untuk desak PBB untuk menyokong usaha penentangan yang dilakukan perbagai kumpulan militia etnik di Myanmar seterusnya memberi latihan ketenteraan dan bantuan alatan perang made-in-USA.

Separuh rakyat Myanmar kini bakal jadi miskin, berjuta rakyat bakal kelaparan. Krisis kemanusiaan bakal menjadi sangat teruk. Namun kini pelbagai militia etnik sanggup menghancurkan ekonomi negara sendiri sebagai usaha untuk menjatuhkan tentera Junta.

Tentera Junta bukan lagi melakukan penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya sahaja, mereka kini melawan semua etnik termasuk etnik sendiri untuk terus bernafas memegang kuasa. Masa depan menjanjikan perang revolusi yang sangat panjang di Myanmar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Htr la diorg balik sana, berjyang utk negara mcn palestine..jgn jd bacul sgt lari mai negara org lps tu buat onar
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu kecik dah berlagak samseng. Hantar balik rohingya ni berperang utk tanah air mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 06:29 PM | Show all posts
Maunya nak balik kesana kat negara orang berani ler
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
LANGKAWI... Saiya punya rumah..Malezia worang banyak sinang kasi bodoh,kasi pijak...apa pasal saiya mau balik???-Rohingok
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Burma ni klu perang dengan Thailand senang2 army Siam makan dorang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2022 01:47 AM | Show all posts
tak silap ni bukan rohingya je jadi mangsa kan tapi seluruh rakyat myanmar yang protes?
rohingya minoriti je dekat myanmar tu...

siannya... termasuk la orang melayu di selatan myanmar tu bakal jadi mangsa...
memang nampaknya kita terpaksa la kena hadapi migrasi manusia yang sudah berlaku sekian tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 01:51 AM | Show all posts
star_karat replied at 4-1-2022 01:43 AM
Burma ni klu perang dengan Thailand senang2 army Siam makan dorang.

tak silap dari dulu kan theyols berperang sesama?
memang siam la yang menang... macam moyang kita dulu pun berperang siam jugak menang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 09:32 AM | Show all posts
army siam perut hijo tu mkn apa hebat sgt? ada yg hensem mcm mark prin tak? tp aku tetap percy dkt komando2 kita...

makin ramai la nanti PATI dari myanmar dtg sini...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Haritu dia dah nak balik berjuang korang gi tangkap kat rumah transit pondan2 tu....dah knape
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-1-2022 07:27 PM
LANGKAWI... Saiya punya rumah..Malezia worang banyak sinang kasi bodoh,kasi pijak...apa pasal saiya  ...

Same goes Pilak n Pakistan di Sabah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa beza Nye zaman BN Dan Kerajaan Melayu Islam yang menakut-nakutkan rakyat Melayu Islam????

Same je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 09:42 AM | Show all posts
Moral tentera Junta kini teruk. Ramai yang lari dari tentera, kemudiannya menyertai pasukan militia etnik melawan tentera Junta.

ramai askar junta berpaling tadah ni,


ayuh rohingya, pergi lah berjuang di negara mu...

ni junta dah lemah, pergi la, kata terer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067704 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list