View: 4420|Reply: 54
|
[Tempatan]
Isu teroka hutan di Pahang: Wartawan TV3 dipanggil polis
[Copy link]
|
|
Isu teroka hutan di Pahang: Khaidir dipanggil polis
Oleh FAZLI RADZI / January 9, 2022
Bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad berkata, beliau menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong yang memintanya hadir untuk dirakamkan keterangan.
Menurutnya, apabila ditanya keterangan bagi kes apa, pihak polis memberitahu Pejabat Tanah Bentong sudah membuat laporan polis berhubung laporan bersiri isu pembukaan tanah haram.
Aktivis itu berpendapat laporan polis itu sekaligus akan “memaksa” beliau berkongsi lokasi tanah haram Musang King di Bentong yang dibongkarnya sebelum ini.
Terdahulu, jelasnya, beliau enggan berkongsi lokasi tersebut apabila diminta oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Tanah Bentong.
Khaidir berkata, beliau hanya berkongsikan maklumat berkenaan lokasi itu jika Menteri Besar Pahang dan Pegawai Daerah Bentong sanggup turun padang bersamanya meninjau lokasi tersebut.
“Ini bukanlah kali pertama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pahang menggunakan polis untuk “memaksa“ saya berkongsi lokasi kes penerokaan hutan secara haram yang berpunca daripada rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
“Pada tahun 2007, ketika saya bertugas sebagai Pengurus Berita TV3 Wilayah Timur dan sering membongkar kegiatan pembalakan haram, PBN Pahang juga menggunakan kaedah yang sama terhadap saya.
“Malah, ketika itu “ugutannya” lebih dahsyat apabila nama Sultan Pahang ketika itu turut digunakan bagi menakut-nakutkan saya supaya menghentikan segera pembongkaran itu,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Khaidir sebagai anak jati Pahang menegaskan isu yang diketengahkan beliau tidak harus disembunyikan sebaliknya memerlukan penyelesaian bagi mengelak kegusaran rakyat.
“Inilah negeri saya, Tanah Melayu Pahang yang kuasa politik dan pentadbirannya dikuasai oleh orang Melayu yang sebangsa dengan saya.
“Mereka lebih berminat untuk “menutup atau menyorok isu” dengan cara menghentikan “penyampaian atau pendedahan isu” berbanding untuk menyelesaikan isu sebenar yang menjadi kebimbangan rakyat marhaen,” keluhnya.
Beliau juga tertanya-tanya bilakah Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pahang mahu menggunakan kuasanya sendiri yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara untuk mengheret peneroka tanah haram ke mahkamah.
Khaidir berpendapat PBN Pahang juga seharusnya merampas semula kesemua tanah hutan simpan kerajaan negeri yang sudah diteroka secara haram sebelum ini.
“Janganlah nanti orang yang melaporkan kesalahan dikenakan tindakan tetapi orang yang melakukan kesalahan dibiarkan begitu sahaja!” tegasnya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau diaorang tahu lokasi tu, nk buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia ni sangat bahaya...whistleblower di tangkap pihak berkuasa kerana kesalahan melaporkan perkara yg benar... |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan Dorang tak tahu lokasi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua sprm pon nak saman whistleblower.. aakan lagi wartawan dah tua.. takut kena tembak mati dan hilang dalam hutan je. Sebab duit, halal dan haram bukan diorang kisah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
only in malaysia.
whistleblower kena saman
reporter ditangkap polis
|
|
|
|
|
|
|
|
moga istana soltan malaya ni semua di tenggelami air.
Aminn. |
|
|
|
|
|
|
|
Penuh sampah sarap je kat Malaysia ni .. yg bbnu sibuk unboxing laki bini, yang instafemes sibuk nak jadi retis, agong sibuk menebang hutan termasuklah menteri2 sampai ke PBT semua.. SPRM pulak sebuk menyokong boss yang terang2 conflict of interest, pulis pulis pbt pulak sibuk menyelamatkan org yg salah dok tangkap orang kasi maklumat.. Yihhhhh sampah betul Malaysia ni tunggu jahanam ja |
|
|
|
|
|
|
|
yang pasti hanya balak yang mampoo menjaga buah buahan kayangan termasuk buah buahan moskow |
|
|
|
|
|
|
|
Bodow nya jbtn hutan tu..ko guna la drone nk cari kwsn balak haram. Dah la wartawan tu buat kerja penguatkuasaan ko, lg nk saman2 |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 10-1-2022 04:37 PM
Kalau diaorang tahu lokasi tu, nk buat apa?
Cpt2 ksk tanam pokok2 baharu laaaa kottt... |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 10-1-2022 04:37 PM
Kalau diaorang tahu lokasi tu, nk buat apa?
Cover selagi boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 10-1-2022 04:46 PM
moga istana soltan malaya ni semua di tenggelami air.
Aminn.
Aminnnn...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kenapa mereka ni bangga berugama Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana pergi menghilang datok karam singh wallia |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 10-1-2022 04:46 PM
moga istana soltan malaya ni semua di tenggelami air.
Aminn.
Moga runtuh tanah beralih
Moga harimau sesat termasuk kawasan istana
Aamin |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia needs more people like him cuma yg tak bestnyer kita pun boleh agak apa akan jd selepas ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 10-1-2022 08:47 PM
Mana pergi menghilang datok karam singh wallia
Meninggal dunia dahhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Jin hutan xnak bulakk buat kacau... Owh lupe yissssstana pon banyak jin.. Boleh kawtim
|
|
|
|
|
|
|
|
sewa ler heli...tak kan itu nak ajar
bape sen sangat
kalau tak mampu...pinjam heli bayangan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|