CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1161|Reply: 8

[Tempatan] Kuala Selangor jadi tumpuan sebab ada Blue Tears

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Sinar Plus
Blue Tears, penemuan luar biasa di Kuala Selangor. Laut bercahaya dengan warna kebiruan
Arziana Mohmad Azaman 19 hrs ago


SELEPAS Sky Mirror yang terletak di Kuala Selangor, Selangor menjadi tumpuan ramai, terdapat satu lagi destinasi yang kini menjadi bualan ramai iaitu Blue Tears.

Terletak berdekatan dengan Sky Mirror, Blue Tears terhasil daripada fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang.

Keadaan itu akan menjadikan laut kelihatan bercahaya dengan warna kebiruan yang sungguh mempesonakan.

Fitoplankton merupakan sejenis tumbuhan marin yang hanyut di permukaan air dan akan menghasilkan pancaran rona biru sebaik bertindak balas dengan air laut.



Pegawai Pelancongan, Unit Pelancongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Sazlan Hakeem Mazalan ketika dihubungi berkata, Blue Tears atau Air Mata Biru merupakan satu penemuan luar biasa di Kuala Selangor.

"Sebenarnya lokasi ini baru saja ditemui pada awal tahun 2019. Semuanya bermula apabila beberapa pengusaha pelancongan swasta yang menawarkan pakej ke Sky Mirror memberi makan kepada burung helang di kawasan kuala sungai. Ketika itu, mereka menyedari wujudnya kilauan bercahaya berwarna biru.

"Rentetan itu, pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan mereka (pengusaha pelancongan swasta) untuk menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan unik dikenali yang dikenali sebagai Blue Tears," katanya.



Ujar Sazlan, untuk melihat keajaiban Blue Tears, pelancong akan dibawa menyusuri pantai Kuala Selangor dengan bot khas yang sedia menunggu di Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor bermula sekitar jam 8 malam, 9 malam dan 10 malam.

"Operator kemudian akan memberhentikan bot di tengah laut bagi memberi peluang kepada mereka untuk melihat Air Mata Biru yang sangat memukau.


"Jika mahu pegang, operator akan membantu mengambil sampel air laut dalam bekas yang disediakan dan inilah masanya untuk berswafoto bersama kenalan atau keluarga tersayang," katanya.



Di luar negara, fenomena fitoplankton boleh disaksikan di Mosquito Bay, Puerto Rico; Koh Rong, Kemboja; Pulau Vaadhoo, Maldives dan paling popular di Pulau Matsu, Taiwan.

Dalam pada itu, Sazlan berkata, selepas Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan, MPKS terus memperhebatkan promosi lokasi tumpuan di Kuala Selangor melalui media sosial sempena program Pusing Selangor Dulu yang diperkenalkan kerajaan negeri.

Antara destinasi menarik yang boleh diisi dalam kalendar pelancongan orang ramai adalah seperti Rumah Api Bukit Malawati, Kompleks Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor, selain Blue Tears dan Sky Mirror.

Blue Tears Kuala Selangor
Lokasi: Jeti Sky Mirror Pekan Lama Kuala Selangor
Masa: Bermula jam 8 malam hingga 10 malam
Harga: RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak)
Laman web: skymirrortour.com
Bukan sahaja di Kuala Selangor, Selangor yang mempunyai fenomena Blue Tears, malah pemandangan yang sama boleh dilihat di beberapa lokasi lain di negara ini.

Antaranya di perairan pantai Perak, Sabah dan Sarawak. Difahamkan, kawasan-kawasan itu turut memiliki destinasi lain menarik yang terletak berdekatan seperti keindahan dasar laut dan batu karang semula jadi.

Berdasarkan carian, berikut empat lokasi yang mungkin boleh dilawati untuk percutian pembaca SinarPlus akan datang:

Pulau Sembilan
Lokasi: Bagan Datuk, Perak
Fakta: Pulau Sembilan yang tidak berpenghuni itu terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor turut memiliki keunikan Blue Tears. Pulau Sembilan terdiri daripada sembilan gugusan pulau kecil seperti Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga dan Pulau Buluh.
Foto: tripadvisor.com

Pantai Tusan
Lokasi: Bekenu, Miri, Sarawak
Fakta: Fenomena bermusim yang berlaku di pesisiran Pantau Tusan mula tular pada tahun 2015 apabila foto Blue Tears berjaya dirakam oleh seorang jurugambar profesional. Tarikan lain di situ ialah tebing batu yang berbentuk kepala kuda dan laluan gua. Ia menjadi tumpuan pelancong yang sanggup berjalan sejauh 30 kilometer ke tempat tersebut.
Foto: theborneopost.com


Pulau Mantanani
Lokasi: Kota Belud, Sabah
Fakta:  Fenomena Blue Tears yang ada di pesisiran Pulau Mantanani dikatakan agak bahaya kerana terdapat banyak obor-obor yang menjadikan fitoplankton sebagai sumber makanan. Selain memiliki kejernihan air dan keindahan batu karang, pulau yang berbentuk seperti pisau itu juga mempunyai hidupan dugong yang masih terpelihara.
Foto: xploresabah.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal 25 ringgit. Ni duduk kat bot 10mnt tengok air kejap dah tu rasa mcm nak suruh abang bot patah balik gi jeti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 18-1-2022 11:42 AM

Kat k.selangor overrated la..kg kelip2 tu naik bot pon mahal tp fikir yg bwk tu pakcik tua kira sedekah je lah..sorang rm20 kalau x silap ni zmn ank2 aku kecik lg la..skrg x tau berapa.sky mirror tu pon mhl gak nk ikutkn.tp dpt gambo cantik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dah boleh agak ada charges walaupun benda bukan ko yg buat. Dah tentu kejadian alam.. charge sampai 25 sorg. Collect untuk cover minyak bot cukup la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Life of Pi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sangat fenomena ini, tetapi yang tidak enak yurannya yang agak mahal
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 18-1-2022 11:40 AM
Kat k.selangor overrated la..kg kelip2 tu naik bot pon mahal tp fikir yg bwk tu pakcik tua kira sede ...

aku dulu pun penah naik sampan tengok kelip2 memalam buta, dahlah sampai sejam pulak tu. benda macam ni teruja lima minit pertama je, pastu what now? aku tengok laki aku, laki aku tengok aku, dengan nyamuk banyaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 18-1-2022 04:52 PM
aku dulu pun penah naik sampan tengok kelip2 memalam buta, dahlah sampai sejam pulak tu. benda mac ...

Kik kik..mmg bosan dan sendu ya amat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.221682 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list