CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 2

[Tempatan] 'Elak sertai, anjur sebarang perhimpunan di ibu negara'

[Copy link]
Post time 17-1-2022 10:00 PM | Show all posts |Read mode
'Elak sertai, anjur sebarang perhimpunan di ibu negara'


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai tidak menyertai atau menganjurkan sebarang perhimpunan kerana Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat masih dikuat kuasakan di seluruh negara termasuk di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya ada menerima maklumat berhubung satu perhimpunan bakal diadakan di ibu negara, dalam masa terdekat.

"Ada pihak tertentu sentiasa mengambil peluang mengadakan perhimpunan atau perarakan, yang mana jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) PPN Fasa Empat.

"Selain itu, polis juga tidak menerima sebarang permohonan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tular satu poster di media sosial mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap dan SPRM dirombak.

Pada poster itu tertera perkataan 'Tangkap Azam Baki' dan 'Rombak SPRM' selain tarikh 22 Januari 2022 iaitu pada Sabtu ini dan 'Kuala Lumpur'.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, dipetik berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat bagi mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan satu perhimpunan akan diadakan pada hari berkenaan.

Sementara itu, Noor Dellhan meminta semua masyarakat memahami kepentingan mematuhi SOP PPN Fasa Empat dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelak berada di kelompok ramai.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 2159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... punan-di-ibu-negara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
perhimpunan kat sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:53 PM | Show all posts
dapat apa pi berhimpit2 bau ketiak ashamm tu?

baik la nengok citer korea... ghost doketod pun best juge...

maleh nak amek port dah mesia ni.. bukat setakat rfid tak buleh detect.. kes rasuah, kes pecah amanah, kes jenayah , kes balak apa semer pun tak dapat detect ... lemahhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052789 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list