CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2238|Reply: 41

[Tempatan] Kisah Rohana tular di Indonesia dan mengundang simpati masyarakat Indonesia

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 11:25 PM | Show all posts |Read mode


Kisah Rohana tular di Indonesia
Januari 17, 2022 @ 6:40pm

Jakarta: Kisah anak pekerja Indonesia Rohana Abdullah yang diasuh wanita Malaysia berlainan bangsa tular di pelbagai platform media di republik itu sehingga kini dan mengundang simpati masyarakat Indonesia.

Apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri memberikan perhatian segera dengan menghubungi Rohana dan berjanji membantu menguruskan dokumentasi status kewarganegaraan beliau.

Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia menyokong sepenuhnya inisiatif perdana menteri, yang juga sebahagian daripada usaha dalam mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia terutama dalam soal kemanusiaan yang sangat universal.

"Saya terharu dengan kisah Rohana dan sangat menghargai usaha perdana menteri dan kerajaan Malaysia apabila dapat sepenuhnya membantu Rohana sehingga dia mendapatkan statusnya yang pasti," kata Ketua ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan.

ISWAMI Indonesia turut memuji dan menzahirkan rasa hormat kepada Chee Hoi Lan, 83, guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai kakitangan pembersihan kerana menjaga Rohana seperti anak sendiri sehingga kini.

"Ini soal kemanusiaan yang menjadi perhatian kita bersama," kata Asro kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar Harian Metro di Malaysia yang mendedahkan dilema yang dihadapi Rohana kerana tidak mempunyai status warganegara.

Rohana ketika berusia dua bulan ditinggalkan ibunya 22 tahun lalu di tadika yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur kerana terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Chee menanggung segala keperluan Rohana dengan wang simpanannya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain bagi memastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan sebelum dokumen identiti diberikan kepada Rohana.

Beliau turut difahamkan bapa kepada gadis itu adalah warganegara.

Kisah Rohana turut mengundang pelbagi komen positif warga Indonesia termasuk pengamal media sambilan di Jakarta, David Andreas, yang menyatakan perjalanan hidup Chee dan Rohana berdua sangat mengharukan.

"Patut menjadi contoh ketika perbezaan tidak menjadi halangan bagi sesiapapun untuk berbuat baik dan bersatu," katanya, sambil berharap kebaikan Chee akan dikenang dan semoga Rohana dapat bertemu dengan ibunya hasil berita yang viral di seluruh republik.

"Terharu membaca cerita ini, Rohana harus bersyukur mendapat ibu angkat yang baik hati," kata kerani pentadbiran, Herning Rini.

"Semoga urusan status (kerakyatan) dan mencari ibu kandungnya dipermudahkan."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2022 11:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 11:35 PM | Show all posts
Rohana Gadis Keturunan Indonesia Diberi PM Malaysia Kewarganeraan
Senin, 17 Januari 2022 - 22:27 WIB

VIVA – Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri telah menghubungi Rohana Abdullah (22), gadis keturunan Indonesia yang ditinggalkan ibunya sejak bayi, untuk diberi status kewarganegaraan dan kartu identitas diri.

"Viral di media mengenai Rohana Abdullah dan ibu angkatnya, Chee Hoi Lan, yang berbeda bangsa dan agama tetapi hidup bersama dengan penuh kasih sayang dan kecintaan," ujar Ismail melalui akun instagram di Kuala Lumpur, Senin.

Chee, seorang keturunan Tionghoa, merawat Rohana sejak berusia dua bulan. Ibunya, petugas kebersihan di sekolah tempat Chee bekerja, pulang ke Indonesia.

"Rohana dibesarkan dengan baik dan mendapat didikan agama Islam walaupun berbeda agama dengan ibu angkatnya," kata Ismail.

Dia mengatakan pada Minggu dirinya menghubungi Rohana untuk membantunya mengatasi masalah dokumen identitas.

"Insya Allah.. demi masa depan Rohana, saya akan bantu beliau mendapatkan identitas kewarganegaraan dan kartu pengenalan. Buat Chee Hoi Lan, terima kasih. Salam hormat juga dari saya karena menjaga Rohana, dengan penuh kasih sayang tanpa batas," katanya.

Ismail mengatakan kejadian tersebut merupakan potret keluarga Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Lai..lai...indon ..mari dptkan kerakatan msia dgn mudah dan percuma...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 18-1-2022 07:25 AM

Mudah nya kan…lepas ni jadi pemangkin utk yg lain buat benda yg sama…dpt anak pastu tinggalkan je kat Malaysia n balik indon…

Apa yg government buat skrg ni encourage diorg ni jadi x bertanggungjawab n lambakan anak2 ditinggalkan di Malaysia…

SG percaya pada human rights setiap manusia utk dpt education, bekerja n have own life.

But government must fikir kan betul2 prosedur sblm amik short tem decision mcm ni (& popular decision sbb nak nampak baik hati) on long terms byk kesan x elok pada negara sbb PATI2 ni akan take for granted n also perbuatan tinggal kan anak sgt x berperikemanusian pada anak kecik tu sendiri

SG faham laa PM now promot “keluarga malaysia” tp jgn laa sampai jeopordise hal dalaman negara
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat aje mcm US. Lahir aje dalam negara automatik dapat kerakyatan. Anak-anak rohingya yang lahir pun dapat kerakyatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2022 07:48 AM | Show all posts
SENANG JE INDON NAK DAPAT CITIZENSHIP

mail pun beria la call bagai

cheap drama
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
perdana menteri pon.mula mula sorang kau tolong.lepas tu yang lain pon tuntut benda sama.memang kesian. tu salah mak bapak dia orang la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 18-1-2022 08:48 AM
ultra78 replied at 18-1-2022 07:39 AM
Buat aje mcm US. Lahir aje dalam negara automatik dapat kerakyatan. Anak-anak rohingya yang lahir pu ...


lg ramai yg nak crett crett dlm malaysia, beranak je dlm msia dpt ic, kalu yg da tberanak atas bot tu mnangis sendu la,kalu sempat beranak atas pantai langkawi, rohngya2 ni da sujud syukur dahh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:19 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 18-1-2022 07:22 AM
Mudah nya kan…lepas ni jadi pemangkin utk yg lain buat benda yg sama…dpt anak pastu tinggalkan je  ...

betul tu. do do do and left. cret cret and left. jadinya ramai yang tak fikir panjang nak cret beranak di malaysia. masa aku baca pasal minah ni di dalam fb hari tu.aku tak ambik port sangat la.pada aku , aku leh foreseen cheap drama minah indon iaitu mak dia.legal ka mak nya kawen dengan apak nya dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinetron indon
Hebat indon sampai pm pun bole call dia
Aku benci tgk muka si hamzah tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by epal21 at 18-1-2022 02:06 AM

Iols kagum dgn mak angkat dia ni & kesiankan rohana ni. Tapi apa special nya kes si rohana ni berbanding kes2 lain? Dulu iols ada tengok dlm youtube channel mana ntah. Pasal budak bangsa india yg stateless juga sebab mak ayahnya tak kawen, mak bukan warganegara Msia. Budak tu buat kerja daily yg bayar cash daily sebab dia takde kad pengenalan diri. Budak tu kat Ipoh, dia bersekolah kat St Michael tapi abis spm tak boleh sambung uni sebab mahal sangat dia tak mampu. Cumanya budak tu budak laki & tak cute. Adakah disebabkan rohana ni cantik so dapat special treatment?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak Rohana orang Malaysia lah
Memang lah boleh dapat kerakyatan
Dah ko friska Indon totok mana boleh nak claim2
Seronok lah tu melompat2 nak share dengan geng Indon lain. Jangan perasan ehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak Rohana ni Indon yang tinggalkan anak cmtu je. Lepasni Rohana dah dapat ic mesti claim anak balik. Mohon Rohana balik Indon terus ikut maknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-1-2022 11:22 PM
Mudah nya kan…lepas ni jadi pemangkin utk yg lain buat benda yg sama…dpt anak pastu tinggalkan je  ...

Betul ke pun mak dgn ayahnya kawen & perkahwinan tu didaftarkan? Knowing Indon ni, memang 10% je percaya. Lepas ni berbondong-bondong yg kat Indon tu datang Msia claim bapanya org Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mael pun hal ni nak ambik kisah. Banyak lagi hal lebih berat patut kau kisahkan. Keluarga Malaysia lah sangattt. Tu pembalakan berleluasa sampai pak belang keluar cari makan kat kampung2 tu ada kau kisah. Banjir besar sampai kayu2 balak hampuk rumah orang ada ko bising. Tu negeri kau tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 anak si friska
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab nilah aku benci dengan parti umno
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang mak si rohana ni mana tak jenguk2 anak dia ke. Gamak la dok tinggai anak dia waktu baby lagi balik ke indon. Awat la tak bawak anak dia sekali balik ke indon tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-1-2022 07:39 AM
Buat aje mcm US. Lahir aje dalam negara automatik dapat kerakyatan. Anak-anak rohingya yang lahir pu ...

mcm kt US, kalo pendatang tgh preknen ncm lg few mnths nak dekat2 bersalin, kalo lahir kat US, so anak tu akan jd anchor baby
anchor baby ni bakalan dpt byk kelebihan la as US citizen ke mcm tu la
tp lps tu US dah x buat lg mcm tu.in fact kalo ada pendatang2 ni tgh preknen nak fly ke US pun depa dah x bagi masuk
sbb x nak kes2 mcm ni la
senang2 nk claim citizenship US
camtu la pd pemahaman iols yg penah baca kisah2 anchor baby nij
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.096924 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list