CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 4

[Tempatan] Dakwaan pembalakan di Kledang Saiong, Kuala Kangsar disiasat.

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan pembalakan di Kledang Saiong disiasat

https://www.utusan.com.my/terkin ... ng-saiong-disiasat/

Oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
18 Januari 2022, 11:25 am


GAMBAR kayu balak disusun yang didakwa berlaku di Kledang Saiong, Kuala Kangsar tular dalam media sosial sejak Selasa lalu. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL

IPOH: Kerajaan negeri akan menyiasat aktiviti pembalakan yang didakwa berlaku di Kledang Saiong, Kuala Kangsar seperti yang tular dalam media sosial sejak Selasa lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jabatan Perhutanan Perak akan meneliti sama ada gambar yang menunjukkan kayu balak disusun di lokasi kejadian berkenaan baharu atau lama.

“Jika benar berlaku kecurian hasil balak dan penebangan yang tidak mendapat kelulusan, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Doa Selamat dan Santai Bersama YAB Menteri Besar Perak di Dewan Azumu, Halaman Meru Impian, di sini semalam.

Terdahulu tular dalam media sosial Facebook tiga keping gambar yang didakwa aktiviti pembalakan hutan simpan Kledang Saiong di Kuala Kangsar yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Gambar laluan pembalakan, kayu balak disusun dan papan tanda nama syarikat yang dimuat naik di salah sebuah laman di Facebook itu telah dikongsi lebih 700 pengguna setakat ini.

Sementara itu Saarani berkata, pembangunan kawasan perindustrian Silver Valley Technology Park (SVTP) di sini akan disegerakan selepas urusan mahkamah berkaitan penerokaan tanah di kawasan tersebut oleh petani diselesaikan.

Menurutnya, ini ekoran kerajaan negeri menerima permintaan tinggi daripada pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur di kawasan itu.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh ditangguh memandangkan kerajaan negeri memahami keperluan serta permintaan pelabur terlibat.

“Kita memang sedang buat (pembangunan SVTP), kerana kita telah menerima permintaan daripada semua pelabur-pelabur dan kita memahami keperluan mereka untuk datang ke Perak.

“Permintaannya tinggi, oleh kerana kawasan perindustrian di Selangor dan Pulau Pinang sudah terlalu padat, maka mereka berminat untuk datang ke Perak,” katanya.

Saarani berkata, kerajaan negeri akan membuat persiapan dengan menyediakan prasarana bagi SVTP berkenaan untuk menarik lebih ramai pelabur ke kawasan perindustrian tersebut.

“SVTP adalah salah satu kawasan perindustrian yang  dicadangkan kerajaan negeri untuk digunakan pelabur dan kita akan segerakan pembangunannya seperti  dijadualkan,” katanya.

Mengenai penerokaan tanah di tapak SVTP, Saarani berkata  tindakan mahkamah masih lagi berjalan selepas rundingan sebelum ini tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayong la.....baru ni tahu eja saiong
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kledang ada pokok balak ke...baru ni tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat jgn tak siasat.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062456 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list