CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 0

[Jenayah] Pramugara Tepuk B*ntot Rakan Sekerja, Tiada Niat Mencabul Pun Katanya.

[Copy link]
Post time 18-1-2022 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pramugara didapati bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerjanya semasa melakukan penerbangan dari Singapura ke Filipina pada 2019.

Lapor berita.mediacorp, lelaki berusia 50 tahun itu didapati bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan seorang pramugari berusia 27 tahun.

Lelaki itu didakwa menepuk punggung mangsa pada 3 Mei 2019 semasa berjalan melepasi mangsa di dalam pesawat. Mangsa membongkok sedikit kerana sedang melayani seorang penumpang ketika itu.

Butiran mengenai nama syarikat penerbangan dan pihak-pihak yang terlibat disunting daripada dokumen mahkamah dan identiti mangsa juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Tertuduh bagaimanapun menafikan dia menyentuh mahupun menepuk punggung mangsa.

Tertuduh sebaliknya mendakwa dia setakat ‘menepuk’ pangkal paha kanan mangsa apabila dia ternampak mangsa sedang bersandar pada tempat duduk.

Dia menyifatkan postur mangsa sebagai ‘menjolok mata’ dan bertegas dia menyentuh mangsa setakat untuk membetulkan posturnya.

Mangsa memaklumkan insiden tersebut kepada ketua pramugara. Selepas pesawat mendarat dan ketika anak kapal sedang bersiap untuk penerbangan balik, tertuduh menghampiri mangsa lalu meminta maaf.

Menurut mangsa, tertuduh memberitahunya dia ‘tidak berniat untuk berbuat demikian’ tetapi mangsa bertanya apakah niat sebenar tertuduh di sebalik perbuatannya itu.

Tertuduh sebaliknya berulang kali menegaskan dia ‘tidak berniat untuk berbuat demikian’.

Semasa pesawat mendarat di Filipina, mangsa menghantar mesej kepada ketuanya untuk menceritakan kejadian tersebut.

Mangsa menegaskan ‘perbuatan tertuduh memang disengajakan dan bukan raba-raba atau sentuhan yang tidak disengajakan’.

Mangsa membuat laporan polis selepas pesawat mendarat di Singapura.

Pramugara 50 tahun bersalah cabul kehormatan pramugari dalam pesawat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.089895 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list