CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 636|Reply: 3

[Tempatan] 33 pelajar sekolah menengah berasrama positif Covid-19

[Copy link]
Post time 18-1-2022 07:58 PM | Show all posts |Read mode
33 pelajar sekolah menengah berasrama positif Covid-19

https://utusan.news/terkini/2022 ... a-positif-covid-19/

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR
18 Januari 2022, 7:30 pm


SEKUMPULAN pelajar dari sebuah sekolah menengah berasrama dibawa ke PKRC Jitra dan Kulim selepas disahkan positif Covid-19 di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

SUNGAI PETANI: Seramai 33 pelajar dari sebuah sekolah menengah berasrama di sini disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kluster membabitkan pelajar sekolah itu diisytihar sebagai Kluster Dah Jalan Pantai bermula hari ini.

Menurut beliau, kes pertama dikesan melibatkan seorang pelajar dari sekolah tersebut pada 14 Januari lalu.

Katanya, setakat ini seramai 61 orang pelajar telah disaring dan seramai 33 pelajar didapati positif Covid-19.

“Semua pelajar yang positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Jitra dan Kulim manakala kontak rapat menjalani kuarantin di asrama sekolah tersebut.

“Kesemua kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin, selain dinasihatkan supaya menjalani saringan sekiranya mengalami gejala dalam tempoh itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sekolah terbabit telah ditutup sejak semalam sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“Tarikh pembukaan semula sekolah terbabit adalah bergantung kepada perkembangan selanjutnya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols memang betul2 ngantuk bila baca title benang ni. Sekali baca iols nampak pelajar berasmara positip covid seramai 30 org tu. Pastu bila teringat 30 org tu baru baca balik napa ramai sgt berasmara tu, barulah perasan budak boarding yg positip covid 30 org.

Mata ni mengantuk tp degil tanak tido. Esok kene bangun awal sbb dh skolah cam biasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Uiiiii... scary meh.. smg semua ok2 je sbb da vaxx kn..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:13 PM | Show all posts
ini bukan kes pertama, samada korang tau atau tak ja.

sesetengah asrama berjaya keep their profile low satu asrama jadi pusat tahanan budak2. Tau2 kes dah settle ja.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.173591 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list