CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3112|Reply: 0

Uniknya bermain skateboard, boleh berfesyen sambil bersukan

[Copy link]
Post time 12-4-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Uniknya bermain skateboard, boleh berfesyen sambil bersukan


'SKATEBOARD' antara sukan lasak yang masih mendapat tempat dalam kalangan belia di negara ini.

MESKIPUN bulan Ramadan mewajibkan umat Islam untuk berpuasa, namun ia bukan penghalang buat seorang pemuda untuk bergiat aktif dalam sukan papan selaju atau skateboard.

Seorang pensyarah reka bentuk di sebuah insitusi pengajian tinggi swasta (IPTS), yang hanya mahu dikenali sebagai Joe berkata, sukan tersebut tidak boleh terlalu lama ditinggalkan kerana dikhuathiri kemahiran atau tricks yang dipelajari selama ini akan hilang.


SUKAN skateboard agak istimewa kerana pemainnya masih boleh berfesyen ketika bermain.

Mula berjinak-jinak dengan dunia skateboard sejak dua tahun lalu, beliau berkata, sukan tersebut menarik minatnya kerana ia merupakan latihan kardio, ekstrem serta mempunyai kepuasan tersendiri.

"Saya tak pernah bosan sebab trick skate tak pernah habis dan saya akan sentiasa belajar benda baharu.

"Selain itu, saya juga boleh mengenali kawan baharu, tak kisah di skatepark atau tempat tinggal dan negeri lain. Jadi, saya senang nak bergaul sebab kami mempunyai jiwa dan hobi yang sama.

"Tapi benda paling best mengenai sukan ni adalah saya boleh berfesyen ketika bersukan," katanya kepada Majoriti.


Teknik yang agak mencabar ditunjukkan oleh seorang pemain lincah.

Joe yang mahir teknik 'bowl' dalam sukan itu berkata, kebanyakan pemain skateboard bukan sahaja tidak malu untuk belajar kemahiran baharu, malah mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain.

Ketika proses pembelajaran dan pengajaran itu, katanya, pada masa sama mereka boleh mengasah kemahiran yang ada untuk menjadi lebih baik.


Antara kemahiran bermain skateboard yang ditunjukkan oleh pemain di negara ini.

"Satu trick bukan mengambil masa sehari untuk mahir, kadang-kadang sebulan dan adakalanya lebih dari tempoh itu. Lagi-lagi baru nak belajar.

"Berdiri atas board pun mengambil masa yang lama dan ia bergantung pada individu itu sendiri," katanya yang akan bermain selepas solat Tarawih sehingga lewat malam sepanjang bulan Ramadan ini.

Tambahnya, setiap sukan yang diceburi mempunyai risiko tersendiri, yang mana cedera akibat terjatuh ketika bermain skateboard adalah perkara biasa.

Katanya, kesukaran itu menjadikan seseorang untuk tidak mengenal erti berputus asa semasa mempelajari sesuatu kemahiran.

"Pemain itu tidak akan sakit jika dia memakai safety protective gear set (skating pads) bagi mengelakkan diri dari terluka," sarannya.

Joe berkata, selain di kawasan taman perumahan, beliau sering memilih untuk bermain skateboard di Skatepark @ Seksyen 13, Shah Alam dan Converse Kajang Skatepark, Kajang, Selangor.

Walaupun tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan berkaitan sukan itu, beliau mengakui senang melihat penglibatan rakan-rakannya dalam pertandingan skateboard yang mana beliau turut memperoleh ilmu baharu.

"Bercakap tentang idola dalam dunia skateboard ni, saya minat Jeff Grosso manakala pemain tempatan pula saya meminati Arina Rahman.

"Saya harap lebih ramai lagi pelapis-pelapis muda untuk menyertai aktiviti bermain skate dan dapat mengurangkan gejala remaja melepak.

"Skate boleh mengawal mental dan fizikal untuk menjadi lebih bagus, malah boleh dibiasakan ke dalam sektor pekerjaan dan sebagainya," katanya. — Majoriti

Sumber:https://majoriti.com.my/relaks/2 ... yen-sambil-bersukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047819 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list