CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 758|Reply: 0

SME Bank lulus RM38.5 bilion pinjaman bantu 21,000 usahawan

[Copy link]
Post time 25-7-2022 09:28 AM | Show all posts |Read mode
SME Bank lulus RM38.5 bilion pinjaman bantu 21,000 usahawan


SME Bank diberi mandat untuk membimbing dan meningkatkan pencapaian sektor PKS negara


KUALA LUMPUR: SME Bank meluluskan pembiayaan kepada lebih 21,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjumlah hampir RM38.5 bilion.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Aria Putera Ismail, berkata untuk tahun ini, SME Bank yang ditubuhkan pada 2005 menyasarkan pertumbuhan pembiayaan kasar sebanyak RM500 juta berbanding sasaran sebanyak RM450 juta pada tahun lalu dengan kelulusan pembiayaan sebanyak RM3 bilion bagi 2022.

"Sehingga Disember 2021, SME Bank mencatatkan portfolio pembiayaan sebanyak RM7.9 bilion, peningkatan RM600 juta berbanding 2020 dan ini adalah jumlah portfolio terbesar dalam sejarah SME Bank sejak penubuhannya.

"Pencapaian RM600 juta ini melebihi daripada pertumbuhan sasaran portfolio pembiayaan bagi 2021 iaitu sebanyak RM450 juta. Peningkatan ini didorong oleh pengeluaran pembayaran yang tinggi berjumlah RM3.4 bilion.

"Faktor yang menyumbang kepada prestasi ini kerana kemudahan pembiayaan bantuan COVID-19 yang disediakan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta bantuan pembiayaan sedia ada SME Bank seperti Pembiayaan Kontrak.," katanya kepada BH.

Aria Putera berkata, prestasi SME Bank adalah konsisten dan perbankan itu terus mencapai sasaran perniagaan yang ditetapkan.

"Untuk tahun ini, pihak bank mengenal pasti beberapa inisiatif penting yang akan membantu memastikan sasaran perniagaan dicapai.

"Antaranya, SME Bank akan memperkenalkan semula program Pembiayaan Usahawan Muda (YEF) yang disasarkan untuk usahawan belia. YEF bukan sahaja menyediakan kemudahan pembiayaan tetapi juga latihan keusahawanan.

"Selain itu, kami mengenal pasti sektor sasaran peringkat wilayah yang berpotensi dan memadankan kemudahan SME Bank dengan keperluan usahawan di wilayah terbabit.

"Pelbagai inisiatif lain dilaksanakan seperti sesi jaringan bersama agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disasarkan dan persatuan PKS. Kami juga secara aktif memantau pengurusan portfolio dan akaun bagi mengekalkan kualiti aset SME Bank," katanya.

Mengenai pengurusan kualiti aset, beliau berkata, sesi jaringan secara berterusan dengan pemain industri terus dilaksanakan bagi mengenal pasti sebarang amaran awal dan seterusnya intervensi akan dijalankan dengan mengenal pasti program bantuan bersesuaian berdasarkan keperluan industri.

"Inisiatif adalah langkah yang diambil oleh SME Bank untuk terus menyalurkan bantuan demi memastikan kelangsungan, pemulihan dan pembangunan perniagaan PKS," katanya.

Berhubung sasaran lima tahun SME Bank, Aria Putera berkata, sebagai sebuah institusi pembangunan kewangan (DFI) yang diberi mandat untuk membimbing dan meningkatkan pencapaian sektor PKS negara, SME Bank sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan ditawarkan baik dari segi pembiayaan atau pembangunan usahawan.

Beliau berkata, perancangan strategik yang diterjemahkan kepada pelbagai inisiatif meletakkan SME Bank sebagai peneraju utama dalam kalangan DFI yang beroperasi di Malaysia.

Katanya, inisiatif transformasi digital yang bermula seawal 2018 terbukti memberi kelebihan dan SME Bank berjaya membantu usahawan PKS mengharungi cabaran yang mereka hadapi semasa pandemik COVID-19 melanda negara.

"Pengenalan platform ScoreXcess, ODELA, Halal Xcess dan juga pelbagai inisiatif digital dalaman yang diusahakan oleh SME Bank berjaya mengubah hala tuju ekosistem perbankan untuk PKS.

"Penggunaan teknologi digital akan diteruskan untuk memastikan mutu perkhidmatan yang kami tawarkan kepada usahawan PKS terus meningkat dan memenuhi harapan serta permintaan mereka.

"Selain itu, melalui inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), SME Bank akan memberi fokus kepada pembangunan lestari yang akan mengimbangi impak ekonomi, sosial dan alam sekitar," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... antu-21000-usahawan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.390970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list