CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2491|Reply: 15

Dana Pencen Pekerja swasta (yang diumumkan dalam Bajet 2011)

[Copy link]
Post time 20-10-2010 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Published: Jumaat Oktober 15, 2010 MYT 4:46:00 PM
Updated: Jumaat Oktober 15, 2010 MYT 4:47:26 PM

BAJET 2011: Dana Pencen Untuk Pekerja Swasta, Sendiri

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

KUALA LUMPUR: Semua kakitangan swasta selepas ini boleh menarik nafas lega merasai faedah persaraan apabila kerajan akan melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dana tersebut akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

“Pelepasan cukai sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan untuk meliputi caruman dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka bekerja sendiri.

“Majikan juga akan diberikan potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka,” katanya dalam pembentangan Bajet 2011 di Parlimen di sini, Jumaat.

Pengenalan Dana Pencen Swasta itu di bawah strategi pertama Bajet 2011 bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" iaitu mendaya kembali pelaburan swasta bagi menjana pertumbuhan dalam sektor berkenaan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2010 08:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakura2503 at 20-10-2010 20:49

wahai semua pekerja swasta,apa pendapat korang dgn penubuhan dana pesaraan ni?
boleh join ke x?
pada pendapat aku, x jelas macam mana dana ni akan diuruskan?pada aku, lebih baik masukkan duit tu kt unit trust ke...
jom kongsi2 pendapat korang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:00 PM | Show all posts
dah ada thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:06 PM | Show all posts
bagus buat camni dr epf,at least 2-3thn pertame lps pencen xla habis duit tu,kalu x dibelanjenye kenduri anak kawen la,renovate rumah la,etc..ade pencen kan senang,mcm bergaji jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:53 PM | Show all posts
Published: Jumaat Oktober 15, 2010 MYT 4:46:00 PM
Updated: Jumaat Oktober 15, 2010 MYT 4:47:26 PM
...
sakura2503 Post at 20-10-2010 20:46



   nk tny..konpius..kalu y keje kerajaan dorang akan dpt kwsp dan pencen ek??

kalu org swasta dpt kwsp je eh???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2010 04:58 PM | Show all posts
nk tny..konpius..kalu y keje kerajaan dorang akan dpt kwsp dan pencen ek??

kalu org swas ...
masyit Post at 21-10-2010 16:53


ada yg kerja swasta dapat pencen dan epf sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:05 PM | Show all posts
ada yg kerja swasta dapat pencen dan epf sekali..
Anak_Nogori Post at 21-10-2010 16:58



   mksdnya kwsp segabak dpt, pastu pencen pon dpt.cm tu ek?kira y keje krajaan skrg dorg dpt mcm tu la?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 05:08 PM | Show all posts
nk tny..konpius..kalu y keje kerajaan dorang akan dpt kwsp dan pencen ek??

kalu org swas ...
masyit Post at 21-10-2010 16:53



gomen... die bagi option...amik pencen ka kwsp ka... tak silap 3(???) thn pertama kerja wajib kwsp.. pastu boleh amik option nih...
swasta... mana ade pencen... kwsp aje la.. kwsp tu hasil potongan gaji kita + contribution dr majikan... bulan2
so rajin2 la semak penyata kwsp... kot2 majikan ngelat ka nak byr kwsp u ols...

mcm yg pakcik An ckp tu.. tak pasti pulak jenis swasta yg mcm mana hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:12 PM | Show all posts
gomen... die bagi option...amik pencen ka kwsp ka... tak silap 3(???) thn pertama kerja wajib  ...
cmf_wombat Post at 21-10-2010 17:08


oohh ye...ingt kan dpt dedua2.beh pe y syok keje krajaan ni.sama je swasta.heheh tq!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:13 PM | Show all posts
harap2 rakyat x kene kencing..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:15 PM | Show all posts
Bagus jugak ada dana macam ni.. Dengan ada dana seperti ini kerajaan bole gunakan untuk buat prasarana, buat jalan raya kat sabah sarawak, perbaiki sekolah yang dah buruk, tolong orang mesken dan bermacham macham lagilah.

memang setuju.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:18 PM | Show all posts
MTUC tolak dana pencen swasta

PETALING JAYA 20 Okt. – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa 10 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menyertai cadangan penubuhan Dana Pencen Swasta tahun depan kerana mendakwa pulangan terhadap pelaburan mereka itu kelak tidak dapat dijamin.

“Hasil pulangannya bergantung kepada kuasa pasaran dan ini adalah sangat berisiko untuk pencarum kerana mungkin mereka kehilangan semua simpanan mereka,” kata Setiausaha Agung MTUC, G. Rajasegaran.

Beliau berkata, syarikat insurans telah melobi penubuhan dana tersebut sejak sekian lama dan MTUC telah menolaknya dengan disokong oleh Lembaga KWSP.

“Namun, kini ia muncul kembali dengan pelobi insurans telah berjaya, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan bahawa kerajaan bersetuju untuk melantik syarikat-syarikat insurans mengurus dana berkenaan,” katanya.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah telah mengeluarkan kenyataan bahawa dividen KWSP akan dikurangkan secara beransur-ansur bagi menggalakkan pencarum melabur di dalam Dana Pencen Swasta.

Dalam Bajet 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Beliau turut mengumumkan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada dana itu termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.

Rajasegaran berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, MTUC akan melancarkan kempen secara agresif tidak lama lagi bagi menggalakkan pekerja supaya menolak dana pencen tersebut.

Sementara itu, katanya, MTUC akan meminta untuk bertemu dengan Kementerian Kewangan bagi membincangkan soal dana berkenaan dan kesan jangka panjangnya terhadap pekerja terutama tentang kebajikan masa tua mereka. – BERNAMA


MTUC tolak skim pencen swasta sbb xdijamin pencen tu xdijamin kerajaan
biasanya MTUC sgt menyokong apa2 yg baik utk pekerja swasta

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:20 PM | Show all posts
mksdnya kwsp segabak dpt, pastu pencen pon dpt.cm tu ek?kira y keje krajaan skrg dorg dpt m ...
masyit Post at 21-10-2010 17:05


Macam tulah..tapi bukan suma pekerja swasta dapat pencen dan dapat epf..cuma mana2 yg dulu dibawah jabatan kerajaan ditukar kpd swasta....contohnya TM la...tapi bukan suma staff TM dapat macam tu.

Yg dapat tu yg kerja jabatan Telekom sebelum TM diswastakan pada tahun 1987, mereka2 ini macam pak cik dapat pencen bulanan dan dapat semua EPF tu..malah dapat pula saham TM....mana2 staff yg kerja selepas tahun 1987 tak dapat pencen, tapi dapat EPF je..

Boleh faham tak?.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:21 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Dana Pencen Swasta (DPS) mirip kepada dana pencen kerajaan akan dilaksanakan pertengahan 2010 yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira

10 juta pekerja sektor swasta dan dua juta mereka yang bekerja sendiri. Pada masa sama skim pencen kerajaan akan menjalani rombakan kecil bagi disesuaikan keadaan semasa selain mengambil kira jangka hayat penduduk negara yang makin meningkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, DPS akan menjadi dana tabungan tambahan untuk mereka yang bekerja sendiri selain caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Suruhanjaya Sekuriti (SC) diberi masa enam bulan menyediakan kertas kerja mengenai DPS dan akan diteliti jawatankuasa pemandu yang dipengerusikannya sendiri di Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum dikemukakan untuk kelulusan Kabinet.

“Berikutan liberalisasi sektor perdagangan negara, pengurus dana boleh memohon menubuhkan DPS, tetapi SC akan bertindak sebagai penyelaras yang menilai dan mengawal selia semua pengurus DPS.

“DPS akan memberi peluang kepada mereka yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menabung,” katanya selepas ucaptama forum mengenai Industri Pencen Swasta dan Dana Persaraan, di sini semalam.

Nor Mohamed berkata, sebahagian besar warga kerja di Malaysia menyertai sama ada skim pencen kerajaan, KWSP atau Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), tetapi DPS akan menjadi pilihan kumpulan yang belum ada tabungan untuk persaraan.

Beliau berkata, tiada had ditetapkan untuk jumlah pengeluaran lesen pengurus DPS yang boleh dimohon menerusi SC, manakala jawatankuasa pemandu cuba wujudkan peluang pelaburan secukupnya bagi menambah dana sedia ada.

Katanya, selain sumbangan wajib maksimum 11 peratus oleh majikan setiap bulan kepada KWSP, majikan atau pekerja sektor swasta yang mahu menambah tabungan boleh memilih DPS sebagai simpanan tambahan untuk hari tua.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata statistik akhir 2008 menunjukkan lebih dua juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri tidak menyertai sebarang skim pencen, manakala yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tidak membuat persediaan untuk hari tua.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.585074 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list