CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Sabah] Sekelip mata rumah roboh dibadai ribut

[Copy link]
Post time 1-12-2022 04:30 AM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu: "Ketika itu rumah bergegar dan saya bersama ibu serta adik cuba menahan pintu daripada diterbangkan angin kuat, namun beberapa saat selepas itu, rumah kami terus roboh ke dalam laut," kata Shahrahim Masahut, 23.

Shahrahim adalah seorang daripada penduduk yang terjejas akibat ribut di Kampung Lobong, Pulau Gaya, di sini, semalam.

Bagaimanapun, ketika kejadian Shahrahim bersama adiknya berjaya membawa ibunya keluar dari rumah dan pergi ke kawasan yang selamat.

Dalam kejadian 3.30 petang semalam, rumah didiami keluarga Shahrahim selama lebih 20 tahun itu antara 38 rumah yang terjejas teruk akibat ribut disusuli hujan lebat.

Kejadian itu turut menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya rosak selepas beberapa bilik darjahnya roboh.

Menceritakan lanjut detik cemas itu, Shahrahim berkata, ketika kejadian dia bersama ibunya berusia 50-an dan adik lelakinya berusia 17 tahun berehat di ruang tamu sebelum rumah tiba-tiba bergegar akibat angin kencang.

"Ketika itu, ibu mengarahkan kami menyelamatkan dokumen penting. Dalam dua minit selepas itu pintu rumah hampir diterbangkan sebelum saya bersama ibu dan adik menahannya.

"Saat itu juga, rumah bergegar dan atap diterbangkan angin sebelum rumah roboh ke laut. Syukur ibu dan adik saya selamat, meskipun semua harta benda musnah akibat kejadian itu," katanya ketika ditemui, hari ini.



Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sejumlah RM55,000 diperuntukkan kepada penduduk di lima kampung di Pulau Gaya selepas kediaman mereka terjejas teruk dalam kejadian itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, sumbangan itu disampaikan Majlis Ugama Islam Sabah dan selebihnya dari Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

"Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) juga akan mengenal pasti secara lebih terperinci bagi menyalurkan sebarang bantuan yang diperlukan penduduk selepas ini," katanya selepas meninjau keadaan di kampung berkenaan, hari ini.

Dalam pada itu, Shahelmey juga melakukan tinjauan bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, di SMK Pulau Gaya yang turut terjejas dalam kejadian berkenaan.

"Kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Sabah bagi merancang penempatan pelajar bagi memastikan proses pembelajaran tidak terganggu, lebih-lebih lagi tahun hadapan mereka akan berhadapan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057239 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list