CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24410|Reply: 17

Sakit Yang Teramat Semasa Menaiki Kapalterbang

[Copy link]
Post time 7-11-2010 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Salam...

Nara nak minta pandangan mengenai masalah sakit telinga yg teramat sgt masa naik kapalterbang.

Nara biasa naik flight, tapi semua untuk short distance la, less than 1 hour. Kadang2 tu mmg sakit telinga, tapi masih boleh tahan wlpn mencucuk2 kat dalam telinga tu.

Tapi baru ni nara 1st time naik flight yg jauh sket, ke indonesia, dalam 2 jam. Ni la pengalaman sakit paling teruk. Dalam sejam penerbangan, ada rasa mencucuk2 dekat atas hidung sebelah kanan. sakit tu menular ke mata, telinga dan sampai ke blakang kepala (semua sebelah kanan). sakitnya teramat smpai mata kanan tak berhenti keluarkan airmata. masa tu ada rasa mual, pandangan pun kabur dan separuh muka sebelah kanan ni rasa sakit, muka pun macam bengkak. sakit ni jadi makin teruk bila airplane start descent. sakitnya macam urat2 muka kanan ni ditarik2, sampai urat gusi pun rasa sakit yg amat. mcm nak tercabut. airmata mmg keluar sendiri. dah cuba tutup hidung, telan air lur, tutup telinga, semua tak jalan. bila kapalterbang landing, kesakitan tu beransur2 hilang.

Semasa perjalanan balik ek KL pulak, selepas sejam penerbangan, dah mula rasa mencucuk2 kat hidung. perkara yg sama berulang lagi tapi tak seteruk semasa perjalanan pergi.

So pakar2 atau forumer yg ada pengalaman, please bagi nasihat/konsultansi camne nak atasi mslh ni. is it normal? perlu ke jumpa ENT? next year plan nak gi umrah, kalau flight 2 jam pun dah tak boleh tahan, taktaula utk perjalanan yg lagi jauh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2010 04:02 PM | Show all posts
ai biasa telan air liur jer, x pun kunyah chewing gum..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 04:50 PM | Show all posts
kalu makan paracetamol tak ilang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 04:52 PM | Show all posts
Reply 2# mysweetisha

yup.. tol tol...
kalo time naik kapal terbang tue, make sure kunyah sumthing...
aku kalo naik kapal terbang, gula gula mentos 2 bungkus habis dikulum...

* make sure kulum sumthing yang leh menghasilkan air liur banyak-banyak... so that senang nak menelan air liur...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 04:55 PM | Show all posts
Reply 3# marumaru

paracetamol tu untuk demam, selsema, sakit kepala etc... (disebabkan jangkitan virus)...

yang kepala cam nak meletop time naik kapal terbang sebab wujudnya tekanan yang berbeza semasa diruang angkasa yang memberi kesan keatas kepala kita...

tapi tak sure lak kalo paracetamol ni leh menghilangkan mabuk udara...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 04:57 PM | Show all posts
peh..aku dah kena..mmg meleleh air mata la..x enjoy lansung naik flight..org yg resdung mmg selalu camni..lubang telinga tu dah sempit..x tau nak buat camna dah..very good topic TT..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2010 05:01 PM | Show all posts
Reply 5# HaMiZiE


    sebab TT punyer citer tak macam mabuk kenderaan...
   lebih pada sakit jer...so kalu sakit makan pain killer buleh hilang la kut...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 05:06 PM | Show all posts
Reply 7# marumaru

pernah gak try makan paracetamol or panadol before naik kapal terbang...
tapi still can feel the pressure dalam telinga...
the best way... chewing sumthing tapi selepas a few second or minute lepas tu, akan rasa balik pressure tue...
pasal tu, better kunyah chewing gum or gula gula time penerbangan jauh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2010 05:17 PM | Show all posts
Reply 8# HaMiZiE


   kalu sebab pressure tu, sy pun selalu telan air liur gak..tapi kadang2 tak jadi gak...

maybe factor kapal terbang n pilot pun penting gak...
depa tak buleh ke buat perubahan pressure tu tak mendadak sngt? kadang2 badan terkejut gak perubahan yang mendadak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 05:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by HaMiZiE at 7-11-2010 17:34

Berikut merupakan 10 TIPS sebelum dan semasa penerbangan;

1. KEPERLUAN : Keperluan peribadi anda mestilah lengkap. Selain daripada passport, visa, tiket dan wang, sila bawa sabun mandi, colgate, sabun cuci, berus gigi, selipar, alat pencukur, dan lain-lain. Kenapa? Jika anda ke Australia harga termurah sabun mandi cecair AUD 4, sabun cuci AUD 4, colgate AUD 4, berus gigi AUD 2, Selipar AUD 7 = AUD 21 x 3.0 = RM 63! US Dollar = 21 x 3.5 = RM 73.50!! Pound Sterling; 21 x 6.5 = RM 136.50!!!. dan lain-lain lagi? Sekurang-kurang nya anda boleh membeli sourvenir dengan penjimatan awal ini. DAN itupun kalau anda terjumpa seven eleven pada hari pertama di Overseas, kalau tidak ? bolehlah berus gigi dan mandi ala P. Ramlee. Semua keperluan tersebut perlu diletakkan dalam beg utama (kargo) anda jika ia berunsur cecair yang melebihi 100ml. Sila tukar wang anda di bandar terdekat untuk mendapatkan nilai yang lebih murah. Tukaran wang di Airport sudah pastinya merugikan manakala lazimnya anda kurang bernasib baik (Ringgit tidak diniagakan) jika menjual (menukar) wang di negara asing. Pastikan pakaian tidak terlalu banyak khususnya jika anda kaki 'shopping', nanti beg terlebih muatan apabila balik nanti. *Kadar tukaran asing pada Febuari 2010.

2. KESELESAAN : Untuk keselesaan dalam penerbangan panjang anda, sila bawa losyen (lotion) tangan dan bibir jika anda berlaku ‘dry skin’ atau kulit mengering serta ‘eye drop’ dalam pesawat. Juga digalakkan membawa bantal peluk kecil untuk sokong leher anda. Ia telah tersedia pada kerusi anda tetapi ia kurang selesa (pengalaman pahit). Jangan lupa ubat-ubatan dan keperluan perubatan bagi yang berkenaan. Tetapi jika ia berunsur cecair jangan melebihi 100ml kecuali anda meletakkannya bersama-sama barang lain di kargo. Pakai seluar yang longgar supaya peredaran darah pada bahagian kaki tidak tersekat (dikhuatiri berlaku venous trombi - pengumpulan darah / darah beku).

3. PENGURUSAN MASA : Biasakan tiba lebih awal di Airport, dicadangkan 3-4 jam sebelum (antarabangsa) mesti sudah beratur untuk check-in. 4 jam?? Kalau 90 minit? asalkan semua dokumen penting telah dibawa, 90 minit adalah selamat dan memadai untuk check-in serta masa berbaris anda lebih pendek (kurang penat berdiri), dan sempat untuk pemeriksaan imigresen. Harus diingat imigresen dan balai menunggu pun perlu berbaris lagi. Apa yang penting sampai awal ke Airport dan ambil masa untuk berehat dan sediakan semua dokumen yang diperlukan (Passport dan lain-lain).

4. KECEMASAN : Bawa dua beg (beg kecil dan beg besar), pastikan beg kecil yang dibawa bersama ke dalam pesawat mempunyai sepasang pakaian kasual (biasa) lengkap (jika bagasi utama anda hilang, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 hari untuk pihak syarikat menghantar kepada anda (jika ada insurans)! Tapi kalau hilang terus anda masih mempunyai pakaian untuk pergi ‘shopping’, kemudian boleh lah ‘claim insurance’ kehilangan bagasi tersebut. Namun, pihak syarikat penerbangan akan membekalkan sepasang pakaian untuk kes kehilangan? tetapi baju yang diberikan menyerupai baju ‘banduan’ dan kurang berseri (pengalaman kawan). Beg kecil anda juga bermanfaat jika bagasi utama anda terlebih berat. Jadi anda mempunyai peluang untuk ‘repacking’ ataupun gadaikan kepada orang sekeliling.

5. IMIGRESEN : Pemerikasaan imigresen dan barang. Dibuat hanya sebelum masuk ke balai menunggu. Sila jangan bawa masuk kedalam pesawat semua bahan berunsur cecair yang melebihi 100ml (air botol, minyak wangi, minyak rambut, shampoo, sabun, colgate dan lain-lain). Jika kurang 100ml, beritahu @ isytiharkan pihak imigresen dan mereka akan bekalkan anda beg plastik khas. AWAS jangan menyorok benda tersebut anda boleh didenda atau terlepas rombongan!

6. BALAI MENUNGGU : Semasa dibalai menunggu, tidak perlu tergesa-gesa apabila semua penumpang dikehendaki berbaris untuk masuk ke pesawat. Bayangkan untuk penerbangan antarabangsa anda yang memuatkan lebih 450 orang? Berapa lama anda terpaksa berdiri untuk menunggu? Jika bahu yang memikul beg ‘sandang’ anda berat ? buang tenaga! AWAS jangan melebihi had 7.5kg bagi Airasia (pengalaman saya membawa 13.5kg dari Taiwan *Airasia terlepas pandang). Jadi tunggu sehingga barisan itu menjadi pendek barulah anda senang berurusan.

7. ANAK KAPAL : Terdapat humor bahawa sekiranya anda lambat berbaris di balai menunggu akan menyebabkan anda dalam kalangan orang terakhir masuk ke dalam pesawat, jadi ruang penyimpan barang di atas kerusi anda mungin penuh. Jadi apa masalah nya? bukan salah anda, panggil sahaja anak kapal (pramugari atau prumagara) untuk bantuan, mereka pasti menyelesaikan masalah anda. Jika ada masalah lain semasa dalam pesawat sila hanya tekan 'butang' yang berada di bahagian atas anda.

8. HIBURAN : Sila beli ‘110/220V power plugs’ untuk menyambungkan atau mengecas bahan elektronik (laptop) anda. Penyambung soket tersebut biasanya disediakan kepada kerusi kelas perniagaan dan pertama tetapi kini telah boleh didapati pada kerusi kelas ekonomi anda. Kalau tidak pun, anda pasti mempunyai banyak pilihan movie, lagu-lagu mp3, video klip, radio, games dan lain-lain yang telah tersedia dan menunggu anda meng ‘on’ kan nya. Tetapi bagi syarikat tambang murah bagi kelas ekonomi, kemudahan sebegini mungkin belum ‘tersedia’ atau anda perlu membayar harga tertentu.

9. INFO SIHAT : Untuk mengekalkan bentuk atau ‘shape’ anda serta terus segar dan sihat, kekal 're-hydrated' dengan meminum air atau jus yang banyak (elak/kurangkan alkohol, kafien dan gula) kerana anda lebih mudah mengalami 'dehydrated' ketika dalam pesawat. Ini disebabkan oleh tekanan udara dalam pesawat pada satu altitud tertentu. Kalau tidak anda akan kehilangan berat badan (pasti). Walaubagaimanapun ia mungkin baik untuk sesetengah orang? masanya untuk menurunkan KG!

10. MACAM-MACAM : Jika allergik dengan haiwan sila bawa ‘anti-histamine’. Jangan terkejut jika ramai yang membawa haiwan peliharaan (kuching, anjing) untuk penerbangan dari/ke Barat! Siapa yang tahan dengan benda sebegini untuk penerbangan 15 jam!!! Kadangkala anak kapal menyembur racun pembasmi serangga semasa penerbangan? jangan risau ia tidak bahaya kepada manusia. Badan kebas dan lenguh? panjang pesawat jarak jauh lebih daripada 70meter, berjalanlah satu pusingan sambil mencari teman baru? sekurang-kurangnya anda telah berjalan sejauh 140m! kemudian buat regangan ringan di tempat duduk anda. Mabuk perjalanan? sangat jarang berlaku kepada penumpang pesawat udara atau bawa pil dan ubat tertentu. Mabuk alkohol? tidur sehingga sampai destinasi (masa 10 jam jadi 3 jam)! Telinga tersumbat??? ya berlaku semasa perubahan altitud (pesawat naik atau turun), mudah sahaja ia boleh dikurangkan dengan cara menguap, mengunyah 'chewing gum' atau menghembus nafas melalui hidung sambil dua jari menutup (mengepit) hidung anda. Pil tidur? jangan sesekali! dalam kes kecemasan anda salah seorang yang tidak selamat jika ada yang terselamat. Walaubagaimanapun, sila rujuk pakar untuk pil tidur tertentu yang selamat (pil tidur mudah terjaga jika dikejutkan). Juga untuk penerbangan ke/dari India atau negara sekitarnya, keadaan dalam pesawat (sepanjang masa) seperti di pasar malam!

Credite to AdrianSprints.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2010 10:14 PM | Show all posts
guys.. thanx 4 the response..

maru-maru.. nara sblom tu ada makan panadol sementara menunggu check in (semasa nak berangkat ke indonesia) coz pening kepala... kalau panadol leh consider as painkiller, nampaknya tak berkesan pun. rasanya mmg bukan mabuk udara. kalau mabuk biasanya mual, loya, pening semua tu je.

joelerry... hehe..tau takpe.. meleleh airmata... masalahnya nara takde resdung.. hairan jugak kenapa jadi sakit camtu.

hamizie... thanx 4 the tips.. nara mmg ada kunyah sweets, telan air liur, tutup hidung tapi semua tu tak berkesan. pengalaman tu bukan ordinary pain, mmg sakit yg amat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 12:37 AM | Show all posts
Reply  mysweetisha

yup.. tol tol...
kalo time naik kapal terbang tue, make sure kunyah sumthing ...
HaMiZiE Post at 7-11-2010 04:52 PM



setuju sangatttt..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 12:41 AM | Show all posts
Berikut merupakan 10 TIPS sebelum dan semasa penerbangan;

1. KEPERLUAN : Keperluan peribadi anda  ...
HaMiZiE Post at 7-11-2010 05:33 PM



guud info...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 09:53 AM | Show all posts
Reply 1# Nara_Gaara


nara, rasanya sumthin to do with your ear... baik pi jumpa doctor takut ada benda lain ke...my mom pun ada problem yang sama... rupenya dia ada ear problem tapi takdelah tahap serius...so everytime nak pi obersi dia akan jumpa doc dulu n doc akan advise wat to do ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:23 PM | Show all posts
Sayapun ada problem ni, kesannya telinga selalu berdesing walaupun tak naik kapal terbang. Dah check pakar ENT tiada major problem cuma masalah saraf je katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 11:27 PM | Show all posts
Reply  Nara_Gaara


nara, rasanya sumthin to do with your ear... baik pi jumpa doctor takut ada  ...
zafira Post at 8-11-2010 09:53


ada kemungkinan..

2-3 hari ni pun kadang2 ada rasa sakit kat muka sebelah kanan.. tempat yg sama cam kena dalam flight tu.. nara kna jumpa doktor la, takut apa yg berlaku dalam flight tu sebenarnya kesan/simpton dari penyakit yg nara sendiri tak sedari wujud.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2010 11:28 PM | Show all posts
Sayapun ada problem ni, kesannya telinga selalu berdesing walaupun tak naik kapal terbang. Dah check ...
servantforever Post at 9-11-2010 12:23


masalah saraf? tak bahaya eh?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 12:33 AM | Show all posts
Tak bahaya sgt, sekadar hilang imbangan waktu berjalan kaki jauh2 je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078401 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list