CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3330|Reply: 18

Mengahwini Wanita Hamil

[Copy link]
Post time 19-11-2010 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Nak tny pada yg lebih mengetahui kt forum nih...kita kongsi..
saya dapat mail forward dari sorang hamba Allah...dia cakap...kalau perempuan tu mengandung anak luar nikah...dan lelaki yg bertanggungjawab tu nk kawen dgn pmpuan yg malang tu..hukum dia haram... Betul ke?

tapi...skrg nih dekat negara kita ramai yg buat mcm tu..dah tau mengandung ps2 kawen..ish...konpius nih...apa status perkahwinan tu..? sah ke?

*tolong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2010 06:52 PM | Show all posts
balik semula kepada asal,bukankah lelaki yang haram dikahwini oleh wanita itu adalah lelaki muhrim?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2010 06:53 PM | Show all posts
balik semula kepada asal,bukankah lelaki yang haram dikahwini oleh wanita itu adalah lelaki muhrim?
tabasco Post at 19-11-2010 18:52


itu laa...tp bdk yg duk forward2 email tu ckp haram...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 06:55 PM | Show all posts
itu laa...tp bdk yg duk forward2 email tu ckp haram...
nasha82 Post at 19-11-2010 18:53



    i believe in Quran and Sunnah rather than forwarded emails.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2010 06:58 PM | Show all posts
i believe in Quran and Sunnah rather than forwarded emails.
tabasco Post at 19-11-2010 18:55


betul tu..saya sokong...tapi dah ckp kt dia benda nih xsalah...betul kn?

dia still jgk ckp salah..sbb bapak dia kata haram...huhuh..


mcm mana tu kita nk betulkan blk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 06:59 PM | Show all posts
betul tu..saya sokong...tapi dah ckp kt dia benda nih xsalah...betul kn?

dia still jgk ckp sa ...
nasha82 Post at 19-11-2010 18:58



    suruhla dia tunjukkan bukti dari Quran dan hadis atau tanya la dia "bapak awk tu tuhan ke?"heheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2010 07:04 PM | Show all posts
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, penulis al-Fiqh al-Islami, hukum tidak sah seseorang lelaki menikahi wanita yang sedang hamil hasil hubungan luar nikah atau diistilahkan sebagai 'zina' dalam bidang fikah adalah fatwa mazhab Maliki.

Namun tidak disyaratkan anak yang dilahirkan oleh wanita itu mesti berusia 40 hari atau lebih untuk melaksanakan akad nikah kemudiannya.

Mazhab ini mensyaratkan lelaki yang ingin bernikah dengan mana-mana wanita yang terlibat dengan zina perlulah memastikan rahimnya suci terlebih dahulu. Caranya, dengan menunggu sehingga tempoh tiga kali datang bulan (haid) atau berlalunya tempoh tiga bulan dari saat terakhir dia melakukan zina (al-istibra').

Jumhur ulama bersepakat mewajibkan istibra' demi menjaga kesucian susur galur keturunan kerana ia akan melibatkan status anak sah taraf atau tidak untuk dibinkan kepada suami yang dikahwini setelah zina berlaku, kemudian masalah wali kahwin bagi anak perempuan dan masalah pewarisan harta dari segi hukum-hakam Islam.

Jika syarat ini diabaikan, dan akad nikah diteruskan, maka akadnya dihukumkan fasid atau rosak yakni tidak sah di mana perpisahan dihukumkan wajib bagi pasangan tersebut; sama ada zahir pada wanita itu tanda-tanda hamil atau tidak.

Jika wanita itu didapati mengandung hasil hubungan zina, maka istibra'nya ialah kelahiran anak itu. Tidak sah akad nikah sebelum wanita itu bersalin berdasarkan hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan dengan lafaz 'anak orang lain').

Termasuk satu lagi hadis sahih dari al-Hakim mengenai wanita-wanita tawanan perang Awtas susulan daripada peperangan Hunain yang dibahagi-bahagikan kepada para pejuang yang bermaksud: "Tidak disetubuhi seorang wanita hamil itu sehingga bersalin".

Syarat ini juga digunapakai dalam mazhab Hanbali terutamanya bagi lelaki yang telah mengetahui status wanita itu berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud: "Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyetubuhi seorang wanita yang hamil bukan dari benihnya".

Syarat tambahan mazhab ini ialah hendaklah wanita itu bertaubat nasuha terhadap dosa besar yang telah dilakukannya itu bagi mengeluarkannya daripada hukum asal al-Quran ke atas penzina: Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman. (al-Nur: 3)

Lebih-lebih lagi jika mereka tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina seperti yang diisyaratkan di akhir ayat tersebut.

Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud: "Seseorang yang benar-benar bertaubat daripada dosanya (taubat nasuha) adalah umpama seorang yang suci daripada segala dosa".

Kemudian baginda membacakan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 222: Sesungguhnya Allah Maha Menyintai orang-orang yang suka bertaubat dan sentiasa menjaga kesucian.

Sementara mazhab Hanafi menghukumkan sah akad nikah seseorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang berzina dengan seorang lelaki lain jika dapat dipastikan wanita itu tidak hamil.

Jika wanita itu hamil juga diharuskan menikahinya dengan syarat tidak boleh menyetubuhi wanita itu sehingga dia bersalin berdasarkan ayat 23-24 dari surah al-Nisaa' yang tidak menyenaraikannya sebagai wanita yang haram dinikahi:

Telah diharamkan kepada kamu untuk berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, adik-beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu kamu, anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik lelaki dan perempuan kamu, ibu-ibu susuan kamu dan adik-beradik susuan kamu, dan ibu-ibu isteri-isteri kamu, anak-anak tiri hasil perkahwinan terdahulu isteri-isteri kamu yang telah kamu nikahi (setelah mereka bercerai) kecuali jika kamu menceraikan mereka sebelum bersetubuh, maka tidak salah kamu (berkahwin dengan anaknya). Dan (haram juga bagi kamu untuk berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak lelaki kamu sendiri yang berasal dari benih kamu sendiri. Dan diharamkan ke atas kamu menghimpunkan dua orang perempuan adik-beradik sekaligus sebagai isteri-isteri kamu, kecuali yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan yang masih berstatus isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Hukumnya haram ini) adalah suatu ketetapan dari Allah (yang diwajibkan) ke atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan lain selain daripada yang disebut (di atas), untuk kamu mencari (wanitai) dan memperisterikannya dengan harta kamu dengan menikahinya secara yang sah, bukan secara berzina… (an-Nisaa': 23 dan 24).

Pendapat ini dikuatkan dengan hadis riwayat al-Bukhari berkenaan perlakuan zina wanita yang telah berkahwin: Anak yang dilahirkan itu bagi empunya kamar tidur (iaitu hak suami yang sah), dan batu bagi penzina (rejam). Ia menggambarkan bahawa air mani penzina tidak mengharamkan hubungan perkahwinan yang sah.

Mazhab ini bersependapat dengan mazhab Hanbali dan Maliki yang mengharamkan persetubuhan kepada lelaki yang mengahwini wanita yang mengandung bukan dari benihnya. Sehingga wanita itu bersalin berdalilkan hadis yang sama: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya)". (riwayat Abu Daud).

Mazhab Syafie pula mengharuskan seseorang yang berzina menikahi wanita yang menjadi pasangan zinanya berdasarkan ayat 3, Surah al-Nur.

Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal. Fatwa ini disepakati oleh jumhur ulama.

Nasab bayi

Menurut fatwa jumhur, jika wanita itu melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin, maka anak itu dinasabkan kepada suaminya yang sah.

Jika kurang dari tempoh itu, maka tidak boleh dinasabkan kepadanya kecuali dia berkeras mengaku bahawa bayi itu anaknya atau tidak ada bukti jelas ia adalah hasil daripada hubungan zina terutamanya dalam menjaga maruah seorang Muslim.

Tempoh minimum enam bulan ini berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi di mana pada masa pemerintahan Saidina Umar, terdapat seorang wanita yang melahirkan anak setelah enam bulan mengandung.

Dia telah dibawa menghadap Saidina Umar untuk dihakimi iaitu diputuskan menjalani hukum rejam. Kes tersebut sampai ke pengetahuan Saidina Ali lalu beliau berkata: Wanita itu tidak sepatutnya direjam.

Kata-kata beliau akhirnya diketahui oleh Saidina Umar, lalu beliau terus menghantar utusan bertanyakan Saidina Ali tentang hal itu.

Saidina Ali terus membacakan ayat 233 dari surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi-bayi mereka sehingga genap tempoh dua tahun bagi mereka yang ingin menyempurnakan proses penyusuan…. Kemudian beliau membaca ayat 15 dari surah al-Ahqaf yang bermaksud: Dan tempoh mengandungnya sehingga selesai proses penyusuannya mengambil masa selama 30 bulan….

Perbezaan kedua-dua tempoh di dalam dua ayat al-Quran tadi ialah 6 bulan (30 bulan - 24 bulan bersamaan dengan 6 bulan).

Jadi, kelahiran itu tidak boleh dianggap anak zina, oleh yang demikian, mereka telah membatalkan hukuman rejam ke atas wanita tersebut.

Hanya status undang-undang anak tak sah taraf sahaja tidak boleh berbinkan suami kepada wanita yang mengandung luar nikah dan seterusnya tidak boleh berwalikannya.

Menurut fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 57 pada 10 Jun 2003 penjelasan istilah Anak Tidak Sah Taraf adalah seperti berikut:

*Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;

*Anak yang dilahirkan dalam tempoh kurang enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah (sehingga dia bersalin) dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah; dan

*Anak yang dilahirkan dalam tempoh lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak seperti proses li'an.
credit to halaqah on9
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 07:07 PM | Show all posts
itu laa...tp bdk yg duk forward2 email tu ckp haram...
nasha82 Post at 19-11-2010 18:53


ko tnya balik budak 2, mn dia dpt sumber yg benda 2 haram?? jgn cakap je tp xda bukti. hampeh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2010 07:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by hareeeesah at 19-11-2010 19:18

So basically artikel kat atas ckp, boleh kawin. Cuma kena tunggu sampai habis bersalin + nifas.

Mana-mana lelaki tak boleh kahwin dgn wanita yang sedang mengandung, sbb nak jaga lineage keluarga tu.

So kawan awak half betul dan awak pun half betul.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 07:45 PM | Show all posts
Mazhab Syafie pula mengharuskan seseorang yang berzina menikahi wanita yang menjadi pasangan zinanya berdasarkan ayat 3, Surah al-Nur.

Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal. Fatwa ini disepakati oleh jumhur ulama.

kita kan ikut mazhab syafiee...ikut jer lah..imam kita ni..yg penting menutup aib...saya baru bincang tentang ni dlm kelas syariah . tak perlu nikah semula lps bersalin
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 09:39 PM | Show all posts
saya pun pernah dengar ustaz cakap benda yg sama (menerusi ceramah agama Radio) . Tak boleh nikahi perempuan yg sedang hamil anak luar nikah. Tp mungkin juga saya salah dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 09:50 PM | Show all posts
Ada juga benarnya email yang kata haram tu tapi bersyarat dan ulamak pun berbeza pendapat dalam soal nikah perempuan hamil kerana zina.

dua syarat untuk sah nikah.  Syarat pertama perempuan itu mesti bertaubat terlebih dahulu syarat ini mengikut mazhab Imam Ahmad dan pendapat Qatadah, Ishaq, dan Abu ‘Ubaid.  

Pendapat tidak disyaratkan bertaubat adalah dari Imam Malik, Syafi’iy, dan Abu Hanifah.

Ibnu Taimiyah dalam Al-Fatawa 32/109, “Menikahi perempuan penzina adalah haram sampai ia bertaubat, apakah yang menikahinya itu adalah yang menzinahinya atau selainnya. Inilah (pendapat) yang benar tanpa keraguan.

firman Allah ‘ Azza Wa Jalla ,

“Laki-laki yang berzina tidak menikahi melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak dinikahi melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik. Dan telah diharamkan hal tersebut atas kaum mukminin.” [ An-Nur: 3 ]

dalam hadits ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya, dari datuknya, ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Âsh, beliau berkata:

“Sesungguhnya Martsad bin Abi Martsad Al-Ghanawy membawa tawanan perang dari Makkah, dan di Makkah ada seorang perempuan pelacur disebut dengan (nama) ‘Anaq dan ia adalah teman (Martsad). (Martsad) berkata, ‘Maka saya datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam lalu saya berkata, ‘Ya Rasulullah, (apakah) saya (boleh) menikahi ‘Anaq?’.’  Martsad berkata, ‘maka beliau diam, lalu turunlah (ayat), ‘dan perempuan yang berzina tidak dinikahi melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik .’  Kemudian beliau memanggilku lalu membacakannya padaku dan beliau berkata, ‘jangan kamu menikahi dia .’  ” (Hadits hasan, riwayat Abu Daud no. 2051, At-Tirmidzy no. 3177, An-Nasa`i 6/66 dan dalam Al-Kubra 3/269, Al-Hakim 2/180, Al-Baihaqy 7/153, Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no. 1745, dan disebutkan oleh Syaikh Muqbil rahimahullah dalam Ash-Shahih Al-Musnad Min Asbabin Nuzul )

hukum haram di atas terhapus setelah perempuan itu bertaubat:

“Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak ada dosa baginya.” (Dihasankan oleh Syaikh Al-Albany dalam Adh-Dha’ifah 2/83 dari seluruh jalan-jalannya)

Syarat Kedua adalah selepas iddah (selepas melahirkan) pun para Imam berbeza pendapat.  Imam Shafie tidak mewajibkan iddah.

“Dan perempuan-perempuan yang hamil waktu ‘iddah mereka sampai mereka melahirkan kandungannya. ” [ Ath-Thalaq: 4 ]

Pendapat yang lebih rajih yang lebih menepati sunnah HARAM menikahi perempuan yang hamil kerana zina jika sekiranya perempuan itu TIDAK mau bertaubat.  Tidak sah nikah sebelum dia melahirkan.  Wallahu'alam.

dalil-dalil sila baca sepenuhnya di http://qawanitadanperkahwinan.bl ... -keadaan-hamil.html
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 11:27 PM | Show all posts
bagi mereka yang tak berapa ada hujah kecuali minta dalil, harap jangan buat statement macam bagus.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 05:11 AM | Show all posts
hmm..kejap ya...

soalan saya  sebab terfikir pulak nanti baby cute cute tu lahir ...sapa nak dibibnkan  i mean ikut nasab mana yer?

hmm ..kalau mak dia kahwin dgn ayah dia yang buat hubungan sebelum kahwin tu  kira boleh ke dibinkan selepas akad nikah bagai?

yes ..or no?
why ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 06:55 PM | Show all posts
hmm..kejap ya...

soalan saya  sebab terfikir pulak nanti baby cute cute tu lahir ...sapa nak dibi ...
mbhcsf Post at 20-11-2010 05:11


anak tu tidak boleh dinasabkan pada bapa zina dia... kalau dalam IC nama tanpa bin atau binti... atau ada orang bin/binti Abdullah...

ada kelonggaran dalam fatwa Imam AsShafie.  Kalau dari tarikh dia menikah sampai tarikh dia melahirkan melebihi tempoh 6 bulan mengikut mazhab Shafie bole di nasabkan pada bapak dia...   kalau kurang dari 6 bulan pun masih tidak boleh dinasabkan...

Fatwa imam yang lain tak boleh nasab sebab semua kata tak boleh nikah sebelum melahirkan... wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 10:31 PM | Show all posts
suruhla dia tunjukkan bukti dari Quran dan hadis  atau tanya la dia "bapak awk tu tuhan  ...
tabasco Post at 19-11-2010 18:59


Ni mengajar orang jadi biadab agaknya.  sampai dikaitkan bapa pulak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2010 11:55 PM | Show all posts
So hukumnnya camne? bukan same je ke dgn hukum talak? talakkan bini sewaktu mengandung hukummya HARAM tp SAH.

Tempoh Iddah utk pompuan mengandung kan sehingga lahirnya bayi, baru ble kawen lelaki.
Agak boleh tahan rmi la sy tgk pengantin2 kini  yg bersanding ada simpan cover sebijik bantal di perut. (tutup perut boyot) so depa ni nikah masa mengandung? walaupn laki tersebut mengaku anak dlm perut si pmpn adlh anak dia.  hukumnnya haram tp sah kan?

er.. maaf kalo tersilap. rasanya perna bincang hal ni dlm kelas. tlg betulkn yg salah ok.
Asif jiddan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 11:21 PM | Show all posts
Ni mengajar orang jadi biadab agaknya.  sampai dikaitkan bapa pulak!
ibnur Post at 20-11-2010 22:31


tak tau la bdk tu..dia ckp bapak dia yg bg tau..dah bpk dia ckp cmtu..dia pon terima ngn ati terbukak laa...ntah..dia ikut mazhab lain kot...setahu aku haram menikahi perempuan yg hamil...tp kalau ikut keadaan skrg nih...

kalau aku baca dlm web nih...http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=469&Itemid=95..



kesimpulan ustaza zaharuddin ialah:
Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

ulamak berbeda pendapat dalam isu nie,
memang benar kiranya penzinaan telah berlaku di sebabkan iman yg lemah, si laki wajib bertangjwb dgn mengahwini wanita terbabit, dgn syarat mereka bertaubat,
moga2 allaah mengampukan kedua-dua mereka tersebut, dan menerima taubat mereka, janglan di sebabkan mereka buat salah, kita yg hukum mereka, biarlah allah yg tentukan, masalahnya masyarkt kita sering pandang hina pada golognan mcm nie.
x ramai yg beri galakan pada mereka agar kembali ke pangkal jalan, faktor nie juga di dorong oleh sikap ibu bapa yg terlalu mengongkong anak mereka,
sekian


itu la yg dpt aku kongsi ngn korang..sharing is caring...wassallamuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 12:33 PM | Show all posts
tak tau la bdk tu..dia ckp bapak dia yg bg tau..dah bpk dia ckp cmtu..dia pon terima ngn ati terb ...
nasha82 Post at 22-11-2010 15:21

Minta maaf sebab buat awak tak faham.  Sebenarnya saya bukan pertikai posting awak.  Saya sound kat tabasco sebab dia suruh tanya bapa budak tu tuhan ke? Sedangkan memang ada pendapat imam mazhab yang menyokong pendapat budak yanng awak was was tu.  Tu pasal saya sebut pada dia kalau hanya tau minta dalil pastu nak kutuk orang, lebih baik jgn posting.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.218642 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list