CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 1

Madonna dikejarkan ke ICU, tangguh konsert

 Close [Copy link]
Post time 30-6-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Madonna dikejarkan ke ICU, tangguh konsert


MADONNA


Las Vegas: Penyanyi pop sensasi, Madonna dijangka terpaksa menangguhkan Konsert Jelajah Dunia yang dirancang selepas dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan bakteria yang serius.

Madonna, 64, dijangka mengumumkan 84 tarikh bagi siri konsert jelajah dunia bulan depan.

Konsert berkenaan diadakan sempena ulang tahun ke-40 lagu pertamanya, 'Holiday' yang dikeluarkan pada 1983.

Siri jelajah dinamakan "Celebration Tour' itu adalah penampilan pertamanya selepas penganjuran Konsert Madame X pada 2019 dan 2020.

Konsert kali ini dijangka bermula di Vancouver, Kanada pada 15 Julai dan berakhir di Mexico City, Mexico pada 30 Januari tahun depan.


Manakala jelajah Eropah dijadualkan bermula pada 14 Oktober di Arena O2, di London, England.

Sementara itu, pengurus Madonna, Guy Oseary memberitahu, penyanyi itu akan menjalani rawat di ICU selama beberapa hari.

Menurutnya, kesihatan Madonna dijangka bertambah baik dan pulih sepenuhnya, tidak lama lagi.

Madonna dipercayai menerima rawatan di sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu, Madonna pernah membatalkan beberapa siri konsert selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut dan pinggul.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... icu-tangguh-konsert

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 06:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.060490 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list