CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 3

Kedai Makan Thailand Tak Menang Tangan Dapat Pesanan Kerabu Mangga Lisa Blackpink

[Copy link]
Post time 6-7-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Perkongsian kumpulan K-Pop terkenal, Lisa Blackpink memuat naik gambar kerabu mangga membuat populariti hidangan itu melonjak di Thailand.


Malah, kebanyakan kedai makan mengaku menerima banyak pesanan selepas Lisa memuat naik gambar hidangan itu di laman sosialnya.




IG




Laman berita VNExpress melaporkan, Lisa memuat naik gambar makanan itu di laman Instagram bersama keterangan: “Kerabu mangga asli dari Thailand.”


Meskipun hantaran itu hanya boleh dilihat dalam masa 24 jam, ia mencetuskan trend di Thailand  dengan banyak aplikasi penghantaran makanan memaparkan menu kerabu mangga telah habis dijual di seluruh negara.


Di sebuah kedai  menjual kerabu betik atau somtam di Bangkok, seorang peniaga memberitahu akhbar Khaosod bahawa hidangan kerabu mendapat sambutan luar biasa selepas Lisa memuat naik gambarnya.


Peniaga-peniaga terpaksa menyediakan lebih banyak buah mangga, betik, ikan pekasam dan tomato bagi memenuhi permintaan yang melambung tinggi.


Seorang peniaga dikenali sebagai Sri Sukjai berkata, dia kini sibuk menyediakan bahan-bahan untuk membuat kerabu selepas ia menjadi popular secara tiba-tiba.


Menurutnya, apabila pembeli memesan kerabu mangga, dia akan bertanya sama ada mereka mahukan resipi asal (resipi kedai) atau hidangan  sama seperti dikongsikan Lisa. Kebanyakan pembeli memilih kerabu yang sama seperti dimakan penyanyi itu.


Kerabu mangga atau som tam mamuang merupakan hidangan tradisional Thailand di mana ia mempunyai pelbagai variasi.


Namun, bahan utama kebiasaannya terdiri daripada mangga yang belum masak (mangga hijau), udang kering, bawang putih, cili, kacang tanah, sos ikan, perahan asam jawa, air limau, gula dan daun ketumbar.


Namun, versi yang dimuat naik Lisa turut mengandungi tomato dan lobak merah.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 05:12 PM | Show all posts
kecurrrrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 11:53 AM | Show all posts
Sedap nokk!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:24 PM | Show all posts
versi lisa makan tu apa plak
iols sokmo order kerabu mangga atau somtam klu pi kedai siam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.052861 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list