CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 1

[Tempatan] Pukul anjing, dua suspek diburu polis

[Copy link]
Post time 10-7-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Pukul anjing, dua suspek diburu polis


BAYAN LEPAS, 10 Julai- Dua lelaki disyaki menyerang anjing yang terjatuh dari longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, kini diburu polis.

Ia susulan kejadian tular menerusi video yang tersebar menyaksikan suspek menyerang 'sesuatu' dipercayai anjing, menggunakan kayu di kawasan semak.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya mengesan video berkenaan pada jam 6 petang semalam, yang disiarkan menerusi artikel di media sosial.


(Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal/ BERNAMA)

Katanya, video terbabit turut memaparkan keterangan 'Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tidak berdosa diseksa dua lelaki durjana sampai mati'.

"Menerusi video itu, dua lelaki dilihat sedang menyerang sesuatu menggunakan kayu di kawasan semak.

"Saksi kemudian membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 8.38 malam, Sabtu lalu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, saksi kejadian bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit miliknya dan menghantar rakaman itu kepada rakannya yang tinggal di Petaling Jaya sebelum ditularkan melalui akaun Twitter.

Kamarul Rizal berkata, usaha bagi mengesan suspek masih diteruskan dan kertas siasatan berhubung kejadian juga sudah dibuka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang mendera atau memukul haiwan tanpa alasan munasabah dan orang ramai juga diingatkan supaya berhenti daripada menularkan video berkenaan," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 11:21 AM | Show all posts
zaman skrg ni zaman orang rakam sebagai bukti...kalau nak bunuh sekalipun, buat lah dlm keadaan tidak diketahui orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049126 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list