CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 774|Reply: 0

[MITOS] Orang Kelantan Tidak Boleh Makan Ikan Kekacang, Betul Ke Itu Satu Sumpahan?

[Copy link]
Post time 10-7-2023 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Orang Kelantan Tidak Boleh Makan Ikan Kekacang, Betul Ke Itu Satu Sumpahan?


Betul ke orang Kelantan terkena sumpahan ikan kekacang? mari sama-sama kita lihat!

Jika di belah Perak, biasanya kita anda dengar mengenai sumpahan ikan tapah. di Sarawak pula mengenai sumpahan ikan patin. Jangan terperanjat kerana di Kelantan juga ada sumpahan yang begitu mirip.

Dikatakan segelintir orang kelantan yang terutamanya mempunyai pangkal nama Wan dan Nik tidak boleh memakan ikan kekacang. Tapi mengapakah mereka tidak boleh memakan ikan tersebut?

Ribut Melanda Laut
Iainya bermula apabila salah seorang cucu kepada Hussein bin Ali iaitu Syed Hussein Jamadil Al-Kubra yang telah berlayar ke kepulauan Melayu untuk menyebarkan dakwah islam agar lebih difahami ramai. Tidak disangka-sangka, kapal yang dinaiki oleh beliau hampir karam dek kerana dipukul ombak laut yang bergelora akibat ribut.

Pelbagai cara yang telah beliau usahakan untuk menyelamatkan diri tapi hanya sia sia. Apa yang mampu Syed Hussein buat hanyalah berdoa agar dirinya selamat dan kapal tersebut tidak karam di tengah lautan. Ketika tidak mempunyai harapan apa-apa lagi, sekumpulan ikan kekacang memberikan bantuan  dengan mengerumuni bahagian bahwa kapal Syed Hussein agar tidak tenggelam.

Berkat bantuan ikan kekacang itu, kapal Syed Hussein tidak tenggelam dan selamat mendarat di Tumpat, Kelantan. Semenjak dari peristiwa tersebut , beliau telah bersumpah untuk tidak memakan ikan kekacang malah turut melarang keturunannya yang terdiri daripada Wan dan Nik untuk memakan ikan tersebut.

Musibah Yang Melanda Jika Makan Ikan Kekacang
Bagi keturunannya yang keras kepala dan yang ingin memakan ikan tersebut, badan mereka akan dipenuhi luka dan gelembung darah yang sangat menyakitkan. Tapi ada yang beritahu, bahawa larangan itu bukanlah suatu sumpahan akan tetapi penghargaan daripada Syed Hussein kepada makhluk tuhan.

Apa kata anda?


Sumber:https://murai.my/2023/183445/sumpahan-ikan-kekacang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053797 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list