CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 3

Isu Lempar Air Ke Arah Cardi B, Netizen Bongkar Tindakan Dilakukan Atas Arahan Penyanyi Itu Sendiri

[Copy link]
Post time 6-8-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, penyanyi rap, Cardi B ada mencampakkan mikrofon ke arah penonton apabila berang disimbah air oleh oleh seorang individu ketika mengadakan persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas.


Menerusi video yang tular di media sosial, insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika Cardi, menghiburkan penonton dengan lagu hitsnya, Bodak Yellow.


Bertindak balas dengan perlakuan biadab penonton terbabit, Cardi tidak menunggu lama untuk memberi pengajaran dan menunjukkan kemarahannya sebelum anggota keselamatan datang menenangkan keadaan.






Atas tindakan tersebut, ada yang menyifatkan Cardi sebagai seorang yang berani dan tidak memberi muka kepada mana-mana individu yang bersikap biadab sehingga memberi risiko kepada keselamatan orang lain.


Menurut Berita RTM, selang beberapa hari,  Ibu Pejabat Polis Metropolitan Las Vegas, Amerika Syarikat menerima laporan daripada seorang penonton sebuah konsert yang mendakwa cedera dibaling objek berupa mikrofon dari atas pentas.


Walaupun kenyataan itu tidak menyebut Cardi B sebagai pelaku, lokasi kejadian dan tarikh insiden pada Sabtu lalu menunjukkan laporan merujuk hari sama penyanyi itu mengamuk selepas disimbah air ketika melakukan persembahan.


Bukan itu sahaja, terdapat satu perkongsian dari Instagram milik therealearthquake yang menunjukkan kejadian seblum berlakunya insiden membaling mikrofon tersebut.


Menurut video yang dimuat naik, dia menunjukkan bahawa pada awalnya Cardi B sendiri yang meminta penonton untuk melemparkan air ke arahnya ketika konsert sedang berlangsung.


Melihat diruangan komen, ramai yang menyatakan bahwa tindakan yang dilakukan oleh penonton tersebut tidak la salah malah ada juga yang mendakwa bahawa Cardi B sudah mula menunjukkan belang dan perangai yang sebenarnya.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 09:43 AM | Show all posts
Menurut Berita RTM, selang beberapa hari,  Ibu Pejabat Polis Metropolitan Las Vegas, Amerika Syarikat menerima laporan daripada seorang penonton sebuah konsert yang mendakwa cedera dibaling objek berupa mikrofon dari atas pentas.

Kat sana pun ada RTM ekkk? ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 10:37 AM | Show all posts
pastu kuar pula video string tampon nye tekkeluar masa persembahan.. tp video tu blur.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 07:02 AM | Show all posts
What Cardi B did was right.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.165363 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list