CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ChildrenOfBodom

[Lain-Lain] WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY?

     Close [Copy link]
Post time 24-10-2016 10:43 AM | Show all posts
Me before you.

Best tapi tak suka ending dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 10:44 AM | Show all posts
obsb replied at 13-10-2016 04:51 PM
deep water horizon
kite bagi 5 bintangg

best! tp awl2 tu bit bosan nak pahamkan. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 01:28 PM | Show all posts
Edited by antidote at 24-10-2016 02:58 PM

semalam tengok Jack Reacher (Tom Cruise) dan The Crew.
i. Jack Reacher biasa la ada aksi2 lawan gaduh2, tembak2. Suka tgk aksi tangkas Tom Cruise.
Dia dah pencen jadi askar so dia skrg cuma lah org awam (ex Major). tapi terbabit dalam konspirasi askar demi untuk selamatkan kawan dia yg masih berkhidmat.

ii. The Crew plak cerita Russia.  Tak best tu sbb dengar tak sedap bila dialih suara tu. Rasa mcm tgk telenovela Maria Mercedes. Plot cerita dia pun longgar. Tak paham aku mcm mana bleh pilot pompuan tu duk seumah dgn si laki tu. Sebab pilot laki tu awalnya baru duk ngorat2 dia alih2 dah duk dalam umah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 02:08 PM | Show all posts
jom kite habehkan thread ni cepat jom



Hunt of the wilderpeople ni movie new zealand. movie ni mengisahkan sorg budak lelaki bernama Ricky Baker yang acah-acah gangster, die ni dalam jagaan foster care sampaila die diambil sebagai anak angkat kepada couple di sebuah ladang biri-biri yg takde anak iaitu uncle hec and auntie bella. auntie bella ni peramah sgt tp uncle hec tu perengus. grumpy old man la. ricky sgt gembira duduk dgn family ni sbb die sgt rapat ngan auntie bella sampaila auntie bella meninggal dunia secara tiba-tiba. uncle hec amek keputusan nk masuk bush nk carik ketenangan la kirenye, dan si ricky ni gigih la nk ikut jugak sbb taknak duduk bawah foster care lg. maka bermulalah pengembaraan budak lelaki gemuk acah-acah gangster ni dgn uncle hec yg pemarah ni. terjadikla 1 insiden di mana rumah diorg ni terbakar, dan uncle hec dipercayai dah menculik si ricky ni sbb tension bini meninggal.

citer ni mmg cukup rencahnye bg aku, ada lawak, ada moment sedih, ada moment tu rasa kesian la pd kehidupan diorg berdua ni especially ricky, yg walaupun kisah hidupnye menyedihkan tp die ttp bajet gangster jugak akak kasi 4.5/5 utk movie ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 02:11 PM | Show all posts


semalam layan movie ni. movie hantu yg pd pendpt aku mcm pendek dan simple sgt. watak die pun tak brape ramai. keseraman tu mmg ketara la tp yg bagusnye movie ni takdela misteri sgt. mcm awal2 dah tau mak die bela saka gitu. best tp tak mind blowing. mcm nk tiru james wan pun ade. 3 out of 5
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 03:24 AM | Show all posts


2016 baghu aku tonton...........ketinggalan zaman betul aku ni ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2016 08:06 AM | Show all posts


malam tadi layan movie ni
movie ni mengisahkan 3 sahabat baik yg sama2 join pengakap, ben, carter dan augie cuba melepaskan diri dr zombie apocalypse bersama sorg cocktail waitress bernama denise.  diorg ber3 ni tak tau ada zombie sbb tgh bercamping dlm hutan. pd masa yg sama diorg cuba nk selamatkan budak2 sekolah diorg yg sibuk berparti dan tak perasan 1 bandar dah kene evacuated sbb akan dibom. maka diorg pun terpaksala survive dgn skill pengakap yg diorg dh blaja.

bolehla stakat nk isi masa lapang. nk kata kebaboom sgt takla, tp movie ni fast paced termasukla dgn zombie nye bukan lembik tp ganas, zombie nenek tua pun boleh baling-baling org. tp aku plg suka watak denise, strong independent woman. dan very the badass gitu. cuma movie ni ada adegan bogel2 skit sbb carter tu miang orgnye. for the movie aku kasi 6/10
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 03:07 PM | Show all posts
annehuda replied at 24-10-2016 02:11 PM
semalam layan movie ni. movie hantu yg pd pendpt aku mcm pendek dan simple sgt. watak die pun ta ...

Movie ni mmg James Wan is one of the producers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 08:41 AM | Show all posts
Edited by annehuda at 26-10-2016 08:43 AM



malam tadi layan movie ni. susah nk categorizedkan movie ni dalam kategori ape. senang citer, movie psl satu keluarga kene serang dgn monster pada hari krismas, tapi takde darah memancut-mancut. sesuai la utk tontonan seisi keluarga. monsters die pun tak guna cgi, tapi nampak sgt real. and the ending, unsangkarable. memula frust jugak, alah takkan la mimpi je tapi.....movie monster yg tak seram tp tetap menghiburkan. 6.5/10
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 12:25 PM | Show all posts
Edited by peachauto at 28-10-2016 03:51 PM

Wiken mggu lepas layan 2 movie

1. Baby and I

Mengisahkan sorang budak sekolah menengah yang nakal dan rebel tapi kaya dan ensem gila bernama Seo Jun. Boleh kata tiap2 minggu ibu bapa Jun terpaksa mengadap cikgu skolah Jun sbb anak diaorang ni suka bergaduh. Kerana tak tahan dengan perangai samseng Jun ni, ibubapa dia lari dari rumah (hahaha mengong mak ayah lagu ni) dan tinggalkan Jun dengan duit belanja hanya sebanyak 100 ringgit, kad kredit Jun pun diorang block.

Sempena meraikan makayah tak ada dirumah Jun pun buat la parti ajak 2 org kawan baik dia datang lepak kat rumah. Smentara nak berparti tu Jun pun pegi shopping groceries kat supermarket dan masa kat supermarket ni la ada orang tinggalkan baby boy comel gila namanya Mason kat dalam troli Jun.

Hidup Jun jadi huru-hara sejak pelihara baby Mason tapi nasib baik juga ada Kim Byeol (yang admire kat Jun) tolong. Dari situ Jun mula jadi remaja yang bertanggungjawab dengan bekerja part-time sambil jaga baby dan ada satu part Jun sampai sanggup mencuri untuk bli susu baby Mason (part mencuri tu bukan contoh bertanggungjawab ye, niat tak menghalalkan cara).
Walaupun Jun ni tersangat nakal  tapi dia seorang kawan yang setia dan baik hati. Walau x berduit, Jun sanggup jual superbike dia sbb nak tolong kawan baik dia langsaikan hutang hospital mak kawan dia ni. Tetapi sungguh tak sangka rupa2nya kawan dia tu jugaklah yang kenakan Jun.

2. John Wick

Kisah bekas pembunuh upahan legend bernama John Wick. Beliau bersara sebab berkahwin dengan cinta hati dia bernama Helen. Semasa sedang lagi bersedih dan berkabung atas kematian isteri tercinta, ada sekumpulan samseng rusia yang diketua oleh Iosef curi kereta kesayangan dan bunuh anjing yang isteri dia hadiahkan.

John Wick bengang gila sbb anak anjing tu kenangan terakhir mendiang isterinya dan terus memburu Iosef. Iosef ni plk anak kepada ketua mafia bernama Vaggo (ex-boss John Wick rupanya si Vaggo ni). Lastly mestilah John Wick yang menang walopon kene tikam tembak pukul oleh beratus pengikut dan pembunuh upahan sbb dia hero cite ni. Sekian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 05:04 PM | Show all posts


mlm td layan movie ni. mengisahkan ttg seorang janda Lady Susan Vernon yg kematian suami. die ni nak carikkan jodoh utk anak die, tp anak die taknak pulak dgn pilihan mak die. Sir James. Sir James ni kaya raya tp lurus bendul skit.  Lady susan ni manipulative, die ni ada affair dgn suami org Sir Manwaring smpi kene halau dr rumah yg die tumpang tu. pastu pindah countryside ada affair plak ngan biras die. sampaila end up die kawen jugak dgn Sir James tapi masa tu die dah pun terpregnant kan anak Sir Manwaring tu.  Lady Susan ada kawan baik bernama Lady Alicia Johnson yg sama-sama gedik mcm die jugak.

Citer ni best, tp aku tak setuju dengan moraliti watak utama dia. rs macam eh gediknye ko pompuan, kuat membohong plak tu. suka justifikasikan ape yg die buat tu btul.  hapepun akak kasi 7.5/10 utk movie ni. sila baca dgn subtitle sbb dialog die tersirat tak straightforward mcm movie biasa ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 04:13 PM | Show all posts
Edited by peachauto at 28-10-2016 11:25 PM

The President


Kisah seorang pemerintah diktator yang digulingkan oleh rakyat sendiri di sebuah negara yang tak bernama. Hukuman mati yang dijatuhkan oleh beliau ke atas seorang remaja di atas kesalahan yang kecil telah menjadi pencetus revolusi penentangan rakyat terhadap beliau.

Semasa revolusi tercetus, isteri dan anak Presiden telah lari keluar negara meninggalkan Presiden seorang diri bersama seorang cucu lelakinya di mana ibu bapa kepada budak lelaki tersebut telah meninggal semasa penentangan.

Bermula detik itu, mereka menjadi pelarian dan berhadapan dengan berbagai kesukaran seperti kelaparan serta ketakutan menjadi buruan. Presiden terpaksa menyamar menjadi seorang gipsi yang mencari rezeki dengan bermain muzik sementara cucu lelakinya menyamar menjadi budak perempuan. Mereka merasai kehidupan  rakyat biasa yang miskin dan ditindas. Di akhir cerita,  presiden mati dibunuh oleh tentera yang tak setia.
4.5* dari 5*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 05:56 PM | Show all posts
The Shallows (2016)


Cerita ni mengisahkan Nancy Adams (lakonan Blake Lively) telah pergi surfing di satu pantai tersorok di Brazil setelah kematian emaknya (emaknya pernah pergi ke pantai itu semasa mengandungkan Nancy). Nancy sampai ke pantai itu mula surfing seorang diri yang kemudiannya diikuti dengan 2 orang lelaki lain yang tiba selepas itu. Pantai tu serious cantik, terkesima juga la tengok dorang surfing dengan pemandangan yang sangat memukau. Tapi yang peliknya, bila Nancy tanya nama pantai itu, seorang pun tak bagitau nama. Sebelum hari gelap, 2 orang lelaki td balik & pesan kat Nancy suruh balik juga. Tapi Nancy bagitau dia nak surf kali terakhir sebelum dia balik.

Masa ni la Nancy perasan ada bangkai seekor ikan paus yang sebesar sebuah rumah terapung tak jauh dari tempat dia surfing. Dia mula rasa tak sedap hati, so dia cepat2 surf balik ke arah pantai tiba-tiba kaki nya digigit oleh ikan yu yang boleh tahan besar juga. So, dia terpaksa naik atas bangkai ikan paus untuk menyelamatkan diri. Peha Nancy cedera teruk dengan kesan koyak gigitan ikan yu itu. Masa ni Nancy berada jauh 200 yards daripada pantai. Nervous juga la scene dimana hanya Nancy seorang je yang ada kat laut masa tu so dia tak dapat minta tolong sesiapa. Hari pun semakin gelap, ditambah dengan keadaan dia yang semakin lemah disebabkan pendarahan teruk. 7/10


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 08:17 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 10:56 PM | Show all posts
baru lepas tgk the princess diaries 1 & 2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:04 AM | Show all posts
Edited by are_you at 14-11-2016 10:08 AM

FALLEN (based on novel)

Semalam baru ja abes tengok movie ni..cerita dia not bad tapi mendatar sikit.
Rasa cerita ni ada sambungan sebab part last skali tergantung

Intro sikit pasal cerita fallen..mrngisahkan seorang gadis bernama Lucinda Price (Addison Timlin) yang dihantar ke sekolah sword and cross sebab kebakaran dan mengakibatkan seorang budak lelaki terbunuh. Sekolah ni macam sekolah budak nakal dan bermasalah. Masa dia pandang Daniel Grigori(Jereny Irvin), dia rasa macam pernah jumpa dan kenal sangat dengan daniel . Rupa-rupanya dia adalah salah seorang malaikat yang Fallen (Malaikat yang tak dimasukkan ke dalam neraka atau syurga) dan mereka pernah bercinta sebelum ini.Mereka ada sumpahan yang sekiranya depa kiss Lucinda akan mati dan akan di  bangkitkan semula. Ada konflik berlaku dalam cerita ni dan macam mana depa nak atasi.sapa sapa yang suka boleh la p tengok.

rate: 3/5*

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 09:46 AM | Show all posts
Akhirnya berjaya tengok Dr Strange semalam. Gembira snagat menatap wajah abam ben yang hensem lagi bergaya tu selama 2 jam lebih.



Mengisahkan seorang neurosurgeon kacak yang agak ego and full of himself. Kekdahnya dia lah yang paling best dalam bidang dia tu. One day, masa dia tengah drive nak pergi ambil award, he met with an accident and tangan and jari-jari dia rosak teruk. Since dia neurosurgeon, jari2 dia amatlah penting dalam bidang kerjaya dia. Selepas numerous attempts menggunakan modern medical procedures, dia akhirnya cuba belajar spiritual healing. Dengan bantuan sorceress supreme, Mordo and Wong si penjaga library, Strange berjaya unveil the msytical abilities dalam diri dia.

Dalam movie ni the villain was Kaecilius lakonan Mads Mikkelsen, yang sangat fascinated dengan Dormamu the dark entity. Since movie ni still showing di cinema, rasanya better lah pergi tengok ye. Mohon support abam Ben yang kacak lagi bergaya itu.

Btw movie ni memang best, visually beautiful, lakonan casts mantap, storyline and character backstory kuat. Highly recommended.

Nowa bagi 4.5/5..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 07:35 PM | Show all posts
Edited by manganini at 15-11-2016 07:44 PM



Kimi No Na Wa (Your Name)
2016

Mitsuha, gadis kampung yg bosan hidup sebagai gadis kampung teringin menjadi lelaki dan hidup di bandar. Taki pula seorang pemuda yg juga penuntut sekolah tinggi yg tinggal di bandar Tokyo. Pada suatu hari Mitsuha dan Taki tertukar badan antara satu sama lain. Mitsuha yg selama ini bosan hidup di kampung menjalani kehidupan sebagai Taki, and vice versa. Pertukaran badan tersebut berlaku seperti selang sehari mcm tu so mereka saling berbalas nota utk masing2 dan tanpa sedar akhirnya mereka saling jatuh cinta. Tanpa disangka pada suatu hari, pertukaran badan tersebut tidak lagi berlaku. Masing2 ingin mengetahui khabar masing2, maka Mitsuha pergi ke Tokyo utk mencari Taki, dan Taki mencari Mitsuha di kampungnya. Mitsuha menemui Taki di dalam tren, tetapi peliknya Taki tidak mengenali Mitsuha. Mitsuha hanya sempat memberikan hairbandnya kepada Taki sambil memberitahu namanya ialah Mitsuha. Manakala Taki pula sampai ke kampung Mitsuha dan mendapati kampung tersebut telah musnah beberapa tahun lalu setelah dihentam serpihan komet dan seluruh penduduk kampung telah terkorban termasukla Mitsuha. Barulah Taki sedar rupa-rupanya pertukaran badan mereka berlaku pada masa yg tidak sepadan, iaitu pada masa kini bagi Taki, dan 2 tahun lepas bagi Mitsuha. Taki berazam utk menyelamatkan Mitsuha dgn meminum arak sembahan (?) milik Mitsuha yg tersimpan di sebuah gua di pelusuk kampung tersebut. Pertukaran badan berlaku sekali lagi dan utk kali yg terakhir. Taki yg kini berada di dalam badan Mitsuha berusaha menyelamatkan seluruh penduduk kampung supaya berpindah keluar dari kampung tersebut sebelum hentaman komet berlaku.

Rating: 4/5

Note: filem ini adalah filem box office terbaru hasil karya pengarah tersohor Japun Makoto Shinkai






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 11:02 AM | Show all posts
annehuda replied at 24-10-2016 02:11 PM
semalam layan movie ni. movie hantu yg pd pendpt aku mcm pendek dan simple sgt. watak die pun ta ...

Kebetulan. Baru tengok 2 3 hari lepas. Memang producer dia James Wan pun. Aku rate 8/10. Sebab seram dia tak main sound effect. Dia terkejut pun bukan sebab member bukak pintu ke, barang jatuh sebab kena langgar dengan kucing ke. Dia terkejut sebab hantu tu main lompat-lompat dalam bayang-bayang tu. Lagi satu, hantu dia tak tunjuk muka. Memang mantap!

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 11:05 PM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 16-11-2016 11:16 PM





Tajuk: Ae Dil Hai Mushkil (a.k.a. ADHM)
Bahasa: Hindi
Pengarah: Karan Johar
Genre: Love Comedy & Drama
Tarikh release: 28hb Oktober 2016
Klasifikasi: 18
Produksi: Dharma Productions
Cast:
  • Ranbir Kapoor (Ayan Sanger)
  • Anushka Sharma (Alizeh Khan)
  • Aishwarya Rai-Bachchan (Saba Taliyar Khan)
  • Fawad Khan (Ali Khan)


Ulasan:

Bagi penggemar2 film seperti Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kabhi Alvida Naa Kehna dan My Name Is Khan, Karan Johar (KJo) merupakan pengarah yg x asing lagi. Film ni mmg dinanti2kan oleh para peminat film2 arahan KJo plus kipas2 susah mati Ranbir, Anushka & Aishwarya. Film ni menjadi tumpuan penggemar2 film Hindi sejak ia masih dlm pembikinan lagi... sbb yg pertama, ini merupakan film ke-6 arahan KJo setelah heols berehat selama 4 tahun dari mengarah film. Film arahan terakhir heols ialah "Student Of The Year" (2012). Selain itu juga, film ini menampikan fresh pairing antara Ranbir Kapoor & Aishwarya Rai. Ketika pihak produksi mengumumkan pairing antara Ranbir-Aishu dulu, byk pihak mcm ragu2 sbb Ranbir muda 8 tahun dari Aishu... so mmg x bleh nk imagine how theyols akan ada kimia. Plus ini merupakan film ke-3 Aishu setelah sheols buat comeback. Film ADHM ni memakan masa hampir setahun utk disiapkan sepenuhnya. Manakala skrip ditulis sendiri oleh KJo dalam masa 30 hari.

Film ni mengisahkan persahabatan yg terjalin antara Ayan & Alizeh yg bertemu secara tidak sengaja di kelab di kota London sewaktu theyols tgh krisis dgn pasangan masing2. Ayan merupakan anak jutawan tokey private jet & sedang further study MBA di London, manakala Alizeh dtg ke London membawa diri setelah putus hubungan dgn boifen lama sheols, Ali Khan. Dlm masa yg sama Ayan bercita2 nk jadi penyanyi terkenal. Perkenalan Ayan-Alizeh yg singkat, tp kimia antara mereka berdua menjadikan mereka semakin rapat & BFF to hangout. Kira mcm BFF shoulder to cry on gitu. Suatu hari ketika theyols buat double-date dgn pasangan masing2 utk kali ke-2, Ayan mengalami patah hati yg teruk setelah gepren heols, Lisa ditangkap sedang romancing boifren Alizeh, Dr. Faisal kat dlm toilet. Alizeh ternyata lebih matured & tenang ketika handle insiden ni... malah terpaksa memujuk Ayan yg dh mcm mati bini. So, memasing breakup dgn pasangan masing2. Both Ayan & Alizeh mengambil keputusan pergi bercuti sama2 ke Paris utk release tension.

Ketika di Paris, Ayan & Alizeh enjoy friendship theyols & dpt melupakan kesedihan akibat breakup dgn pasangan memasing. Secara perlahan Ayan menaruh hati terhadap Alizeh, tp malangnya Alizeh hanya menganggap Ayan sbg teman sahaja. Alizeh masih memendam rasa cinta terhadap boifren lama, sheols, Ali (before sheols dating Dr. Faisal). Suatu hari Alizeh terserempak dgn old flame, Ali. Ali berjaya memujuk Alizeh utk kembali kpdnya... meninggalkan Ayan pulang semula ke London sendirian. Bermula lah episod sedih Ayan. Alizeh mengikut Ali pulang ke Lucknow, India & mereka mengambil keputusan drastik utk berkahwin. After few days Alizeh menghubungi Ayan di London yg tertunggu2 khabar berita dari Alizeh. Berita perkahwinan Alizeh cukup menyentak hati Ayan. Alizeh menjemput Ayan menghadiri majlis perkahwinan sheols di Lucknow. Dlm linangan airmata, Ayan terpaksa bersetuju.

Ketika dlm majlis perkahwinan Alizeh, Ayan meluahkan perasaannya, namun segalanya telah terlambat. Ayan terus meninggalkan majlis dgn hati yg berkecai & pulang semula ke London. Heols block nombor tepon Alizeh & cuba lupakan sheols. Semasa di airport sementara menunggu flight, Ayan berkenalan dgn seorang penulis puisi yg sgt jelita, Saba. Ayan yg patah hati meluahkan kesedihan kpd Saba yg sudi mendengar kisah Ayan. Sebelum berpisah ke destinasi masing2, Saba menghadiahkan buku puisi hasil tulisan sheols kpd Ayan sambil menyelitkan nombor tepon. Hanya selepas 3 bulan, Ayan pergi ke Vienna & menghubungi Saba. Mereka bertemu & have one-night stand. The next day Ayan learns that Saba ekceli a divorcee. Ayan juga meminta kebenaran Saba utk menggunakan puisi utk menghasilkan lagu. Ayan akhirnya berjaya menceburkan diri dlm bidang nyanyian, manakala Saba jatuh cinta dgn Ayan. Tapi jauh di sudut hati Ayan masih merindui & terkenangkan Alizeh.

Dipendekkan cerita, suatu hari Ayan memberanikan diri menghubungi Alizeh setelah mendengar kata2 motivasi drp bekas suami, Saba, iaitu Tahir. Alizeh excited bila akhirnya Ayan menghubungi sheols. Ayan cuba membuat Alizeh cemburu dgn show-off Saba yg cantik jelita tu. Namun Alizeh just rs happy utk Ayan sbb at least Ayan ada gak teman pengganti. Suatu hari Alizeh mengikut Ali ke Vienna atas urusan kerja. Ketika ni Ayan amik kesempatan mempelawa Alizeh dinner kat umah Saba... mereka bertiga dinner sama2. Ms ni juga Saba menyedari Ayan masih cintakan Alizeh. Selesai dinner, Ayan menghantar Alizeh keluar... ms ni theyols bergaduh sbb Ayan x puas ati kenapa Alizeh langsung x jelez. Kali ini Ayah kehilangan both Alizeh & Saba.

Selepas 2 tahun, Ayan menjadi penyanyi terkenal & berjaya di London. Heols terserempak dgn Ali lps abis konsert. Ali memaklumkan Alizeh dh lama tinggalkan heols & sheols menghilangkan diri. Terkejut dgn berita ni, Ayan segera mencari Alizeh di favourite port mereka dulu... and selepas 2 hari menunggu di sana, Alizeh betul2 muncul di situ. Both Ayan & Alizeh happy sgt2 sbb dpt bertemu setelah sekian lama. Namun Ayan sekali lg sukar menerima hakikat ekceli Alizeh is dying. Apakah kesudahan film ni? Sila saksikan di TGV selagi masih sempat... ai check sampai next Wednesday pun masih available kat TGV KLCC & Sunway Pyramid.

Gentle reminder: sila bwk stok tisu.

Apa yg x best mengenai film ni?
  • Bagi yg suka ending film2 Hindi yg cliche, film ni pasti buat chuols x puas ati.
  • Bagi yg x suka film byk dialog, film ni pun x sesuai utk chuols.
  • Bagi yg pernah menonton film Ranbir yg previous spt Rockstar.. film ADHM ni bagaikan deejavu film Rockstar... terdapat sket persamaan jln cerita.



Apa yg best mengenai film ni?
  • Everything beautiful... casting semua gojez & charming... costume cantik... pemandangan & background juga cantik2.
  • Mutu lakonan semua casting.... suuuuperb!! It's Karan Johar's... u got what you expected.
  • Lagu2 dia 100% semua best2 gile... lagi best dari lagu viral mcm Dilwale tu segala bagai... paling best title song & Bulleya.
  • Sejam pertama film ni sgt2 menghiburkan dgn scene2 komedi.. nonton sambil kesat airmata sbb byk sgt ketawa... Kimia antara Ranbir-Anushka mmg suuuuperb!
  • It's a roller-coaster feeling... the next hour pula dihidangkan scene2 yg meruntun perasaan... especially bagi mereka yg pernah merasa kehilangan cinta.. the feeling is so ouchhh!!
  • Ada byk throwback lagu2 film2 Hindi yg previous & klasik.
  • Ada barisan cameo spt Lisa Haydon, Alia Bhatt & SRK.
  • Teda scene lipslock between the cast... just a little romancing scene yg x over for few second only. Ai x rasa film ni patut diletak under klasifikasi 18.


Honestly ai dh 3 kali layan film ni kat wayang... and masih terasa nk gi repeat lagi & lagi.  Film ni mmg menghiburkan... bleh ilang tensen jap kalo layan. Highly recommended.
Personal rating: 4/5




























Lagu yg best:

Ae Dil Hai Mushkil



Bulleya



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.249232 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list