CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2164|Reply: 1

'Bermanja' dengan ular tedung

[Copy link]
Post time 11-8-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video lelaki mencurah air ke kepala ular yang tular di laman sosial. FOTO Agensi   


New Delhi: Tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki di India 'bermesra' dengan dua ular tedung.

Hindustan Times melaporkan, rakaman video itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang mencurahkan air ke kepala ular berkenaan dan memandikan haiwan berkenaan.
Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi dengan segelintirnya kagum dan ada juga yang ketakutan.

Perkongsian video di laman Instagram (IG), penyelamat haiwan Sintu itu menarik perhatian ramai.

Dalam rakaman berkenaan, ular itu dilihat berbaring di kawasan yang kelihatan seperti halaman.


Tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dengan cawan berisi air dan mencurahkan ke atas kepala ular tedung

Video itu dimuat tiga hari lalu dan meraih lebih 24,000 tontonan sejak dikongsikan dan jumlah tontonan semakin meningkat

Beberapa hari lalu, satu lagi video seorang lelaki tanpa rasa takut menangkap ular tedung dengan tangan membuatkan orang ramai kagum.
Video itu menunjukkan reptilia berkenaan mengangkat kepalanya setinggi pinggang.

Ia juga menunjukkan bagaimana lelaki itu menjinakkan ular dan akhirnya menangkapnya.


Disiarkan pada: Ogos 11, 2023 @ 11:48am




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 09:13 PM | Show all posts
baiknya abang itu namun main main dengan ular tedung sangat berbahaya, jika tak punya skill akan kena bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058561 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list