CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2226|Reply: 1

'Wajah Saya Memang Begini' - Sule Dicop Sombong Sebab Buat Muka Sombong Ketika 'Interview'

[Copy link]
Post time 21-9-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara menunjukkan reaksi serius sewaktu menjadi tetamu dalam sebuah program televisyen, pelawak Sule menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen di media sosial.


Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna, dilabel sebagai seorang pelawak yang sombong kerana dikatakan membuat raut wajah kurang menyenangkan ketika itu.






Susulan itu, bapa kepada Rizky Febian ini membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian berkenaan.


"Saya minta maaf kepada semua pihak yang rasa tersinggung oleh saya," kata Sule menerusi klip di YouTube.


Dalam pada itu, Sule turut meminta orang ramai supaya tidak menilai perwatakannya berdasarkan daripada penampilan luaran sahaja.


Malah, Sule mengambil pendekatan untuk tidak mengambil endah dengan segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya itu.


"Kesombongan itu tidak dilihat daripada muka kerana muka saya memang muka sombong, muka saya memang nampak sombong, tak apa yang penting hati ini lembut," ujarnya.


Selain itu, meskipun menerima tuduhan tak berasas namun Sule memberitahu perkara itu tidak akan menjejaskan karekternya sebagai seorang pelawak.


"Saya tetap hormat kepada sesiapa pun dan tak akan berubah apa-apa," tambahnya.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 04:27 PM | Show all posts
ko sape dek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061681 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list