CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16639|Reply: 80

Pakai tudung vs tutup aurat

[Copy link]
Post time 10-1-2011 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Pakai tudung vs tutup aurat        Filed under:  D. Sosial-Agama — albangi @ 11:21 pm

                       
Di zaman70an, cukup sukar untuk melihat wanita Muslim pakai tudung. Nisbahnya sekitar 1:50. Satu pakai, 50 tak pakai. Di pertengahan zaman 80an, sudah ada kelihatan ramai wanita Muslim pakai tudung. Nisbahnya 1:10. Satu pakai, sepuluh tak pakai. Zaman 90an menyaksikan lebih ramai pakai tudung, dan yang tak pakai tudung sudah berkurangan. Nisbah 10:3. 10 pakai tudung, 3 tak pakai. Di zaman 2000 ke atas, 10 pakai tudung, 1 orang tak pakai tudung.
Tetapi yang pakai tudung ada bermacam ragam dan ada yang pakai tudung kerana pelbagai tujuan.
  • Ada yang pakai sebab ikut-ikut
  • Ada yang pakai sebab malu kalau tak pakai
  • Ada yang pakai sebab trend wanita Muslim pakai tudung
  • Ada yang pakai sebab ia adalah uniform sekolah atau sebahagian dari pakaian tempat kerja
  • Ada yang pakaia sebab ada perturan suruh pakai seperti di dalam masjid atau di pasar Kadijah
  • Ada yang pakai sebab takut pada mak ayah
  • Ada yang pakai kerana iman dan taqwa

Apa pun, menutup kepala adalah sebahagian daripada ajaran Islam dalam  menutup aurat bagi wanita. Tetapi tutut rambut sahaja tidak cukup kalau tidak tutup aurat dengan cara yang betul.
  • Ada yang pakai tudung, tetapi nampak jambul; rambut masih terurai di depan dan di belakang
  • Ada yang pakai tudung, tetapi tidak tutup dada
  • Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis.
  • Ada yang pakai tudung, tetapi pakai T-shirt hingga nampak bentuk rupa ketulan badan dan kulit tangan
  • Ada yang pakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut
  • Ada yang pakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis
  • Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak leher
  • Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent

Kalau begitulah keadaannya, sebenarnya wanita Muslim itu belum lagi menutup aurat yang sempurna. Dia baru nak berjinak-jinak dengan agama sepertimana muallaf yang berjinak dengan agama.  Setengah orang kata, dia tidak serius, dia tidak ikhlas, dia tidak jujur, atau dia tidak faham cara memakai tudung dan menutup aurat yang betul dalam Islam. Ringkasnya ia masih jahil dalam bab menutup aurat. Bagi yang sudah tahu tetapi masih berkeras tidak mahu memakai tudung dengan cara yang betul, maka ia masih engkar pada Allah.
Hari ini apabila ramai wanita mahu memakai tudung, maka pereka fesyen dan peniaga mengambil kesempatan merekabentuk fesyen supaya pemakainya boleh memilih pelbagai rupa bentuk fesyen tudung.  Pereka fesyen dan peniaga mencari keuntungan di atas permintaan dan trend wanita Islam memakai tudung tanpa mengira samada rekaan fesyennya atau jualan tudung itu memenuhi syarat pakaian tudung dalam Islam.
Akhirnya direka dan dijuallah tudung tiga segi yang pendek dan kontot hingga tidak dapat menutup dada dan ketulan daging tubuh wanita. Adakah pereka dan penjual akan terlepas dari hukum Tuhan kerana menyedia dan menjual tudung seperti itu?
Akhirnya direka dan dijuallah tudung yang kain yang mahal dan rupa yang menarik sehingga pemakainya berlumba-lumba menunjuk kemewahan dan menunjuk lagak kain siapa yang lebih mahal dan lebih cantik? Timbullah riak dan iri hati.
Salahkah bermewah? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu? Salahkah berfesyen bila memakai tudung? Tidak salah, asalkan
  • tutup rambut selengkapnya
  • melabuh tudung hingga menutup dada
  • bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar
  • memakai tudung dengan iman dan taqwa

Apa pun, manusia ada nafsu. Kadang nafsu mengatasi iman dan akal. Itu urusan dia dengan Allah.
Kalau iman dan taqwa tinggi, ia akan tunduk pada peraturan cara memakai tudung yang betul dan menutup aurat dengan sempurna.
Kalau tepuk dada tanya selera, maka ia akan utamakan nafsu. Kalau tepuk dada tanya iman, dia tidak banyak cakap, tidak banyak berkira, tidak banyak kompromi lagi. Dia tahu dia hanyalah salah satu ciptaan Allah, dan dia akan kembali kepada Allah dan berhadapan dengan Allah serta menjawab pelbagai soalan mengenai auratnya.       


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2011 12:21 PM | Show all posts
wa lagikk menyampah yang pakai tudung pastuh tepek muka banyak2 kat blog dan fesbuk pakai tudung tapi mencapub stail sangat la tuh gamaknya pastuh buat tutorial laa kat youtube, apa kejadah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 12:22 PM | Show all posts
nk tgu SERUAN KUBUR baru pakai btol2 kot!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:23 PM | Show all posts
pakai tudung tapi pakai legging sangat huduhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 12:29 PM | Show all posts
2 bangang namanya.
pakai tudung tp jean sendat.
cawat singkat mcm bini mawi.
mana letak akai pun x tau..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:50 PM | Show all posts
pakai tudung tapi pakai legging sangat huduhhh
cik.panda Post at 10-1-2011 12:23


mmg sgt huduh dan memalukan. ada aku jumpa satu awek kat mph bangsar...pakai tudung, pakai dress pendek bawah ckit dr montot pas2 pakai legging....itu nak menutup aurat ke nak cover scar kat kaki tu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2011 12:56 PM | Show all posts
kenapalah wanita2 ni xsedar2 lg...Allah perintahkan menutup aurat sbb Allah sygkan wanita...cthnya kita ada bnda yg kita syg,sure kita akn jaga dia elok2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:58 PM | Show all posts
ya Allah,mmg buruk sgt2 bila pakai tudung tp masih pakai bj2 ketat....ada yg sy jumpa,pakai tudung tp dressnya xde lengan...sakit mata tgk...sakit hati tgk,rs nk g tegur tp belum mampu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2011 01:53 PM | Show all posts
Reply 6# awinpj


    utk cover scar la 2.bkn saja rosakkan diri tp rosakkan kaum adam dan kaum hawa sdri.pk2 la kaum hawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 01:55 PM | Show all posts
Reply 8# insantertekan


    wahai wanita..diri kamu ibarat permata.sbgmn kaum simpan permata dlm bekas tertutup dan org tertentu je leh tgk...cm2 jugak lah diri kaum....sygi diri anda.nabi myayangi wanita yg CANTIK dan suka melihat KECANTIKAN.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 01:55 PM | Show all posts
Susah nk ckp kdg2 soal pemakaian ni. tp yg plg penting hati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply 11# rafudhefu

apa susahnya bai...da WAJIB hukumnya.nak x nk kena pakai.
apa nk pening2x.nk 100 daya ma, x nk 1 juta dalih lor
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 02:10 PM | Show all posts
Reply 12# jasmani

Ms bile plak aku ckp aku pening? Apepun, hanya Allah s.w.t je yg layak menilai seseorg itu...Harapnye biarlah kita bertudung sbb ikhlas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 02:15 PM | Show all posts
Reply 13# rafudhefu


    ni soal wajib bro.sama mcm sholat.
apa hang nk jwb...sholat pun mcm tudung gak...ALLAH LIHAT HATI sedangkan sholat pkara mula2 allah tya!
kala sume main hati,...x yah solat dan x yah makan la bro...amik bau je la.
soal wajib bkn soal main2 atau ikhlas.
suka x suka kena buat mcm sholat gak sbb WAJIB bkn sunat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 03:01 PM | Show all posts
Reply  rafudhefu


    ni soal wajib bro.sama mcm sholat.
apa hang nk jwb...sholat pun mcm tudu ...
jasmani Post at 10-1-2011 14:15



betul2...sbnrnya Allah amat2 sygkn hamba2Nya...sbb tu la Dia bagi jugak pahala pd siapa yg buat pe yg diperintahkan walaupun dlm keadaan terpaksa...ikhlas akan dtg kemudian...yg penting..wajib tetap wajib....knp bab wajib dlm agama ni nk bdalih2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 03:06 PM | Show all posts
Reply 15# insantertekan

2 LA.BAB MAKAN X NK PULAK DALIH!
BAB SEX X BDALIH!
BAB TOL + MINYAK NAIK....MAU X MAU BAYAR GAK!
NI PERINTAH ALLAH SWT ..SANG PENCIPTA KITA.KITA ADALAH HAMBANYA..
SBG HAMBA X MALU KE KITA MBERI DALIH?
TEPUK DADA..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2011 04:12 PM | Show all posts
Reply  insantertekan

2 LA.BAB MAKAN X NK PULAK DALIH!
BAB SEX X BDALIH!
BAB TOL + MINYAK NAIK. ...
jasmani Post at 10-1-2011 15:06



btl2....sgt tepat skali pasal tol n minyak tu...nak xnak,kene bayar jugak...tu bknnya wajib pun...yg wajib ni xnk buat...percayala bila dipadang mahsyar nnt,akan ramai yg minta dihidupkan balik sbb nk kumpul pahala banyak2...nk tutup aurat betul2,nk solat btl2....

peringatan buat diri sendiri jugk
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 12:00 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. semakin ramai pakai tudung.. mintak2 lepas ni makin ramai tutup aurat~ hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 12:06 PM | Show all posts
yup.nabi sygkan wanita, 2 sbb islam wajibkan menutup aurat kerana wanita=permata!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 01:24 PM | Show all posts
Kalau ikutkan, aku pun pakai tudung kadang2 salah..
Kadang2 tak tutup dada sepenuhnya...
Kadang2 pulak, atas dah OK, tapi pakai jeans yang fitted sikit...
Masih dalam proses berubah kearah lebih baik lagi...
InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.428987 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list