CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jasmani

Pakai tudung vs tutup aurat

[Copy link]
 Author| Post time 11-1-2011 02:22 PM | Show all posts
Reply 20# minah_seleeh

bkn susah nk berubah
nk 1000 daya.
teruskan berusaha..
tips: buang je suar yg fit.n tudung yg singkat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 02:39 PM | Show all posts
:re:tp de pompuan..pkai je tudung,,,tp suke ngumpat@mgata org .. baik buke je tdung 2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply 22# baya424


    kt sini yg pmpn rmi x fhm2.
kalau ckp cm2...x yah la kamu sholat! bole x?
soal mgumpat soal ke 2...soal 1...wajib pki tudung, maka laksanakan dulu

pk rasional cik baya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:44 PM | Show all posts
nak tanya~~~
ehe..ehemmm~~:cf:
sy ade bbrp kemushkilan..
xtahu ape nk nasihat kt mmbr sbb da pnt dgr die megadu huhuhu

bf mmbr sy sgt marah swoh kwn pki tudung..
tp kwn sy mcm berat nak buat..bkn sbb xde stail tp sbb hati yg kurang senang.
1. beliau terlibat dgn gejala maksiat (kata nama am)
2. smoking
3. Tinggal solat

Mmbr sy ckp die xckp pki tudung tu mengongkong, tp diri die xbersedia, die ckp ape guna ea pki tudung tp perangai mcm seperti yang diatas....^^
persoalanya:_ apakah nasihat yg boleh sy berikan???
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:09 PM | Show all posts
org skrg, bg nshat pn sm je, org tua2 kta, lbih baik sruh dri melarang.. doa byk2, myb blm dpt hdayah lg drNYA..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:17 PM | Show all posts
tutup aurat bukan bemaksud hanya pada pakaian tapi jugak perbuatan... kalo pakai tudung tapi pergi menrai dangdut tak tutup aurat jugak orang panggil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2011 04:39 PM | Show all posts

Syaitan Itu Kreatif

Syaitan Itu Kreatif                                                                                                               

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran… tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah – ke arah kebaikan.
“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.
“Hidayah bang…” jawabnya sidia pendek.
“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.
“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”
“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.
“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
“Betul ke ni?”
“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”
Saya terdiam. Kaku.
“Mana pergi tudungnya?”
“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
“Itu tudung?”
“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”
“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kesihan saya melihat wajah sidia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.
“Bang saya insaf bang…“
Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu sidia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
“Syaitan terlalu kreatif…”
Kreatif? Bisik hati saya.
“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.”
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-wasan’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya… sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”
Apa ertinya?
“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”
“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”
“Lantas?”
“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”
“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”
“Jadi kebenaran menolak keindahan?”
“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat.
Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.
“Transisi? Apa maksud mu?”
“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”
“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”
Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”
“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.
“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?”
“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”
“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 05:01 PM | Show all posts
kowang yg mengata org2 camtu...
kowang tu tutup aurat ke???
ye la konon2 diorg pakai tudung tp pakai seksi kan.....


checklist utk kowang:
check sket kaki..ade pakai stoking tebal?
check sket tangan...ade nmpak atas pergelangan tgn?
check sket baju tu...betul ke tak nampak bentuk tubuh?

jgn mengata org...nak nasihat pun nasihat ngn ikhlas..............


sekian dr chinta yg tak menutup aurat..........
tp chinta tak mengutuk org.......................................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 27# chintacanduri


    cayalah cinta...adios
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 05:22 PM | Show all posts
kowang yg mengata org2 camtu...
kowang tu tutup aurat ke???
ye la konon2 diorg pakai tudung tp pak ...
chintacanduri Post at 11-1-2011 17:01


setuju
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 05:29 PM | Show all posts
Reply 27# chintacanduri


    Ape la ko bangge tak menutup aurat.

Satu ari tak tutup aurat da dose, kalu ari2? nauzubillah. Jgn la nak samekan dgn org mengumpat, orang tu dapat dose, ko pun dapat dose. Jgn nak memperlekeh dan mempertikai hukum agame, berdose besar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 07:27 PM | Show all posts
Kalau nasihat dikira mengata ke?
apa yg i baca takde pun mengutuk @ mengata
smua tu as reminder/nasihat
so jgn laa ada yg terasa hati bila baca
amik n amalkan yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 07:38 PM | Show all posts
ikut pemerhatian saya, memang ramai skrg yg pakai tudung tapi tak sembahyang pun.
pakai tudung bukan utk tutup aurat tapi ikut trend aja.
ustazah2 yg selalu keluar kat TV pun, nampak berlebih sngt dah.
ada yg dulu tudung labuh sampai dada tapi skrg ni nampak dada aja, tudung ada kat atas pada dada tu. make-up pulak cam retis jeee.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 01:39 AM | Show all posts
Alhamdulillah, ramai yang masih concern dalam isu nih..
Bagi saya, ada beberapa perkara saya fikir dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Umat Muhammad SAW...
1. Adakah Allah akan masih membenarkan saya hidup esok? - banyak kes org sihat mati mengejut atas pelbagai sbb. Nauzubillah..
2. Kemana saya nak pegi bila Mati nanti? Neraka / Syurga yang indah

Memang sedih rasanya melihat sikap dan gelagat manusia zaman sekarang. Bukan tak pandai, cuma kurang berfikir. Allah bagikan kita akal untuk berfikir.. banyak kejadian alam Allah turunkan untuk kita fikir, tapi apa yang lebih ramai nampak kesalahan orang lain berbanding mengkaji kesalahan diri sendiri.
Jomlah kita berfikir sejenak, Apa sebenar tujuan Allah jadikan Saya/Anda(manusia) di muka bumi ini?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2011 07:29 AM | Show all posts
soal pakai tudung -WAJIB
soal sholat -WAJIB..
2 2 ni x buat dpt dosa.
buat salah 1 dpt la 1 dosa n 1 pahala.kira matematik =1-1=0 (perumpamaan)
ni kalau tudung pun x , sholat  pun x, -1-1=-2 DOSA(perumpamaan).
kalau 2 2 buat=1+1=2 PAHALA.
so renung2kan lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:04 AM | Show all posts
Reply 11# rafudhefu
pemakaian pun penting untuk didik hati kite...kalu hati baik, aurat tak terjage...dosa juge...aurat jage tapi hati lak tak baik...same je dapat balasan..so,...jagelaaa dua2...hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 08:06 AM | Show all posts
Reply 21# jasmani


ish...jgnlaa buang..simpan untuk suami karang...heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:08 AM | Show all posts
soal pakai tudung -WAJIB
soal sholat -WAJIB..
2 2 ni x buat dpt dosa.
buat salah 1 dpt la 1 dosa  ...
jasmani Post at 11-1-2011 15:29



    Macam artis depa ni kalau ditanya pasal tudung. Jawapan dia orang selalu mcm ni: Buat apa bertudung kalau hati tak baik/mengumpat orang?

Tidakkah mereka mereka ini tahu yang hukum memakai tudung ini ada wajib bagi perempuan islam? Aiii ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:09 AM | Show all posts
ikut pemerhatian saya, memang ramai skrg yg pakai tudung tapi tak sembahyang pun.
pakai tudung buk ...
ainnursyakira Post at 11-1-2011 19:38


setuju sangat2....sepatutnya yang menjadi ikon kenalaa jage tatausilanya bukan untuk membanggakan alam materialistik semate2 seperti mau bangge ngan sesuatu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:12 AM | Show all posts
Filed under:   — albangi @ 11:21 pm

                       
Di zaman70an, cukup sukar untuk melihat wanita Muslim ...
jasmani Post at 9-1-2011 18:37



    Dulu time sekolah pakai tudung sebab ada ustazah yang akan perli kaw kaw pada kita kita yang tak bertudung. So pakailah tudung ..lama lama dah terbiasa. Kalau togel jer rambut rasa semacam jer la pulak. Still pakai lagi jeans tapi tak lah pakai seluar lagging dan t'besar nampak lengan bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.425660 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list