CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3342|Reply: 2

Sokong Palestin, keluarga Hadid terima ugutan bunuh

[Copy link]
Post time 18-10-2023 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Sokong Palestin, keluarga Hadid terima ugutan bunuh


KELUARGA Hadid menerima ancaman bunuh gara-gara lantang menyokong Palestin.


HANYA kerana lantang bersuara memberi sokongan kepada Palestin, keluarga model terkenal, Bella Hadid menerima ugutan bunuh sehingga mengancam kehidupannya dan keluarga.

Memetik portal TMZ, rentetan daripada ugutan bunuh tersebut, Bella dan keluarga termasuk adik-beradiknya, Gigi Hadid, Anwar Hadid serta ibu bapa, Mohamed serta Yolanda membuat laporan polis demi keselamatan mereka.

“Kami dimaklumkan ugutan tersebut diterima dari pelbagai medium termasuk menerusi e-mel, media sosial dan telefon bimbit mereka.

“Sumber juga memberitahu nombor telefon bimbit mereka juga telah tersebar dalam internet beberapa minggu lalu,” lapor portal tersebut.

Tambahnya, perkara tersebut turut memaksa mereka sekeluarga menukar nombor telefon bagi mengelakkan ancaman itu berterusan.

“Semua terpaksa tukar nombor telefon dan semuanya semakin membimbangkan.

“Mohamed sebagai ketua keluarga kini dalam pertimbangan untuk mendapatkan bantuan Biro Penyiasatan Pesekutuan (FBI),” katanya lagi.

Sebelum ini, Bella dan Hadid lantang menyuarakan pandangan mereka mengenai kekejaman yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Sikap lantang mereka itu meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Bella juga menegaskan dia tidak kisah kehilangan tawaran kerja sebagai model dengan mana-mana jenama kerana menzahirkan sokongan terhadap Palestin. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... erima-ugutan-bunuh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 03:03 AM | Show all posts
memang sepatutnya pun sokong, dah diorang berketurunan Palestin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 02:33 AM | Show all posts
It is her choice.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060470 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list