CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23932|Reply: 114

Dengarnya...: Selebriti kantoi tepi tandas!

  [Copy link]
Post time 2-2-2011 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Selebriti kantoi tepi tandas
Oleh Normah Becok

2011/02/02CIK NORMAH jadi geram pula apabila seorang teman melaporkan mengenai beberapa selebriti tempatan yang bukan main lagi berparti sampai mabuk sakan di sebuah kelab terkenal di Kuala Lumpur. Dalam kumpulan berkenaan, ada seorang selebriti lelaki dan dua selebriti wanita yang jika disebutkan nama mereka, tentu ramai yang ternganga ataupun terkedu.

Yang membuatkan Cik Normah geram tu bukannya apa, sebab bukan main lagi selebriti lelaki yang lahir daripada program realiti itu menafikan dia pernah menyentuh atau meneguk arak, sebelum ini. Namun, daripada cerita yang disampaikan itu, nyata sekali itu bukanlah kali pertama dia membaham minuman haram itu.

Bersama-samanya ketika itu ialah seorang artis baru wanita yang pernah juga dikaitkan dengannya tidak lama dulu. Namun macam biasalah, kedua-duanya tidak mengaku ada apa-apa, walaupun sudah banyak mata yang terpandang keintiman kedua-duanya. Jadi, pada awal pagi itu, mereka kantoi lagi apabila berpasang-pasang mata menyaksikan gelagat menggelikan, lakonan dua selebriti ini.
Lebih memualkan, apabila si lelaki dikatakan bukan main lagi menggatal dengan si artis baru ini, di tepi tandas. Siap ada adegan gesel-gesel badan dan himpit-himpit lagi di dinding! Ala-ala filem lucah ‘gitu’ agaknya. Kata si tukang cerita, selebriti lelaki itu kelihatan seperti ghairah semacam, dalam keadaan mabuk dan tak berapa sedar diri itu.

Katanya lagi, mereka juga bercium di situ seperti tidak ada orang lain pun di kiri kanan yang memandang. Sungguh kurang asam... Apabila kedua-duanya sudah hanyut dipengaruhi alkohol, mereka jadi lupa yang kelakuan itu turut disaksikan pengunjung lain. Kalau masuk mahkamah pun, pasti kalah teruk.

Tidak jauh dari adegan selebriti lelaki itu bercumbu mesra bersama teman wanitanya, ada pula seorang selebriti perempuan yang sebelum ini sekeras-kerasnya menafikan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka.

Selebriti ini bermati-matian menidakkan cerita kononnya dia sudah punya pengganti apabila hubungannya bersama pemuda lain dikatakan sudah pun terputus.
Tetapi, memang mulut manusia susah hendak ditutup. Sebabnya, pada malam Jumaat lalu, juga dalam keadaan separa sedar, dia dilaporkan begitu romantik melekat-lekat dengan pemuda yang memenuhi ciri-ciri yang digambarkan sebagai kekasih barunya itu.

Dalam hati Cik Normah berkata sendiri, memang selebriti kita ini suka kelentong. Tetapi, akhirnya tembelang mereka akan pecah juga sebab Malaysia ini tak sebesar mana. Kalau tak terserempak hari ini, esok lusa adalah yang terjumpa mereka di mana-mana, dan sudi melaporkan kebenarannya kepada Cik Normah di sini.

Kenapa hendak susah-susah buat penafian kalau awak tu betul-betul bercinta dengan jejaka lain? Tidak ada orang marah pun kalau awak bercakap benar.
Bukannya tak ada kes orang putus cinta dan jumpa pengganti baru dalam dunia ini. Setiap hari Cik Normah yakin, kisah sebegitu ada berlaku.

Apabila kisah benar sudah terbongkar, awak juga yang tak tahu mana nak sorok muka menanggung malu!


-->Taken from BH 2 Feb 2011

rasanya belum ada thread ni..hehe
SAPA NI??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 09:53 AM | Show all posts
teka2..
agak2 budak af lagi kah?? .. tak sudah2 la deme nie .. popular tak kemana pun!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:59 AM | Show all posts
bebudak af la tu.nyampah.. abis kredit jek undi mike2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:01 AM | Show all posts
syawal...kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:02 AM | Show all posts
Yang membuatkan Cik Normah geram tu bukannya apa, sebab bukan main lagi selebriti lelaki yang lahir daripada program realiti itu menafikan dia pernah menyentuh atau meneguk arak, sebelum ini. Namun, daripada cerita yang disampaikan itu, nyata sekali itu bukanlah kali pertama dia membaham minuman haram itu.


Bukankah Zahid yg prnah d gosip tang benda ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 10:04 AM | Show all posts
teka jangan tak teka... ehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2011 10:25 AM | Show all posts
yang pentinggggggg bukan dafi ....... sebab dafi bersih dan suci
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:29 AM | Show all posts
adoih. mcm2 la.. klu pon xcukop.
iols xreti meneka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 10:34 AM | Show all posts
yang pentinggggggg bukan dafi ....... sebab dafi bersih dan suci
cruisekeanu Post at 2-2-2011 10:25


belum tentu bersih...



sure ada semak2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:35 AM | Show all posts
tp bukan mawiiii kan...????
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:41 AM | Show all posts
cik normah cemburu kat retis2 tu...... motif uols semua tak perasan......
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:52 AM | Show all posts
main teka lg???.....aduiii....!!!!!tunggu jea laaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:54 AM | Show all posts
sape ek????
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:04 AM | Show all posts
x pandai nak meneka..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:05 AM | Show all posts
zahid ke nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:06 AM | Show all posts
bosan tul ngan retis mesia.. kalah retis holiwood..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 11:07 AM | Show all posts
sapa plak nieeee???? nak meneka2
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:08 AM | Show all posts
sapo yang nyanyi lagu fiona mcm itik tertelan paruh sendiri tu?

den toko dio..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:14 AM | Show all posts
wartawan baru kuar gua ker?
standard lah artis buat maksiat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:19 AM | Show all posts
msti bdk2 AF ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.324783 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list